Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008
May 18th, 2008 by webmaster
Piala Belia 07/2008
Ahad 18 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia membabitkan pasukan Perak menentang pasukan Negeri Sembilan di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Selepas mencatatkan kemenangan memberangsangkan ketika membenam Melaka tempohari, Perak seharusnya mampu untuk menewaskan pasukan Negeri Sembilan di tempat sendiri pada perlawanan ini.
Menurut ketua jurulatih skuad Belia Perak saudara Abu Bakar Fadzim, prestasi terumbang-ambing skuad belia Perak pada awal musim adalah disebabkan oleh persiapan singkat yang terpaksa dilalui oleh beliau untuk merangka dan menyusun senarai pemain Perak dalam tempoh kurang dari 2 minggu.
Kini pasukan belia Perak di bawah bimbingan beliau sudah semakin mantap dan mempunyai keserasian setelah melalui beberapa perlawanan bersama. Ujar beliau lagi, skuad bimbingannya tidak meletakkan sebarang sasaran namun mereka akan terus memberikan saingan sengit kepada setiap perlawanan yang dihadapi.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 18 Mei 2008
Selangor vs PDRM
Stadium Shah Alam
Plus FC vs Perlis
Stadium UPM, Serdang
Kelantan vs Sarawak
Stadium Mini Pasir Mas
Kedah vs Melaka
Stadium Mini, Jitra
Kuala Muda vs ATM
Kompleks Sukan NAZA Gurun
Proton FC vs Terengganu
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam
Kuala Lumpur vs Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Johor vs Felda United FC
Stadium MP Kluang
Shahzan Muda vs My Team FC
Stadium Mini Temerloh
SSBJ vs Johor FC
Padang D MSN Bukit Jalil
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008
- Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008
- Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008
- Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008





Pasukan Belia Perak berjaya menumpaskan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol berbalas 2. Perak yang ketinggalan 2-1 pada suatu ketika berjaya menghasilkan 2 gol lagi untuk memenangi perlawanan ini.
Tahniah dari pihak pengurusan seladang.net.
Terima Kasih
admin
Semangat juang yg tinggi…syabas…ini yg kita mahukan..harap dpt dikekalkan semangat sebegini jika deme ni diserapkan ke pasukan senior kelak…teman ada di Ipoh time tu cuma tak dpt nak menjengah ke kem tersebut berikutan sibuk dgn urusan keluarga…apapun tahniah..mungkin lain kali kalau kena pada masanya bolehlah turun & bg sokongan..teringin jugak nak tengok budak2 ni main..
Tahniah pasukan Belia Perak. Teruskan Usaha supaya ada pengganti yang dapat diserapkan didalam pasukan Presiden mahupun pasukan senior.
bagus!satu keputsan yang memberansangkan walaupun seketika ketinggalan,tp perjalanan masih jauh dan keep up the good work!