![]()
Rabu 14 Mei 2008
Stadium Jalan Besar
7:45PM
SAFFC 0 - 2 Perak
Barisan Perak
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - Jorge Munoz - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Razali Umar
Minit 19: Gol pertama Perak dijaringkan oleh Ahmad Shahrul Azhar.
Minit 60: Perak dilihat cuba mempertahankan kelebihan 1 gol apabila membawa masuk S. Subramaniam dan mengeluarkan Danial Fadzly.
Minit 66: Gol kedua pasukan Perak dijaringkan oleh Hardi Jaafar melalui satu rembatan jarak jauh yang menerjah gawang lawan.
Minit 80: Perak membuat pertukaran kedua apabila memasukkan Nor Hazrul dan mengeluarkan Ahmad Shahrul Azhar.
Minit 85: Perak membuat pertukaran terakhir apabila mengeluarkan Carlos Caceres dan memasukkan Mohd Nor Ismail.
Permainan tamat dengan keputusan Perak menewaskan SAFFC dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Kemenangan ini juga melayakkan pasukan Perak untuk keperingkat seterusnya kelak.
Keputusan perlawanan lain:
New Radiant 2 - 1 Kitchee SC
Dempo 5 - 2 Sur
South China 3 - 0 Victory SC
Kedah 4 - 1 Home United
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- AFC Cup 2008 - Group E | Perak vs Singapore Armed Forces (result)
- AFC Cup 2008 - Group E | Kitchee SC Vs Perak (result)
- AFC Cup 2008 - Group E | New Radiant vs Perak (result)
- AFC Cup 2008 - Group E | Singapore Armed Forces FC Vs Perak (review)
- AFC Cup 2008 - Group E | Perak vs Kitchee SC (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: AFC Cup 2008 - Group E | Singapore Armed Forces FC Vs Perak (result)





dema seronok ker main padang tiruan, hehehe. harap bole tahan 1 gol tuu atau tambah 1, 2 biji lagi kerr….
biar benar… ataupun Singapore Armed Forces FC tak turunkan 1st eleven dulu pasal diaorang dah layak ke???
kamon munoz…gunakan kuasa kelam kabut mike…..
tahniah skuad perak!!!!…
sy rs bangga la pulak dgn team kesayangan sy nih…
nih keputusan penuh ke admin?…
la…teman ingat munoz yg score 2nd gol…..nape game ni takde kelam kabut ekk…….
2-0
pertahanan PERAK kna bjaga-jag.jgn bolos…!!!
Cayalah Perak.
Maybe seronok main atas padang tiruan, bukan mcm bendang dkt Ipoh hehehe.
Tebus malu balik.
Kalau layak, bonus buat team Perak!!!
Hidup Perak & Kedah!!!
Tahniah skuad perak!!!
tahniah sbb kita dh bjaya bermara ke suku akhir!!!
Perak ttp dihati
Tahniah Perak layak ke Suku Akhir AFC Cup yg dijangkakan pada bulan September ni..
Kedah pun bakal mengiringi Perak nanti dengan keputusan semasa Kedah 3- 1 Home Utd - baru memasuki minit ke 70
satu tanda positif dari pasukan Malaysia….
PULUN KEDAH PULUN
Tahniah.
Ada jugak ole-ole Perak untuk peminat bola sepak Malaysia.
Alhamdulillah.
harap pihak admin boleh beri komentar macam mane skuad kesayangan kite ni boleh menang??? Bukan tak percaya tapi teruja….
komen admin: Banyak faktor menyumbang kepada kemenangan malam ini.
1) Pemain Perak bersemangat untuk mencari kemenangan untuk layak ke peringkat seterusnya.
2) Keadaan padang yang ‘cantik’ membuatkan permainan lebih baik.
3) SAFFC yang tidak menurunkan barisan terbaik mereka kerana sudah pun layak.
4) Perjudian bolasepak adalah ‘halal’ di Singapura.
5) Anda fikirlah sendiri…
salam..sungguh memeranjatkan teman..teruskan perjuanganmu wahai seladang!!!
Tahniah pasukan Perak!!!!!
boleh tak pihak admin bagi jadual AFC seterusnya..
Skor Yob Skor….
jawapan admin: Jadual seterusnya belum ada undian lagi siapa lawan pasukan Perak nanti. Secara umumnya perlawanan selepas ini adalah pada tarikh berikut.
Suku Akhir: 16 September, 23 September
Separuh Akhir: 7 Oktober, 21 Oktober
Akhir: 31 Oktober, 7 November
yaaa betul tu..AFC Cup akan berehat lama jugak selepas ni..bulan September akan sambung kembali namun undian AFC Cup akan dilakukan pada 24 Mei akan datang di Pejabat AFC sendiri di Bukit Jalil..
so harap-harap jaguh dari Malaysia dapat mengelak sesama sendiri dalam undian tersebut kerana kita mahu wakil dari Malaysia pergi lebih jauh lagi sekiranya ada rezeki…
Seterusnya mengharumkan nama Malaysia walaupun ranking FIFA agak begitu teruk sekarang ni..
Tamat perlawanan Kedah 4 - 1 Home United..
PULUN KEDAH PULUN
Tahniah Perak & Kedah…semoga anda semua terus memartabatkan bolasepak Malaysia!!Perak boleh!Kedah Boleh!Malaysia Boleh!
Selamat berjuang…
ku bermimipikah..masih ada sinar harapan..perak menang..x sapa yang jangka perak akn mng..teman pn mcm x percaya je..biar btul perak ni…all da best perak..kejor yop kejor..
tp sy terfikir blk apa yg dtulis oleh penulis sblm nih…
” SD mnghalalkan perjudian bola sepak”..tambah2 lg judi bola sepak sememangnya “halal’ di singapore
alhamdulillah,akhirnya inilah baru skuad yg tulus.memang adat bertanding ada menang & kalah tapi kalo mcm 6-1 dulu itu bukan adat tapi langgar adat.pepun tahniah utk pasukan ye.dgn kemenangan mlm tadi yong mcm rasa……(ke hari tu result sebab s’pore main @#$$%…ish itu kata hati yong je.)utk abg sharul ngan abg hardi baguih na….hope buat lg baik lepaih ni.kalo kj ada mesti lg baguih gak…tapi papepun tahniah lg skali buat perak dan kedah.
tahniah perak…kemenangan yg tak disangka…teruskan kecemerlangan…suatu sinar di sebalik harapan yg kelam…ok la 2…tp perjudian yg ‘hahal’ dr admin 2 memuyskilkan teman…hermmm…ada apa2 yg ta kena ke admin???
jawapan admin: Persoalan anda ada pada jawapan nombor 5 kami. Penjelasan selanjutnya dari kami hanya akan mengeruhkan keadaan yang sedia tidak jernih. Oleh itu pihak kami tidak mahu menjawab segala persoalan yang bersangkutan dengan perkara ini pada masa hadapan.
Tahniahlah pasukan Perak, harap2 teruskan memontum kemenangan selepas ini. Kepada pasukan kedah, teruskan usahamu. Sama2 lah pergi lebih jauh bersama2 nama Malaysia. admin boleh tanya sikit… kalau game AFC mula pada September nanti, macamana plak Piala malaysia adakah pada masa yang sama juga Piala Malaysia masih berlangsung?
jawapan admin: Kempen Piala Malaysia akan berlangsung sekitar bulan Jun nanti, samada perlawanan akhir akan bertembung dengan kejohanan AFC 2008 tidaklah dapat kami pastikan. Yang kami pasti ramai pemain termasuk jurulatih sudah tamat kontraknya pada bulan September nanti dan harapan kami semoga pasukan Perak nanti jauh lebih baik dari sekarang.
kemenangan yg diimpikan dah dapat,ade byk faktor yg membantu..tp yg paling penting,setiap pemain berusehe sedaye upaye utk meng dan kelayakan ke suku akhir ni harap2nye dapat bagi moral boosting utk setiap pemain utk beraksi lebih cemerlg dlm kancah piala malaysia pade bulan depan..semoge skuad seladang dan skuad kedah dapat terus maju n tak berhenti separuh jaln..nak tye admin,,pasukan perak takde buat anugerah2 cm pasukan2 liga eropah buat ke??cm pemain terbaik pasukan musim ini,penjaring terbanyak,pemain mude terbaik,etc..ade ke?ke lepas abis piala malaysia baru buat?kalo ade bolehle web seladang.net buat tmpat membuang undi,,baru nampak meriah sikit pasukan perak..
Tahniah!!Tahniah!!
kedua2 pasukan KEDAH dan PERAK menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan menundukkan lawan masing2..alhamdulillah semoga meneruskan rentak kejayaan ini untuk masa akan datang..
Teruskan perjuangan wira2 kita…buktikan kepada negara2 lain bahawa pasukan negeri atau kelab dari Malaysia bukan pasukan belasahan..
Pulun Kedah Pulun!
Kejor Yeob Kejor!
Malaysia Cemerlang!Gemilang!Terbilang
tahniah untuk wira-wira seladang, tinggal 6 match lagi sebelum merangkul piala AFC. tengok senarai team AFC cup pun tak la sehebat mana, byk dari negara asia timur tapi takde menyerlah sangat pun kat peringkat asia atau dunia, boleh “makan” punyalah..ada byk masa lagi untuk team perak utk tingkatkan physical and mental strenght…ingat bak kata wahid senario tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi!!!
game ni mmg menarik. Perak tak kelihatan kekok bermain di padang tiruan. walau diasak, defence tetap berjaya mengawal keadaan & menepis 1 after another. SAF menurunkan almost separuh pemain regular mereka ( key goalkeeper ade, key defender ade, key striker ade) & import 3-org bagaimana yg ditetapkan, so Perak boleh berbangga dapat tewaskan mereka. revenge yg sgt manis di mata saya, dpt tebus balik kekalahan 1-6 di Ipoh hari tu.
Gol-gol dr kapten & Hardi mmg cantik2 belaka, jarak jauh. hardi sentiasa mengancam. pemain2 perak menunjukkan semangat juang yg tinggi & they showed they want 2 qlfy 4 de nx round. alhamdulilah, kejayaan diperoleh. pemain memberikan komitmen yg amat baik dr wisel permulaan ditiup.
next round di bulan sept, saya rasa barisan pemain berkemungkinan besar akan ade perubahan, harapnye coach nye jugak, so saya harap yg terbaik utk perak. apepon perak akan tetap di hati.
moga2 KJ akan kekal dgn perak & stay injury free.
masa game mlm tu teman berkesempatan bebual dgn KJ, katanye perlu 3-minggu lagi utk benar2 recover. injury dia crucial kali ni katanye pasal kene main jugak masa tu walau tgh injured. so kali ni kene rehat betol2, kalau silap langkah, boleh jahanam terus lutut dia katanye. speedy recovey utk KJ. moga takla terus dihantui masaalah kecederaan berterusan.
pd fans perak yg turun Spore mlm tu, TAHNIAH buat semua. saya tabik hormat pd anda semua di atas kesunnguhan kalian dtg ke sini utk support team kesayangan kita smua. ade yg dtg dgn bas, kereta, motosikal, dll. perjalanan jauh tak membantutkan hasrat utk beri sokongan.
hidop perak! perak mmg sentiasa best!
oops maaf, saya tersilap. SAF hanye menurunkan 2-import sahaja. :-)
caiyok2 truskan lagi usaha
TAHNIAH…gol hardi boleh tahan…mungkin pdg tiruan senang try jauh…