Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008
May 7th, 2008 by webmaster
Piala Belia 07/2008
Rabu 7 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia yang ke-12 pasukan Perak menentang pasukan Melaka di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Prestasi skuad belia seawal pusingan pertama ini dilaporkan kurang memberangsangkan. Skuad ini dipimpin oleh jurulatih Abu Bakar Fadzim yang juga merangkap penolong jurulatih skuad Piala Presiden Perak.
Keputusan dan carta liga yang diperolehi dari FAM tidak dikemaskini termasuk halaman PAFA sendiri. Oleh itu pihak kami akan cuba mengambil satu usaha tersendiri untuk mendapatkan maklum balas secara peribadi dari saudara Abu Bakar Fadzim pada masa terdekat ini tentang prestasi semasa skuad belia Perak.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 7 Mei 2008
Plus FC vs PDRM
Stadium UPM, Serdang
Kelantan vs Perlis
Stadium Mini Pasir Mas
Kuala Muda vs Negeri Sembilan
Kompleks sukan NAZA Gurun
Pulau Pinang vs ATM
Stadium Kompleks Sukan, Bertam
Kuala Lumpur vs Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Pahang vs Felda United FC
Stadium MPK 1B Kuantan
Shahzan Muda vs Johor
Stadium Mini Temerloh
Johor FC vs MyTeam FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008
- Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008
- Piala Belia | Perak vs Kedah | 11 Jun 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008




utk team perak dlm piala belia ni yong harap buat the best ye..tunjukkan
prestasi yg all out.mudah-mudahan prestasi & pencapaian anda dpt membuka mata pihak pengurusan & coach senior utk diserapkan ke skuad utama negeri.
selamat maju jaya…………..
All the best
Salam admin…terima kasih ke atas info di atas…tak tau le pulak teman ada Piala Belia…nak tanya je…apa beza Piala Belia dgn Piala Presiden?Dari segi umur ke?Format dia sama dgn Piala Malaysia,Piala FA atau Liga?Itu aje..terima kasih
jawapan admin: format yang sama seperti Piala Presiden cuma diwakili oleh pemain dibawah umur 19 tahun sahaja.
Salam admin… kalau tidak menyusahkan… mohon dipaparkan foto2 player Piala Presiden dan player Piala Belia… Mana tau ya mungkin2 tetangga…
btul 2…sy setuju dgn meor19..elok juga nk mengenali skuad piala presiden nih…
mybe ada kwn dr anderson school dulu…
perak ttp dihati
emm..ape result game nih??
Pihak kami belum berkesempatan untuk mendapatkan keputusan perlawanan ini. Harap kepada mereka yang mengetahui keputusan perlawanan ini dapat berkongsi maklumat tersebut.
Terima Kasih
admin
Ok terima kasih admin
Keputusan perlawanan Piala Belia antara pasukan Perak menentang Melaka berakhir dengan keputusan Perak berjaya menewaskan Melaka dengan keputusan 2 gol berbalas 1.
Terima Kasih
admin
Terima kasih admin atas info keputusan Piala Belia….diharap agar pasukan ini akan dpt meneruskan perjuangan mereka ke arah lebih jauh…
owh..perak under 19 rupenye..kire semue pemain setaraf skuad harimau muda le ni??tak sedo pun yg malaysia pun ade anjurkan kejohanan spt ni,sebelum ni igt ade liga super/premier;FAM; ngan piala presiden jek..bukan perak jek,tapi setiap pasukan negeri dah ade pemain pelapis(mase depan)dan teman2 amat berharap agr bakat2 dorg ni dapat diketengaahkn lebih awal spt ape yg dibuat oleh pasukan2 eropah..dgn care ni dorg dapat cepat matang dan memperoleh taraf pro walaupun usie baru stahun jagung!mgkin facilities tak sehebat di eropah tapi dgn usahe yg keras dan berterusan,nescaye yg mustahil dapt direalisasikan!!kejor yop!teringin beno nak tgk the new ahmad syahrul n nanthakumar..