Piala Presiden | Perak Vs PDRM | 5 Mei 2008
May 5th, 2008 by webmaster
Piala Presiden 07/2008
Isnin 5 Mei 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM
Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Presiden antara pasukan Perak menentang pasukan PDRM. Perak yang tewas pada perlawanan menentang Selangor tempohari sudah tentu akan cuba memenangi perlawanan ini untuk meraih sebanyak mata yang mungkin untuk terus kekal bersaing.
Dengan hanya tinggal berbaki 2 lagi perlawanan untuk dilalui oleh skuad presiden Perak selepas ini, kita mengharapkan supaya mereka mampu untuk mengulangi kejayaan tahun 2007 walaupun persembahan tahun ini tidaklah sebaik tahun lalu di bawah kendalian jurulatih Raja Azlan Shah Raja So’ib.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 5 Mei 2008
Johor vs Selangor
Stadium Mini Mersing, Johor
Pahang vs Plus FC
Padang MPK 1B Kuantan
Kuala Muda vs Perlis
Kompleks Sukan NAZA Gurun
Pulau Pinang vs Sabah
Stadium Bandaraya, P.Pinang
ATM vs Melaka
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
PKNS vs Kuala Lumpur
Padang Kompleks Sukan PKNS
SSBJ vs Proton FC
Padang D MSN Bukit Jalil
Sarawak vs Felda United FC
Stadium Sarawak, Kuching
Terengganu vs Shahzan Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Kelantan vs Johor FC
Std. Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru
Kedah vs My Team FC
Stadium Mini Jitra
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Sarawak pada 4:15 petang.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Presiden | Perak Vs Sabah | 15 Mei 2008
- Piala Presiden | Perak Vs Plus FC | 24 April 2008
- Piala Presiden | Selangor Vs Perak | 1 Mei 2008
- Piala Presiden | PDRM Vs Perak - Suku Akhir
- Piala Presiden | Perlis Vs Perak | 8 Mei 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Presiden | Perak Vs PDRM | 5 Mei 2008




Yelah. Teman pun berharap agar pasukan piala presiden tahun ni kekalkan momentum dan cubalah supaya dapat kekalkan kedudukan sekarang ni. Janganlah plak jadi macam skuad senior. Sedih semua fan tapi perjuangan mereka belum selesai kerana pasni mereka akan menghadapi AFC dan piala Malaysia. Harap2 masih ada sinar di sana. Insyaallah.
Skor yob Skor
Yah!!
Harap skuad presiden hari ini brmain dgn brsunguh2…
Manthap Yob Manthap !!!!
mungkin kekalahan kpd selngor tempoh hari sdkit sbnyk menjejaskn pluang perak utk menjadi juare liga tetapi masih ade 2 lagi baki prlawanan dan harap2 setiap pemain x bputus ase dan bersungguh2 utk mnghambt selangor hingge ke garsan penamat!!skuad senior dah lesu tahun ni dan semoge skuad piala presiden perak tdk mghampekan!!
SKOR YOP SKOP….. jaga jgn tersungkurrrr…….. Jadilah JUNIOR berjiwa SENIOR……… Banggakan Negeri PERAK………..
salam..
to admin : result game ni???thanks
jawapan admin: Perak 2 - 2 PDRM
Tahniahlah Perak walaupun seri. teruskan mungkin tinggal lagi satu atau dua game untuk diselesaikan
Salam admin…terima kasih buat mike kerana sudi siarkan liputan psl skuad Piala Presiden ni…dpt le jugak mengubat hati yg luka dek penangan kondisi skuad senior yg tak tentu arah musim ni….buat pasukan junior ni teman harap deme boleh pegi jauh…teman dpt rasakan tentunya ada segelintir pemain yg dah bersedia di serapkan ke skuad senior musim depan cuma harapnya jgn le deme ni dibiorkan sekadar pemanas bangku simpanan je…bg le pendedahan yg secukupnya…teman tetap bangga walaupun tanpa jurulatih musim lepas deme tetap berdaya saing hingga berada di tangga kedua liga…maknanya dlm diri deme pun dah ada semangat juang yg tinggi…elok le jgn disia2kan..kepada pengurusan PAFA,bukak mata kome besor2!!!
Adios Amigos…Skor Yob Skor!!
salam admin, terima kasih yang tak terhingga kerana membuat liputan mengenai pasukan piala presiden. even dalam website FAM pun tak dikemaskini. walaupun seri tidak mengapa yang penting berdaya saing. anyway good luck for our boys..kejor yob kejor