feed rss2

Piala Presiden 07/2008
Khamis 1 Mei 2008
Stadium Shah Alam

4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan antara pasukan Selangor menentang Perak untuk kempen Piala Presiden 07/2008. Perak pada 24 April 2008 yang lalu telah berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Plus FC dengan jaringan 1 gol.

Kemenangan pada perlawanan ini amat penting untuk memintas Selangor di tangga pertama yang dipisahkan dengan 2 mata. Selangor pada perlawanan lalu tumpas kepada Kuala Muda dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 1 Mei 2008

Plus FC vs Johor
Stadium Petronas, Bangi

PDRM vs Kuala Muda Naza
Padang Utama Pulapol

Perlis vs Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri

Sabah vs ATM
Stadium Likas,Sabah

Melaka vs Negeri Sembilan
Stadium Hang Tuah, Melaka

Felda United FC vs PKNS
Stadium Petronas, Bangi

Kuala Lumpur vs Proton FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Shahzan Muda vs Sarawak
Stadium Mini, Temerloh

Johor FC vs Terengganu
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

My Team FC vs Kelantan
Stadium Mini Jendarata, Teluk Intan

Kedah vs SSBJ
Stadium Mini Jitra

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Kedudukan Terkini Kumpulan A | Piala Presiden 07/2008

No Pasukan P M S K J B +/- M
01 Selangor 20 13 2 5 30 16 14 41
02 Perak 20 11 6 3 27 9 18 39
03 Negeri Sembilan
21 11 5 5 31 20 11 38
04 PDRM 20 10 6 4 30 16 14 36
05 Kuala Muda 20 10 4 6 31 19 12 34
06 Pulau Pinang 20 9 5 6 17 12 5 32
07 Johor 20 9 4 7 23 19 4 31
08 Perlis 20 8 4 8 28 26 2 28
09 ATM 21 7 2 12 20 36 -16 23
10 Pahang 20 5 5 10 19 27 -8 20
11 Plus FC 21 5 4 12 24 29 -5 19
12 Sabah 20 5 1 14 19 42 -23 16
13 Melaka 19 3 2 14 16 38 -22 11
Print This Post Print This Post

If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Presiden | Selangor Vs Perak | 1 Mei 2008

9 Responses to “Piala Presiden | Selangor Vs Perak | 1 Mei 2008”

  1. on 01 May 2008 at 4:13 pmmiez3

    Salam admin…teman baru je tau ada game kalau tak boleh gak pegi tengok budak2 ni main…apapun harap deme ni tak menghampakan & boleh naik ke ranking pertama liga..besar juga harapan kalau dpt lintas langsung atau rumusan ringkas perlawanan…t.kasih

  2. on 01 May 2008 at 4:15 pmkeanu147

    lpas ni,team perak senior amik ler dak2 presiden nih men ngn deme…kiter sbnrnye mmpunyai barisan pelapis yg sgt mantap…hrp2 kemantapan deme nih dpt membantu perak senior pada mse kelak..

  3. on 01 May 2008 at 6:56 pmyobscoryob

    admin…xde kptsn terkini team skuad presiden…rasanya dh abis dh game ptg nih

  4. on 01 May 2008 at 8:18 pmkeanu147

    ye tak ye gak…ape keputusan nye??xkan da lpas maghrib pn penalti tak abih2..hehehe…

  5. on 01 May 2008 at 8:26 pmwebmaster

    Keputusan penuh;

    Selangor 2 - 1 Perak

    Permainan bermula agak lewat iaitu pada pukul 5:05 petang. Gol pertama dihasilkan oleh pasukan Perak melalui satu tendangan deras dari luar kotak penalti Selangor oleh Shahrizal Saad. Permainan lebih banyak dikuasai oleh pasukan Perak namun pada minit ke-30, pasukan Selangor berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Perak. Tidak lama kemudian pada minit ke-35, Selangor berjaya menjaringkan gol kedua mereka hasil hantaran satu dua di penjuru kotak penalti Perak.

    Separuh masa kedua bermula dengan Perak lebih banyak mengasak sambil Selangor dilihat lebih banyak cuba memperlahankan permainan. Beberapa peluang terhidang buat pemain muda Perak untuk menghasilkan gol namun nasib tidak menyebelahi mereka. Di penghujung babak separuh masa kedua terjadi satu insiden pergaduhan apabila salah seorang pemain Selangor dijatuhkan oleh pemain Perak di tengah padang.

    Beberapa pemain di lihat bertolak-tolakan dan terjadi pukul memukul secara curi di kalangan pemain. Permainan terhenti lebih 5 minit dan hasilnya seorang pemain Selangor serta dua orang pemain Perak dibuang padang.

    Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan ini dianggarkan kira-kira 200 orang. Pengadil dilihat membuat beberapa keputusan yang mencetus kontroversi namun masih tidak keterlaluan untuk “dituduh” menyebelahi mana-mana pihak. Kesimpulannya permainan skuad Presiden Perak menghiburkan tetapi sedikit hambar kerana kegagalan jentera serangan memanafaatkan peluang yang ada.

    Terima Kasih
    admin

  6. on 01 May 2008 at 11:45 pmnemophat86

    salam buat peminat perak…teman yakin klu budak2 presiden diserap dlm senior myb skuad yop pasti menyengat mcm sang kenari”papehal pun perak kna guna kelebihan setiap pemain jgn duk kat kerusi simpanan je..hop kpd coach jgn pilih bulu..kami mahu kebangkitan yop bukan kemunduran skuad yang teman sayangi ini…skor yop skor…

  7. on 02 May 2008 at 12:34 ammiez3

    Hmm….takpe la kalah…tak de rezeki lagi le tu…cuba lagi lain kali…

  8. on 02 May 2008 at 10:34 pmamirfsl

    kalah ke??takpe le..dah try,siap skor dulu..kalo kalah tanpe memberi saingan tu len crte..syabas!

  9. on 04 May 2008 at 10:40 pmpie

    walaupun dah lewat. Teman na ucapkan tahniah dan berharap agar Fakri dpt pulang ke Perak untuk Piala Malaysia.

[Valid CCL]