feed rss2

Archive for May, 2008

TM Piala Malaysia

Disertakan di bawah semua perlawanan yang membabitkan pasukan Perak dalam kumpulan C untuk kempen Piala Malaysia 07/2008 nanti. Turut disertakan pada jadual tersebut ramalan dari pihak kami tentang keputusan perlawanan itu nanti.

Anda sebagai pengguna berdaftar seladang.net juga boleh membuat ramalan menggunakan format seperti yang kami berikan pada ruangan komentar di bawah. Walaupun tiada sebarang hadiah yang kami tawarkan untuk ramalan ini, sekurang-kurangnya ini dapat membuktikan anda seorang peramal yang baik jika berkaitan dengan bolasepak.

Jadual lengkap pasukan Perak Darul Ridzuan:

Perak vs Perlis
Rabu 11 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh

Pahang vs Perak
Selasa 24 Jun 2008
Stadium Darul Makmur

Perak vs ATM
Jumaat 27 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh

Johor vs Perak
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perak vs My Team
Khamis 3 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh

Perlis vs Perak
Ahad… Continue reading

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perak 1 - 0 Pahang

Peluang pasukan Sukma Perak untuk layak ke peringkat seterusnya kembali cerah apabila berjaya memenangi perlawanan terakhirnya pada petang tadi menentang pasukan Pahang dengan keputusan 1 gol tanpa balas.

Wira pasukan Perak pada petang itu ialah pemain tengah skuad senior Perak, Mohd Noor Hazrul yang menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang cantik dari jarak 25 meter pada minit ke 13 separuh masa pertama permainan.

Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan berbalas-balas serangan namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pihak selepas gol tersebut. Penolong jurulatih skuad Sukma Perak, Abu Bakar Fadzim nyata gembira dengan kemenangan tersebut walaupun perlawanan cukup sengit.

“Kemenangan ini meletakkan kita 90% dalam kedudukan selesa untuk… Continue reading

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perlawanan kedua dan terakhir skuad bolasepak Sukma Perak ialah menentang pasukan Pahang. Selepas tewas kepada tuan rumah tempohari, skuad Perak tidak mempunyai pilihan lain kecuali menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan yang selesa.

Kemenangan pada perlawanan itu nanti akan membuka peluang untuk berada sebagai naib johan kumpulan A itu pun jika pasukan Terengganu berjaya menewaskan pasukan Pahang pada perlawanan terakhir mereka.

Jadual perlawanan bolasepak hari ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Melaka vs Perlis
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C

W. Persekutuan vs N. Sembilan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C

Johor 2 - 1 Sarawak
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan… Continue reading

TM Piala Malaysia

Sebagai mana yang kita ketahui, Perak telah di undi dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Perlis, Pahang, My Team, Johor dan ATM. Kumpulan ini dilihat agak mudah bagi pasukan Perak memandangkan kebanyakkan lawan yang bakal dihadapi nanti pernah ditewaskan sebelum ini dalam perlawanan liga.

Cuma pasukan Johor dan ATM dari Liga Premier sahaja yang tidak pernah ditemui oleh pasukan Perak musim ini. Mungkin ada sedikit tentangan dari pasukan Johor namun penulis yakin pasukan seladang mampu menewaskan skuad ATM tanpa sebarang masalah samada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Sila klik link di bawah untuk senarai kumpulan pada undian tempohari.

TM Piala Malaysia 07/2008 | Keputusan Undian Rasmi

Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak secara otomatik termasuk 2 pasukan terbaik di tempat ketiga… Continue reading

Sukma 12 | Terengganu

Rabu 28 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45ptg | Kumpulan A

Terengganu 3 - 2 Perak

Pemainan bermula dengan berhati-hati apabila pemain Perak seakan terlalu menghormati pihak lawan yang juga juara bertahan edisi yang lalu. Gawang Perak yang dijaga oleh Kamarul Effandy bolos sebanyak 2 kali pada separuh masa pertama dengan gol-gol mudah melalui Mohd Ashari Samsudin pada minit ke 11 dan Ismail Faruqi pada minit ke 31.

 Sukma 12 - Terengganu vs Perak

Masuk separuh masa kedua, para pemain seakan telah mendapat semula rentak permainan yang biasa ditonjolkan sebelum ini dan hasilnya pada minit ke 76, Mohd Noor Hazrul berjaya menjaringkan gol yang pertama melalui sepakan sudut yang terkena pemain Terengganu, Mohd… Continue reading

Sukma 12 | Terengganu

Rabu 28 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45ptg | Kumpulan A

Petang ini perlawanan pertama skuad bolasepak Sukma Perak akan turun menentang pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan Sukma 2006 yang lalu iaitu Terengganu. Secara matematik mudah, pasukan Perak perlu menang satu perlawanan dan sekurang-kurangnya satu seri untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya kerana di dalam kumpulan A hanya terdapat 3 pasukan sahaja.

Jadual perlawanan bolasepak hari ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Negeri Sembilan vs Melaka
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Perlis vs W. Persekutuan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Brunei vs Johor
Padang C Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan D

Sarawak vs P.Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:00 pagi… Continue reading

Sukma 12 | Terengganu

Sukma yang ke 12 kali ini menampilkan Terengganu sebagai tuan rumah bermula dari 29 Mei hingga 9 Jun 2008. Walaupun begitu untuk sukan bolasepak, perlawanan awal untuk saingan kumpulan akan bermula pada 28 Mei 2008.

Sebanyak 15 pasukan terbahagi di dalam 4 kumpulan yang akan menyaksikan hanya pasukan yang menjadi johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir pada hari Selasa, 3 Jun 2008.

Untuk peringkat separuh akhir pula dijadualkan pada hari Khamis, 5 Jun 2008 dan penentuan pingat gangsa diadakan pada hari Sabtu, 7 Jun 2008. Untuk pemenang pingat emas dan perak pula perlawanan akhir akan diadakan pada hari Ahad, 8 Jun 2008.

Pasukan Perak menghadapi tugas yang agak berat apabila terpaksa bersama dengan juara Sukma… Continue reading

Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 7 Jun 2008 ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk memperbaiki ranking Malaysia yang kini semakin nazak di tangga ke 169.

Perlawanan yang akan diadakan di Jakarta ini, turut memperlihatkan seramai 26 pelatih skuad senior dipanggil menjalani latihan pusat termasuk 7 pelatih skuad bawah 23 tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat ialah 33 orang.

Mampukah pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia yang menduduki tangga ke 131 dunia sewaktu artikel ini ditulis?. Sama-samalah kita nantikan kemampuan sebenar skuad kendalian B. Sathianathan nanti.

Senarai pelatih skuad senior:

Penjaga gol:

Helmi Eliza Elias (Kedah)
Badrul Zaman Abdul Halim (PKNS)
Farizal Marlias (Shahzan Muda)

Pertahanan:

Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
Rosdi Talib (Pahang)
Chun Keng Hong (Pulau Pinang)
Fauzi Nan (Perlis)
Chan Wing Hong (Perak)
S Subramaniam (Perak)
Aidil Zafuan Abdul… Continue reading

Intercontinental Cup 2008 | Malaysia

Ahad 25 Mei 2008
Nigeria Vs Australia
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Perlawanan akhir untuk kejohanan Piala Antara Benua ialah antara Nigeria menentang pasukan Australia pada pukul 8:45 malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Perlawanan malam ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan menampilkan skuad yang akan beraksi pada sukan Olimpik di Beijing nanti.
Tiket berharga RM 10 untuk tempat duduk biasa dan RM 20 untuk grandstand boleh dibeli untuk menonton perlawanan ini… Continue reading

Next »

[Valid CCL]