TM Liga Super – Selangor Hilang 3 Mata

TM Liga Super

Berita terkini yang kami perolehi ialah pasukan Selangor akan di potong 3 mata berkuatkuasa serta merta sebagai hukuman di mana 4 orang pemainnya pulang awal sewaktu mengikuti kem Ian Rush baru-baru ini oleh Jawatankuasa Displin FAM.

Turut menerima tempiasnya ialah jurulatih mereka, Dollah Salleh yang turut di denda RM 10,000 sebagai hukuman. Namun khabarnya nasib keempat-empat pemain tersebut iaitu Safee Sali, Akmal Rizal, Indra Putra Mahyuddin dan Amirul Hadi Zainal tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Ini menjadikan kedudukan mereka di tangga kedua agak rapuh apabila memungut 39 mata berbanding pasukan Perak di tangga ketiga dengan 38 mata. Namun pasukan Selangor masih mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Perak.

Keputusan ini juga secara tidak langsung telah mengangkat pasukan Kedah sebagai calon Juara Liga Super untuk musim kedua berturut-turut apabila hanya perlu mencari 2 mata sahaja dari baki 4 perlawanan yang akan mereka lalui.

Terima kepada En. Saiful dari HKC untuk info tersebut pada pukul 8:15 malam tadi.

Terkini: 8:35mlm

4 pemain di denda RM 1000 setiap seorang manakala Persatuan Bolasepak Selangor di denda RM 20,000.

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “TM Liga Super – Selangor Hilang 3 Mata

  1. seansan00

    alhamdulilah kerana meng'kaya'kan FAM, boleh la duit tuh dibelanja untuk pembangunan bola sepak negara..

    pasal selangor teman no komen.. tp ini adalah satu bonus utk pasukan perak yg setidak-tidaknya menjadi naib juara liga super..

    maaflah admin, teman ni 'buta singkatan' nak tanye HKC tuh singkatan dr perkataan ape?

    jawapan admin:
    Hijau Kuning Community

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. putra8878

    Ahamdulillah...syabas fam bertindak tegas terhadap sgor yg memandang rendah usaha2 fam.sedangkan perak bleh antor player utk klinik tu deme plak tarik player deme,mane adil..skrg baru deme tau...

    komen admin: Soalnya siapa pemain Perak yang dihantar untuk menyertai klinik tersebut?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saiful

    Sorry, ada kekeliruan sedikit berita awal tu. Maksud saya pada ketika itu ialah saya tak tahu status hukuman 4 pemain terbabit. Namun sekarang semuanya sudah jelas.

    Pada pandangan saya, saya tidak begitu setuju pemotongan tiga mata. Denda ke atas mereka yang terlibat sudah memadai sebenarnya.

    Apa pun pintu rayuan masih lagi terbuka dan boleh jadi pemotongan tiga mata itu akan ditarik balik tetap ada. Kita tunggu dan lihat episod seterusnya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    Bagi teman ni adalah keputusan yang kurang bijak. Bukan apa sepatutnya pemainlah yang kena tindakan kerana melanggar arahan FAM walaupun menerima arahan dr jurulatih untuk pulang. Bukan cara dengan memotong mata ini. Bayangkanlah kalau kita masih tdk dpt potong ketangga kedua liga. Malu beb...... dan skrg NS dah mengintai peluang untuk menduduki tangga kedua, walaupun perak menang kesemua perlawanan dan seri dgn NS, NS tetap akan potong kedudukan perak dan kita akan jatuh silap2 tangga ke 4 atau lima.Entahlah sblm ni alasan pemain penat sebab jadual padat. Kita lihat plak lps ni apa alasannya plak? mungkin alasan kurang cergas kerana rehat terlampau lama. SD, SD teman dah karangkan ayat yang kamu akan bagi pada FAN2 perak. SABO JELAH

    KEJOR YOB KEJOR

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Salam semua....terkejut jgk teman bila dpt berita ni...bior betui FAM ni.....

    S'ngor hilang mata....harap Perak pulak jgn hilang arah...gunakan kesempatan ini utk berjuang sebagai "gentlemen" agar dpt memotong S'ngor....biarpun tinggal baki beberapa perlawanan sahaja tetapi kesemuanya terletak pada kemampuan pasukan itu sendiri utk mengubah sesuatu...

    Bukanlah pemotongan mata jadi sandaran utk merasakan bahawa Perak berada dlm zon yg selesa tapi kenalah berusaha sendiri utk mendptkan kembali ranking kedua yg telah lama ditinggalkan.....mulakanlah dgn langkah kanan apabila bertemu NS Naza Sabtu ini utk terus menang dan menang...teman doakan misi Perak berjaya selepas ini...
    Kejor Yob Kejor....bior dpt duk atas balik!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. lee_dado

    terlalu berat..itu yg mampu diungkapkan..

    sebagai peminat Hijau Kuning, Kedah tak memerlukan 3 mata hasil potongan dr Selangor utk dinobatkan juara Liga Super utk kali ke 2...

    rasionalkah tindakan FAM ..? sebab apa Kedah & Perak tak menghantar pemain mereka ke klinik Ian Rush tersebut, kerana padat dgn jadual Liga Super, Piala FA serta AFC.. Selangor pula bakal menghadapi saingan Piala FA..

    macam mana coach nak atur strategi kalau player utama ada di kem berlainan, tak ada masa lainkah FAM nak atur klinik tersebut di tengah-tengah kepadatan jadual perlawanan...

    FAM oohhh FAM...baiki laa ranking FIFA dulu dah sampai 170 pun, jgn dok kalut nak cari salah org dan denda org saja...

    sekadar bersimpati dengan kem Selangor sahaja...

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ripo

    diharapkan fam menggunakan wang tesebut dgn sebaikbaiknye...seperti baik pulih padang2 di msia nih dan sebgainye..haih..takyah ler bazir anto sesape pegi luar negara..dlm negara pun da ckup..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. seansan00

    betoi tuh ripo.. padang yg cantek kat ipoh padang tuh teman tgk kejap jd padang kriket, kejap padang ragbi.. kalau FAM dah kaya bg la kat perak sikit.. :P

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. amirfsl

    teman dukecite terhadap nasib yang menimpa skuad selangor,,tak tau nak cakap pihak mane yang salah,,tak patut kalau dikatekan kedue2 belah pihak mementingkan diri,tapi teman harap FAM akan lebih tegas dan memberi makluman dan informasi yang efisyen supaye masalah yang same tidak berulang lagi,,kepade team kedah,mungkin masih terlalu awal,tapi tahniah!agak mustahil bagi team2 lain untuk mencabar posisi anda sekarang,,kepade skuad yop:buat yang terbaik!capai naib juare!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. ripo

    teman kesian le jgak dkat selangor tuh..tapi nak wat camne..fam kan berkuasa VETO...die leh wat suka ati die jer..fakri pun diorang cam tanak lepaskan..haih..ade duit anta g overC ade duit anta pegi merantau..perabeh boras jo...sumbang ler utk negeri2 nak wat akademi ke ape..ni cilok je kejenye..klinik ian rush tu brape hari ek?teman cume tefikir apabila membaca dari ruangan akhbar star bertajuk Malaysian obsession with EPL worries football legend and coach..ada duit byk pun talak guna kaaa...?

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. abgcho

    kem tu berlangsung 3 ari dan player perak dan kedah dikecualikan daripade menyertai pasei terlibar kire2 4game dalam mase seminggu tu..kem bermule xsilap awok ri rabu n berakhir ari jumat. perak xdapat menghantar player psei ketike kem bermule, perak masih berade di alor setar selepas kekecewaan melande skuad perak apb bertemu kedah dalam saingan liga super. spertimana mklum bg pndapat awok dalam ape2 kes pn selangor ttp dianggap bersalah pasei memanggil keluar player blk semse dalam kem latihan tanpe pengetahuan pengurusan kem. ape2 pn sekiranye dorg kluar pun walau sebb apepun even berlaku kematian pn deme WAJIB setidak-tidaknye mmberitahu pihak pengurusan diatas pemergian...sekiranye pemberitahuan dibuat mungkin perkara ini tidak akan terjadi...utk fam pula, sememangnye pengajuran kem ini bolehle dianggap secare tibe2 dan ini menyulitkan pelbagai pihak dalam merencane pelbagai strategi dalam kempen liga...untuk hukuman sememangnye ia dianggap terlalu berat untuk diterime. mungkin spek fam terlalu berlainan kali jika dibandingkan dengan fam dahulu...rasenye xpayahle diperjelaskan kenape.....sume phm kot.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Pakcu

    Dalam bab ni teman tak salahkan FAM...
    Player2 di Malaysia ni kena pikir panjang lah... lihatlah dalam diri masing2.. apakah mereka ini sudah cukup ilmu bola sepak.. kalau mereka kata "ya" mungkin itu cuma perasan je.. kalau tidak kenapa Malaysia masih berada di rangking yang "jelek" di peringkat dunia?

    berbalik cerita bab selangor ni... sepatutnya "jadual perlawanan" tidak dijadikan alasan oleh player2 tersebut untuk cabut lari dari klinik IR apatah lagi mereka ini adalah golongan yang teristimewa "terpilih" utk menimba ilmu dari seorang yang begitu profesional dalam bola sepak dunia. Maaf teman katakan bahawa mereka ini jelas tidak mementingkan ilmu yang bakal diberi. Lagi satu bak kata orang kalau mereka beranggapan diri mereka itu profesional maka utk "belah" dari klinik tersebut haruslah dengan cara yang profesional juga.

    Dalam hal ini teman rasa FAM sudah bertindak wajar terhadap pemain, jurulatih serta pasukan Selangor kerana selain bertindak dengan "cara yang tidak sopan" terhadap pengendali klinik bolasepak tersebut mereka juga lebih mirip mementingkan "kemenangan singkat" daripada ILMU yang bakal diterima.. yang boleh digunakan sepanjang hidup terutama didalam karier bolasepak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. m_anip2

    teman sokong pakcu...lg pn area selangor dgn klinik 2 diadakan bkn jauh mana pn...dah dpt satu peluang yg berharga xnk digunakan pulak...herm...cukuplah malaysia malu dgn ranking yg makin menjunam ke bwh tp jgn malukn negara dgn sikap tidak profesinal kita...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. anakperak86

    dlm hal ni teman rasa pihak FAM yg salah. deme ni x tau ler nk ckp ghoper mana. deme sendiri susun jadual tp deme sendiri x tau nk handle. ptt ler ranking negara kita mcm aper jer. kem tu mmg baguih tp kena le tgk keadaan dia ghoper mana. dgn jadual perlawanan yg byk. oh FAM oh FAM......

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. razlan

    kemusykilan teman:
    1) kenapa 3 mata? kenapa tak potong 10 mata?
    2) kesalahan berlaku sebelum perlawanan Piala FA tetapi mata dipotong utk Liga Super.
    3) kenapa #*$%@ sangat buat klinik ni semasa liga masih berlangsung? (maaf jika kasar sangat tapi marah ni sebab ranking malaysia dah turun ke kedudukan 170 dunia... malu laa FAM woi)

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. Pakcu

    Mungkin kerana menyedari bahawa Malaysia berada di ranking yang "jelek" lah maka ada satu pihak luar yang cuba ingin membantu Malaysia memperbaiki kedudukan tersebut. Maka player2 di Malaysia yang terpilih wajib lah berterima kasih atas usha murni pihak tersebut. Tidak ada cara lain.. mungkin dengan cara mengadakan klinik seperti itulah cara yang bisa membantu.

    Peluang yang dihidangkan kenapa tidak dipergunakan sebaik mungkin oleh player2 yang terbabit??? Untuk menimba ilmu seharusnya tidak ada alasan2 yang menghalang.. ketepikan dulu alasan2 tersebut demi ilmu yang berharga... apatah lagi ilmu yang diberi itu oleh orang "yang pakar dalam bola sepak dunia"

    FAM meluluskan jadual berlangsungnya klinik ini yang dianggap penting utk player2 tempatan.. mungkin atas dasar "demi negara" dan tidak "demi negeri" mungkin juga bertepatan dengan slogan "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. putra8878

    t0 admin:maaf kalo informasi teman dpt kurang tepat.Pada mulenye teman dapt tahu Khaled.razali anatara name yg diantor oleh perak.Kalu ade kelepasan saat akhir utk team perak teman xdpt informasi le masa tu.Harap maaf.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua teman-teman dalam Seladang.net..Bagi pendapat saya banyak perkara yang perlu dinilai dari insiden ini..Yang pertama FAM tidak seharusnya memberikan keizinanan untuk klinik Ian Rush sewaktu kejohanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA tengah rancak dan hampir ke kemuncaknya..Ini sedikit sebanyak akan merencatkan persiapan pasukan-pasukan negeri..Jika pemain dipanggil untuk mewakili negara saya bersetuju 100% demi maruah..Seharusnya FAM membuat program selepas semua kejohanan berakhir..Barulah pemain boleh memfokus latihan yang diberikan..FAM kena bijak sewaktu hendak mengendalikan program sebegini..Walaupun FAM nampak kemerosotan serta ingin membantu biarlah semuanya selesai..Dari segi pemotongan mata..Saya tidak bersetuju kerana insiden berlaku sebelum Piala FA diantara pasukan Perak dan Selangor..Sepatutnya kemenangan diberikan pada pasukan Perak diatas insiden ini ataupun perlawanan ulangan..FAM sepatutnya bebas dari unsur politik..Kalau boleh takde seorang pun ahli politik dalam FAM..Jika ini berlaku saya pasti satu perubahan besar dalam arena bolasepak malaysia diperingkat negeri ataupun antarabangsa..Penaja tak perlu dipaksa menaja..Biarlah dengan seikhlas hati demi kebaikkan semua..Yang kedua pemain perlulah bersikap profesional dalam insiden ini..Masuk cara baik keluar pun biarlah dengan cara baik..Kejadian ini menampakkan sikap pemain lebih mementingkan sesuatu dari apa yang ingin dipelajari..Saya tak salahkan pemain sepenuhnya tapi sikap pemain yang harus diubah..Hormatlah pada yang ingin membantu..Yang ketiga jurulatih juga perlu bersikap profesional..Janganlah anggap diri terlebih ilmu hingga meminggirkan orang yang lebih berilmu..Sepatutnya biarlah selesai program ataupun berjumpalah dengan Ian Rush dan selesaikan cara baik..Saya rasa dengan cara begini kita sentiasa dihormati kerana sikap ketimuran yang bersopan santun la katakan..Itulah yang berlaku jika FAM terlalu hendak meningkatkan ilmu pemain sehingga merencatkan liga bolasepak yang tengah hangat berlangsung..Fikir-fikirkanlah..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.