TM Liga Super – Perak Vs My Team FC (review)

TM Liga Super
Sabtu 26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Liga Super yang ke-23 buat skuad seladang kali ini adalah bertemu dengan skuad My Team FC. Pada perlawanan pertama dahulu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 21 November 2007, Perak berjaya menewaskan My Team FC dengan jaringan tunggal ketua pasukan Ahmad Shahrul Azhar melalui satu tandukan cantik pada minit ke-87 permainan.

Skuad seladang ketika itu tanpa kelibat penyerang dari Chile, Carlos Caceres yang belum tiba dan jentera serangan disandarkan kepada Khalid Jamlus serta Razali Umar. Barisan penyerang My Team FC gagal mencuri kesempatan yang ada untuk mencatatkan kemenangan walaupun mempunyai deretan peluang terhidang.

Sekadar mengimbas kembali perlawanan pertama yang lalu, skuad Perak cukup bernasib baik untuk menang kerana secara keseluruhan perlawanan tersebut dikuasai oleh pasukan My Team FC dengan asakan bertali arus selain kepantasan pemain mereka membuat larian di kedua-dua sayap kiri dan kanan.

Persoalan yang ada kini, adakah pasukan Perak mampu untuk mengulangi kejayaan yang sama dan seterusnya cuba mengejar kembali kedudukan tempat ketiga Liga Super setelah tersungkur ke tangga ke-5 liga?.

Andai pasukan Perak tewas dalam baki 2 perlawanan terakhir nanti, peluang pasukan di bawah seperti Terengganu untuk memintas adalah cukup cerah. Dan secara matematiknya pasukan Perak mampu untuk tersungkur sehingga ke tangga ke-6 liga.

Jika ini berlaku maka tercatatlah lagi satu rekod baru dalam kamus bolasepak Perak era Liga Super di mana pencapaian terendah sebelum ini ialah pada tahun 2004 iaitu di tempat yang ke-4 dari 8 pasukan yang bertanding.

Penulis sebenarnya tidaklah “meluat” dengan formasi 3-5-2 yang diterapkan oleh Steve Darby kerana setiap formasi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tetapi penulis cukup “pening” memikirkan senarai pemain yang diturunkan oleh beliau nanti. Dalam minda ini sudah terbayang 2 atau 3 orang pemain yang sebenarnya tidak menyumbang dengan baik untuk pasukan Perak hatta mengadaptasikan taktikal 3-5-2 sebaiknya.

Pemain seperti Ahmad Shahrul dan Chan Wing Hoong cukup gemar untuk berada dalam posisi “out position”, ditambah pula dengan pemain muda seperti Nor Hazrul yang sejak kebelakangan ini lebih banyak bertahan dari membantu serangan.

Itu belum dicampur larian “pantas” Jorge Munoz ke sana-sini mengejar bola tidak tentu arah sambil mengelirukan lawan dan kawan. Hardi Jaafar yang dikenali sebagai pemain tengah, secara tiba-tiba menghambat pemain penyerang lawan di kawasan sendiri lantaran pertahanan Perak yang lebih gemar menyerang dan tak kembali bertahan!.

Segala perkara yang berlaku ini mengingatkan kembali penulis tentang satu makanan di Pulau Pinang yang di panggil “Pasembor”. Ya, memang benar permainan Perak sekarang ini sudah bertukar menjadi carca marba dan huru-hara dengan gelagat beberapa pemain serta jurulatih yang angkuh.

Penulis mahu memperkenalkan satu pepatah baru kepada semua pembaca yang berbunyi “Orang yang “tidak tahu” adalah orang yang tidak pernah belajar tentang sesuatu perkara manakala orang “bodoh” pula gagal untuk memahami apa yang telah dipelajari, namun “bapak segala kebodohan” adalah milik orang yang berulangkali membuat kesilapannya tanpa rasa malu dan sesal”

Ramalan penulis:

“Pasembor” 2 – 1 My Team FC

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs My Team FC (review)

  1. abgcho

    sunyi sungguh ruangan ini skang ye..nmpak smgt fan mula luntur tp awk pecaye ramai je mengharapkan kebangkitan perak...masenye akan menjelme..xtau bile.....mungkin esok atau luse....ayuh perak buktikan sesuatu..tidakkah dikau kasihan??/

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan00

    admin, benar ke keita nak main balik utk perak? terbaca di ruangan akhbar ari tuh.. die sembang ngan pemangku presiden pafa kite.. ke sembang pasal gaji lalu blum bayar ke..

    komen admin: Dalam waktu-waktu "sesak" seperti kini, selalunya cerita "pemanis mulut" kita dengar di akhbar sana dan sini. Hakikatnya berapa % cerita mereka yang tepat? Bukan hendak mempertikaikan kredibiliti wartawan tapi ada juga yang sekadar membuat cerita "sedap telinga" sahaja. Jadi sebagai peminat bolasepak Perak anda nilaikan sendiri sejauh mana kebenarannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    kalo keita mahu kembali,kami mengalu2kan kepulangan beliau,,tapi tak bergune menunggu kucing bertanduk,,elok le kite fokus pade bende2 yang kite nampok,spt conth match sabtu ni,,teman tak berkesempatan tgk perak main,just dgr,bace komen2 kawan2 semue..kalo betul le ape yang admin ckp,perak main berterabur dan kadang2 menang kerane tuah,,teman tak tau nak ckp ape,sampai pemain berpengalaman besar dalam liga m pun mudah ilang consentration??pehal??,mungkin dah dimamah usie atau pun dan tak sesuai dah main,mase utk gantung but ato men ngan kelab2 kecik yang lain,,,just ucapan gud luck!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam semua....teman pun tetap disisi pasukan kesayangan mike2 semua...cuma duduk jauh2 ni kena pulak sibuk kerja jarang pulak le balik ke Ipoh kampung halaman teman merangkap kubu kuat skuad kita...sebenornya masa lwn S'ngor time pusingan pertama liga lagi dah nampak ciri2 perwatakan defend yg merapu ni....kesian teman tgk Nantha ari tu...last2 tinggal sorang2 kt tempat dia...nasib baik mlm tu Seator tak turun pastu pulak Eily Aiboy pun masih off form....kalau tidak leboh dah....
    Tambah pulak skrg ni bukan makin elok makin teruk plak....masih tak belajo dari kesilapan...teman sokong kata2 penulis di atas....ate kalau dah pesambor sedap le di "makan" oleh pasukan lawan...
    Yob..Yob...heeee sabor je la...kalau tak menang lagi dgn My Team ni betoi le kata Amisfsl baik gantung je le boot tu.....
    Pasei Keita Mandjou tu usah diharap buah yg tak gugur...kita bukak buku baru le musim depan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. satorare

    Orang yang “tidak tahu” adalah orang yang tidak pernah belajar tentang sesuatu perkara manakala orang “bodoh” pula gagal untuk memahami apa yang telah dipelajari, namun “bapak segala kebodohan” adalah milik orang yang berulangkali membuat kesilapannya tanpa rasa malu dan sesal”

    sesuai utk Steve Darby..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Pakcu

    Kalau kita semua sebagai penyokong Perak tidak mengharapkan kemenangan untuk Perak.. siapa lagi??

    Insyaallah... Perak boleh menang dalam game ni

    [ kalau tak menang kenalah salahkan player... bukan SD yang main... tapi player2 yang main... (pendapat peribadi je..) ]

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kundang85

    perak jgn la klh lg last 2 game nie.mmg la team perak skang nie ibarat kapal tongkang yg pecah...serba-serbinye xkene.team,mmg udah lintang pukang.aper pun harungi baki season nie dgn sedaya upaya yg mampu.season depan make sure PAFA buat rombakan besar-besaran.coach wajib ditukar!mner2 player yg dh xbleh main lg tua,kalo dia xnk resign,singkirkn jer.aper gune byo gaji 5 angka,90 mnt pun xbleh lari..ketengahknla player2 mude.cntohi la kedah!skang kedah dh boleh tuai hasil dr usaha yg diorg buat.jgn la ada lg sikap 'pilih bulu'.smpi bler pun perak nyer team xkemane,amalkn la sapa bgs n perfonce dialah yg dpt tmpt dlm team.skang zmn moden nyer bolasepak,speed,power n skill..takat nk arap experience jea tp xbleh lari keja bola cmner nk mng..fan pun dh naik ghetik. sebelum perak nyer team ada sejarah diturunkn ke liga perdana,PAFA kne la buat perubahan drastik.xkn nk ikut jejak selangor or kedah yg penah main liga perdana.permainan team perak skang nie,lgsg x mndtgkn gerun lwn...nie mmg tepat sbb permainan perak skang nie lgsg xmenarik..dok main cmtu dr mule season smpi epl pun dh nk abh dok main cmtu jala.alamatnyer smpi tumpo la ngopetu xmerase super league..pkior2kn la...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. webmaster

    Memandangkan sambutan yang kurang memberangsangkan dari pengguna seladang.net berkenaan perlawanan ini, pihak kami bercadang untuk membatalkan lintas langsung perlawanan Perak Vs My Team FC dan digantikan dengan Ulasan Perlawanan sahaja pada hari berikutnya Ahad 27 April 2008.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.