TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

TM Liga Super
Sabtu 5 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas berhempas pulas menundukkan pasukan Kitchee SC semalam dalam kempen AFC Cup 2008, kini pasukan Perak terpaksa pula berhadapan dengan satu lagi pasukan yang cukup liat untuk ditewaskan iaitu Johor FC.

Kali terakhir skuad seladang berjaya menumbangkan skuad si lebah ialah pada 4 Mac 2008 dengan jaringan 3 gol tanpa balas di Stadium Perak dalam kempen TM Piala FA. Kemenangan itu adalah yang pertama berjaya dicatatkan dalam 5 pertemuan sebelum ini dengan rekod satu seri dan 3 tewas.

Sudah tiba masanya pasukan Perak mengekalkan momentum kemenangan apabila berhadapan dengan pasukan Johor FC di gelanggang sendiri bagi mengukuhkan tempat di tangga ketiga Liga Super sambil mengintai peluang memintas Selangor.

Perak sudah pasti kehilangan penyerang import utamanya iaitu Carlos Caceres yang masih cedera dan memerlukan masa sehingga 5 minggu lagi untuk pulih. Sementara itu khidmat Khalid Jamlus juga masih samar setelah mengalami kecederaan sewaktu menentang pasukan Selangor tempohari.

Penulis merasakan perlawanan ini cukup penting untuk dimenangi oleh pasukan Perak kerana selepas ini pemain akan berehat selama 6 hari sebelum berkunjung ke Stadium Paroi untuk menentang pasukan Negeri Sembilan pada 12 April 2008.

Dengan rehat yang panjang nanti dapat digunakan sepenuhnya untuk membenam cabaran Negeri Sembilan yang telah menewaskan Perak pada perlawanan pertama dahulu melalui jaringan tunggal Zaquan Adha di Stadium Perak, Ipoh.

Namun sebelum itu pemain harus mengerah tenaga dan keringat untuk menumbangkan pasukan Johor FC walaupun tanpa pemain penyerang utama. Skuad Perak telah membuktikan kepada semua bahawa mereka mampu mencatatkan kemenangan walaupun dalam keadaan yang menekan tanpa penggempur utamanya.

Apa yang penulis harapkan ialah sokongan padu penonton dan penyokong Perak pada perlawanan itu di samping permainan “bersih” dari pemain-pemain Johor FC dari melakukan aksi-aksi “rebah tanpa sebab” dan “melambat-lambatkan permainan”.

It’s Time For Us To Stand Up And Fight Back!

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

  1. active11

    Pendekatan radikal harus diperkenalkan utk JohorFC.
    Contoh terdekat, perlawanan terakhir kita dgn JFC yg mana kita meletakkan ramai pemain utk merobohkan pertahanan mereka. MNoorIsmail juga harus dikekalkan, bagi beliau peluang membuktikan bakat utk peminat Perak. Razali pun dah semakin menyerlah, cuma perlu konsisten n tidak gopoh.

    Pujian harus juga diberikan utk pertahanan, biarpun bertahan tp dapat bantu cari gol juga hehe. Harap kita berjaya kutip 3mata.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgcho

    utk game ngn johorfc ni, awok rase elokle kite gunekan gandingan semlm. biyokan natha main midfield as ball winner..posisi meletakkan die di bek knan akan mmbatasan keupayaan die utk bertahan n mmbuka permainan samada di sebelah kanan atau kiri...tp, kite harus meniliti johorfc sebenarnye byk merencanekan serangan melalui winger y laju..oleh itu, kekangan haruslah diberikan lebih awal dan jgn mngharap defens semate2 dalam mengekang asakan lawan..ini akan mmberi tekanan y lebih kepada defens dan hasilnye defen kite kerapkali lolos dengan mudah pada situasi tertentu....dalam match terdahulu kite amat bernasib bek kerana johorfc terpkse bermen dengan 10 org setelah daudsu diarah keluar padang...dan selepas itu barulah kite mengawal keseluruhan permainan walaupn mendahului 1-0 ketike itu xsilap awok....johorfc pasti akan mahu utk menebus kembali kehampaan deme pade game sabtu ni..ini terang2 dinyaakan oleh jurulatih deme Ramlan 2,3 ari selepas kekalahan deme dalam saingan piala fa..nmpk memuncak dendam deme ek....hal ini mungkin berlaku gamaknye deme ykin ngn prestasi deme y spernah mnghampekan apabile bertandang le ipoh sebelum tu...oleh tu, ayuh sume pemain kite patahkan terus harapan deme dan wujudkan badi atlis 10 taun macam selangor kene dulu2...dengn berkat doa seluruh ank perak n kesungguhan pemain, kejayaan pasti milik kite...insyaAllah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    Perak mesti menang!

    Perak akan menang!

    Ulangi semula keputusan 3-0 semasa perlawanan Piala FA bulan lalu.

    Kejor yob kejor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seansan00

    betoi kata penulis.. player johor fc ni ikutkan ramai yang boleh diketegorikan sebagai pelakon terbaik dan layak memenangi anugerah bintang popular sekirenya berpeluang berlakon.. tp hanya bg aksi2 jatuh tanpa sebb.. tataulah sengaja atau mmg kasut cap ayam dieorang pakai tuh jd x stabil..

    pasal melengah-lengahkan permainan mmg nombo satu.. patutnye dieorang naik bas yg kene tinggal ngan driver bas express yang gempar malaysia ari tuh.. huhuhuhu

    paperpun.. game ni teman bg kepercayaan pada razali umar yang makin matang.. dan md. nor ismail utk tunjukkan pada dunia siapakah mereka walaupun x de live espn..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Wati

    Di harap sd dapat turunkan mohd nor ismail... jangan la simpan dia. setiap player mahu tunjukkan kebolehan mereka... tapi kalau tak di beri peluang macan mana mereka nak tunjukan kemahiran mereka..turunkan player yg belum pernah diturunkan... kalau turunkan player yg sama tapi kalah juga lebih baik turunkan player yang tak pernah di turunkan paling tidak memberi pendedahan kepada mereka..mana tahu keajaiban akan berlaku...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zul4all

    kenapa semuanya puji mat noor yer.....peliknya....padahal main tak bagus semalam, tanya la penyokong yg hadir klu x percaya.....lwn johor fc sangat sukar....bariskan pemain terbaik.....hazrul perlu ditukar....s.darby masih pilih pemain yang sudah banyak kali x perform - hazrul....teramat pelik.... klu jurulatih tempatan x mungkin akan bariskan die.... pemain yg bermain menggantikan wan abu yazid ketika piala fa lwn johor fc tempoh hari lebih baik dan perlu lagi diberi pendedahan

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. abgcho

    bg awok le, antara pemain player presiden y awok nmpak ade potensi adalah hafidz.tp rasenye die jarang diturunkan kerane die hanyalah pilihan ketige sekiranya hazrul n wan abu yazid xmampu diturunkan.awok ngk die ni lebih bermain dibhagian midfield y mane tmpat kapitan n hardi salu bermain. oleh itu die ni kurg diberi perhatian y mane skiranye dibawa msuk die akan diletakkan diposisi winger..nmpk pergerakan die diposisi itu agak terbatas kerana lariannye y kurg kencang akn tetapi control ball die kat tengah lebih baik..rasenye kalu nk merehatkn kapten,baiklah diberi pendedahan kepada die nih...bgle die pendedahan sebagaimana y diberi pade jali y akan masuk pade 20 minit terakhir.biyo skit tp konsisten setiap game diberi peluang..aowk xnk kite akan kehilangan byk player mude ke negeri len y mane deme ni akn busan menunggu bilakah turn deme akn dapt bermen...dan bile deme ni dah start men ngn team luo, make peluang utk dapat blk susah sekiranye name deme up bukan kat negeri kelahiran...pikiyo2 kan le...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Kepada player2 Perak semua...anda semua telah buktikan dihadapan penonton & di laman sendiri yg anda semua telah dpt menewaskan Johor FC seterusnya menamatkan badi kekalahan terhadap mereka...buat coach, anda sepatutnya dah belajar sesuatu pada ketika itu.....walaupujn menang tetapi awasilah dan pelajarilah segala kelemahan yang ada....gilap dan mantapkan lagi strategi dan taktikal pasukan....kalau mereka boleh buat lakonan di atas padang pastikan player Perak juga boleh jadi pelakon "hindustan" (tapi bukan murahan) dgn mencipta drama sedih dan pilu serta "sad ending" buat pasukan Johor FC.......ayuh Perak...masa utk bangkit!!!Anda semua tentu sudah masak dgn corak permainan mereka....semuanya terletak di atas tangan anda!!
    Skor Yob Skor.....bantei deme bior deme tumpor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. pie

    Teman setuju ngan abgcho. Teman pun takut kalau pemain2 kita ni akan berhijrah ke negeri org pd masa akandtg kerana tidak diberi kepercayaan oleh jurulatih pasukan. lagi satu teman juga tahu yang Johor FC ni memang liat tetapi jika perak dapat meneruskan momentum kemenangannya Insyaallah akan berjaya. Kita mesti balas dendam semasa Perak kalah pada pusingan pertama. untuk piala FC tu kita menang tapi itu bagi teman tak cukup. Biar seimbang dalam liga Super ni (1-1)

    kEJOR yOB kEJOR
    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zakwanlvf_1986

    jgn pk nk pintas sel...just tingkatkan mutu game..

    p/s: rindu sgt² skuad yop semasa dikendali netto =(

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. abgcho

    momentum kemenangan itu perlu sepertimane kejatuhan kite y bermula dengna momentum kejatuhan...rasenye utk season ini xpernah lg rasenye kite akan mng selepas sekali kalah ataupn klah selepas skali mng..sume ade momentum yg agak lame bertahan dan apabila momentum tu hilang make kite akan terpakse menanggung kekalahan atau mengecapi kemenangan..jadi utk game melawan johor fc awok yakin y kite akan menang berdasarkan pengalaman dan aset y kite ade...cheer up wild ox....buktikan sesuatu dipenghujung musim ni,,.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. yobscoryob

    kekalkan momentum kemenangan...
    sy yakin kita akan mmpu pintas selangor!!!

    kejar yob kejar
    scor yob scor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. zul4all

    steve, please drop munoz from the squad.....he does'nt perform any goods to perak......and please rotate hazrul with others.....why you always choose him, player who had been given a lot of opportunity but still didn't show any slight improvent, should be dropped until he is ready again....think about that

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. razlan

    ramai2 turun ke std beri sokongan kepada perak... menang ka, seri ka, kalah ka... sokongan tetap diberikan...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.