TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

TM Liga Super

Sabtu 5 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 1 – 2 Johor FC

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Wan Abu Yazid – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Shahrulnizam

Mohd Nor Ismail – Razali Umar

Minit 3: Johor membuat sepakan mula permainan dan menjaringkan gol pertama mereka.

Minit 10: Johor FC lebih banyak menyerang ketika ini dengan Perak lebih banyak bertahan.

Minit 15: Rembatan kencang dari Hardi Jaafar berjaya ditampan keluar dari gol Johor FC manakala rembatan susulan Shahrulnizam turut terbias pemain pertahanan.

Minit 20: Perak lebih banyak mengasak ketika ini namun banyak percubaan berjaya dipatahkan oleh pertahanan Johor FC.

Minit 24: Johor FC berjaya menjaringkan gol kedua mereka daripada hasil perebutan di depan gol Perak.

Minit 28: Perak mendapat sepakan penalti selepas Shahrulnizam dijatuhkan, Mario Berrios gagal menjaringkan penalti tersebut.

Minit 32: Perak membuat dua pertukaran serentak dengan memasukkan Khairi Zainuddin dengan mengeluarkan Chan Wing Hoong manakala Wan Abu Yazid dikeluarkan dan digantikan dengan pemain skuad Presiden, Mohd Nazri Mohd Kamal

Minit 40: K. Nathakumar dan seorang pemain Johor FC dilayangkan kad kuning kerana sedang bercakaran sesama mereka, sementara itu terdapat dua kejadian dimana pemain Johor FC rebah secara tiba-tiba di tengah padang.

Minit 45: Perak mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti namun gagal disempurnakan oleh barisan serangan.

Tambahan masa: 2 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Pemain Johor FC, Gustavo Andres Fuentes dilayangkan kad merah kerana menyiku K. Nanthakumar.

Minit 55: Perak lebih banyak mengasak ketika ini dengan Johor FC lebih banyak bertahan. Satu hantaran cantik lintang dari Shahrulnizam ditanduk oleh Ahmad Shahrul namun melebar.

Minit 60: Perak mendapat sepakan percuma dari jarak 25 meter namun sepakan Hardi Jaafar berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Johor FC.

Minit 65: Perak ketika ini semakin kuat mengasak namun gagal menembusi pertahanan Johor FC yang bertahan sembilan orang.

Minit 70: Permainan terhenti seketika kerana penjaga gol Johor FC rebah tanpa sebab di padang dan disusuli oleh pemain penyerang mereka turut rebah selepas percubaannya berjaya ditampan keluar oleh Hamsani Ahmad.

Minit 72: Gol pertama Perak dijaringkan oleh Mario Berrios daripada hasil tandukan cantik ditepi sebelah kanan pintu gol Johor FC. Danial Fadzly dimasukkan bagi menggantikan S. Subramaniam.

Minit 80: Johor FC diasak hebat oleh Perak sementara itu permainan terhenti sebentar kerana penjaga gol Johor FC hendak membetulkan sarung tangan dan tali kasutnya.

Minit 85: Perak gagal menyamakan kedudukan selepas tiada pemain yang dapat menyudahkan bola dihadapan pintu gol Johor FC walaupun penjaga lawan sudah tertewas hasil hantaran Shahrulnizam.

Minit 90: Perak masih lagi cuba mengasak namun pertahanan Johor FC berjaya mengekang kemaraan Perak, sementara itu seorang pemain Johor FC cedera di tengah padang.

Tambahan masa: 4 minit

Tamat

Keputusan perlawanan lain

Selangor 0 – 1 Kedah
PDRM 0 – 0 Pahang
DPMM FC 3 – 3 P.Pinang
My Team FC 4 – 0 Sarawak
Terengganu  1 – 1 Perlis

Likes(0)Dislikes(0)

28 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

  1. pie

    Hari tu duk puji sangat kat mario berios
    mungkin hari ni dia masih duk bangga dgn gol yg dijaringkan dlm AFC
    mungkin gak nasib tak membelahi pasukan
    ambil penalti pun dah tak bersemangat
    mana KHALID nya
    bleh ka main malam ni
    mungkin ada sinaran mlm ni kalau KHALID masuk
    walaupun teman tak berapa suka sangat dgn dia
    tapi mungkin waktu ni dia diperlukan
    bangunlah PERAK
    BANGUN
    JGNLAH TIDO LAGI

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    kalau tidak dah 2-2
    tapi apakan daya tadi penalti xmsk
    itu pun sebab main 10 org
    mmg nasiblah
    mungkin tebus kesilapan penalti

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgcho

    huhu..ntahle..bg awok le mat noor mmg xde fungsinye dalam skuad perak..bayang kan kalu x mengape johorfc pn buang player2 ni...nasib neogri xmain mlm ni n terenganu dikhabarkan sedang ketinggalan dengan perlis walaupun permainan 45 min disambung esok pagi....kedah terus mncengkam di persada liga.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. me 109

    Tak perlu diratapi kekalahan Perak malam ni.Dari segi line-up yang diturunkan mlm ni,jelas SD menggunakan satu pasukan yang `experimental`.Ini satu petanda baik.Kalah takpe,YOB.Lagi pun ini game Liga....dah tak releven lagi buat PERAK.Hanya setakat nak ngejar tempat 3 atau 4 je.Yang penting gunakan baki game Liga yang ada sebagai medan latihan bagi menghadapi Piala M`sia.Satu lagi petanda baik,Mario Berios membuktikan beliau boleh skor.Miss penalti tu biase le beb.Cuma teman risau sikit defend Perak longgar sikit sejak dua menjak ni.Chan Wing Hong kurang konsisten.Formasi 3-5-2 boleh pakai,cuma pemain Perak perlu peka dengan konsep 3-5-2 ni.Ia adalah formasi yang fleksibel,dimana boleh di tukar semasa perlawanan sedang berlangsung,mengikut kehendak dan rentak permainan. Teruskan perjuangan,Yob.Kejutkan bolasepak tanahair pada Kancah Piala M`sia nanti.
    Kejor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Dr Kampung aka Bomoh

    Betul ke result ni Yob?? Aduh, cenne ni SD? Tak belajor dari kesilapan lampau.. My syor tolong la management keluarkan SD dari menjadi coach Perak. Ambil jer local coach. Maybe he much better than imported coach. STEVE DARBY, you're fired...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. satorare

    guna lagi 3-5-2..
    mmg parah..
    team lain pn x brani nk guna formation ni..
    mat noor kalo dh x berfungsi, bg la player muda main..
    piala malaysia ni mintak la ahmad fakri ada blk..
    cane nk dpt no 2 ni yop..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Hmmm....tak terkata teman....ini la perkara yg merisaukan teman......rasanya maintain je la tempat ketiga tu....nak potong S'ngor payah sikit la....tak tau le pulak kalau2 deme kalah 2 ke 3 game....

    Mlm ni nampak ada perubahan....ada dah player2 muda yg dah diturunkan...ada jugak yg dah lama duduk dibangku simpanan dah masuk balik main...baguih le tu...tapi agak lambat le sikit...kalau awal2 musim ari tu kan ok kalau buat mcm tu...

    Buat fan semua...sabor je la....ate nak buat mcmana...dah gitu adanya.....redha je la...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. zakwanlvf_1986

    salam..xtau la pe dh jd ngn skuad yop kite,sedarlah wahai management perak!!!!kite team yg kuat!kite merupakan aset di malaysia!!kite xpernah jatuh ke liga perdana!xpernah jatuh liga perdana dua!!sedarlah!!!!!!!kite team yg kuat!kite mampu buat lebih dr ape yg telah kite buat!!!tlg jgn politikkan bola sepak perak!!!ketepikan s.d!!!

    p/s: percakaran seorang "yop" dgn s.d di luar stadium pd mlm td sungguh best!!!mungkin ade hikmah di sebalik semua itu..
    pada "yop" td tu..teman ucapkan syabas kerana berani!!!
    salam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yashurr Yazurry

    cukuplah..

    biar musim ini adlah musim y t'akhir buat Steve Darby...

    Beri peluang pada jurulatih lain y lebih bagus...

    Membazir saje membayar gaji jurulatih import yg
    tak tau nak buat apa...

    hanya dok tercegat & mgharapkan nasib...

    cukup lah steve darby oi...

    patutnya jrulatih import lagi 'mekar' pcaturannya brbanding
    jurulatih tmpatan, ini tidak....

    satu saje harapan teman musim dpn...

    'SINGKIRKAN STEVE DARBY!!'

    Ayuh Perak!!!
    puLihkan semangat...

    capai kemenangan...!!

    kecapi kejayaan..!!

    insyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    betulla,teman pun rase camtu,perak ade masalah dalaman ni,serbe tak kene jek tahun ni..pihak pengurusan kene tengok betul2 hal ni,n jgn endahkan pendapat2 penyokong,kami bayar tiket n menyokong perak untuk menyaksikan permainan yang cantik,kemas,bermutu..experience real football!to sd,u can say gud bye to our beloved malaysian's football..resigning is better than to be sacked!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Betul tu kawan2....SD ni nampak gayanya musim ni last le khidmatnya di Perak.....teman rasa elok benor le dia jadi komentator kt t.v. lagi baguih.....rasanya gaji dia pun lagi kencang darpd jadi coach...kan??

    Season00...teman sokong mike....semcm je teman tgk Perak musim ni.....mcm yoyo....apa kata kalau fan Perak ni buat petisyen je anto kt pengurusan Perak.....kalau org2 politik bleh anto memorandum kt parlimen le,kedutaan le...kita anto le pulak ke PerakFa....direct terus...takyah le kita melalui menteri atau exco....nak sedap lagi panggil plak org2 t.v. bior keluor kt t.v....Amacam??

    Teman bg pendapat ni bukan apa...dah berbuih dah rasanya mulut org tegur tapi tgk gaya dok kt takuk tu jgk....lg satu kalau ada kengkawan yg dok maki atau marah2 kt SD kt stadium pun rasanya tak berbaloi jgk....dia pun bukannya reti Melayu sgt....

    Mcmana pulak pndapat admin??

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. ezmir

    As`kum.. Sangat kecewa dgn kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukan Perak.bukan tak boleh menerima kekalahan sebaliknya kecewa dengan kekalahan berulang2 apabila menentang pasukan yang sama..pada pandangan saya kita tidak boleh salahkan pemain 100%,sebaliknya jurulatih perlu lebih bijak merencana strategi yang ampuh pada setiap satu2 perlawanan..belajar dari kesilapan. .Harap tahun hadapan Perak menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. sylvershop

    tak salah pakai 3-5-2 cuma problemnya player perak masih tak faham dengan corak ni rasanya. sebab abu yazid dgn shahrulnizam free role boleh jadi defender atau midfielder. tapi masalahnya player work rate kena tinggi kalau nak main kat sini. sebab kalau alpa, team yang pakai 4-4-2 ada freeman kiri dan kanan. payah la centre back. zonal marking player malaysia lemah lagi. sebab kalau DML/DMR dah naik midfield tengah kena cover. player kita lebih kepada static play and direct football , tak banyak movement sebab tu kalau pakai 4-4-2 nampak compact tapi kita takde mastermind macam azizol abu hanifah dolu2. team-team club german suka pakai 3-5-2 sebab german main direct football tak perlu skill banyak..mana ada team deme gentel lebih2. kesimpulannya, player kita skill tak banyak, sebab tu SD pakai 3-5-2 gamaknya
    apa apa aje lah..yang penting player perak jangan give up dan teruskan berusaha concentrate sekarang pada piala AFC ngan player malaysia, baru sponsor masyukkk.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. seansan00

    erm.. mana tempat lg kalau kite nak bersuara bg dieorang ni dengar..? asyik sini je.. lain la SD tu kat umah leh login seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. kundang85

    erm..keewa sgt klh ngan team cm jhr fc..tp aper nk buat nasi dh jd bubur...peraknyer team nie xleh g jauh kalo duk takuk nie jer..takat nk cukupkn korum liga super,jd pencabar yg x mencabar leh a dlm msia cup,fa.nk mng jauh panggang dr api kalo cmni gayenyer...ukur bju d bdn sendiri.perak xder aper yg special dlm teamnie.sd ppt dibuang jauh2 dr bumi perak.die xbwa aper2 pun pd perak.die xbgs mner pun.np nk amik coach import.bknnyer bgs sgt.coach local lg tau keperluan player local.kdh,selangor saper coach?local!result?sangat membggakan..kdh,cnth yg plg bgs utuk dicontohi.dr coach smpi ker player...player kdh,wlpn mude tp performence sgt mggalakkn.perak,ngerinyer bkn kck,rmi player mude2 yg bgs leh diketghkn,tp dgn adanye si sd tu,hancur lebuh apah pun xmandang.season pun nk abh,perak buat jerla yg terbaik yg mmpu utuk season nie.season dpn arap muke sd xder lg dh.kalo xpyh la berangan nk jd juara 1 cup pun..perak kalo teringin nk fight kedah or selangor,make sure buat perubahan mendadak dlm team.tukar coach,amalkn saper bgs,performance die dpt main dlm team.bkn lg sindrom anak emas,perak,gangse coach..pemerintah perak pun dh tkar,team bola perak bler lg nk berubah!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. abgcho

    mm..rasenye gandingan razali ng mad noor mmg macam xdepe,...lgpon mmg awok xbape ykin ngn keblehan mad noor ni...xde pe y bes mmat ni....koje berlari je rajin..pgg bola skit udah hawo..ape kate gandingan razali ngn adek chair diteruskan...dorg terbukti berkesan mase under presiden dulu kn...kite mmg kekurangan streker skang......so pk le stip oii,..ape yg patut.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. yobscoryob

    SD btul2 mengecewakan...
    dier mmg ptt dgantikn musim dpn...

    kekalahan yg xdpt dterima...

    pe2 pun perak ttp dhati but not U SD!!!

    perak boleh!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. anakperak86

    x tau nk aper lg dah. teman pun mcm kebyakkan kome sumer. x snggp lg nengok omputih tu buat aper. kalo org2 PAFA masuk sini. tlg ler bc rintihan kami sumer. rentikan ler steve darby tu....

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. zul4all

    singkir s.darby...byk percaturan musim ni memalukan perak dan penyokong setianya.....kalah besar dgn kedah, kalah dgn johor fc, kalah dgn n.s.....spuluh tahun rekod dgn selangor, s.darby sudah pecahkan.....apalagi kelab peyokong, sila bertindak......s.darby
    udah mandul idea tuuu......and management x aktif menangani masalah dalamn.....sikap berjimat cermat memakan diri.....salah siapa....fikir-fikirkan la sape yang buat keputusan,....beri yg berkelayakan pimpin perak.....singkir munoz...amik yg lain....rugikan pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. me 109

    Demanding that certain individual to step down or resign is not the answer to the problems faced by PERAK.More important is that the fan stand behind the team at times like this.Together we can help the team face up to the challenge of the AFC Cup and M`sia Cup.
    REREMEMBER 1998,WHERE PERAK WON THE M`SIA CUP.
    THAT WAS ONE OF THE WORST SEASON FOR PERAK.ALMOST RELEGATED TO DIV.2.QUALIFIED M`SIA CUP PUN THRU` PLAY-OFFS.AND YET PERAK WON THE CUP.......
    So,remember.It`s not too late yet.PERAK can still make an impact in the M`sia Cup.
    STAND UP AND BE COUNTED!
    Hidup Perak!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. sylvershop

    aku sokong me 109...kalau letak jose mourinho pun same jek permainannye..kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tak rata..cuba la pikir bebetul. kalau menang suka kalau kalah mengamuk..amende ni. kalau development programme macam hampeh, kalau training facilities macam div 3 kelab eropah, mentality player lembik, expect main macam liga perdana inggeris, angan2 mat jenin ler...ni masalah kat malaysia, fans sikit penonton banyak. so banyak komen dari menyokong...common la stand behind the team. bagi sokongan pada team bukan asyik nak suruh org resign jek

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. chiorkiri

    ermm..betui kata sylvershop. aku tengok le kan kite nie camgitu le trendnye...menang waaa sokong...takkira le puji abih...bile kalah jer..hhuh abih semua dok kutuk jer....tapikan aku rasa memang ada masalah dalaman nie...kalau idak team aku nie tak le seteruk nie perfomancenye...tak tau le antara menagement ngan stip ke...?stip ngan player ke..? tah la firasat aku kuat ngatakan ada krisis dalaman nie...management, tolong nengokkan skit...harap beno masa Piala M'sia perak bangkit balik...cam '98.go perak go..

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. nessta

    assalamualaikum,

    Di sini saya cuma nk beri sedikit pandangan tentang game Perak mlm tu. Sepatutnya coach membuat reformasi pemain yg berbeza dari 352 kerana telah berlaku pada bnyk game kebelakangan ini akan menghadapi masalah jika reformasi tu dikekalkan, takkanlan coach tak nampak semua tu. Menurunkan pemain dari skuad Presiden pada mlm tu amat dipuji, alangkah baiknya jika menurunkan pemain2 muda ini dr awal liga supaya boleh mempelbagaikan rentak game dan mengisi kekosongan pemain akibat kecederaan atau pon keletihan. Game dgn JFC tu agak seimbang, klu nak kata JFC tu hebat dr Perak tak jugak, sebab Perak mempunyai pemain2 yg lebih mantap berbanding dgn JFC, cuma faktor mempelbagaikan formasi pemain tu rasanya coach kena praktikkan. Berani sikit la coach, dh nk abis musim ni...

    Selamat Maju Jaya untuk game yg akan dtg Perak...
    TQ ADMIN

    Pulun Kedah Pulun

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.