TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 12 April 2008
Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi
8:45PM

Perlawanan TM Liga Super yang ke-22 untuk skuad seladang adalah bertemu dengan skuad Hoben Jang Hoben, Negeri Sembilan di tempat lawan. Seperti yang umum ketahui perlawanan pertama dahulu di Ipoh berakhir dengan Perak tumpas 1 gol tanpa balas melalui jaringan tunggal Zaquan Adha.

Skuad Perak yang masih lagi berduka dengan kekalahan kepada pasukan Johor FC tempohari bakal menghadapi laluan sukar untuk menundukkan pasukan tuan rumah yang telah membelasah Johor FC pada perlawanan sebelum itu dengan 4 gol berbalas 2 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang.

Jika mengikut pertimbangan yang rasional sudah tentu ada kejutan besar yang akan menimpa skuad Perak pada perlawanan itu nanti. Ini berdasarkan fakta bahawa Perak tewas kepada Johor FC di gelanggang sendiri manakala Johor FC pula rebah di stadium mereka dengan jumlah jaringan yang cukup besar kepada Negeri Sembilan.

Terdapat 3 pemain Negeri Sembilan yang perlu diberikan perhatian serius oleh barisan pertahanan Perak iaitu penyerang import mereka Udo Fortune, Zaquan Adha dan pemain muda yang cukup lincah S.Kunanlan di jentera tengah mereka.

Di samping itu kelibat seorang lagi import tengah mereka, Lamin Conteh tidak harus diabaikan kerana beliau adalah nadi utama jentera tengah Negeri Sembilan. Jika pemain-pemain ini tidak dikawal dengan baik, nescaya pasukan Perak akan tumbang lagi di Stadium Tuanku Abdul Rahman dengan jurang gol yang mungkin mengaibkan.

Namun begitu penulis ada mendapat sedikit berita baik menjelang pertemuan itu nanti apabila khabarnya Khalid Jamlus hampir pasti dapat di turunkan pada perlawanan itu bersama penyerang muda lincah, Razali Umar setelah pulih dari masalah kecederaan.

Dengan kelibat Carlos Caceres masih samar-samar untuk beraksi dalam masa terdekat ini, penulis merasakan perlu untuk pengurusan Perak membuat beberapa perubahan penting pada jentera serangan ketika ini dan calon yang sesuai pada hemat penulis ialah Mario Estaban Berrios.

Mungkin ramai yang merasa hairan dengan kenyataan penulis namun inilah perkara yang penulis bincangkan bersama bekas jurulatih skuad Presiden musim lalu, Raja Azlan pada perlawanan antara pasukan Perak menentang Johor FC tempohari.

Kami berkongsi pendapat yang sama tentang kebolehan Mario Berrios membuat tandukan di samping rembatan beliau yang selalunya “On Target” apabila membantu bahagian serangan. Ini dikuatkan dengan fakta bahawa beliau telah menjaringkan 5 gol setakat ini untuk pasukan Perak sebagai pemain pertahanan.

Kali terakhir Perak mempunyai pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol ialah ketika tahun 2004 dan 2005 melalui pemain import dari Argentina, Luciano Goux dan pemain tempatan Syamsul Saad. Kedua-dua pemain ini telah menjaringkan sekitar 3 hingga 4 gol untuk pasukan Perak ketika itu.

Tidak salah rasanya jika pasukan Perak mencuba Mario Berrios sebagai penyerang “bidan terjun” kerana Perak mempunyai lebihan pemain di bahagian pertahanan. Dengan mempunyai tubuh badan yang agak sasa serta tinggi, beliau cukup mudah memenangi “aerial challenge” setiap kali membuat tandukan.

Menurut penjelasan lanjut Raja Azlan, Mario Berrios mempunyai keupayaan “mengapungkan diri” yang baik untuk membuat tandukan di depan pintu gol lawan samada secara berlari mahupun statik berbanding pemain-pemain Perak yang lain.

Apapun penulis hanya mampu untuk berharap semoga Steve Darby mampu membuka hatinya mendengar pendapat penulis demi kebaikan pasukan Perak walaupun menyedari kemungkinan perkara ini untuk direalisasikan adalah hampir mustahil.

Harapan penulis untuk perlawanan ini ialah tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan kita ada kemahuan untuk berusaha secara gigih demi mencapai apa yang kita mahukan. Semuanya terletak di tangan kita untuk dilaksanakan sebaik mungkin sambil mengharapkan sedikit tuah menyebelahi kita kelak.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (review)

  1. miez3

    Teman setuju benor le saranan YB & Y.M. Raja Azlan tu...sepatutnya bila tiba time2 kritikal mcm skrg ni sebagai coach SD patut mengerahkan segala mcm cara & kaedah utk memanipulasi apa yg terdapat dlm team Perak biarpun mengubah posisi yg menjadi rutin pemain itu sendiri...beliau sepatutnya lebih kreatif dan pandai menilai kemampuan pemain atau individu yg terdapat dlm team....gunakan kelebihan yg ada & tukar sedikit taktikal sediada utk mengelakkan gerakan kita mudah dibaca oleh pihak lawan....harapan teman moga di Paroi nanti ada la perubahan yg berlaku....best of luck anyway....Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. padiltaiping_81

    lama rasanya teman tak menulis diruangan pendapat dalam laman seladang.net ni...teman tertarik untuk menulis dalam ruangan kali ini mungkin lawan perak pada sabtu ni adalah ns naza,negeri tempat teman mencari rezeki dan menetap buat masa ni..

    untuk game ni memang secara jujur teman katakan peluang perak nak menang mmg sukar coz kalo tgk prestasi perak buat masa ni yg memang bermasalah berbanding dengan skaud jang yg ok pada ketika ini..

    teman setuju jgk dengan pendangan penulis&raja azlan, apa salahnya sd cuba membuat sesuatu yg inovatif&kreatif dalam strategi pasukan dengan meletakkan mario bermain striker,kalo tidak pun main midfield agar pemain ini dapat lebih membantu serangan...

    kalo kita tgk,selangor dulu pun pernah ada pemain bertukar posisi dari pertahan kepada serangan,iaitu k.sambagamaran...sampaikan beliau boleh menjadi striker utama yg baik pun...fikir2kan lah...itu satu contoh yg sempat teman igt la.mungkin ada lagi contoh2 pemain yg lain lg...

    lastly,teman harap & berdoa agar perak mampu membuat kejutan (kemenangan) di stadium tuanku abd rahman,paroi nnt..apa2 pun teman tetap orang perak,sokong perak...hidup yob..skor yob skor!kalo ada kesempatan,teman akan pegi ke stadium paroi sabtu ni support skaud seladang nnt.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Teman pun sebenarnya sudah terbayangkan benda ni lama dah tentang Marion Barrios ni kerana teman tgk dia ni byk kali juga jaringkan gol. kalau tak salah teman satu gol dijaringkan semasa mengambil sepakan percuma. Betul ke tdk admin? teman pun tak berapa nak ingat. Tapi teman rasa dia ni memang patut ditukarkan posisi untuk beberapa perlawanan sebagai penyerang dan di gandingkan dgn KHALID. Almaklumlah CC masih cedera. Dan bacup striker bagi pada Razali dan yang lain2. Selain daripada itu teman juga percaya yang AA juga berpotensi untuk menjaringkan gol dan tak salah jika dia dijadikan peyerang dan tempatnya bolehlah diisi oleh pemain dari piala presiden yang berkebolehan. Entahlah mungkin ini hanya satu pendapat saje dan yang lebih arif mungkin SD atau pemerhati bola sepak yang lain. harap2 tak makanlah nasi bungkus lagi lepas ni...lagi satu teman nak bagitau ni yang kita sekarang ni duk tangga ke tiga lagi lbh satu perlawanan dari NS. Terengganu dan JHR FC. untuk Tganu dan JHR FC agak susah nak ptg perak kalau perak menang at least 2 game lagi pasni dan tganu dan JHR FC kena mng baki perlawanannya empat-empat. tapi ns bleh ptg dan cara yg sesuai ialah kalahkan mereka sabtu ni supaya susah sikit depa nak ptg. Jgnlah plak pasni jtuh lagi cukup. Teman doakan kejayaan perak.

    SKOR YOB SKOR

    SKOR KAT PAROI

    BIOR NS TERSUNGKOR

    DEPAN PEYOKONG RAMAI

    PERAK MEMANG TERROR

    SEMUA BOLEH PAKAI

    KALAU STRIKER TUMPOR

    GUNALAH BOMOH TANGKAI

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. putra8878

    MOGE PERAK DPT BLEH BALIK KEKALAHAN DI IPOH TEMPOH HARI DAN AMBIK LE PELUANG TERHIDANG SELEPEH PEMOTONGAN MATA TEAM SGOR 2...bangkit perak bangkit..ada live kat tv ke sok yob?

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    kalau sungguh lah ape yang dikatekan and dibincangkan di atas,teman memang setuju 100% kalo posisi mario berrios tu ditukar sedikit,,kalo tak striker,midfield pun jadilah,,kebetulan injury yang melande ceceres dan potensi kurang memberansangkan mohd noor ismail,,kalo khalid kembali,inilah booster yang pasukan perlukan untuk kembali ke landasan kemenangan,,semestinye kami sebagai penyokong ingin melihat satu perubahan yang produktif n membuahkan hasil yang lumayan di mase hadapan,,ayuh perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. m_anip2

    apa2lh perak...buat jua apa terdaya bg mencapai kejayaan di saat yg semakin suntuk ni...teman dh xsanggup mcm jd mcm "org gila" dgn prestasi "yoyo" pasukan perak skrg...come on perak...tunjukkan tandukmu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anakperak86

    teman xder la harap mana dlm game ni. menang kalah sama jer. kita dh out dr tittle race. xder la excite mana. sekadar nk lengkap jadual la. tp kalo pilih antara menang atau kalah. teman mintak kalah ler. bkn aper, kalo menang , gerenti ego omputih tu menjadi.

    psl mario berios plak, teman ghaser dia ni la plng berbaloi dlm cili2 sumer. kira dia ni utility player dlm team kiter la. tp teman harap dia lbh fokus kat defend ler. kome pun tau ler berapa bijik kena bolos. bior ler dpt clean sheet plak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. me 109

    Teman tak brape setuju dgn cadangan Mario diletakan dibahagian serangan.Mungkin dia boleh skor sebab takde tekanan dari pihak lawan,management dan fan Perak sendiri utk skor setakat ni.Bila jadi striker pressure nye lain.Sentiasa ada shadow yg mengikut langkah dan gerak geri pemain tersebut.Defender senang mencari peluang mencuri ruang di kotak penalti,terutama masa freekick atau corner kick diberi kepada pasukan Perak.Mario boleh merayau di`blind side`pihak lwn dan seterusnya membuka ruang untuknya menyumbat gol.Lagi pun defend Perak ternyata rapuh sekarang ni.lebih2 lagi teman rasa takde pemain pertahanan Perak yang bertindak sebagai `chief` dibahagian pertahanan dan mengkoordinasi defend Perak.Besok punya game anggap saje lah sebagai warm-up game untuk game seterusnya`iaitu lwn Kitchee FC.Dedahkan pemain muda supayadapat beraksi dlm situasi saing dan bahang perlawanan sebenar.Rihatkan pemain utama seberapa ramai yang boleh supaya mereka `fresh` bila menentang Kitchee FC minggu depan.
    OK YOB....KEJOR YOB SKOR`!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Pakcu

    Teman sebagai anak jati Perak... sebagai penyokong Perak tetap mengharapkan kemenangan buat Perak demi maruah bolasepak Perak walaupun menyedari prestasi Perak sudah tidak sehebat lagi. Mengharapkan kekalahan samalah ertinya menyerah kalah sebelum bertarung.. Meskipun title teratas buat Perak sudah tidak terdaya lagi utk digapai... se-kurang2nya top 3 atau top 5 haruslah dikekalkan.

    "menang akan membuatkan ego omputih tu menjadi" ???

    pada teman biarlah kanlah dia hanya utk "sementara saja" yang penting kita menyokong Perak. Di-saat2 genting seperti ini adakalanya kita perlu melupakan apa yang kita tidak suka. Semangat menyokong harus ada pada kita utk memberi sedikit tonik kepada pemain2 agar mereka juga "bersemangat" untuk terus mengharungi baki2 perlawanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. m_anip2

    skor yob skor...peminat tetap bersamamu duhai seladang...buktikan team kita bkn senang2 je bleh diperlekehkan walaupn berlaku prestasi xmenentu masa ni...kejor yob kejor...berdebor lg la teman mlm ni...adoiii...dh la xdpt nk ke stadium....hermmm...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. webmaster

    Nantikan kejutan "lineup" pasukan Perak malam ini pada pukul 8:30mlm pada artikel Negeri Sembilan vs Perak (result). Samada lineup ini akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau "suicide" semata-mata.

    Kita nantikan debarannya malam ini di seladang.net.

    Untuk makluman bersama perlawanan ini akan mendapat tayangan secara langsung dari RTM 1 pada pukul 8:45mlm.

    Nota: Tertakluk kepada perubahan saat akhir RTM

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.