Steve Darby | The Untold Story

Di waktu ini majoriti peminat bolasepak Perak rata-rata memperkatakan tentang kerenah dan gelagat beliau yang semakin memualkan. Dari satu isu ke satu isu lain, beliau sering mencetus kontroversi yang menyinggung perasaan ramai orang terutamanya peminat bolasepak Perak.

Dari kontroversi mengeluarkan kata-kata kesat kepada peminat sehinggalah menyentuh isu sensitif berkenaan perjudian “halal” bolasepak, apa lagi yang bakal beliau ucapkan tidak lama lagi. Jelas di sini beliau seakan sengaja ingin mencari pusbiliti murahan untuk tujuan yang kita semua tidak pasti.

Penulis sebenarnya sudah muak untuk bercerita tentang masalah jurulatih Perak ini. Namun kali ini penulis ingin menjelaskan tentang beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang setiap kali bercakap tentang prestasi pasukan bolasepak Perak.

Ada orang berkata bahawa kekalahan pasukan Perak tidak harus diletakkan ke bahu jurulatih sahaja. Kekalahan sepatutnya turut ditanggung oleh pemain yang diamanahkan bermain. Maka selepas itu timbul tuding menuding antara sesama peminat yang menyatakan bahawa pemain itu dan ini bersalah diatas kekalahan yang berlaku.

Sekilas pandang kata-kata ini sebenarnya memang ada benarnya, kerana jurulatih tidak seharusnya dipersalahkan di atas sebarang kekalahan yang menimpa kerana bukan jurulatih tersebut yang bermain. Jurulatih hanya bertindak sebagai pemberi panduan dan tunjuk ajar kepada formasi dan taktikal permainan. Selebihnya pemain sendiri yang harus melakukannya untuk mencapai kemenangan. Benar bukan?

Baiklah, mari kita kembali semula kepada “bapak” segala masalah ini iaitu jurulatih. Umum tentu mengetahui bahawa jurulatih bertanggungjawab untuk mengajar dan memilih pemain-pemain yang bakal diturunkan ketika perlawanan. Sudah tentu bukan kita sebagai peminat yang berkuasa menentukan siapa yang patut bermain.

Jadi jika ketika perlawanan berlangsung dan ada satu atau dua orang pemain tidak beraksi dengan baik, adakah ini menjadi kesalahan kita sebagai penonton? Jawapannya tentu tidak kerana bukan kita yang memilih pemain tersebut untuk diturunkan bermain. Soalnya “butakah” jurulatih tersebut untuk menilai mana pemain yang mampu diturunkan atau tidak?

Penulis sudah menyampah dengan kenyataan jurulatih yang berbunyi “2 atau 3 orang pemain saya tidak beraksi pada tahap sebenar mereka, kerana itu kita tewas”.

Jika difikirkan semula, siapakah yang pada awalnya membuat pilihan pemain tersebut? Bukankah dia sendiri sebagai jurulatih yang memilih pemain tersebut? Jika anda sudah tahu pemain anda tidak dapat beraksi dengan sempurna mengapa masih dibenarkan bermain? Kenapa tidak ditukarkan dengan pemain lain yang lebih baik? Adakah menjadi salah pemain tersebut untuk bermain jika telah diarahkan?

Sebab itu kebanyakkan artikel penulis miskin dengan kata-kata kejian kepada pemain secara terang-terangan kerana mereka tidak bersalah pada hakikatnya. Jurulatih sepatutnya dipersalahkan 100% atas sebarang kekalahan yang berlaku jika prestasi dan stamina pemain menjadi isunya.

Kepada mereka yang mengikuti artikel penulis sejak dahulu tentu masih ingat betapa penulis kerap “membebel” tentang kepincangan skuad Perak sejak dari awal musim yang hanya mempunyai 3 orang penyerang sahaja. Kemudian ditambah pula dengan “style” jurulatih yang “asyik” mengerah kudrat pemain yang sama setiap kali permainan.

Sebagai orang British yang “tinggi” tarafnya pemikirannya dari orang “kita” ini, beliau memang sengaja menongkah arus kemahuan peminat semata-mata egonya yang tinggi. Setiap kali kita berkata sesuatu yang bertentangan dengan “mahunya”, setiap kali itu jugalah beliau akan berdegil semata-mata untuk membuktikan “kita” tidak sebaik dia dalam membuat keputusan.

Apa yang penulis nampak ialah, Steve Darby tidak akan peduli dengan nasib yang menimpa anak buahnya ketika ini. Samada mereka akan cedera teruk mahupun bersara awal gara-gara “dilenjan” semahunya tidak dikisahkan. Penulis melihat niat “halus” beliau ialah untuk mencapai kedudukan sebaik mungkin buat pasukan Perak sebelum kontrak beliau tamat penghujung tahun ini.

Secara halusnya ini semua penting buat “resume” beliau apabila memohon kerja baru di kelab-kelab lain kelak. Kerana itu jugalah beliau tidak ada masa untuk mencuba bakat-bakat muda Perak apatah lagi memperjudikan “periuk nasi” beliau untuk masa mendatang ini.

Jadi jangan hairanlah jika Khalid Jamlus, Carlos Caceres, Shahrulnizam dan lain-lain pemain yang tidak cukup cergas tetap diturunkan ketika permainan nanti. Ini semua adalah bahan-bahan penting dalam resepi beliau untuk mencantikkan “resume” sebelum “beransur” kelak.

Secara ikhlasnya penulis berpendapat yang tahun ini pasukan Perak tidak akan berjaya mendapatkan sebarang piala kerana masalah kecederaan yang semakin kronik termasuk beberapa aksi pemain yang “kurang” menyumbang. Anehnya setiap kali menonton perlawanan Perak, penulis merasa hiba kerana Perak bukan bermain secara 11 pemain tapi lebih kepada 10 atau 9 orang pemain setiap kali perlawanan.

Perak di bawah kendalian Steve Darby sangat “unik” kerana pemain yang cedera dan  terjengkot-jengkot pun masih mampu diturunkan sebagai kesebelasan utama. Bukan mudah hendak terjumpa keanehan sebegini, hanya di Perak FA bersama Steve Darby.

Kesian…

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Steve Darby | The Untold Story

  1. yong85

    saya bersetuju dengan ape yg dikatakan penulis.perkhabaran terkini,yong dapat tau 5 pemain sudah pasti tak dapat diturunkan mlm ni....spt:mat noor,s/nizam,a/azhar disyaki dijangkiti hepatitis A berpunca dari mkanan dari Hong Kong.dan yg lebih menyedihkan yong bila katanya Khalid juga cedera dan terpaksa dibedah hari ni kerana masalah lututnya semakin serius..ni ke harga yg perlu di bayar hanya untuk mendakap piala....hanya SD ada jawapannya...
    bagi yong kalo nyawa badan terpaksa digadaikan hanya utk kemenangan itu bukan sesuatu yg betul..kesihatan & kabajikan pemain perlu diutamakan.yong harap mereka dapat baik semula spt sediakala.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keanu147

    memang kejam gile la perangai die cm 2..ptutla tgk player perak mcm nk tak nk je main bola..klu tgk game mula2 dulu dgn game lwn n9 ari 2,mmg npak ade sesuatu yg tak kne ngn player...yg npak semangat nk men caceres..tp bukan nk puji die,mgkn die sorg jer yg betul2 cergas ytk game 2,even die mcm tak reti men bola jer..one by one ngn keeper pun pyh gile nak gol..takkan tak der pemain yg mengeluh atau pn bengang ngn steve nih???kita pn just amik pendapat sd jer,pendapat pemain kite tak tau..ade penah tgk danial fadzly bg pendapat die kt media???pada pendapat aku ler kn,coach juga ptut menjaga perasaan anak didiknye selain dr melatih pemain tersebut mengikut corak yg dikehendaki..
    tp smpai bile pemain perak sggup tahan dgn sikap die??
    ...perak oh perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Ni dah kira mendera dah nampak pada gayanya.....bagi teman SD tak payah le nak propose itu ini pada org lain..dah le propose benda yg tak masuk akal contohnya mcm judi tu...apa ke heinya Yob??Nilai dulu diri sendiri tu kat mana...nak kata hebat sgt tak jugak!!Berapa piala atau kejuaraan dah dibwh pengurusan SD yg Perak dh dakap??Berapa byk dah player muda yg dia naikkan ke skuad senior??Berapa byk dh player kita yg tersimpan rapi di bangku simpanan sehingga deme pun dah "chalo" ke team lain??Patutnya soalan2 mcm tu le dia ketengahkan atau jawab...bukan isu menghalalkan judi!!
    Pada player2 yg injured ni...sape nak back up??Yg dah berusia dan makin tumpor tu sape nak ganti plak??
    Sebagai coach perkara semcm ini le yg patut difikirkan lebih serius..
    Kita dah ada pelapis sebenarnya..juara Piala Presiden tahun lepas...Razali tu penjaring terbanyak..nape tak expose dia awal2 lg...ni bila dah hujung2 musim baru nak pakai...bak kata org time sesak je baru nak guna...
    Lepas habis musim ni elok le panggil pulak semua player2 bg pendapat dlm forum ni...tgk apa plak kata diaorg...tak yah le bg nama atau expose diri...sekadar guna nama samaran ke...
    Hmmm..malas le nak ckp byk2...rasanya elok benor le kita ambik local coach je la...sejarah dah terbukti...tgk pada team lain kt M'sia ni buat malu je...dia (SD) tak malu ke??
    That's another untold story!!
    Adios Amigos...chowww

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. gibauk

    Setuju 101% dengan pendapat penulis!
    Sudah tiba masanya pihak pengurusan Perak membuat 1 keputusan bukan DRASTIK tapi SEPATUTNYA demi mengembalikan semula kegemilangan bolasepak PERAK dan keyakinan para penyokong setia yang sekarang tidak dinafikan begitu hambar teriak sokongan bukan sahaja di laman sendiri bahkan di laman orang.
    Kita yang bukan 'pakar' bola pun sudah nampak di mana 'virus' nya inikan pula mereka yang benar2 ARIF dan duduk di dalam persatuan sendiri. Pencapaian Jurulatih berbangsa Inggeris tersebut jika dilihat pada graf terkini bukan sahaja STATIK tapi MENURUN... 3 musim berturut2 Perak hanya mampu berada dalam senarai TOP3 tapi tidak pada tahun ini dimana Perak hanya mampu berada di tempat ke 5. Apatah lagi jika bercakap tentang Piala FA yang rasanya semua peminat@penyokong sedia maklum betapa teruknya prestasi pasukan semasa tewas di tangan RED GIANT.
    Alasan yang sering dijawab oleh Steve Darby bila ditanya tentang kekalahan pasukan ialah 'kecederaan pemain atau pun jadual permainan yang suntuk ekoran terlibat dengan AFC Cup'.. habis bagaimana pula dengan jurulatih Kedah- Azraai Khor? Sedangkan Kedah juga terlibat didalam piala AFC juga... Kenapa SD langsung tidak mahu mengakui kesilapannya sendiri?
    Bagus sangat kah formasi 3-5-2 nya? Sudah lah asyik pemain yang sama diturunkan, strategi dan taktikal pun STATIK juga.. katakanlah minggu ni SD menggunakan formasi 3-5-2, CONFIRM minggu depan (timbal balik) dia akan menggunakan formasi yang sama juga. Pihak lawan mmg mudah nak baca sebab hanya perlu ubah percaturan jika mahu mengubah keputusan selepas itu. Lagipun pemain kita bukannya stamina setanding dengan bekas pemain Eropah nya dimana bila pasukan lawan membuat counter attack, begitu deras midfield nak turun membantu pertahanan! Logik la sikit...
    Harap pihak pengurusan melihat sejenak pasukan lain yang lebih baik prestasi jurulatihnya even menggunakan anak tempatan. Kedah- Azraai Khor, Selangor- Dollah Salleh, KM Naza- Devan, KL Plus- Mat Zan (sekadar menyebut beberapa nama). Bukalah mata dan fikirkan tentang masa depan pasukan kita secara jujur dan ikhlas.. Lagipun pelaburan yang tinggi pada seorang jurulatih berbangsa inggeris yang STATIK dan DOWN amatlah tidak berbaloi dan baik lebihan RM yang ada buat bayar pada pihak MBI dimana khabarnya PFA mempunyai hutang tertunggak hampir ke 1/2 juta RM.

    Perak Forever

    Gibauk
    Kuala Lumpur

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. al_amin

    Kutuk steve darby. Apa yang kita dapat?

    komen admin: Berdiam diri dan memberikan komen-komen seperti sampah yang anda lakukan sebelum ini apa yang kita dapat?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. gibauk

    Setuju lagi sekali dengan jawapan admin.. :) nama pun forum. Tempat luah pendapat yang terpendam. Jangan andai kan pendapat@pandangan yang ada dalam forum sebagai ‘kutuk’ tapi ianya satu luah rasa ikhlas dari peminat bolasepak Perak. Kita tak tahu sama ada atau tidak pembaca forum seladang ini terdapat pihak pengurusan PFA sendiri. Dan kita tidak tahu sama ada ‘kutukan’ ini boleh dibawa ke meja rundingan oleh ‘pihak berkenaan’.

    *Jangan kelibut kan lagi keadaan…

    komen admin: Bukan hanya pihak pengurusan Perak FA sahaja yang membaca halaman seladang.net ini, malah yang lebih penting individu-individu dari Pejabat Menteri Besar turut melayari halaman ini berdasarkan IP mereka. Siapakah mereka? kita fikir-fikirlah sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yobscoryob

    Asal ada jek nama si SD nih sy rasa mcm terpanggil nk luahkan perasaan...rsnya bkn sy seorg je tp ramai lg yg mmg x puas hati dgn si SD nih...adui..keluarkan cpt si SD nih dr negeri Perak nih...kami anti-SD..

    Perak ttp dihati.
    Perak 2-1 New Radiant mlm nih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Kita bukan ngutuk bai...kita memberi komen atau pandangan yg tulus..." unbias & prejudice" dah memang itu konsepnya..terima le seadanya...kalau anda berdiam diri & sekadar bertanya itu & ini tanpa ada usaha utk memperbetulkan keadaan...sama le dgn menerima sahaja tanpa menyumbang sesuatu....dimana langkah anda????
    Tolong la....berilah sesuatu yg bernas....utk faedah bersama..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. keanu147

    btul 2 miez3..aku hrp dgn ade nye forum nih,dpt beri sedikit impak kepada pihak2 berkenaan utk merubah pemikiran mereka.kita sume hendakkan yg terbaik utk perak bukan utk masa ni saja,tp juga utk masa depan.selagi kita sume tak memberi 'pandangan yg tulus' kepada team,slagi 2 la perak akan terhuyung hayang dalam liga.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    memang bagus kalo pihak perstuan bola sepak perak juga melayari forum ni..kita bukan mengate,tapi just memberikan pendapat atau pandangan masing2 berkenaan bola sepak kite..kalau dah nampok bende tu saloh,takkan kite nak duk senyap jek sedangkan ade saluran utk kite bersuare??dan amat bagus kalo orang2 kuat pafa selalu singgah kat forum ni sebab secare tidak langsung,mereka dapat mengambil kire atau mengambil tahu ttg para penyokong!bukan tau ttg team jek mcm sd tu,pasal malaysia pun msih 'kurang ajar',,para penyokong sptmane yg kite sedie maklum adelah player ke12 dalm setiap match dan merupekan aspek pnting pasukan!kalo kami duk bagi komen,bagi pendapat selalu tapi pade mase yg same tdk disedari oleh pihak pengurusan tak jadi jugok!jadi disini teman nak tekankan..singkirkan steve darby!menang ke,kalah ke lepas ni,,saye nak die keluar dari pasukan!bawa masuk ketue jurulatih baru buatan tempatan!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. satorare

    Bagus kalo individu-individu dari Pejabat Menteri Besar turut melayari halaman....
    Bagus pihak pengurusan Perak FA sahaja yang membaca halaman web ni...
    Bagus kalo lg ramai penyokong perak yg melayari laman web seladang.net
    tp masalahnye admin...
    awat la pengurusan x ambik sebarang tindakn lg...
    sedih dibuatnye...
    apa lg disimpan SD ni..
    ni nk bg halal berjudi plak..
    mmg %$#&@$ SD ni...
    kepada smua penyokong perak yg dikasihi..
    marilah kta bersatu utk membuat perubahan..
    SD, berambus...............................

    Komen admin: Bersabarlah kepada semua peminat pasukan Perak. Segalanya perlu dilakukan secara teliti dan berhati-hati. Kelibat SD hampir pasti tidak akan kelihatan musim akan datang, kami amat pasti tentang itu. Ada perkara & tindakan yang anda boleh baca dihalaman ini serta ada juga tindakan yang kami lakukan dibelakang tabir. Bekerja secara senyap lebih baik dari mengetuk gendang bertalu-talu namun hasilnya tiada. Tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.