Steve Darby | Blind Or Deaf?

Semalam jurulatih Perak ada mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak akhbar berkenaan masalah rasuah yang kini telah melanda semula Liga Malaysia. Dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut, beliau menyarankan supaya pihak yang berwajib memberikan lesen kepada perjudian bolasepak untuk mengekang masalah pemain menerima rasuah.

Beliau memberi contoh negara jiran Singapura yang turut membenarkan perjudian bolasepak dapat menghindarkan rasuah. Persoalannya disini adakah liga domestik di Singapura sudah bebas dari rasuah?

Adakah beliau terlupa atau pun nyanyuk tentang masalah rasuah yang melanda Singapura sekarang? Berapa banyak kes yang sedang berlaku termasuk bekas jurulatih Kuala Lumpur, Chow Kwai Lam yang turut dicekup tempohari? Dapatkah pemberian lesen perjudian ini mengurangkan masalah rasuah?

Atau kemungkinan besar masalah rasuah akan menjadi lebih teruk seperti mana yang pernah berlaku dulu? Apa yang penulis boleh tekankan disini ialah sikap serta mentaliti Steve Darby yang tidak pernah belajar dari kesilapan.

Beliau sebagai bekas jurulatih sebuah kelab dari Singapura suatu masa dahulu sepatutnya peka dengan masalah yang terjadi dan bukannya bercakap secara membuta-tuli. Pendapat beliau disangkal oleh jurulatih kebangsaan B. Sathianathan yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menurut Sathianathan, pemberian lesen perjudian tidak akan dapat menyelesaikan masalah rasuah. Perkara yang paling penting baginya ialah displin para pemain untuk menolak sebarang tawaran rasuah tersebut.

Disini jelas mentaliti jurulatih tempatan jauh lebih baik berbanding Steve Darby yang dilihat tidak sensitif dan peka dengan masalah yang berlaku. Jika jurulatih seperti ini dikekalkan pada masa hadapan, bolasepak Perak bakal mengalami zaman kejatuhan yang lebih memilukan.

Beliau bukan sahaja tidak mahu mendengar pandangan orang lain, malah beliau juga bebal apabila bercakap tentang sensiviti masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang majoritinya beragama islam.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Steve Darby | Blind Or Deaf?

  1. yong85

    dah kenapa ye dgn si SD ni....sejak akhir-akhir ni semakin berani setiap kali buat statement.mungkin itu pendapat dia dan kita perlu hormat pendapat dia walaupun salah.dia bukan nyanyuk @ buta tapi dia mungkin tak fhm akan sensitiviti malaysia.ape pun diakan orang asing yg cuma cari mkn dlm negara...andai di kuatkuasa akn judi tu boleh la dikatakan sebagai hancurnya bola sepak malaysia.kepada pemain yg terlibat bak kata presiden FAM dln warta berita tadi "INSAFLAH".untuk pemain beragama islam yg juga terlibat
    ingat satu benda seronok & mewah cuma sementara sebab walau kecil nilai ia tetap haram dlm agama kita. sebab tu kadang-kadang ada keputusan perlawanan yg kurang logik utk diterima .......yong harap jgn ada di antara pemain perak yg terlibat.....utk jadi seorang yg pro harus ada disiplin kuat jgn terpengaruh akan bookie yg memang tak waras...yg cuma nak hancurkan masa depan anda sbg pemain...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscoryob

    adui...sekali lg SD nih cr pasal..mmg benor la si SD nih xphm dgn sensiviti masyarakat ISLAM kat msia nih.nih kes nk salahkan player la nih sbb x perform bgs.walhal sendiri yg x bgs dlm jlnkn tgs...sebenarnya mslh perjudian x hanya bmula dr player.tp byk faktor tjadinya perkara tsebut.mungkin pjg sekiranya diulas dgn mngambilkira byk faktor dan pndgn pelbagai pihak..namun apa yg nk ditekankn sini ialah sejauh mana pengurusan dalaman menangani permasalahan tersebut.apa yg ingin dicari adalah penyelesaian dan bukannya menyalahkn mana2 individu.

    p/s pd SD: Kalau ye pn nk bg cdgn fikir la dulu sblm ckp.jgn sesuka hati je ckp."ckp siang pndg2, ckp mlm dgr2".

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    dah melampo steve ni..membuke pekung sendiri!!die memang nak diri die kene sack ke??!!serius teman tak paham ngan perangai die ni le..lain dari yang lain!!dari satu ke satu kontroversi dibawoknye..bukan pe,jwatan sebagai ketua jurulatih skuad perak tu yang buat teman betul2 malu le..orang len msti bertanye,dari mane atau 'bagaimane' sebenrnye pafa boleh melantik si darby ni jadi kj team??!!hadoi..pening2,,kenyataan die ari tu nyate telah membuktikan bahawe die hanye pntingkn diri sndiri dan masih kurang tahu atau 'kurang ajar' ttg bola sepak malaysia dan care idup penduduk malysia!ape die lupe ke yang msia ni bukannye england!bukan singapore!entahle..kadang2 nak tergelak jugok dibuatnye..entah ape plak lepas ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Hello Steve...what's wrong with you???!!!!Gambling is probihited in Islam...and you surely know about our official religion...right??
    Please respect our sensitivity...if u want to get involved football and gambling u have make another mistake!!!
    Football is no.1 in M'sia but not gambling...so..
    U better pack your things & be prepare to get the @#$%^* out of here!!
    Skor Yob Skor!!but no to gambling...fullstop!!
    Adios Amigos

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.