Reformasi | Perak FA

Pertama sekali pihak pengurusan seladang.net ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas kurnian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato Seri sempena UlangTahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 19 April 2008 yang lalu.

Artikel kali ini akan memberi peluang kepada semua pengguna seladang.net yang sudah mendaftar untuk memberikan komentar berhubung isu yang paling hangat masa kini iaitu mereformasikan segala aspek yang berkaitan pengurusan bolasepak Perak Darul Ridzuan.

Tanpa mahu menyebut dengan lanjut masalah yang melanda pasukan Perak FA ketika ini, pihak kami memerlukan anda sebagai pelayar/pengguna berdaftar halaman ini untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku dan terpendam untuk dipanjangkan kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin untuk perhatian dan pertimbangan saksama beliau.

Segala komentar yang dibuat haruslah mengikut lunas peradapan yang sesuai dan mencerminkan etika kesopanan yang berlandaskan kebenaran serta tidak dipengaruhi oleh emosi keterlaluan yang boleh menimbulkan masalah lain di kemudian hari kelak.

Pihak kami akan menghantar link artikel ini secara terus melalui pihak-pihak yang berkenaan dan seterusnya untuk tatapan Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin yang kita yakini cukup prihatin dan mengambil berat sebarang masalah yang cuba kita sampaikan.

Setiap pengguna dibenarkan untuk membuat satu sahaja komentar di dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris di ruangan komen di bawah. Sila gunakan bahasa formal dalam komentar anda tanpa sebarang singkatan perkataan. Sebaik-baiknya sertakan nama dan lokasi anda sebagai pengirim komentar tersebut.

Terima Kasih
admin

 

Perak FA Perlukan Reformasi?

  • Ya, Setuju (100% Votes)
  • Tidak Setuju (0% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Reformasi | Perak FA

  1. mie

    Assalamualaikum,
    Segulung tahniah kepada YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin atas kurnian tersebut. Terima kasih kerana memberi peluang peminat-peminat skuad seladang memberi pendapat dalam ruang ini.

    Seperti yang kita lihat dalam ruangan sebelum ini, terdapat bannyak idea dan pendapat yang bernas daripada peminat setia seladang. Harapan saya dalam ruangan ini adalah untuk melihat cadangan yang dilontarkan nanti dapat dibawa ke pihak atasan untuk tindakan segera.

    Saya berpendapat, sudah sampai masanye Perak menyusun kembali sistem pengurusan sedia ada. Pengurusan pasukan mestilah lebih profesional seperti yang dilakukan oleh pasukan ternama di luar seperti Real Madrid, Chealsea. Saya menyokong bagi cadangan supaya pasukan perak di koperatkan. Ini bertujuan bagi memastikan kewangan pasukan lebih kukuh.

    Pendidikan awal bola sepak mestilah melalu akademi bola sepak negeri bermula dari peringkat awal umur. Akademi bola sepak negeri seharusnya dibuka disetiap daerah yang dapat menyungkil lebih ramai bakat-bakat muda. Jurulatih bertauliah dan silibus pengajaran mestilah lebih praktikal.

    Buat masa terdekat ini, saya berpendapat pengurusan perak perlu menilai semula keupayaan Steve Darby. Steve Darby bukan lah yang terbaik untuk Perak. Saya harap Pengurusan perak dapat mencari pengganti Steve Darby yang lebih baik untuk masa depan perak..

    saya yang sayang kan perak..
    >mie (ipoh)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sylvershop

    salam semua,

    terima kasih pada webmaster atas inisiatif dalam membawa revolusi baru bolasepak perak. perubahan dalam sistem pengurusan bolasepak perak amatlah dialu-alukan. satu sebab utama adalah andai bolasepak dapat menyatukan dunia mengapa tidak untuk menyatukan bangsa?

    pertama sekali perubahan harus ada pada persatuan bolasepak perak sendiri dimana pengurusan pasukan dikopratkan kepada pihak swasta yang berminat atau mampu mentadbir dengan baik. ini bererti pembayaran gaji, elaun ataupun kebajikan pemain di jaga sepenuhnya oleh pihak yang terpilih. seterusnya pemain akan lebih professional dan sedar bahawa gaji mereka dibayar kerana skill dan kualiti yang ada dan bukan atas dasar kononnya kecermerlangan lampau.

    pasukan bolasepak perak perlu ada stadium sendiri yang tidak disewa dengan kapasiti permulaan 10000-15000 (purata jumlah penonton dalam lingkungan ini). dan kapasiti ini boleh diperbesarkan tertakluk kepada peningkatan penonton yang hadir. ini kerana dapat dilihat banyak masalah timbul oleh kerana stadium perak sekarang yang dikongsi dengan pelbagai persatuan sukan yang lain.

    seterusnya, pemilikan saham dalam pasukan bolasepak perak dibuka kepada persatuan penyokong dan syarikat-syarikat koprat yang berminat dengan peratusan pemilikan bergantung kepada perbincangan. selain itu, penyediaan kompleks latihan yang lengkap dengan akademi bolasepak untuk pembangunan pemain-pemain muda dalam semua peringkat umur. tidak perlu kompleks yang gah sebesar putrajaya. tetapi cukup dengan jurulatih yang berkelayakan, physiotherapist dan scout untuk mencari bakat-bakat muda yang berpotensi besar.

    selanjutnya, akademi ini menghantar pemain muda yang cemerlang untuk trial dengan kelab-kelab dari asia ( jepun, korea, china, negara arab) atau kelab-kelab eropah ( belanda, perancis, german). seandainya sumber kewangan kukuh, akademi dibuka untuk pemain muda negeri lain. peluang telah tersedia dengan kerjasama dari kementerian pendidikan dengan perlaksanaan liga bolasepak piala menteri pelajaran.

    aspek promosi tak dilupakan dimana sudah tiba masanya majalah atau akhbar tentang perkembangan pasukan bolasepak perak; tidak kira peringkat umur, dikeluarkan. dalam masa yang sama persatuan bolasepak perak (PAFA) menumpukan dalam liga bolasepak daerah dalam mencungkil bakat-bakat baru dan pada masa yang sama mengajak kaum lain selain melayu menyertai komuniti bolasepak malaysia. selain itu diharap agar sekiranya semua tidak terlaksana dek batasan sumber kewangan sekurang-kurangnya ada perubahan sikap untuk ke paradigma yang baru serta memperluaskan minda supaya tidak jumut bagai katak bawah tempurung.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ezadfc

    Assalamualaikum....

    Bagus jugak perak ada reformasi dan menyelesaikan masalah yang melanda pasukan perak..Lagi pun saya sayangkan pasukan perak dan tak mahu jadi seperti pasukan MPPJ yang gah pada nama tetapi menghadapi masalah kewanga. Saya hendak tengok bakat muda dalam generasi bolasepak tempatan khususnya bakat muda dalam pasukan Perak

    Saya harap sebagai peminat setia, pihak seperti Menteri Besar dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi pasukan Perak masa kini. Ini bagi mengelakkan masalah tersebut menganggu pemain-pemain perak sedia ada.

    Saya pun menyokong pasukan perak di koporatkan seperti pengurusan, stadium sendiri seperti pasukan-pasukan dalam liga epl. Jika pasukan perak ada mempunyai stadium sendiri maka kita tidak perlu membayar kepada pihak tempatan cuma dari segi penyenggaraan kena diuruskan oleh persatuan bolasepak perak.

    Dari segi pemilikan saham seharusnya dijadikan satu daya tarikan untuk pengurusan yang lebih baik dan teratur. Saya sebagai peminat setia mahu pasukan Perak berjaya bukan dalam liga tempatan malah dari segi pertandingan seperti Kejohanan Liga-liga juara dan AFC.

    Marilah kita sama membangunan bolasepak tempatan

    Sekian Terima Kasih
    Ezadfc

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seansan00

    assalamualaikum..

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas kurnian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato Seri. Antara satu penghormatan yang tertinggi diberikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Ini kerana kepercayaan yang dianugerahkan oleh DYMM untuk YAB memikul tanggungjawab yang besar iaitu mentadbir Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Untuk mengatakan tentang pentadbiran Negeri Perak nescaya agak besar bagi saya untuk menyentuhnya, tetapi bagi pentadbiran Persatuan Bola Sepak Perak, kami sebagai penyokong dan peminat ingin menyuarakan rasa kegelisahan kami terhadap persembahan pasukan bola sepak Perak yang ditunjukkan pada musim ini dan semestinya akan membawa kemusnahan pada masa akan datang.

    Arus kemodenan global sebenarnya telah mengubah banyak corak pentadbiran dan kepimpinan tidak kira di Malaysia mahupun di Asia atau dunia, apapun saya disini tidak ingin menyentuh tentang corak pentadbiran Persatuan Bolasepak Perak yang semakin merudum dari masa kesemasa tetapi ingin menyentuh sistem yang dijalankan oleh Persatuan Bolasepak Perak sekarang ini untuk mendapatkan pemain-pemain yang berkaliber untuk diketengahkan. Memang benar Perak mempunyai pelapis-pelapis yang berbakat, tetapi benarkah haluan mereka membawa kepada pulangan yang berbaloi untuk menyara keluarga atau tinggalkan arena ini sebelum mereka berada dipuncak semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih menjaminkan masa hadapan mereka? Ini yang patut kita semua perlu carikan jawapan.

    Apabila ditanya pemain-pemain veteran yang ada dinegara kita, mereka bermain untuk MALAYSIA dan bukan duit semata-mata, memang benar itu adalah satu fakta yang menjadi kenyataan sehingga kita berjaya ke pusingan ke pusingan pertama Olimpik 1972. Tetapi dizaman teknologi dan keinflasi yang semakin meningkat, adakah fakta itu masih boleh dipakai untuk memperjuangkan sukan ini. Jika ditanya mana-mana pemain yang ada sekarang, semestinya jawapannya TIDAK. Mereka bermain untuk menyara dan mendapatkan pendapatan dan mampukah pendapatan ini menjamin untuk mereka dihari tua. Seperti beberapa insan bekas pemain bola sepak yang hebat satu ketika dulu yang menderita sekarang ini dan tidak perlu saya ungkapkan disini. Itulah yang saya maksudkan "sebelum sampai ke kemuncak" iaitu seseorang pemain yang bersara lebih awal sebelum berada ditahap tertinggi dan berkorban untuk negeri dan seterusnya negara.

    Tidak perlulah kita melihat pemain-pemain eropah yang sememangnya mendapat gaji yang lumayan dan menjamin hari tua mereka, ini kerana struktur liga yang kukuh dan pentadbiran yang dikopratkan kepada mana-mana pihak yang semestinya mengiklankan nama pemain dan pasukan tersebut bermati-matian untuk menjadikan nama pasukan tersebut disegani dan dihormati.

    Selain itu, adakah pelapis yang ada sekarang mampu untuk menyaingi pelapis yang ada di negeri lain? Contohnya
    Berapa ramaikah keanggotaan skuad 14 tahun sekarang ? 23 orang, sepertimana jumlah pemain sepasukan yang biasa ditetapkan ? Persoalannya, mengapa tidak 150 orang ? Agar bakal wira kebanggaan Perak itu benar-benar dapat dicungkil dan dicarigali di kalangan adik-adik kita agar yang benar-benar layak memartabatkan maruah Perak dan seterusnya Malaysia dapat dipilih seteliti telitinya ?

    Dan dimanakah pemain-pemain pelapis ini diberikan latihan? adakah berkongsi padang sekolah? atau padang hak milik Majlis Perbandaran? atau pusat latihan kecemerlangan belia? Dan kenapa Persatuan Bolasepak Perak sendiri tidak mempunyai satu kompleks sukan yang dimiliki sendiri oleh persatuan? adakah tidak mampu? atau lebih berasa selesa menyewa sebuah stadium yang akhirnya menunggakkan hutang? Kami sebagai penyokong tidak memerlukan stadium yang besar dan indah, tiada maknanya jika stadium kosong dan pasukan tidak menunjukkan sebarang komitmen.

    Maksudnya disini, saya lebih rela melihat Perak mempunyai stadiumnya sendiri walaupun kecil tetapi penuh dan tidak menyewa stadium dari mana-mana pihak. Saya percaya masih ramai warga-warga koprat ingin menyumbangkan dan rakyat Perak semestinya juga akan menyumbang sedikit sebanyak untuk menampung kos pembinaan stadium baru jika idea ini bernas dan membawa kebaikan kepada semua rakyat Perak. dan memajukan arena bolasepak ini. Tidak salah jika sekali-sekala Persatuan menyewa stadium Ipoh yang ada sekarang ini jika membabitkan perlawanan besar andai kata stadium baru tidak dapat menampung kehadiran penonton yang ramai, dan sekurang-kurangnya PAFA tidak mengalami kerugian jika kehadiran penonton yang hadir mendukacitakan.

    Dan secara tidak langsung Pasukan Perak mempunyai tempat latihan sendiri dan tidak menjadi seperti orang asing jika berlatih distadium yang dimiliki oleh orang lain. Infrastruktur dan fasiliti yang lengkap, tidak perlulah seperti di Cobham (Chelsea) tetapi memadailah untuk pasukan senior berlatih, pelapis meningkatkan kualiti, akademi yang terus fokus kepada bakat diakar umbi, dan tempat penyokong menyuarakan pendapat.

    Sekian sahaja, pendapat saya terhadap kemerosotan persembahan Pasukan Bolasepak Perak dimata saya.
    Terima kasih kepada seladang.net yang mengizinkan peminat bolasepak tanahair amnya dan penyokong Perak khasnya meluahkan pendapat yang telah lama terpendam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul4all

    Assalamualaikum….

    Ternyatalah kemerosotan prestasi skuad perak amat merisaukan. Saya sebagai penyokong setia Yob memang amat sedih dengan keadaan skuad perak yang kurang bermaya. Pada pandangan saya, ada beberapa aspek yg menjadi punca
    kejatuhan perak iaitu :-

    Kelemahan pengurusan -sejak Dato Seri Zahid Hamidi tidak layak lagi menduduki kerusi presiden, corak pengurusan kurang meyakinkan, terutamanya keputusan tidak lagi menyambung kontrak 2 pemain terbaik - Kieta Mandjou dan Abdolaye Traore. Malah, pendedahan hutang PAFA kepada MBI lebih setengah juta menyerlahkan lagi pekung PAFA.

    Strategi dan Kekuatan Pasukan - strategi Steve Darby dalam merencanakan perjalanan liga Perak sudah tidak meyakinkan lagi. Percayalah jika Perak masih mengekalkan Steve Darby semakin berkuranglah kedatangan penyokong ke stadium musim yang akan datang. Corak permainan sudahlah tidak menghiburkan, kekalahan menjelikkan kepada pasukan musuh tradisi seperti Kedah, Selangor menaikkan lagi 'populariti songsang' Steve Darby. Malah, pemain impot seperti Jorge Munoz, bukan sahaja tidak layak untuk pasukan utama, malah jika skuad presiden pun tidak layak. Perak kini, bukan seperti Perak era Weigang dan Netto yang berjaya menghasilkan ramai pemain muda yang menyerlah seperti Khalid Jamlus, V. Saravanan dan Liew Kit Kong,. ternyata Steve Darby buta apabila memilih pemain lembik seperti Nor Hazrul menjadi pemain dalam kesebelasan utama, atau sememangnya Perak tiada pemain muda berbakat setelah satu-satunya sandaran - Fakri Saarani telah dirampas Harimau Muda.

    Persoalannya, mampukah mengkorporatkan Pasukan Bolasepak Perak seperti Selangor satu tindakan yg tepat, dikala prestasi harus dipantau dan ditingkatkan terlebih dahulu kerana standard permainan di Malaysia begitu rendah?

    Saya amat menyokong sekiranya kerusi Presiden diisi seorang yg berkaliber dan amat dihormati seperti MB Perak dan merayu agar hentikan kontrak Jorge Munoz dan Steve Darby secepat mungkin.

    Zul@Perak Fan forever

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Assalamualaikum w.b.t. Y.A.B. Dato' Seri,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri atas perlantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baru tempohari.Tidak lupa juga baru-baru ini kerana menerima penganugerahan dari pihak istana. Saya dan para penyokong pasukan Perak amat berbesar hati kiranya pihak Dato' Seri dapat memberi sedikit tumpuan kepada arena bolasepak yang mana umum sedia tahu merupakan sukan nombor satu di Perak bahkan di Malaysia.

    Inilah yang berlaku dalam fenomena bolasepak tempatan.Jika dilihat dari sudut yang positif secara tidak langsung pengaruh seseorang atau kumpulan itu jika ianya berlaku secara yang betul dan bertepatan dengan objektif asal maka sukan dan seseorang individu itu menjadi kebanggaan rakyat.Tetapi jika dilihat dari sudut negatif,pengaruh yang melampau sehingga mencampuri hal ehwal pengurusan dan mencari populariti murahan membuatkan arah tuju sukan bolasepak ini mula menjadi tidak tentu arah.

    Dari aspek kewangan tentunya pihak Dato' Seri juga sedia maklum bahawa kerajaan Malaysia melalui FAM juga telah menghabiskan jutaan ringgit demi untuk meningkatkan mutu bolasepak tempatan tetapi sehingga ke saat ini dimanakah kedudukan bolasepak Malaysia??Untuk pengetahuan Dato' Seri,sekadar mengingatkan sekiranya terlupa atau tidak mendapat informasi yang tepat,pasukan bolasepak Malaysia sekarang berada di kedudukan ke 170 dalam carta FIFA.Secara tidak langsung duit kerajaan ataupun duit rakyat dilaburkan ke arah sukan yang dikatakan popular akan tetapi masih tiada titik noktahnya.

    Maka dengan itu,terdapatlah suara2 yang mengatakan bahawa sukan ini menjadi satu pembaziran atau sukan "syok sendiri".Sebenarnya sesuatu jenis sukan itu jika ianya berjaya dan menjadi idola dihati rakyat ianya akan menjadi satu duta pada negeri atau negara itu sendiri.Secara tidak langsung ianya akan menjadi satu produk sepertimana berlaku pada industri pelancongan.

    Bercakap mengenai produk,kiranya Dato' Seri setuju, sukan bolasepak dapat juga menjana pendapatan ekonomi sesuatu negeri khasnya Perak.Jika dilihat dari aspek sekecil-kecil perkara cuba kita lihat dari segi penjualan tiket,sekiranya di uruskan dengan betul dapat memberi keuntungan kepada sesuatu pasukan serta badan induk.Selain itu,penjualan barangan berasaskan sesuatu pasukan juga dapat menjana sumber kewangan pasukan.

    Ini telah dibuktikan pada pasukan-pasukan bolasepak professional di luar negara bahkan membuatkan sesuatu negara itu terkenal ke seluruh dunia.Ada pelancong yang datang ke sesuatu negara semata-mata untuk menyaksikan sukan yang bernama bolasepak ini.Tahun ini dalam pertandingan elit Euro 2008, negara yang mengelolakannya hampir pasti mendapat keuntungan yang berlipat ganda.Sebab itu juga kita lihat pemimpin-pemimpin dunia berlumba-lumba untuk menganjurkan sesuatu kejohanan.

    Dato' Seri,niat saya cuma satu.Sukan juga satu perniagaan dan juga sumber ekonomi yang baik.Jadi, kenapa tidak kita bersama-sama menjadikannya ke arah itu? Reformasikan apa yang sediada sekarang ini.Jadikan bolasepak Perak satu produk baru untuk kerajaan yang baru terbentuk ini.Biarkan mereka berdikari dengan adanya perlantikan badan korporat mereka sendiri.Biarkan mereka terbentuk oleh CEO ,ahli-ahli lembaga pengarah dan pemegang saham mereka sendiri.

    Rakyat juga dibolehkan membeli saham-saham tersebut dan secara tidak langsung membolehkan mereka bersuara.Berbalik kepada pelaburan yang merugikan,seperti yang dicanangkan sekarang ini oleh sesetengah pihak hingga ada yang mengatakan duit yang diperuntukkan untuk sukan bolasepak ini diambil dari wang rakyat mungkin ada benarnya.Ianya secara terang-terangan berbeza dengan ciri-ciri pembelian saham seperti yang saya nyatakan di atas.

    Oleh itu,pandangan saya kepada Dato' Seri,sekiranya untuk mengelakkan pandangan sinis ini berlaku kembali dalam era pemerintahan Dato' Seri,serahkan sahaja pengurusan bolasepak Perak ini kepada yang berhak atau yang pakar.InsyaALLAH, dengan yang demikian wang atau duit rakyat akan terbela manakala tidak akan lagi berlaku penyelewangan serta campurtangan politik dalam bolasepak Perak seterusnya memantapkan mutu dan martabat sukan itu sendiri.Reformasikan,Korporatkan, Jenamakan dan Produkkan bolasepak Perak demi nama baik negeri tercinta.

    Itulah harapan saya dan penyokong bolasepak Perak yang lain di Seladang.Net ini.

    Sekian.Terima Kasih.

    Wassalam.

    Miez3
    Shah Alam

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    Dear Dato Seri, we do not want Steve Darby as our coach for next season. Please take necessary action. It would be even better if his position is terminated at the end of the Liga Super season. Lets start Piala Malaysia campaign with a local coach whom we, the fans believed, would be the same quality if not better then the current one. Let the new coach use Piala Malaysia 07/08 as a platform to create a better team for season 08/09.

    From,
    Razlan
    a supporter since 1980.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    Assalamualaikum w.b.t.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Admin kerana memberi peluang kepada para penyokong seperti saya untuk menyuarakan pendapat atau pandangan secara terus kepada Dato Seri.Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah Kepada Dato Seri atas pertabalan sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan juga kurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak baru-baru ini.

    "Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak mengata"

    Begitulah pepatah melayu yang boleh saya ungkapkan di sini bagi menggambarkan masalah-masalah yang benar-benar berlaku dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Perak(PAFA) sekarang ini.Para penyokong sebelum ini ada menyuarakan ketidakpuashatian atau bantahan terhadap kelemahan pengurusan PAFA dan persembahan 'di bawah tahap sebenar' pasukan Perak di bawah kendalian jurulatih sedia ada,samada melalui laman web Seladang.Net,mahu pun melalui RTM1.Akan tetapi,tiada tindakan susulan yang diambil.Tidak cukup dengan itu,baru-baru ini tersiar di dada akhbar yang mengatakan bahawa PAFA berhutang lebih setengah juta ringgit dengan Majlis Bandaraya Ipoh(MBI)!Adakah ini juga yang menyebabkan PAFA gagal menyambung kontrak dua orang pemain import berwibawa yang beraksi cemerlang sepanjang bersama kem pasukan Perak pada musim-musim yang lalu?

    Oleh sebab itu,saya menyokong 100% cadangan-cadangan yang diutarakan rakan-rakan penyokong yang lain,khususnya pembinaan sebuah stadium baru yang bakal dimiliki sepenuhnya oleh PAFA.Tidak perlu mempunyai stadium yang besar,cukup hanya dengan kemudahan padang yang berkualiti dan kelengkapan-kelengkapan latihan yang memuaskan.Saya juga menyokong cadangan untuk mengkorporatkan PAFA kerana ini akan memberi 'financial benefit' kepada PAFA dan masalah seperti hutang dengan pihak-pihak tertentu dapat dielakkan.Dengan kata lain,kewangan persatuan akan menjadi lebih utuh dan terjamin di masa hadapan.

    Saya amat-amat dan benar-benar berharap agar pihak Dato Seri memandang serius masalah-masalah yang dihadapi oleh PAFA,bukan sahaja masalah sekarang,namun juga masalah-masalah yang akan datang dan seterusnya mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi setiap masalah tersebut.Saya merupakan salah seorang daripada beribu penyokong skuad Kejor Yop Kejor yang lain yang menyanjungi pasukan ini.Walaupun sekarang ini berada di perantauan,namun saya masih mengikuti perkembangan pasukan ini melalui internet.Pasukan Perak merupakan sebuah pasukan yang hebat dan mempunyai sejarah yang gemilang dan semestinya saya tidak mahu masalah-masalah sedia ada atau mendatang akan 'merosakkan' pasukan dan seterusnya membawa Perak ke 'tempat yang bukan sepatutnya' seperti mana yang telah berlaku terhadap beberapa skuad bola sepak yang lain kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman dari akar umbi.

    Saya tahu mungkin sukar atau mustahil untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah diketengahkan ini,namun jika kita semua bersungguh-sungguh dan komited,InsyaAllah kita mampu merealisasikannya.Saya yakin Dato Seri juga tahu bahawa Allah melihat usaha-usaha kita ke arah sesuatu,dan bukan keputusan yang kita perolehi.Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Dato Seri kerana sudi membaca coretan saya ini dan kami semua mengharapkan 'feedback' yang terbaik daripada pihak Dato Seri.Sukan bola sepak merupakan antara sukan teras di Malaysia dan saya pasti segala perbaharuan yang Dato Seri cuba ketengahkan selepas ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak kerana tidak lari dari misi dan visi Kerajaan Malaysia.

    Sekian,terima kasih.
    Перак в перёд!(Perak maju!)
    Wassalam.

    Amirfsl,
    Moscow.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. dato

    Assalamualaikum w.b.t.

    Saya ucapkan terima kasih pada admin yang sudi memberi ruangan khas pada peminat pasukan Perak untuk meluahkan pendapat dan cadangan bagi diajukan pada Menteri Besar Perak.

    Terlebih dahulu tahniah dari saya pada Y.A.B. Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baru serta penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena UlangTahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada hari sabtu yang lalu.

    Saya sebagai peminat setia pasukan Perak, mengalu-alukan campur tangan YAB Dato'Seri dalam pengurusan bolasepak Perak bagi melihat segala masalah untuk diatasi. Saya adalah diantara peminat yang inginkan pembaharuan didalam pengurusan bolasepak Perak.

    Isu pengkorpratan pengurusan bolasepak Perak perlu bermula dari sekarang. YAB Dato'Seri lihat sejenak pengurusan pasukan elit di Eropah. Dengan mengkorpratkan pengurusan bolasepak ia dapat menjana keuntungan serta dapat menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti. Kewangan pengurusan bolasepak dapat diurus dengan baik dan telus. Seorang CEO perlu dilantik dengan dianggotai oleh lembaga pengarah yang lain. Kelab penyokong haruslah menjadi suara yang penting dalam persatuan bolasepak kerana dengan adanya penyokong setia sudah pasti akan sentiasa memenuhi stadium dan jualan tiket pasti meningkat. Inilah adalah sebahagian dari pendapatan tetap persatuan selain penaja. Tanpa penyokong, bolasepak takkan meriah.

    Mengenai fasiliti untuk pengurusan bolasepak ianya perlu disediakan selaras dengan era bolasepak moden. Sebagai contoh stadium sendiri, akademi, padang latihan dan gimnasium. Untuk pengetahuan YAB Dato'Seri, stadium yang diperlukan tidaklah begitu besar biarlah hanya boleh memuatkan dalam 15000-20000 penonton sahaja asalkan tidak menyewa serta disebelahnya dilengkapi padang latihan, Akademi dan gimnasium. Barulah padang serta kelengkapan stadium dijaga dengan rapi. Saya percaya ramai yang berminat untuk mengendalikan pengurusan bolasepak Perak.

    YAB Dato'Seri mungkin sudah tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan bolasepak khususnya negeri Perak yang sentiasa digeruni lawan. Namun kini dengan keadaan yang terumbang-ambing merencatkan perjalanan untuk merangkul piala.

    Akhir kata dari saya, semua yang saya luah dan cadangkan untuk diteliti oleh YAB Dato'Seri adalah bukan kepentingan individu tapi demi kebaikkan semua pihak terutama pengurusan, pemain serta penyokong bolasepak Perak. Mungkin perubahan memakan masa untuk diterjemahkan tapi ia akan memberikan impak yang besar pada masa akan datang. Tidak mustahil satu hari nanti nama Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan diganti dengan kelab bolasepak Perak (Perak FC) serta dikenali seluruh dunia. InsyaAllah..

    Terima Kasih

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Dato
    Ayer Tawar

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. hambali

    Assalamualaikum. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas kurnian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP).

    Cadangan Saya:

    1) Dapatkan penjaga gol import. Ini penting sebab jika Perak mengalami keadaan pemain cedera atau kena kad merah, Perak masih mampu sekurang-kurangnya tidak membenarkan pihak lawan menjaringkan gol.

    2) Adakan kerjasama dengan kelab-kelab bolasepak gergasi asia seperti kelab dari Jepun, China dan Korea. Perak boleh menghantar pemain pelapis untuk mengadakan latihan disana mungkin dalam masa 1 tahun atau 2 tahun. tak perlu hantar pemain sampai ke eropah. sebab kos tinggi lagipun tahap bolasepak kita masih rendah. Jika hantar ke eropah ibarat hantar budak tadika ke universiti, satu apa pun tak boleh paham sebab asas tak ada. Kalau tak dapat Jepun Thailand pun tak apa sebab bolasepak mereka memang tengah meningkat. Adakan perjumpaan dan bincang apa yang kita perlu dari mereka dan apa yang mereka boleh dapat dari kita.

    3) Kalau boleh tidak perlul ambil jurulatih dari England. England football banyak bermain secara bertahan dan long pass. Pemain Perak tak ada tenaga nak main macam itu. Jurulatih dari Asia pun pasti ramai. Jepun, China dan Korea pasti ada jurulatih yang boleh diketengahkan di Perak.

    Secara keseluruhannya saya rasa pasukan yang ada sekarang ini masih ok, penyerang, midfield dan pertahanan ok cuma corak permainan tak macam zaman Netto dan Weigang. Dulu Perak main rapat-rapat, dan ada support dari player lain bila sorang player bawak bola. Tapi sekarang banyak main long ball dan kurang one touch. Corak macam ni menyebabkan Perak senang kena counter attack dan selalu bola dicuri di bahagian bawah.

    Akhir kata semoga bolasepak Perak terus cemerlang di masa hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kotoploks

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

    Terlebih dahulu tahniah dari saya pada Y.A.B. Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baru serta penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena UlangTahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada hari sabtu yang lalu.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati tentang 3 perkara

    1. Khairy Jamaluddin, Bendahari Perak FA, What is your contribution? just a plain bloody FAT ZERO, don't you feel ashamed? You should resign immediately from now. We dont need a Oxford Graduate to run things here. Its better to have someone from "sekolah pondok" that can run things as a sportman and make PERAK GROW back their fangs.

    2. Steve Darby, please LEAVE our beloved PERAK FA, we dont need you and spoilt everything thats being laid by our beloved forefathers, Mr. Weigang, Mr. Karathu, Mr. Torsten Spittler & Mr. Antonio Gonzaga Netto. Your tactical approach is lousy plus your players fitness level are rubbish. Get out of PERAK or MALAYSIA for GOOD, we dont need you here. We've NEVER hated anyone this much except maybe J.W.W Birch former British Resident.

    3. Coach ZAKARIA & TALIB it's time for you to resign as well.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Pakcu

    Salam.

    Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin di atas kurnian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP).

    Secara realitinya saya amat bersetuju dengan pendapat teman-teman yang lain diatas. Maka dengan itu kami semua berharap agar dapat direformasikan dengan segera pengurusan bolasepak Perak.

    Campur tangan Dato' Seri di dalam kemelut ini sangat-sangat kami harapkan demi bolasepak Perak demi penyokong setia agar Bolasepak Perak dapat kembali ke era yang lebih gemilang seperti mana di musim-musim yang lepas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. ayuball

    Saya anak watan Perak bersimpati dengan nasib Perak. Kita ada mata boleh tahu mana yang baik mana yang buruknya. Dulu tahun lepas Perak masih menjadi pasukan yang hebat, setiap game paling sikit penonton datang ke stadium lebih kurang 17000 dalam tangan. Kalu nak di bandingkan dengan pasukan lain, tapi kenapa PAFA tidak dapat membayar duit kepada MBI? jumlah yang tertunggak setengah juta. MB anak Perak tolong usahakan bola sepak Perak.

    Mewujudkan akademi bola sepak Perak dari peringkat kanak-kanak atau kita patut tubuhkan sekolah sukan Perak seperti sekolah sukan Bukit Jalil yang banyak melahirkan pemain - pemain kebangsaan.

    Akhir kata maju lah sukan untuk Perak

    nadia from bota

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.