Piala Antara Benua | Intercontinental Cup

Kejohanan Jemputan Piala Antara Benua akan diadakan selama 10 hari di Kuala Lumpur pada 15 – 25 Mei 2008 sebagai persiapan memanaskan badan untuk pasukan yang telah layak bertanding pada Olimpik di Beijing nanti di samping memberi peluang kepada pasukan muda negara menimba sedikit sebanyak pengalaman pada perlawanan itu.

Kejohanan selama 10 hari itu akan menampilkan 8 negara yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Untuk kumpulan A, pasukan Kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun akan melalui tugas yang cukup getir apabila bakal berhadapan dengan pasukan Iraq, Nigeria dan Ireland. Kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut apabila pasukan Argentina akan bersaing dengan pasukan Croatia, Ghana dan Australia.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Octagen Worldwide Football yang berpengkalan di England dan disokong oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Harga tiket untuk menyaksikan perlawanan ini berharga RM 10 – RM 15 untuk pusingan kelayakan kumpulan dan RM 15 – RM 30 untuk separuh akhir dan perlawanan akhir. 2 venue utama kejohanan ini akan diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya serta Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Sementara itu jurulatih pasukan kebangsaan, B. Sathianathan akan memanggil pemain-pemain bawah 23 tahun kebangsaan untuk menjalani latihan pusat mulai 5 Mei 2008 nanti. Pertandingan ini juga dilihat sebagai medan menguji kemampuan para pemain yang bakal menghadapi kejohanan Piala Tiger selain Pestabola Merdeka nanti.

Kumpulan A
Malaysia U-23
Iraq
Ireland
Nigeria

Kumpulan B
Argentina
Croatia
Ghana
Australia

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Antara Benua | Intercontinental Cup

  1. amirfsl

    teman tak tau pulak ade kejohanan pade pertengahan tahun ni,,tapi bagus le,walau pun bunyi cam untuk memanaskan badan atau sekadar menguji kempuan pemain,tapi harap2 skuad under 23 Malaysia ni dapat memberikan saingan kepade pasukan2 lain yang turut bertanding,,teman yakin,byk pengalaman yang pemain2 akan dapat dalam setiap match memandangkan team2 yang bertanding adalah hebat2 belake,,selamat berjuang Harimau Malaya!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan00

    ate.. setiap kali pengulas sukan ckp pemanas badan.. ntah ler bile la pulak game sebenor.. masuk cup ni utk pemanas badan cup tuh.. lpas masuk cup tuh adalah utk pemanas badan cup ni.. sampai bile nak main bebetoi nye..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. m_anip2

    tetiba muncul pulak kejohanan nie ye...dh 2 malaysia asyik timba pengalaman la tak sudah2...hermmm...timba pengalaman lps tu ltk tmpt yg btl tp ntah mana hala perginya...come on malaysia...walaupun sekadar timba pengalaman bak kt mereka yg lbh arif dlm hal bolasepak namun tunjukkan sesuatu mengapa anda semua layak mewakili 11org dr 26juta rakyat malaysia...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Elok benor le tu diadakan tournament yg semcm ini....cuma harap2 jgn le sampai terganggu perjalanan liga tempatan seperti kes kursus Ian Rush tempohari...soal kalah atau menang belakang kira...yg penting ada pendedahan kepada pemain2 selain daripada itu misi yg paling mustahil yg perlu dilunaskan iaitu mengembalikan kelompok M'sia yg sekarang ini menjunam ke tangga 170 dlm ranking FIFA...bangunlah bolasepak M'sia...taring dan kuku Harimau Malaya sebenarnya masih ada cuma perlu dipertajamkan lagi...bagi player Perak yg terlibat ayuh tunjukkan semangat patriotik anda kpd negara.....tinggalkan sebentar kemelut yg melanda sambil membuktikan anda juga satu aset dlm skuad negara...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ripo

    abes la masuk tournament ni..betambah jatuh la ranking msia..ye laa..lwn kuat2..kalo kalah betambah trok la gayanye...pegi la panas bdn yg dekat2 ni je..bg menang

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.