Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 22 April 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 pusingan suku akhir timbal balik kedua akan berlangsung malam nanti dengan 4 lagi perlawanan. Juara bertahan musim 06/2007, Kedah hampir pasti melangkahkan kaki ke peringkat separuh akhir apabila bertemu pasukan Melaka di tempat sendiri.

Terdahulu mereka telah menewaskan Melaka di tempat lawan dengan jaringan besar 4 gol berbalas 1. Setelah merehatkan ramai pemain utama ketika tumpas kepada PDRM tempohari dalam saingan TM Liga Super, Kedah mungkin menurunkan barisan terbaiknya untuk memastikan langkah mereka tidak terhenti separuh jalan.

Perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan

Felda United FC (1) vs (3) Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Selangor (0) vs (1) Kuala Muda
Stadium Shah Alam, Selangor

Sabah (1) vs (3) Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Kedah (4) vs (1) Melaka
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Likas iaitu pukul 8:15mlm.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 22 April 2008

  1. amirfsl

    jike di lihat di atas kertas,,kedah sekarang ni semestinye menjadi pilihan utame utk menjulang piale fa tahun ni di samping selangor..tapi selangor ketinggalan tapi teman yakin deme boleh bangun malam ni,,terengganu ngan pahang gak berpeluang cerah utk ke semi final,,mesti menarik,satu pasukan dari utare,satu dari lembah klang,dan due dari pantai timur,,tapi kalau ade satu pasukan dari kepulauan borneo,best jugak!! =) situasi ni menunujukkan liga malaysia masih seimbang dan setiap pasukan mampu bersaing meraih kejuaraan,

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. nessta

    Mengikut kenyataan yg kuar dari mulut Coach Azrai, mlm nie beliau akan menurunkan 1st eleven pada 1st half. Pemain-pemain muda yg beliau turunkan time jumpe PDRM akan diturunkan pada separuh masa ke2, bergilir-gilir tapi akan memastikan Kedah selesa mendahului dulu. Apa-apa pon malam nie adalah pertandingan sebenar utk selangkah ke hadapan bg mengekalkan kejuaraan, bkn lagi 'latihan' seperti minggu lepas..hehe

    TQ admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. lee_dado

    Harap-harap mlm ni KM Naza bole maintain aggregat mereka , Selangor pastinya akan menyerang habis-habisan daripada terus dirundung kekalahan sebelum ini, walaupun sabtu lepas Selangor membelasah Sarawak 4-1...KM Naza pula tidak harus dipandang mudah untuk Selangor kerana barisan KM Naza bukan calang hebatnya kerana mereka sedang merebut takhta Liga Perdana berkongsi mata dengan KL Plus.

    mungkin K.Devan ada perancangan mcm mana nak mempertahankan gawang KM Naza dari dibocori Selangor dan bagaimana nak memerangkap Selangor dengan mencari 1 gol di sana yg sudah pasti bernilai kerana menggunakan sistem "away goal"..1 gol dari tempat lwn amatlah bernilai..

    so dari sini mlm ni aku tak nak predict byk cuma minta draw pun sudah memadai buat KM Naza nak melangkah ke Semi Final..

    seperti team lain Kedah walaupun dah separuh kaki dah layak, tp tak bole nak ambil mudah game mlm ni, coach pun dah ckp akan turunkan kesebelasan utama, kalau dah selesa di separuh masa ke 2 baru nak beri peluang kpd pemain lain mencuba nasib digelanggang sendiri..Melaka pun musim ini penuh dengan duka di Liga Perdana, walaupun pada thn 2006 skuad Melaka merupakan lawan yg sukar buat Kedah dlm bersaing merebut gelaran Liga Perdana..tetapi itu dulu....Namun aksi di DarulAman mlm ni akan menjanjikan persembahan yg terbaik utk skuad Kedah.

    Pahang pun ada kelebihan 2 gol..tp bermain di laman Sabah..Sabah pun punyai kelebihan 1 gol tempat lwn..so Pahang harus mempertahankan kelebihan 2 gol itu utk tempat slot ke Semi Final, Pahang sejak game kebelakangan ini dah menampakkan kembali kemenangan, itu mungkin tonik terbaik utk mengubat mereka kembali bernafsu mencipta kemenangan.

    Terengganu pula mungkin tiada masalah dengan kelebihan 2 gol walaupun tewas baru-baru ini kpd Peneng 2-4, namun usia setahun jagung Felda United tak harus dipandang ringan oleh Terengganu walaupun berkelebihan 2 gol tetapi mereka kehilangan tonggak pertahanan yg kebal bg skuad mereka iaitu Fabio Flor yg digantung ekoran kad merah game lepas...tapi pengalaman masih berpihak kpd Terengganu.

    Sekadar ramalan team yg akan layak ke Separuh Akhir Piala FA

    1. Kedah
    2. Pahang
    3. Terengganu
    4. Selangor or KM Naza (50-50)

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Keputusan semasa Piala FA 07/2008 untuk separuh masa pertama:

    Kedah 4 - 1 Melaka
    Sabah 0 - 1 Pahang
    Selangor 3 - 0 Kuala Muda
    Felda United FC 1 - 1 Terengganu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.