Perlawanan TM Liga Super 07/2008 – 12 April 2008

TM Liga Super

6 perlawanan untuk kempen TM Liga Super 07/2008 berlangsung malam ini dengan pendahulu liga super, Kedah menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kemenangan mereka malam nanti pasti akan dirayakan oleh seluruh peminat hijau kuning kerana secara matematik, mereka sudah pun menjuarai Liga Super 07/2008 untuk 2 musim berturut-turut walaupun masih berbaki 3 perlawanan lagi.

Sementara itu pasukan Selangor yang di timpa malang akibat pemotongan 3 mata tempohari akan berkunjung ke Stadium Bandaraya menentang pasukan di tangga terakhir liga iaitu Pulau Pinang.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 12 April Mac 2008:

Perlis vs PDRM
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pulau Pinang vs Selangor
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Sarawak vs DPMM FC
Stadium Sarawak, Kuching

Johor FC vs My Team FC
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan vs Perak
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Sarawak iaitu 8:15mlm.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perlawanan TM Liga Super 07/2008 – 12 April 2008

  1. miez3

    Salam....diharapkan player Perak dpt memanfaatkan peluang malam ni utk mencipta kemenangan di tempat lawan...fokus pada game...tak perlulah difikirkan tentang kedudukan sekarang di tangga liga samada dpt memotong S'ngor atau bakal dipintas Negri Sembilan ketika anda berada di atas padang...yg penting berilah komitmen 100% pd game dan tumpuan...insyaALLAH dgn daya usaha yg bersungguh2 dan sokongan padu dari kami disini Perak boleh menang...tiada yg mustahil.....lakukan perubahan mlm ni...dptkan 3 mata...yg lain pikirkan kemudian....Best of luck...you can do it...bangkitlah Seladang!!Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscoryob

    Semoga perak beroleh kemenangan ke atas skuad NS dengan adanya khalid jamlus kembali.

    good luck perak!!!

    kejar yob kejar!!!
    scor yob scor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Pakcu

    Untuk game malam ini diharap Perak dapat menghapuskan istilah "lambat panas" sememangnya tidak boleh "lambat2" lagi kerana liga pun sudah hampir ke penghujung...

    distadium Paroi jarang sekali mencatatkan keputusan yang memberangsangkan buat Perak... TAPI segalanya itu bukan lah mustahil.. hari ini sudah tidak ada lagi istilah "stadium keramat" buat sesuatu pasukan.

    buat pemain2 Perak.. lakukan sesuatu demi menceriakan kita semua... semua penyokong2 Seladang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. putra8878

    Moge2 perak bangkit ngamuk la mlm ni.Mcm tradisi kite thn2 yg lepeh..bile tertekan baru bleh naik blk..tapi mlm ni harap gol jgn bocor awe.Kite kne cari gol awe.baru semangat bleh naik.lg 1 tman arap sgt kalo cadangan2 dari fan kite diambil kire sd..tarik mario estban ke posisi stiker@attacking midfilder bg ngisi kekosongan striker kite.kite xbleh nk harap sgt kat kj&razali je.Defend kite xperlu risau kalu mario naik keatas.kite ade ramai tenaga yg berkemampuan amik tmpt dia.Kite ada azlan,khairy,subra,nantha,chan..harap2 menang la mlm ni.teman insyaallah akan turun ke paroi mlm ni..sblm terlupe..idok ke perak nk minjam player dr team lain utk game msia cup ni?perlis awai2 dh buat persediaan pinjam player clib lain utk ganti player deme tg injured tu..kalu kite dpt pinjam fakri ke bkn ke bgs..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Dr Kampung aka Bomoh

    Maghi ler kome ghamei-ghamei doakan kejayaan pasukan kiter malam ni. Teman harap yobz & yongz yang ader kat N9 kasi ler sokongan moral yang padu pada pasukan kiter..

    Skor yob skor, bior dema tumpo.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgcho

    yeah...smgt kini mmbara setelah pelbagai tekanan tidak kire dr ulu heliyo darat baghoh......harap all yobz can perform very well..change ur attitide lmbat panas tu...suke sgt bg leding kat lawan baru nk kejor..ingt..hero industan xsemestinye mng je bile di penghujung cite skang.....dulu2 yele....cheer up wild ox...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.