Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 25 April 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan 6 lagi pertemuan di mana pendahulu liga premier Plus FC tidak bermain. Ini membuka peluang kepada wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda untuk merampas kedudukan pendahulu apabila menentang PKNS FC di Stadium Kompleks Sukan Langkawi.

Skuad Harimau Muda yang berada di tangga ke-7 liga premier pula, akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bertemu pasukan di tangga terakhir iaitu ATM. Kemenangan pada perlawanan ini mampu untuk melonjakkan kedudukan mereka di tangga ke-6 untuk memintas Felda United FC yang menghadapi tugas berat bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 25 April 2008:

Kuala Muda vs PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Langkawi, Langkawi

ATM vs Harimau Muda
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC vs Sabah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur vs Shahzan Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor vs Melaka
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

Kelantan vs Felda United FC
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Plus FC 22 54
Kuala Muda 21 54
Kelantan 22 50
Sabah 21 40
Johor 21 39
Felda United FC 21 25
Harimau Muda 22 25
Shahzan Muda
21 21
Melaka 21 20
Proton FC
21 20
PKNS FC
21 18
Kuala Lumpur 21 15
ATM 21 12

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 24 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 22 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 19 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Bobby Gonzales | Sabah | 10 gol
Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 25 April 2008

  1. Pakcu

    Harimau Muda hanya mampu seri 1 - 1 dengan ATM di Stadium Selayang. Ahmad Fakri Sharani cedera pada minit 36 separuh masa kedua dan dikeluarkan. Meskipun ke-dua2 gol yang dihasilkan (pada babak separuh masa kedua) boleh diklasifikasikan sebagai "cantik" namun rata-rata penonton mengeluh game ini sungguh membosankan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.