Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 18 April 2008

TM Liga Premier

Malam nanti akan berlangsung 6 lagi pertemuan TM Liga Premier 07/2008 di mana skuad Harimau Muda akan menanti kunjungan Proton FC di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala pendahulu liga premier, Plus FC akan berentap di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bertemu PKNS FC.

Mengekori rapat 2 mata di belakang Plus FC ialah wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda yang akan bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bertemu Felda United FC. Persaingan amat sengit untuk perebutan takhta liga premier namun Kuala Muda di lihat mempunyai kelebihan kerana bermain kurang satu perlawanan.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 18 April 2008:

PKNS FC vs Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Felda United FC vs Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Melaka vs Kelantan
Stadium Hang Tuah

Shahzan Muda vs Johor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah vs Kuala Lumpur
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Harimau Muda vs Proton FC
Stadium Nasional Bukit Jalil

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Likas iaitu pada pukul 8:15mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Plus FC 21 53
Kuala Muda 20 51
Kelantan 21 47
Johor 20 39
Sabah 20 37
Felda United FC 20 25
Harimau Muda 21 22
Melaka
20 20
Proton FC
20 20
Shahzan Muda
20 18
PKNS FC
20 17
Kuala Lumpur 20 15
ATM 21 12

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 23 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 22 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 18 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Ahmad Fakri | Harimau Muda | 9 gol
Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 18 April 2008

  1. amirfsl

    admin,teman sebenonye tak berape reti ttg skuad harimau mude ni,,boleh ceritekan sikit tak tentg team ni?ape tujuan atau objektif fam menubuhkan team ni dan ape rasionalnye?terime kasih!

    komen admin: Tiada siapa pun yang tahu apa tujuan sebenar penubuhan pasukan Harimau Muda ini secara mutlaknya melainkan pihak FAM sendiri. Tetapi berdasarkan kepada perancangan di atas kertas kerja penubuhannya ialah:

    1) Untuk menyatukan seluruh pemain remaja bawah 19 tahun kebangsaan bermain bersama sebagai satu pasukan.
    2) Untuk persiapan jangka pendek satu pasukan yang mantap sebagai wakil negara di pelbagai kejohanan akan datang.

    Ada pro dan kontra penubuhan skuad seperti ini pada pandangan pihak kami, namun biarlah kita mengambil perkara yang baik sahaja untuk diperhalusi umum. Satu kebaikkan yang paling jelas ialah salah seorang penyerang muda pasukan Perak yang lalu iaitu Fakri Saarani secara tidak langsung dapat bermain sepenuh masa bersama Harimau Muda berbanding ketika bersama pasukan Perak di mana beliau hanya bertindak sebagai pemain tempelan sahaja. Terbukti beliau mampu menjadi penjaring terbanyak buat pasukannya iaitu 9 gol berbanding ketika bermain untuk pasukan Perak yang hanya digunakan ketika "sesak" sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Nampak gayanya Fakri dah jadi antara penyerang harapan di kem Harimau Muda....harap2 nanti boleh la jadi penyerang harapan Perak pula musim akan datang menggantikan tenaga2 lama yg dah mula hilang bisanya...takpun sekurangnya ganti aje penyerang import sediada..jimat belanja...
    Teman tgk fungsi skuad Harimau Muda lebih kurang sama je dgn skuad Harimau Malaysia/Malaya di sekitar pertengahan tahun 80an yg mana ketika itu byk nama2 besar khasnya player2 Perak dilahirkan di era tersebut...antaranya Azizol Abu Hanifah,Karim Pin,Roafandi Yusof & Hishamudin Hassan...dan kalau tak silap ketika itu juga Kevin Keegan pernah bersama skuad tersebut...ni bukan cerita lawak tapi hakikatnya ketika itu mutu persembahan & jati diri bolasepak M'sia tidaklah seperti sekarang....buktinya ketika itu berapa kali dah pasukan Harimau Malaya ni membaham jaguh2 Asia lain seperti Kuwait,Korea bahkan Burma...cuma bezanya skuad Harimau Muda sekarang hanya dipertandingkan dlm saingan liga tempatan yg kononnya utk pendedahan kpd diri mereka sedangkan skuad Harimau Malaya ketika itu lebih kpd pendedahan peringkat antarabangsa khasnya Piala Merdeka...
    Teman takde le bukti sahih...cuma mengikut perkembangan dari zaman ke zaman...tapi dulu cerita deme ni cukup top dlm majalah "BOLASEPAK"(kebetulan bapak teman yg langgan)...sesiapa yg tersimpan majalah tersebut di sekitar era 80an bolehlah rujuk balik betui atau tidak cerita teman ni...
    Sekian dulu...wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    kalau disingkap kembali sejarah bole sepak malaysia,teman sndiri tak dapat katekan betape banggenye dengan ngauman "Harimau Malaya" kite semase tu,hebat dan mantap dari posisi penjage gol, sehinggelah ke bhgn serangan,,tapi entah kenape,mutu bole sepak negare jatuh menjunam!pujian harus diberi kepade FAM sebab mencube sedaye upaye untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak negare sekarang ni,,penubuhan skuad "Harimau Mude" adalah salah satu daripadenye..tapi teman rase,elok rasenye kalau diselitkan due atau tige orang pemain yang berpengalaman ke dalam skuad ni,,mungkin dah lari dari tujuan asal penubuhannye tapi teman yakin ade kesan dari aspek professionalisme para pemain mude atau 'wonderkids' malaysia ni..dalam dunie bola sepak,,aspek "tutor" juge membantu dalam pembangunan karier salah seorang pemain..kalau tak diselitkan pemain senior pun,,elok rasenye kalau sekali sekale pemain skuad ini berlatih dengan pemain2 senior atau pasukan2 liga super..ini hanye pendapat sahaje supaye pembanguinan pemain dapat dibina dgn lebih cepat dan pade mase yang same mewujudkan persegahaman yg utuh antare teammates mereka!syabas FAM,syabas "Harimau Muda"!harap misi dalam memartabatkan kembali prestasi bola sepak Malaysia dapat maju selangkah lagi ke hadapan!!Fakri!balik ipoh!!haha..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.