Perak | Tempat Kedua TM Liga Super 2007/08

Bersama Yong Ayu

Saya kira semua peminat bolasepak Perak bersetuju dengan saya bahawa peluang skuad seladang untuk menjadi juara Liga Super musim 2007/08 ini sudah tiada lagi kerana pintunya telah tertutup rapat. Namun kita mempunyai sedikit harapan untuk mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

Itupun jika Perak mampu memenangi kesemua baki perlawanan selepas ini bermula dari pertemuannya dengan Johor FC pada hari Sabtu 5 April 2008 di Stadium Perak hujung minggu ini. Pada masa yang sama mengharapkan pula Selangor akan keciciran mata dengan mengalami sama ada kekalahan ataupun seri.

Berdasarkan kepada kedudukan pasukan selepas perlawanan pada 30 Mac 2008, Perak memungut 38 mata sementara Selangor pula memperolehi 42 mata. Bagi merealisasikan supaya Perak berada di tangga kedua, berikut adalah jadual andaian saya :-

Perlawanan Pada 5 April 2008

Pasukan Vs Pasukan Keputusan Mata
Perak vs Johor FC Menang 41
Selangor vs Kedah Kalah 42

Perlawanan Pada 12 April 2008

Pasukan Vs Pasukan Keputusan Mata
Perak vs N. Sembilan Menang 44
Selangor vs P. Pinang Menang 45

Perlawanan Pada 19 April 2008

Pasukan Vs Pasukan Keputusan Mata
Perak vs Tidak Bermain 44
Selangor vs Sarawak Menang 48

Perlawanan Pada 26 April 2008

Pasukan Vs Pasukan Keputusan Mata
Perak vs My Team FC Menang 47
Selangor vs Johor FC Seri 49

Perlawanan Pada 3 Mei 2008

Pasukan Vs Pasukan Keputusan Mata
Perak vs DPMM FC Menang 50
Selangor vs N. Sembilan Kalah 49

Jika semuanya mengikut apa yang diandaikan, maka saya adalah orang pertama yang mengucapkan “syabas dan tahniah” kepada pasukan Perak kerana mengekalkan kedudukan tempat kedua TM Liga Super dua tahun berturut-turut.

Soalnya sekarang mampukah Perak melakukannya demi maruah bolasepak Perak dan demi menjaga hati para peminat yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi samada suka mahupun duka?. Sama-samalah kita nantikan pada penghujung Liga Super yang sedang rancak berlangsung pada ketika ini.

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “Perak | Tempat Kedua TM Liga Super 2007/08

  1. razlan

    teman tetap doakan pasukan perak akan mencapai kejayaan tahun ini. jika dalam kesusahan atau semangat yg rendah, ingat jer situasi tahun 1990 perlawanan akhir piala fa. jika masa tu boleh menang 4-2 setelah ketinggalan 0-2, sekarang ni pun boleh buat juga...

    insya-Allah akan dapat satu piala tahun ni.

    admin... mungkin boleh buat satu dvd... perlawanan2 klasik pasukan perak (contoh akhir piala fa 1990)... pasti laris

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. blackbendi

    kepada admin:
    dengar cite team selangor akan di denda oleh FAM kerana memanggil pulang pemain mereka (Amirul Hadi , IndraPutra , Akmal Rizal & Safee Sali ) yang menyertai latihan bersama Ian Rush.
    Betul ke Selangor akan di denda potong 3 mata? kalau betul ini satu berita yang menarik..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgcho

    hehe..harapan ini boleh le dianggap releven sebenarnye jika ade rezkinye..berkemungkinan faktor ini akan didorong oleh dende yang mungkin dikenakan keatas 4 org player selangor....mengikut paper smlm,dende y mungkin adalah samada bayaran,pergantungan ataupun penolakan mata dalam kempen liga...kite lihatle bagaimana senario ini leh berlaku adakah luck akan tetap bersama kite untuk mmpertahankan tempat kedua. namun begitu dalam misi kite utk mengejar selangor,jgn dilupe org dibelakng kite berkemungkinan mmpunyai misi y same akan tetapi misi pemintasan ini boleh dielak sekiranye kita mmpu mengutip tiga mata penuh untuk setiap perlawanan y hanya berbaki 4 lagi kot....insyaAllah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster

    Secara peribadi pihak kami berharap semoga pasukan Selangor hanya akan di denda dalam bentuk wang ringgit sahaja jika mereka di dapati bersalah. Pemotongan markah Liga Super dan penggantungan pemain mereka bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.

    Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadi kami, namun satu ungkapan Inggeris ada menyebut:

    Stand Up & Fight Like A Man.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    secara peribadi teman sokong jika pasukan selangor didenda potong mata sbb coach mrk yg panggil balik dan para pemain kena denda sbb utamakan negeri dari negara.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. mika

    berat gak tu yob... coz kite akan diberi tentangan yg kuat oleh n9 yg mengejar rapat ditangga ke4..... mata pun tak jauh beza.. tp bola tu bulat kan ape2 bole jadi...
    harapan pemain dpt bermain dgn penuh semangat bg merealisasikannye... kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. abgcho

    hehe..pade awok mmg nmpak kalu le kite leh dapat title no 2 n pade mse y same slangor kene ptong 3 mate, semestinya kejayaan itu leh dianggap kurg jantan..itu xpele..bayangkan deme da kene ptong 3mate n kite xdapat ptong gak..adeii...segan le yob..ye idak..bg awok y realsitik biyole deme kene gantung 4 player tu..nmpak peluang untuk selangor tnpe kelibat 4 org player tu unutk mng agak suram..dan ini mungkin mnjadi platfom kite untuk terus mmburu untuk mmpertahankan sekurang2nye tmpat kedue dalam liga super...insyaAlllah..ttg cadangan untuk mendvdkan perlawanan2 klasik perak awok stuju sgt2...vc y ade kat youtube tu xbape clear..kalu leh webmaster leh le berurusan dengan rtm utk mndapatkan vc tu..amacam>?? konpem laris punye....ni aowk nk kongsi satu crite le mase final pele msia lu..mmber awok dak terengganu adele join bisnes juai brg2 cam cnderemate,baju, ape2 jele pasai team final bola iaitu kedah n perak..so mmber awok tu btau le ape y bos die btau y mane bos die mahu cnderemate n baju2 utk perak team mstile byk berbanding ng pasukan len....."ini perak a kalu buat,konpem rmi beli....konpem abissss".......tokei cine dia cakap.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. mika

    yob abgcho dvd sel vs perak ari tu pun tak cukup quota lg pun ni nak suruh yob admin buat yg lain yob abgcho tak nak tempah ker..? yob admin nak buat t-shirt mika bole quo hargenye........

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ayuball

    ai sume lamey aku x mask ni.. aku slu tgk ttg abg2 kte ni. ko berbanga perak sbb kami mash menyokong kome.kmi ni bkn la bila dah jath kome kami marah.marah 2 tanda sayang. tlong la meng k. aku byk baca BH xpun Paper kosmo kata kita byk permain yg deme cll "kuda tua" xnk bg pendedhan kt ank mda. aku rs ada benonye.. jgn disebbkan pelawanan padat kte asyik kalah. plz taun dpan nk baru. tkq coach, pemain, k. cari yg btl2 baik punya.aku sayang perak................................................

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. me 109

    Perak sepatutnye guna perlawanan2 liga sebagai medan utk melatih dan memberi peluang utk pemain2 meningkatkan kebolehan masing2 bagi menyahut cabaran Piala M`sia nanti.Perak don`t have that `extra` touch to make an impact on the Super League challenge,anymore.
    The battle lost.Face with reality,forget the League....focus on the M`sia Cup!
    Ape gune berhempas pulas mengejar impian yang tak mungkin tercapai.Save all your energy for the last ie M`sia Cup,piala KERAMAT persada bolasepak M`sia semenjak dulu lagi.
    The league and even to a certain extent the AFC Cup, has become a distraction and a liability to the Seladangs,in their effort to gain honours this season.
    My prediction tonight...Perak 1 Johor FC 1,Selangor 2 Kedah 1.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Salam semua...sahabat2 semua tentu ada yg seronok dan jadi "excited" bilamana mendpt perkhabaran S'ngor akan didenda berikutan pemanggilan pulang 4 pemain utama mereka...dan barangkali S'ngor juga akan didenda potongan mata/point dlm Liga Super.....apakah ini akan menyelesaikan masalah Perak yg betul2 terdesak utk berada semula ke tangga kedua Liga Super??Apakah ianya berbaloi??

    Bagi teman...kita kena menilai & membuat persepsi dari byk sudut....begitu juga dgn andaian Yong Ayu yg meletakkan harapan agar perlawanan2 tertentu menjadi satu keputusan yg kelaknya menyebelahi pihak pasukan Perak...kita lihat dari isu yg pertama...jika S'ngor dikenakan tindakan pemotongan mata oleh FAM ianya merupakan satu tindakan yg amat kejam oleh badan tersebut hanya kerana isu pemain yg tidak memberi komitmen...iye...betul mungkin sebab pemain2 tersebut pulang dan bermain pd game antara Perak & S'ngor tempohari di Shah Alam yg membuatkan S'ngor dgn mudah menidakkan Perak utk pusingan suku akhir Piala FA...sebab itu juga ramai sahabat2 yg "geram" agaknya...bior deme kena padan muka...ye tak??Tapi teman nak tanya....hebat sgt ke Perak main mlm tu??Hebat memang hebat.....sampai pemain injured pun sanggup turun main...tapi kalau dah takde luck...S'ngor pulak main baguih mlm tu....kalah juga...tak semestinya kalau 4 pemain tu ada S'ngor bleh menang..deme ada ramai player & boleh bertukar2...tak mcm Perak...asyik player tu je...(player muda bila le nak main??)...Tindakan FAM itu juga boleh menjatuhkan kredebliti deme sebagai satu badan yg kononnya nak jaga & naikkan martabat bolasepak tempatan...btui juga le player tu semua buat tindakan yg agak memalukan bila tak ikut terus kursus Ian Rush tu tapi kenapa skrg bila buat kursus tu baru take serious action...kenapa tak serious dari dulu lagi dgn memanggil player2 asing yg terkenal utk ditempatkan di setiap negeri di M'sia ni??FAM tak akan rugi...sebab dari pasukan negeri nantilah akan lahir player utk negara...

    Masalah atau isu Perak yg dikatakan akan melompat ke tangga kedua sebenarnya bukan bertitik tolak dgn mengharapkan "ehsan" dari S'ngor yg terkenal dgn Darul Ehsannya...tetapi cuba renungkan dan fikirkan adakah buat masa sekarang ni pasukan Perak layak berada di situ hanya kerana potongan mata yg diberi percuma...S'ngor pula takkan berdiam diri jika keadaan sedemikian terjadi kerana ini akan hanya membuat mereka terus menyimpan dendam manakala momentum team mereka akan melomjak naik sedangkan seperti apa yg kita lihat sekarang team Perak sedang nazak dgn beberapa player utama yg sedang injured....buat Yong Ayu dan sahabat2 yg lain....pada teman peluang Perak utk berada di tangga kedua agak sukar sebenarnya...S'gor masih kurang satu game...Perak pulak memang liat nak menang...(walaupun dlm hati ni memang nak Perak menang)...perjuangan utk ke tempat kedua teman rasa mulai tertutup bila Perak seri tempohari dgn Sarawak....jika Perak menang time tu....memang cerah la harapannya & teman setuju dgn apa yg Yong Ayu ckp...

    Berbaloi ke kalau S'ngor kena mcm tu & Perak dgn mudah memintas mcm tu je....bg teman malu wehh...takde semangat kejantanan langsung.....Perak sepatutnya dari awal lg "stand up & fight" utk beberapa siri perlawanan terdahulu tapi dek kerana ada beberapa player yg injured & dek kerana percaturan coach yg hanya menggunakan taktikal dan player yg sama setiap kali perlawanan..pada teman ianya sia-sia saja...akhirnya inilah yg berlaku....

    Utk itu bagi teman le....tak payah le dipikiorkan sgt psl ni...sebab cuba toleh kt belakang sama....umpama race motor le...ce cuba nengok kt belakang....Negri Sembilan tu dah dekat dah weiii......baik Perak usaha baiki kedudukan dgn cuba sedaya upaya tinggalkan deme lebih jauh lagi...buka apa takut2 nanti ghairah sgt elok2 duduk kt tempat ketiga last2 duduk no.5 kang....huhu naya2....

    Apapun ini cuma pandangan teman....terserah le semua menilai...teman pun bukannya pandai sgt....takat bagi pendapat boleh la....semuanya terletak pada kudrat dan iradat Ilahi....kita tawakal je lah....buat musim ni teman rasa cukuplah apa yg berlaku....kita masih ada lagi Piala yg boleh digapai...iaitu Piala M'sia....dah lama dah rasanya tak dpt2 biarpun baru tak sampai 10 tahun...tapi harus diingat nama Perak ni dah jadi sinonim dlm Piala M'sia...pasukan yg tak pernah tercicir dari Suku Akhir Piala M'sia sejak dari tahun 1989...(cuba check kut teman salah ke admin??).....
    Buat pemain2 Perak...teruskan usaha....jgn toleh belakang dah...anda perlu menang dan menang utk naikkan martabat anda....biar kita melawan namun "mata" percuma jgn lah diharap dari "ehsan"nya...ok...
    Adios Amigos.......Skor Yob Skor!!!Perak Boleh!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. sylvershop

    build a fire
    a thousand miles away
    to light my long way home
    i ride a commet
    my trail is long to stay
    silence...is the heaviest stone
    i fight the world and take all they can give
    there a times, my heart hangs low
    born to walk against the win born to hear my name
    no matter where i stand i'm alone
    stand and fight
    live by your heart
    always one more try
    i'm not afraid to die
    stands and fight
    say what you will
    born with a heart steel,
    burn the bridge behind you
    live no retreat there's only
    one way home
    those who laugh and crowd the path
    and cuts each others throat will fall like melting snow
    there watch us rise with fire in our eyes
    they bow their head, their hearts will hang low
    and they hide and they will kneel
    and know this heart of steel
    is hard to break too hard to hold
    stand and fight
    live by your heart always one more try
    i'm not afraid to die
    stand and fight
    say what you will
    born with a heart of steel.......

    taken from Manowar: heart of steel
    semoga team perak dan penyokong menghayati lirik lagu ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. amirfsl

    betul tu me109,fokus pade piala malaysia pulak,tapi berdasarkan pepatah melayu,,alang2 menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan,,alang2 dah main,buat yang terbaik,dapatkan yang terbaik,kalo tak dapat jadi champ,naib champ pun masih boleh dibanggekan!kite main bukan sekadar nak menceduk pengalaman atau mencungkil bakat2 baru,tapi juge untuk menang!semangat kesukanan itu penting,

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. abgcho

    utk miez3...

    bg awok plk...nk wat cane dah kite ade pilihan untuk mmberi pandangan...mksud awok, kite xmengharapkan ehsan ape2 sebenornye....pasai adakah pengharapan ehsan y dibuat dekat forum ni akan mengusik hati FAM utk merealisasikan ehsan itu?? kami hanya berdiskusi ttg kemungkinan2 y bakal dihadapi setelah timbul isu tersebut...xpenah awok nk mengharapkan deme kene potong mate ke,dende ke apeke..juz nk berkongsi apakah drama y bakal berlaku dalam kancah loga super....sekadar mengulas........

    dan tntang fakta perak sejak tahun 1989 tu rasenye xbetui...seingat awok pade tahun 2002 @ 2003> kite penah xmasuk ke peringkat suku akhir walaupun pade mase tu kite menang jore liga...tp y sahnye,kite adalah satu-satunye team y xpenah ketinggalan untuk bersaing dalam merebut piala m'sia sepanjang penglibatan kite dalam bolasepak msia....

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. pie

    Teman sokong dgn semua pendapat
    Tapi bagi teman biarlah kita berusaha sendiri
    Jangan menganggap bulan jatuh ke riba(betul ke?)
    Biarlah cuba sedaya upaya
    Jangan buat malu lagi sudah2
    Jgn bak kata oarang yang dikejar tak dapat
    yang dikendong berciciran
    DULU PIALA FA dah KELAM
    LA NI PIALA LIGA mcm NAK KELAM
    ESOK LUSA PIALA M"SIA jgn BUNGKUS GAK cukup
    BIARLAH KEKAL DITANGGA KE 3 atau KE 2
    jgn jatuh lagi cukuplah

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. miez3

    Terima kasih Abgcho atas fakta yg diberikan....ate betui le tu....Perak memang tak pernah terkeluar dlm saingan Piala M'sia.....setakat ni dlm tahun kebelakangan ini memang Perak begitu serius dlm mengharungi Piala M'sia...buktinya usaha deme tak sia2 bila melangkah ke tahun lepas....tahun ni tak tau lg....dlm keadaan sekarang ni hmmm...nampaknya kena sabor je la....

    Pasal FAM tu kita tggu & lihat je la...betui jgk le...kita ckp2 kt sini pun tak ke mana...takat discuss lebih kurang je la...ehehehe..jgn marah haa...

    Utk Sylvershop....pehh...lama gua tak dgr lagu....Manowar kan??...mula2 tgk lirik td dah boleh agak dah....ada lagi ke CD deme kt pasaran...awok dulu zaman tu dengor pakai kaset je...ntah kemana pegi kasetnya pun ate dh lama bebenor...zaman rock kangkang dulu hehehe...baguih..baguih bleh le wat lagu semangat tu time bg sokongan...(awok tergelak dengor Metalasia buat lagu ala2 Manowar).....

    Okla....jumpa lg...adios amigos

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.