Perak FA | ???

Tempohari saya menonton perlawanan pasukan Real Madrid yang kini menduduki tahta liga sepanyol. Apa yang ingin saya kongsikan bersama teman-teman di dalam seladang.net adalah cara pengurusan pasukan Real Madrid.

Saya rasa semua pasukan eropah pun berbuat begitu namun sebagai contoh saya memilih pasukan Real Madrid. Di sebalik kekecewaan pasukan Perak yang tewas kepada pasukan Negeri Sembilan minggu lalu, saya terfikir sejenak alangkah bagusnya jika pengurusan pasukan Perak seperti pengurusan Real Madrid.

Saya mendapati semua lembaga pengarah datang menyaksikan perlawanan pasukan Real Madrid. Dari situ mereka melihat cara pemain, taktikal dan pengurus yang dibeli dan dilantik oleh mereka. Secara umumnya jika pemain tidak menunjukkan tahap permainan profesional alamatnya mungkin “jodoh” mereka tidak panjang bersama pasukan tersebut

Ini termasuk pengurus pasukan, semua itu disajikan untuk penyokong setia pasukan tersebut oleh pihak pengurusan. Jika majoriti penyokong tidak berpuashati dengan kredibiliti pengurus atau pemain tertentu, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk memecat pengurus pasukan atau menjual pemain tersebut untuk digantikan dengan pemain lain yang lebih baik.

Inilah yang dinamakan profesional iaitu mengambil langkah awal untuk tidak memburukkan lagi pasukan dan pengurusan kerana penyokong adalah aset penting kepada mereka. Jika penyokong sentiasa memenuhi stadium dan setia kepada pasukan, pihak penaja akan berebut-rebut untuk menaja pasukan tersebut.

Pemegang saham tidak teragak-agak untuk menarik balik pelaburan mereka jika pengurusan pasukan terumbang-ambing. Pengurusan pasukan perlu mencari pelapis yang berkualiti dalam Akademi Bolasepak mereka kerana pemain inilah yang bakal bermain dalam pasukan tersebut atau dijual pada mana-mana kelab untuk menambah kantung kewangan kelab itu sendiri.

Berkenaan dengan pemain pula, jika kita lihat pemain yang ada bersaing hebat untuk mendapatkan kesebelasan utama kecuali jika cedera. Sewaktu perlawanan berlangsung, kebanyakkan pemain cukup bersungguh-sungguh dalam permainan mereka dan tidak mengamalkan sikap sambil lewa sahaja. Perkara-perkara asas seperti menahan bola, hantaran, menerima hantaran dan skil individu yang tersendiri adalah satu aset wajib kepada setiap pemain yang beraksi.

Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah, bilakah agaknya pengurusan pasukan Perak akan berubah? Walaupun bukan keseluruhan tapi biarlah ia memberikan kesan positif kepada pasukan Perak. Saya harap teman-teman dalam seladang.net boleh memberikan cadangan dan pendapat mengenai artikel saya ini.

Kita semua inginkan pasukan Perak digeruni di dalam liga domestik serta luar negara dan tidak mahu hanya menjadi jaguh kampung yang menjadi belasahan di peringkat antarabangsa.

Sama-samalah kita fikirkan.

Artikel ini telah dihantar oleh pengguna yang bernama dato, beberapa struktur ayat telah dipinda oleh pengurusan seladang.net untuk mengelakkan “pengulangan” tanpa mengorbankan isi penting tujuan artikel ini dihantar.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Perak FA | ???

  1. Dr Kampung aka Bomoh

    Assalamualaikum...

    Teman pun nak meluahkan pendapat. Cadangan dato tu memang bernas. Kiter bukan tak der bakat. Malah kiter mampu bersaing dalam kejohanan bola sepak kanak-kanak 12 tahun (Danone Cup... Kalo tak silap) di peringkat antarabangsa. Maknanya kita tidak ketandusan bakat. Setiap Ahad di TV3 pun menayangkan Soccer Kids. Di situ pun kiter dah boleh lihat anak-anak cilik kiter bermain. Mereka mempunyai masa depan yang gemilang. Tapi biler dah peringkat remaja dan seterusnya, mereka hilang semua tu. Mereka ketandusan idea ketika di tengah padang. Bukan itu sahaja, basic skill seperti kawalan bola, hantaran, terima bola jadi tak tentu hala. Mana perginya basic skill yang diajar? Ini terbukti bahawa Liga kiter ader sesuatu yang tidak kena. Teman pun bukan teror cakap pasal ni. Tapi ini adalah dari pemerhatian teman. So, kalo ader pendapat lain sila la ajukan.. Thanks.

    Semalam, hari ini, esok dan selamanya Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    satu lagi pandangan atau pendapat yang bernas,,pasal team real madrid ni,yang membuatkan para pemain mereka bersungguh2 bermain adalah atas sebab mahu mengekalkan tempat mereka dalam kesebelasan utama di samping bersaing dengan rakan2 yang lain,,pada musim ini juge,teman tgk real madrid adalah sebuah team yang besar dn ramai pemain2 tername di dalamnye,atas sebab tu,manager mereka telah menggunekan sistem 'rotation' supaye setiap pemain dapat'merase' bahang la liga,,sistem yang same juge diamalkan oleh pasukan liverpool tapi lepas tu deme dah main first team yang tetap dah cam sekarang,,banyak baik buruk sistem rotation ni,,w/pun,antare kesan positif die,para pemain yang diberi pluang bermain akan menggunekan peluang tersebut dengan sebaik mungkin!boleh dikatekan mereka memberi komitmoen 110%!memang seronok tgk mereka bermain tetapi teman tak berape suke beno sistem rotation ni,player asik tuko2..tak syok,,
    teman bersetuju beno kalo berlaku rombakan dalam pengurusan team perak sekarg ni lebih2 lagi nak dekat saingan piale malaysie doh!dan pade mase yang same juge,pihak atasan haruslah tidak memandang enteng reaksi para peminat mereke sendiri!mungkin ade antare mereke yang panas baran dan cepat membuat kesimpulan tentang sesuatu,tapi seperti yg dato katekan,,kite adelah aset pasukan!jadi harap2 team seladang lepas ni lebih professional dan cepat bertindak dalam menghadapi sesuatu keadaan!teman bukan tak gemo pengurusan perak sekarang ni,tapi kalo dah ade kelemahan,kekurangan dalam team..buat le something..we love our team!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Alhamdulillah cetusan idea penulis@dato sebenarnya menguatkan lagi hujah bahawa peminat Perak mahukan perubahan positif demi skuad KejorYopKejor dan Malaysia. Para pentadbir/pengurusan negeri dan FAM sendiri seharusnya memperhalusi cadangan sebegini kerana wujud KEWAJARAN dan nas-nas konkrit disebalik 'cakap-cakap kopi' kami sebagai peminat. Usah fikirkan maruah kita akan ditebus dengan sekelip mata tanpa 'force' yang benar-benar mantap.

    Menilai pandangan Dato, saya bersetuju 100% tambahan pula sistem yang diguna pakai sekarang tidak memberi perubahan besar biarpun jutaan peluang diberikan buat pentadbir/pemain profesional Malaysia. Skuad Perak HARUS menjadi PELOPOR kepada sistem baru yang lebih menitik beratkan konsistensi dan gembeling usaha semua pihak. Pihak peminat dan penaja juga harus diberi tempat sewajarnya dalam menyumbang idea dan menilai keseluruhan perjalanan sesebuah pasukan terutamanya Malaysia.

    Cetusan idea kami tidak didengari selagi tiada medium khas diwujud untuk disampaikan buat pihak atasan yang asyik syok sendiri dengan seribu satu perancangan. Kita sebagai peminat perlu berusaha dengan media massa/elektronik demi menyebarkan maklumat tepat mengenai senario bola sepak Malaysia yang tenat yang hanya menanti rebah. NAMUN kita masih punya PELUANG sekiranya idea Dato dipraktikkan kerana terdapat nilai bernas daripadanya.

    *idea emosi*
    KAMI MAHU BERUBAH!!!
    MULAKAN DGN PERAK FA!!!

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anakperak86

    teman rasa perubahan utk menjadi seperti kelab2 eropah x mustahil tp mungkin mengambil masa yg lama. lgpun tindakan perlu dilakukan skrg. kalo dilengah2kan , alamatnyer x kemana ler

    wlpn org slalu tgk eropah tp teman rasa utk langkah awal lbh baik kita tgk yg terdekat. singapura contohnyer, wlpn pahit, tp deme lbh advance, setiap kelab mempunyai organisasi sendiri. x perlu bergantung pd kerajaan semata2. sumernyer dilakukan sendiri tanpa perlu ada campur tangan luar.

    lg satu cuba kita tgk liga jepun yg bg teman liga no 1 di asia. teman rasa kecewa naper pasukan dan liga kita x menjadi seperti deme. sedangkan kita dulu didedahakn bola lg awal dr deme. alangkah bagus kalo pasukan bola kita menjadi spt deme. dh tentu kuasa2 istemewa x bergantung pd sesetengah individu dan semestinyer pembangunan bola lg konsisten dan x hanya utk kepentingan tertentu

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Salam semua....terima kasih Dato kerana membuka kembali topik tentang pengkorporatan bolasepak M'sia khasnya Perak FA...kalau diikutkan hati mahu saja teman ajak mike2 semua buat satu memorandum hantar pada pihak pentadbir negeri (MB dan exco2) untuk swastakan aje PAFA tu...kalau dilihat pada situasi sekarang ni memang wajar le benda2 mcm ni dibuat....drpd kita tunggu dan lihat saje tak kemana nanti kita ni...satu tindakan drastik perlu dan wajib dilakukan dgn kadar segera...satu reformasi ke arah perubahan total bolasepak tempatan....seperti yg pernah teman tulis sebelum ni iaitu melalui pengkorporatan nanti bakal ada CEO & Ahli Lembaga Pengarahnya yg akan membuat keputusan seterusnya mempengaruhi perjalanan pasukan termasuk pemilihan jurulatih dan pemain2....urusan pemain2 import juga dpt dilakukan dgn lebih professional dan bermaruah kerana barangkali juga kita dpt membeli pemain2 mahal dan berkualiti dari liga2 terkenal dunia...
    Selain tu soal2 byrn lain seperti caj penyelenggaraan stadium & infrastruktur juga dpt diuruskan dgn lebih sempurna bagi mendapatkan keputusan atau hasil yg lebih baik contohnya mungkin nanti mutu padang/rumput di stadium akan dijaga kualitinya...maklum la...dlm perniagaan baik apa jua sesuatu aset itu akan menonjolkan imej sesuatu badan korporat tersebut...selain itu ia turut menmanfaatkan peminat amnya dan ini akan menarik lebih ramai peminat/penyokong membanjiri stadium....sebenarnya peminat/penyokonglah yg menjadi pelabur utama utk sesuatu pasukan....umpamakan sesuatu jenama atau "brand"...jika dah suka...itu ajelah yg dipilih....

    Bercakap pasal imej dan mutu pasukan....nampak gayanya ada sesuatu yg dah melanda kem Perak...ada sesuatu yg ditakuti berlaku didlmnya...teman nak ckp dan luahkan...tapi takut tersalah ckp atau maksud....ada masalah kewangan ke PAFA ni??
    O.k. kita cuba rujuk fakta sama2 ye....Sesiapa yg terbeli paper "Kosmo!" tentu terperasan kat bahagian belakang sekali mukasurat 64 dgn gahnya tanpa segan silu dinyatakan bahawa PAFA ada tunggakan dgn Majlis Bandaraya Ipoh sebanyak RM 560,000...masyaALLAH...half a million....siap di tanya .."Apa sudah jadi Yob??"...mana pegi duit kutipan 5% drpd hasil jualan tiket di Stadium Perak...hasil tulisan oleh wartawan Tajul Safuan Abu Hassan...that's the fact....ya ALLAH malunya....dulu teman rasa pasukan Perak adalah pasukan yg terkenal dgn kebajikan para pemainnya & pegawai2nya...semuanya dtg dan pergi cara baik...tiada istilah hutang dan sebagainya...baikpun tunggakan...tapi sekarang...something fishy is going on....baik hati2....apa pun yg berlaku jgn le sampai satu M'sia tahu mcm sekarang ni...sampaikan rata2 kawan kt ofis teman pun siap mengajuk...ape ke heinya Yob??siap hutang2....ape le yob...ntah mcm2 lagi...

    Itulah hakikatnya...jadi sebaik mungkin...cubalah sedaya upaya selesaikan....kalau agak2 dah tak boleh...itu saja caranya....korporatkan!!...jenamakan bolasepak Perak!!...biar ramai penaja...biar ramai pemain berkualiti...biar penuh stadium dgn banner dan sepanduk penaja yg penting semuanya terbela dan tidak terabai lagi...ampun & maaf sekiranya terkasar bahasa...tapi demi cinta teman pada bolasepak Perak terpaksa jugak le teman cakap walaupun pahit...
    Adios Amigos...Wassalam..Skor Yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sylvershop

    a'kum, artikel yang dihantar dan komen yang diberikan semua memang bernas semuanya. satu yang memang sudah sedia maklum tiada sikap profesionalisme di kalangan pemain mahupun pentadbiran. memang mudah dari sudut pemerhati mahupun peminat untuk memberi komen kepada para pemain tetapi itulah hakikat sebenar sebagai seorang ahli sukan. bukan mudah nak jadi pemain bolasepak. dan bukan mudah juga untuk menjadi seperti kami yang makan gaji atau bekerja sendiri. semua tertakluk pada kesungguhan. tetapi kebelakangan ini sistem bolasepak di malaysia lebih dipolitikkan. mungkin dalam peralihan kuasa negeri, satu pendekatan baru yang lebih telus dapat di janakan terhadap persatuan bolasepak malaysia. mungkin dalam pemilihan pucuk pimpinan persatuan bolasepak negeri perlu ada pertukaran. tapi kita bukan berbicara isu politik.
    satu yang dapat kita tengok adalah sikap. kebanyakn kita selalu cakap susah atau tak boleh sebelum melakukan sesuatu. itu lah satu penghalang besar. semangat malaysia boleh telah di salah gunakan. kita harus ada keyakinan. dalam setiap minggu kalau tengok setiap pemain tak fokus. saya suka tengok gaya kedah bermain bolasepak. nampak ada confidence dan kesungguhan. itu yang seronok ditonton walaupun negeri lain. kalau ada 5 team macam kedah pun dah cukup untuk merancakkan liga bolasepak malaysia. tapi apa yang berlaku sebaliknya. kalau tgk EPL pun ada 4 club besar je yang kualiti, yang lain sederhana sahaja. mungkin sudah tiba masa pemain muda buka mata untuk majukan karier dan berhijrah ke luar negara. tak perlu berangan dengan EPL sebab banyak perundangannya. banyak negara2 eropah macam spain, german, netherland atau france tak banyak peraturan mengenai pemain luar. tapi pada saya tak perlu pergi jauh, ke jepun atau korea atau negara arab pun dah cukup. yang penting player muda kena buka minda dan built confidence. seterusnya player muda ni di jual dan persatuan dapat keuntungan. harga pun kenalah berpatutan. ini sistem yang diguna pakai oleh jepun. soal hutang tertunggak, malaysia satu-satunya negara yang mana stadium disewa oleh persatuan bolasepak dan bukan hak milik sepenuhnya. tak terkejut pun kalau itu yang dikeluarkan dalam kosmos. tapi pelik jer kenapa selama ni didiamkan

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kaka22

    teman sokong idea ni..biar ade prubahan, tak banyak pun skit jadilah. bukan ape, teman tengok player perak main mcm da semangat...skil dan mutu permainan perlu diperbaiki lg...mental player pun kene tingkatkan juga,jgn cepat puas ati dan putus asa..lagi satu sblm teman lupe,hutang PAFA ngan MBI ni ape crite?ape2 hal pun teman memng sokong team perak dari mule knal bola sampai skrang..harap semua pihak bertindak segera untuk tingkatkan prestasi, dan setelkan masalah yang ade. kami sbagai penyokong setia menyokong anda...semoga berjaya teman ucapkan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada admin kerana menyiarkan artikel ini untuk tatapan dan komen teman-teman dalam Seladang.net..Saya juga ucapkan terima kasih pada Dr Kampung aka Bomoh, amirfsl, active11, anakperak86, miez3, sylvershop, kaka22 kerana memberikan komen yang bernas serta serta teman-teman yang membaca artikel tersebut..Inilah yang kita mahukan..Suara untuk perubahan demi kebaikkan bersama..apa yang dikatakan oleh sylvershop memang benar..Kita tidak perlu takut untuk mencuba..Bos saya pernah berkata jika kita tidak mencuba..Kita tidak boleh cakap "Tak boleh" dan "Susah la"..Kerana setelah kita mencuba barulah kita tahu hasilnya..Kita perlu ada keyakinan..Saya rasa sekiranya semua pelajar di malaysia tak kira sekolah rendah, menengah ataupun diuniversiti mempunyai sikap "Tak boleh" dan "Susah la" dalam peperiksaan..Alamatnya tak seorang pun akan lulus peperiksaan kerana tidak mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu disebabkan tidak mahu mengambil peperiksaan..Inilah yang harus kita kikis..Pengurusan pasukan Perak perlu berubah demi untuk kebaikkan semua pihak..Peminat tidak akan lari dari menyokong pasukan Perak..Tapi janganlah memberikan kebosanan pada peminat dengan aksi permainan yang ada sekarang..Sakit telinga bila dengar orang perak sendiri berkata "Perak main macam budak sekolah", "Bagi adik saya main lagi bagus" dan bermacam-macam lagi..Tapi kita sebagai peminat setia kena banyak bersabar dengan semua itu..Hari ini saya terbaca artikel dalam Star..Satu kelab bolasepak jepun berminat untuk mengambil Ronaldo bermain dengan kelab mereka sewaktu proses pemulihan kecederaannya bulan mei ini..Walaupun belum disahkan lagi..Tapi keberanian untuk menyuarakan hasrat itu haruslah dipuji..Mereka perlu membelanjakan sebanyak USD10 juta setahun untuk membayar pada Ronaldo (AC Milan)..Tidak mustahil satu hari nanti kelab-kelab dijepun dibanjiri oleh pemain-pemain terhebat dunia berserta tayangan siaran langsung seperti EPL..Walaupun sekarang sudah ada siaran langsung J-League dalam astrosport namun hanya kelab-kelab ternama sahaja..Tidak cemburukah kita dengan semua itu..Sedangkan dahulu pasukan jepun adalah pasukan belasahan bila bertemu malaysia..Saya berharap jika pihak Presiden Bolasepak Perak dan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Perak membaca artikel ini bertindaklah..Dengarlah rintihan peminat setia skuad seladang..Kami tidak mahu pasukan kami ini diperlekehkan di Malaysia dan di seluruh dunia kerana situasi sekarang..Kita masih belum terlambat untuk berubah kerana perjalanan masih jauh..Jadikan PERAK TETAP NO. 1..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. zakwanlvf_1986

    Salam..teman sependapat ngn semua user yg bg komen ni..sokong 100%..hope admin dpt tetapkan hari,tarikh dan masa untuk kita sama² serahkan memorandum pd mb dan exco²..kita tak blh lengahkan lagi..Dr Kampung aka Bomoh, active11, miez3 syabas!!!anda semua mmg "YOP"..!!!
    ws...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. seansan00

    wah.. panjang2 pendapat korg ek.. bagus2.. teman ni idak ler arif pasal bola sepak.. tp pendapat teman.. cuma x de maknanya pasukan x de pamain yg ke 12.. iaitu suara penyokong..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kia_dgreat

    salam...
    alhamdulillah....nampak nyer...pasukan kiter tetap meneruskan kecemerlangannyer dengan para pyokong setia...terus menyumbangkan idea...yang bernas...
    saya amat bersetuju..dengan idea2 tuan sekalian dimana kiter melakukan rombakan dan pembaharuan dalam mentadbir pasukan kesayangan kita semua. ini semua penting untuk memastikan kiter sentiasa berada pada landasan yang betul selaku pasukan elit negara yang sentiasa tidak ketandusan pemain yang berwibawa. langkah pengkoperatan juga harus dipercepatkan bagi menambah baik kelemahan yang sedia ader. pada pendapat saya mungkin ada sedikit kepincangan dalam pentadbiran kini dimana ia sama sekali mungkin penyebab aksi pasukan kita agak tempang. tapi ini hanya pendapat bukan fakta.aper2 pun saya ingin bekongsi idea sekiranya pengkoperatan direalisasikan, suara paranyokong mesti ada dalam pentadbiran pasukan ini bagi memastikan segala cadangan, pandangan dan juga idea yang boleh diguna pakai dapat didengar dan dikongsi bersama bagi memajukan pasukan kesayangan kiter. kiter boleh mengambil contoh langkah MB kita yang mahu 1/3 dari ahli pbt bukan dari ahli kerajaan untuk memastikan keberkesanan dan juga masalah rakyat dapat didengar dengan lebih detail. pentadbiran pasukan perlu maklum bahawa para penyokong adalah aset majoriti yang banyak membantu pasukan selain pemain. tanpa penyokong siapa lah sesebuah pasukan itu dan dengan penyokong juga lah kantung pasukan diisi selain sumber2 lain. dalam pada itu ape guna blog penyokong yang bersepah jika yang melayari nyer hanyer penyokong...dan pentadbiran adakalanya tak tahu kewujudannya...aper guna komen dan pendapat yang diberi kalau peyokong juga yang mendengarnyer.
    selain itu pentadbiran perlu sentiasa memastikan pegawainya berkaliber dan mempunyai kredibiliti untuk memajukan pasukan. pemilihan dari segi pemain dan termasuklah jurulatih amat penting untuk kejayaan sebuah pasukan. pemilihan tidak perlu berdasarkan kehebatan yang lalu ataupun rekod lapuk yang pernah ada yang agak baik kononnyer.tetapi apa yang penting kesungguhan dan mahu menerima kritikan yang mampu meningkatkan dan memastikan kejayaan pasukan.sebagai contoh SD langsung tidak mahu mendengar malah memperlekehkan pandangan penyokong.kononnyer dier mempunyai rekod yang cemerlang pada zaman silamnyer..sebagai jurulatih dan karier sebagai pemain yg menampakkan bahawa die lebih bijak dalam bola sepak..pada pendapat saya..bukan ini yang kiter perlukan dalam pasukan.kiter memerlukan jurulatih yang mempunyai strategi taktikal yang pelbagai dan sentiasa mencari suatu yang baru dan paling penting berkongsi pendapat. kita boleh mengambil jose morinho sebagai contoh, kiter tidak pernah kenal dia mahupun mendengar cerita tentang kariernyer sebagai pemain yang hebat tetapi cara kejurulatihannyer sungguh menarik yang mampu menukar strategi di tengah2 pemainan.walaupun die mungkin angkuh tetapi penyokong dan pemain sentiasa dijaga...dan sedia mendengar pandangan dari mereka. keangkuhannyer berkene pada tempat dan yang paling penting keangkuhan nyer bukan pada pemain dan peminat tetapi keangkuhannyer adalah psikologi yang membawa kepada kejayaan pasukan.
    saya amat berharap disini pentadbiran pasukan perlu membuka mata seluasnyer bagi memastikan kita tidak terus hanyut...dan memecah rekod turun ke liga primer baru hendak tersedar.tiada gunenyer bila terhantuk baru nak tengadah. ...apa yang penting kejayaan pasukan. kita masih ada piala m'sia untuk dikejar. pada saya...jika prestasi semasa dengan jurulatih yang 'pekak' idea dan pendapat org lain...harapan hanyer tinggal angan2....
    bagun la wahai yeop....
    kami sentiasa bersama mu.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. keanu147

    emm..perlunye idea2 di atas ditujukan trus kepada pengurusan pasukan perak.kami sbg fan perak memerlukan perubahan dlm sistem pengurusan supaya ia dpt melancarkan lg pengurusan serta thp permainan pasukan...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.