feed rss2

Archive for April, 2008

TM Liga Super

Sabtu 26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 - 1 My Team FC

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Nor Hazrul

Khalid Jamlus - Carlos Caceres

Minit 5: Penalti untuk My Team FC berjaya ditampan keluar oleh Hamsani Ahmad.

Minit 10: Chan Wing Hoong mendapat peluang menjaringkan gol hasil sepakan percuma diambil oleh Mario Berrios namun ditepis oleh penjaga gol Syed Adney.

Minit 15: Perak menerima asakan dari My Team FC. Dua peluang gol My Team FC hasil dari percubaan Sasa Branezac. Mario Berrios membuat kesilapan yang hampir menjadikan gol untuk lawan.

Minit 20: Penalti untuk pasukan Perak, apabila Khalid Jamlus Continue reading

TM Liga Super

6 perlawanan malam ini untuk kempen TM Liga Super 07/2008 dengan pendahulu liga super, Kedah menanti kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Sejurus selepas perlawanan tamat, Piala Liga Super akan diserahkan secara rasminya kepada pasukan Kedah sebagai pemenang musim 2007/2008.

Pasukan Selangor pula akan bertandang ke Stadium Jcorp untuk menentang pasukan Johor FC manakala Negeri Sembilan akan melayang kunjungan DPMM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 26 April 2008:

Kedah vs Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pulau Pinang vs PDRM
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Sarawak vs Terengganu
Stadium Sarawak, Kuching

Johor FC vs Selangor
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan vs DPMM FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perak vs My Team FC
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium… Continue reading

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 menyaksikan wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda hanya mampu seri 1 sama menentang PKNS FC di Stadium Kompleks Sukan Langkawi. Walaupun mendahului liga premier ketika ini, perbezaannya hanyalah satu mata melebihi Plus FC di tangga kedua.

Skuad Harimau Muda pula melonjak ke tangga ke-6 liga premier apabila sekadar mencatatkan keputusan seri bertemu pasukan di tangga terakhir iaitu ATM. Felda United FC pula dibelasah Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru dengan jaringan 4 gol berbalas 1.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 25 April 2008:

Kuala Muda 1 - 1 PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Langkawi, Langkawi

ATM 1 - 1 Harimau Muda
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC 1 - 1 Sabah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 0 - 0 Shahzan Muda
Stadium Bolasepak Kuala… Continue reading

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan 6 lagi pertemuan di mana pendahulu liga premier Plus FC tidak bermain. Ini membuka peluang kepada wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda untuk merampas kedudukan pendahulu apabila menentang PKNS FC di Stadium Kompleks Sukan Langkawi.

Skuad Harimau Muda yang berada di tangga ke-7 liga premier pula, akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bertemu pasukan di tangga terakhir iaitu ATM. Kemenangan pada perlawanan ini mampu untuk melonjakkan kedudukan mereka di tangga ke-6 untuk memintas Felda United FC yang menghadapi tugas berat bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 25 April 2008:

Kuala Muda vs PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Langkawi, Langkawi

ATM vs Harimau Muda
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC vs Sabah
Stadium… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]