feed rss2

Archive for April, 2008

TM Liga Premier

Kuala Muda semakin menghampiri kejuaraan TM Liga Premier 07/2008 malam tadi apabila menewaskan pasukan Johor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.

Sementara itu Plus FC turut mencatat kemenangan keatas pasukan Kuala Lumpur di tempat lawan dengan 2 gol berbalas 1. Skuad Harimau Muda pula tumpas mengejut kepada pasukan Melaka di tempat sendiri dengan jaringan 4-2 pada perlawanan terakhir mereka tadi.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 28 April 2008:

Sabah 1 - 2 Shahzan Muda
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Harimau Muda 2 - 4 Melaka
Stadium Nasional Bukit Jalil

ATM 3 - 3 Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC 2 - 0 PKNS FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 1 - 2 Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor 0 - 2 Kuala… Continue reading

Tarikh: 26 April 2008
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh

Penulis kali ini cukup bertuah kerana mendapat peluang untuk menemuramah seorang bekas pemain Perak yang pernah mewakili Kuala Lumpur suatu ketika dahulu iaitu saudara Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK).

Dilahirkan di Ipoh dan menjalani alam persekolahan di Teluk Intan, penulis melihat beliau sebagai seorang individu yang mempunyai perwatakan yang tegas namun cukup mudah didekati, berkarisma dan mempunyai wawasan yang tersendiri.

Kelibatnya sewaktu membantu pasukan Kuala Lumpur meraih kejuaraan berganda Piala Malaysia 1988 & 1989 serta kejuaraan Piala FA tahun 1993 dan 1994 tidak mungkin dapat disangkal oleh setiap penyokong skuad wargakota pada waktu itu.

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak untuk memantau dan mengenalpasti bakat-bakat muda dari seluruh pelusuk negeri Perak dan diserapkan ke pasukan utama negeri serta seterusnya meningkatkan mutu bolasepak… Continue reading

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti menyaksikan skuad Harimau Muda akan melayan kunjungan Melaka di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala pendahulu liga premier Kuala Muda akan berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos menentang pasukan Johor.

Seandainya mereka tewas, peluang untuk pasukan Plus FC merampas kedudukan pertama liga premier agak cerah berdasarkan lawan yang bakal mereka hadapi nanti iaitu pasukan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 28 April 2008:

Sabah vs Shahzan Muda
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Harimau Muda vs Melaka
Stadium Nasional Bukit Jalil

ATM vs Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC vs PKNS FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur vs Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor vs Kuala Muda
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada… Continue reading

TM Liga Super

TM Liga Super 07/2008
26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 My Team FC

Rangkuman jaringan perlawanan tersebut hanya boleh dilayari Ahli Berdaftar sahaja dibahagian MEDIA. Kepada yang belum berdaftar, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk menonton video tersebut.

Terima Kasih
admin… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]