Kerajaan Negeri Pandang Serius

Kosmo! Online

Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN
18 April 2008

Hutang RM 560 Ribu | Kosmo 17 April 2008

KERATAN Kosmo! semalam.

KERAJAAN Perak memandang serius masalah hutang yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat diselesaikan.

Namun, pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Seah Leong Peng percaya, Pafa akan tetap melunaskan hutang tersebut yang dilapor mencecah RM560,000.

“Saya percaya Persatuan Bola Sepak Perak akan membuat bayaran hutang tertunggak itu kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam masa terdekat,” kata Leong Peng ketika dihubungi Kosmo! semalam.

“Ini kerana badan induk bola sepak negeri ini bertanggungjawab terhadap penggunaan dan penyeliaan Stadium Perak.”

Bagaimanapun, Leong Peng berkata, beliau tidak pasti bentuk pembayaran yang akan dibuat Pafa kepada MBI.

Katanya, tiada alasan bagi Pafa untuk ‘menyimpan’ perolehan MBI yang sepatutnya digunakan bagi penyeliaan kompleks sukan dan bangunan milik MBI.

Sementara itu, Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.

Menurut sumber Pafa, beliau kini berada di Terengganu bagi urusan kerja.

Kosmo! semalam menyiarkan cadangan MBI mengadakan perjumpaan dengan Pafa bagi mencari jalan terbaik bagi badan induk itu menjelaskan hutang berkenaan.

Jumlah itu yang merupakan hutang tertunggak sebanyak lima peratus daripada hasil jualan tiket yang dipersetujui dibayar Pafa kepada MBI.

Disebabkan kegagalan pembayaran tersebut, MBI kini dilapor akan membuat kutipan pada setiap kali perlawanan bagi mengelak jumlah hutang Pafa daripada terus bertambah.

Hakcipta Terpelihara
Kosmo! Online

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Kerajaan Negeri Pandang Serius

  1. seansan00

    lebih setengah juta tuh.. tuh la wat lg perjanjian 5%.. bayar duit sewa stadium dgn bil lampu limpah dah la.. lain la persatuan ni dibeli oleh billionair..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. harryhot

    Ini sudah berat. Apakah ada masalah kewangan yang serious dalam PAFA? Bagaimana untuk menyelesaikan? Apakah pembayaran gaji pemain terlibat? Apakah penyelengaraan stadium terabai disebabkan tiada wang? Apakah perlawanan AFC menggunakan wang yang banyak? Bagaimana penonton dapat membantu kuitpan tiket? dan banyak lagi soalan2. Satu saja yang dirisaukan apakah mutu permainan selepas ini akan menentukan segalanya. Fikir-fikirlah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. apiq

    ape ni pafa berhutang dengan mbi.patut le perak klh.hrp2 lps ni perak bgkt.teman tetap dibelakang pskn perak.skor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zakwanlvf_1986

    salam..teman dah agak..mmg management pafa hampeh!!!teman rase dgn adenye kerajaan baru ni pafa mayb akan stabil n sukses..team yop pn gerenti sukses..kite beri peluang pd management yg baru..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Dr Kampung aka Bomoh

    Bior betul yob. PAFA ok je sebelum ni. Mentang-mentang tukor kerajaan baru, pecah ler tembelang dia. Sekarang ni beban kat kerajaan baru. Aper la... Penonton pun dah makin berkurangan ke stadium. Nak korek duit kat mana lagi. Masa penonton ramai korang tak nak dengor cakap kiter. Penonton yang selama ni pergi ke stadium dah mula muak dengan politik dalaman PAFA. Selagi management masih bersikap tunggu dan lihat tanpa mengambil apa-apa tindakan, alamat kosong la stadium Ipoh. Ingat, penonton adalah pemain ke 12 dalam setiap perlawanan. Singkirkan dulu parasit-parasit yang boleh menjahanamkan pasukan kiter terutama SD dan pemain import tu. Tukor le cepat.

    Aku sayangkan pasukan Perak.
    Anak jati Kuala Slim.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    maslah lagi..pecah tembelang..sape nak disalahkan lagi kecuali pihak pengurusan Pafa sendiri??!!masalah yang melibatkn kewangan perlu dipandang serius,jgn jadi seperti pasukan MPPJ Selangor dulu,selepas gah dengan rekod pasukan kelab pertame memenangi piala malaysia,,tibe2 pasukan dilande masalah kewangan dan seterusnye terpakse mengambil langkah drastik dengan menarik diri daripada persaingan liga malaysia!situasi pasukan perak sekarang masih boleh diselamatkan lagi kalo pihak pengurusan pikir dalam2,pikir elok2,,bawak berbincang dengan pihak2 yang perlu..teman yakin masalah boleh diatasi secepat mungkin,,kalo dah nampak kelemahan,tolonglah perbaiki!!kami semue di sini sayang team perak!sampai bile2 akan sokong,,tapi pade mase yang same,pafa juge harus menjage hati kami semue!!bola sepak bukan sekadar bermain bola,padang,pemain..malahan juge penyokong seperti kami,,,

    komen admin: secara umumnya bolasepak Perak adalah hak milik rakyat Perak dan bukannya hak individu tertentu yang diberi amanah untuk memimpinnya. Dalam kata lain, jangan buat bolasepak Perak seperti "Harta Anda Sendiri"

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.