Keputusan TM Piala FA 07/2008 – 22 April 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 pusingan suku akhir timbal balik kedua telah berakhir sebentar tadi dengan juara bertahan musim 06/2007, Kedah menepati ramalan awal apabila membaham Melaka dengan jaringan 6 gol berbalas 2 di tempat sendiri. Ini menjadikan pasukan mereka meraih keseluruhan aggregat terbesar iaitu 10 gol berbalas 3.

Pasukan Selangor pula kembali dari kekalahan tipis kepada Kuala Muda tempohari apabila berjaya menewaskan wakil kelab dari Kedah tersebut dengan keputusan 4 gol berbalas 1. Mereka turut melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan aggregat 4-2.

Keputusan perlawanan yang berlangsung tadi:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan

Felda United FC (1) 1 – 1 (3) Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Selangor (0) 4 – 1 (1) Kuala Muda
Stadium Shah Alam, Selangor

Sabah (1) 0 – 1 (3) Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Kedah (4) 6 – 2 (1) Melaka
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pasukan berhuruf merah layak ke peringkat separuh akhir TM Piala FA 07/2008 yang bakal dilangsungkan pada 11 Jun 2008.

Kedah vs Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Keputusan TM Piala FA 07/2008 – 22 April 2008

  1. lee_dado

    betul jugak ramalan saya tadi, cuma ramalan Selangor dgn KM Naza saja di luar jangkaan saya...

    Selangor bermati-matian mlm ni..menjaringkan gol seawal minit pertama lagi oleh Frank Seator... tahniah Selangor..anda lebih berpengalaman dr KM Naza...gol tunggal KM NAza dijaringkan oleh Liew Kit Kong tidak cukup utk menidakkan hasrat Selangor utk ke pentas Separuh Akhir

    Kedah pula mlm ni menang tanpa dijangka dgn jaringan yg besar sebab jangkaan saya hanya sekitar 2 gol shaja sebab bermain tanpa tekanan , Marlon score 4 biji...2 biji lagi dari Hasmawi & Khairil...dan akhir perlawanan pemain Melaka mendapat kad merah dan memudahkan tugas pemain Kedah utk mengasak mereka...dan V.Thirumurugan pula terlepas peluang menambah gol ke 7 Kedah selepas gagal menjaringkan gol melalui sepakan penalti...

    Pahang & Terengganu pun menepati ramalan utk ke separuh akhir...rehat panjang selepas tamat kempen LIga Super ini byk beri peluang kpd Terengganu, Pahang & Selangor kerana Kedah terlibat dgn AFC Cup...

    apa pun satu pertarungan Separuh Akhir yg adil dapat kita saksikan nanti.....tahniah kpd team yg berjaya..

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    takde kejutan beso,,semue team dari liga super layak..dan sekarang ni memang nampok yang selangor ngan kedah favorite masuk final,,tapi kemampuan pahang ngan tganu jugok tak bley di pandang sinis..takpe le,tak sabo nak tgk kesudahan piala fa tahun ni,,

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.