Keputusan TM Liga Super 07/2008 – 19 April 2008

TM Liga Super

6 perlawanan telah dilangsungkan malam tadi dalam kempen TM Liga Super 07/2008 dengan juara liga super yang baru Kedah, tewas 2 gol berbalas 1 bertemu PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sementara itu Pulau Pinang yang terdesak di tangga terakhir liga membuat satu lagi kejutan apabila membenam Terengganu dengan 4 gol berbalas 2 selepas menewaskan Selangor tempohari dengan jumlah jaringan yang besar juga.

Keputusan Perlawanan TM Liga Super Sabtu 19 April 2008:

Pahang 1 – 0 Perlis
Stadium Darul Makmur, Kuantan

PDRM 2 – 1 Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Terengganu 2 – 4 Pulau Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor 4 – 1 Sarawak
Stadium Shah Alam

DPMM FC 0 – 2 Johor FC
Stadium Hasanal Bolkiah

My Team FC 0 – 2 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Hasanal Bolkiah iaitu 8:15mlm.

5 Penjaring Terbanyak TM Liga Super

Marlon Alex James (Kedah) | 22
Carlos Caceres (Perak) | 16
Frank Seator (Selangor) | 13
Mohd Khalid Jamlus (Perak) | 13
Phillimon Chipeta (Perlis) | 12

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Keputusan TM Liga Super 07/2008 – 19 April 2008

  1. yobscoryob

    huih apa berlaku pd kedah?tewas dgn PDRM...
    apa yg lg mengejutkn pulau pinang dh mula bgkit...menang besar pulak 2...

    perak pulak dh jatuh ke tangga ke 5..aduhai...
    xpe la...yg penting games terakhir tunjukkanlah perlawanan terbaik pd peminat skuad seladang semua..biarlah pengakhiran yg boleh dibanggakan dgn semangat juang yg tinggi.

    perak tetap dihati.

    komen admin: Jurulatih yang bijak tidak akan "melenjan" pemain yang sama atau "regular" jika beliau tahu ianya tidak berbaloi untuk dilakukan. Sebagai juara liga super yang baru, tidak perlu pun mereka bersusah payah untuk mencari kemenangan pada perlawanan yang akan datang ini. Tumpuan mereka lebih terarah kepada persaingan Piala FA pada 22 Mei di samping persaingan AFC Cup nanti. Sebagai salah satu pasukan 4P yang tidak pernah diturunkan ke Liga Premier sejak Liga Super ditubuhkan, tidak hairanlah jika Pulau Pinang akan bermain bermatian-matian pada baki perlawanan mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    Kalau pulau pinang dah kembali ke landasan kemenangan,bagus le..jgn tunjukkan yang pasukan2 yang beraksi di liga super malaysia cepat berputus ase dan sentiase memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,,memang betul kate admin,teman tak heran kalo team kedah mencatatkan keputusan2 yang agak 'mengejutkan' selepas ni..bile sesuatu dah tercapai,fokuskan pule ke misi yang lain..kepade perak pulak,selesaikan ape yang belum selesai!jgn biarkan masalah dalamn terus mempengaruhi care kite bermain..harap pihak pengurusan mengambil langkah bijak sebelum para penyokong mengambil langkah yang lebih 'bijak'!kejor yop!!teman tak sanggup tgk kite terus tercicir mate dan tercicir posisi kite ni!! lame kite rehat ni..yop bangkit!sd tolong jgn buat kami kecewe lagi..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. nessta

    assalamualaikum,

    Sy amat bersetuju dgn pendapat admin di atas.
    Sebab tu peminat bola sepak Kedah langsung tak terkejut dgn kekalahan Kedah kpd PDRM... kerana coach menurunkan hampir keseluruhan pemain-pemain muda termasuklah penjaga gol. Pendekata bkn 1st eleven yg diturunkan. Mungkin untuk memberi 'latihan' kepada pemain2 tersebut. Dan yg lebih pasti coach dapat merehatkan pemain2 utama kerana sebarang kputusan dgn PDRM ni takkan mengubah apa2 pon mata. Nmpaknya coach Azrai lebih menumpukan kepada Kejuaraan yg seterusnya, dan dilihat mlm tadi selepas game dgn PDRM, semua pemain menaiki bas terus pulang ke A.Star utk persiapan game yg lebih penting...
    Kesimpulannya coach adalah pencorak hidup atau mati bagi satu2 pasukan dgn memastikan setiap pemain berada slm keselesaan dan mendapat ruang rehat yg cukup..

    TQ admin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. azaha842006

    sabar je la yob....
    kite tgu piala malaysia
    aku bace paper metro ari nie ade kisah mengenai perak.
    betul ke ape yang dikabarkan dalam berite 2?
    teman berharap sangat Keita Mandjou main balik dengan perak.perak sekarang sedang tenat.
    kejor yob kejor

    komen admin: Kalau Perak FA sanggup melunaskan baki "gaji" yang tertunggak pihak kami rasa tiada masalah untuk sesiapa datang ke Perak menyumbangkan kudratnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ayuball

    ai sumer x heran aku kedah kalah. mis dh tcapai. aku nk dgr lagu skor yop skor kt ne ar admin.. lagulama xpe ar dah hafal.

    perak bagun la asal gaji xdapt ke men macm hampeh je...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. seansan00

    kedah x yah main last game la.. terus acara terima piala je.. bg perak jeles sikit.. ade peluang x reti gunakan <geram ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. m_anip2

    sedih je baca paper ari ni...perak jauh ke tangga ke lima liga...nk kena merangkak balik ke atas....pilu2...dgn saat liga dh ke penghujung...apa lg yg boleh dilakukn???keajaiban je la...namun perak tetap dihati walau diriku jauh di perantauan...kejor yob kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Tiada apa yg perlu ditangiskan lagi...yg dah berlalu biarlah berlalu...teman pun geram jugak tapi sebagai penyokong kita mestilah bagi moral support kena pulak time ni dah nampak krisis yg melanda dlm kem Perak FA.....harap jgk dpt guna management baru musim baru ni...kira bukak buku baru la....cuma teman harap game yg berbaki selepas ini dpt dimanfaatkan Perak supaya still maintain dlm kedudukan teratas utk terus kekal dlm Liga Super musim hadapan..
    Skor Yob Skor....teruskan perjuangan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yong85 Post author

    harap2 lepas ni team dapat pickup blk ape yg dah tertinggal.kadang-kadang kesian tgk beberapa pemain yg masih dlm kecedaraan still play on game.Dengan cth yg ada kita boleh ambil player baru utk back up player senior dgn syarat kena selalu turun 1st eleven.terang2bila game kita nampak ada player berbungkus kaki sebab sakit.tapi tak pe di doakan agar ok balik.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.