Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 28 April 2008

TM Liga Premier

Kuala Muda semakin menghampiri kejuaraan TM Liga Premier 07/2008 malam tadi apabila menewaskan pasukan Johor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.

Sementara itu Plus FC turut mencatat kemenangan keatas pasukan Kuala Lumpur di tempat lawan dengan 2 gol berbalas 1. Skuad Harimau Muda pula tumpas mengejut kepada pasukan Melaka di tempat sendiri dengan jaringan 4-2 pada perlawanan terakhir mereka tadi.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 28 April 2008:

Sabah 1 – 2 Shahzan Muda
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Harimau Muda 2 – 4 Melaka
Stadium Nasional Bukit Jalil

ATM 3 – 3 Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC 2 – 0 PKNS FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 1 – 2 Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor 0 – 2 Kuala Muda
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Likas, Kota Kinabalu iaitu 8:15mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Kuala Muda
23 58
Plus FC
23 57
Kelantan 23 53
Johor 23 42
Sabah 23 41
Felda United
23 26
Harimau Muda 24 26
Shahzan Muda
23 25
Proton FC 23 24
Melaka
23 23
PKNS FC
23 19
Kuala Lumpur 23 16
ATM 23 14

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 27 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 23 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 20 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Bobby Gonzales | Sabah | 10 gol
Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 28 April 2008

  1. amirfsl

    huh!sengit gak liga premier tahun ni,,due team baru tapi prestasi mcm dah lame men dalam liga premier/super malaysia!tahniah juge kepada skuad harimau mude ni..walaupun pemain2 semue mude,tapi tetap memberi saingan kpde pasukan2 lain yang lebih senior dan sudah lame dibentuk!syabas!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.