Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 25 April 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 menyaksikan wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda hanya mampu seri 1 sama menentang PKNS FC di Stadium Kompleks Sukan Langkawi. Walaupun mendahului liga premier ketika ini, perbezaannya hanyalah satu mata melebihi Plus FC di tangga kedua.

Skuad Harimau Muda pula melonjak ke tangga ke-6 liga premier apabila sekadar mencatatkan keputusan seri bertemu pasukan di tangga terakhir iaitu ATM. Felda United FC pula dibelasah Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru dengan jaringan 4 gol berbalas 1.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 25 April 2008:

Kuala Muda 1 – 1 PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Langkawi, Langkawi

ATM 1 – 1 Harimau Muda
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Proton FC 1 – 1 Sabah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 0 – 0 Shahzan Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor 2 – 0 Melaka
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

Kelantan 4 – 1 Felda United FC
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Kuala Muda
22 55
Plus FC
22 54
Kelantan 23 53
Johor 22 42
Sabah 22 41
Harimau Muda
23 26
Felda United FC
22 25
Shahzan Muda
22 22
Proton FC 22 21
Melaka
22 20
PKNS FC
22 19
Kuala Lumpur 22 16
ATM 22 13

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 27 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 23 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 19 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Bobby Gonzales | Sabah | 10 gol
Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 25 April 2008

  1. amirfsl

    siape striker kelantan tu??mude lagi ke??kalo bagus mainnye,boleh le kite beli..kalo lebih kurang player sedie ade,tak payoh le gamaknye..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.