Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 18 April 2008

TM Liga Premier

6 pertemuan TM Liga Premier 07/2008 telah berlangsung malam tadi di mana skuad Harimau Muda berjaya menumpaskan Proton FC di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan tunggal Mohd Fazli Mohd Shah pada minit ke 91 manakala pendahulu liga premier, Plus FC tidak bernasib baik apabila sekadar mencatat keputusan seri 2 sama bertemu PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Pada masa yang sama wakil kelab dari Kedah iaitu Kuala Muda telah berjaya menundukkan Felda United FC dengan jaringan 1 gol tanpa balas di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan mengekori rapat Plus FC dengan 54 mata.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 18 April 2008:

PKNS FC 2 – 2 Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Felda United FC 0 – 1 Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Melaka 1 – 3 Kelantan
Stadium Hang Tuah

Shahzan Muda 3 – 2 Johor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah 3 – 1 Kuala Lumpur
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Harimau Muda 1 – 0 Proton FC
Stadium Nasional Bukit Jalil

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Likas iaitu pada pukul 8:15mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Plus FC 22 54
Kuala Muda 21 54
Kelantan 22 50
Sabah 21 40
Johor 21 39
Felda United FC 21 25
Harimau Muda 22 25
Shahzan Muda
21 21
Melaka 21 20
Proton FC
21 20
PKNS FC
21 18
Kuala Lumpur 21 15
ATM 21 12

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 24 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 22 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 19 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Bobby Gonzales | Sabah | 10 gol
Likes(0)Dislikes(0)