Info | AFC Cup 2004

Kejohanan Piala AFC 2004 adalah antara pencapaian terbaik skuad seladang di bawah kendalian Toni Netto apabila mampu untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada wakil dari Singapura, Geylang United FC dengan keputusan 3-5 dalam perlawanan timbal balik kalah mati.

Barisan pemain pasukan Perak ketika itu Senarai Pemain Perak Musim 2004

Kumpulan D
Zon Timur

11 Februari 2004
Perak 2 – 0 Valencia

  • Frank Seator m45, m60

25 Februari 2004
Happy Valley 1 – 2 Perak

  • Ambassa Gerard m6
  • Frank Seator m72
  • Khalid Jamlus m80

6 April 2004
Perak 2 – 2 Home United

  • Goncalves m2
  • Sutee m18
  • Khalid Jamlus m56
  • Frank Seator m77

20 April 2004
Home United 2 – 2 Perak

  • Sutee m7
  • Khalid Jamlus m14
  • Liew Kit Kong m35 – gol sendiri
  • V. Saravanan m90

5 Mei 2004
Valencia 0 – 1 Perak

  • Luciano Goux m41

19 Mei 2004
Perak 2 – 1 Happy Valley

  • Ambassa Gerard m6
  • Frank Seator m71
  • Khalid Jamlus m80
Pasukan P M S K J B MT
Home United (Singapura) 6 4 2 0 18 5 14
Perak (Malaysia) 6 4 2 0 12 6 14
Happy Valley (Hong Kong) 6 1 0 5 7 14 3
Valencia (Maldives) 6 1 0 5 3 15 3

Suku Akhir Pertama:

14 September 2004
Perak 1 – 2 Geylang United FC

  • Aleksandar Duric m49
  • Fazrul Nawaz m60
  • Frank Seator m90

Suku Akhir Kedua:

21 September 2004
Geylang United FC 3 – 2 Perak

  • Hasrin Jailani m12
  • Aleksandar Duric m27
  • Fazrul Nawaz m41
  • Syamsul Saad m55
  • R. Surendran m90+1

Jumlah Keseluruhan:
Perak 3 – 5 Geylang United FC

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “Info | AFC Cup 2004

  1. Yashurr Yazurry

    Teman rindu la kat Luciano Goux ngn Ricardo Silva...

    igt tak lagi cam mane Luciano blari dari tepi pdg (slepas mndapat rawatan) utk myelamatkan gawang perak ketika final piala Fa ngn terengganu??

    bg teman beliau adalah antara prtahanan import y terbaik
    buat perak...

    teman jgk rindu dgn sentuhan ajaib Toni Netto...
    time tu perak main one touch football, mmg smart...!!

    tp msa blalu dgn pantas, sumer tu mmg susah teman
    nk lupakan, masih tpahat dlm sanubari ini...

    Harap perak dapat mgulangi kgemilangan 2004 dlm
    saingan AFC cup thn ni....

    Ayoh Perak!!!! Maju KehadapaN..!!!
    kiTa tentang habis-habisan!!! InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    banggga dan puas tengok sejarah pasukan yop,,perkare2 mcm ni lah yang seharusnye menjadi inspirasi kepade pemain dan pegawai2 pasukan untuk mencapai kecemerlangan di mase akan datang!terima kasih admin atas informasi ini,

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgcho

    o0o..ini bermakna pencapaian kite boleh le dianggap same dengan pencapaian terbek untuk skuad selangor dalam kancah afc iaitu pada tahun 2005...ye idaKK???

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sylvershop

    tony netto kena buang atas desakan orang ramai atau kontrak tak disambung sebab PAFA takde duit?? ingat-ingat lupa la...sape boleh ingatkan balik??

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Rasanya Netto tak disambung kontraknya pada waktu itu...kononnya PAFA nak beralih angin utk sentuhan coach baru...tapi tak tau le kalau ada agenda lain...barangkali admin mungkin dptkan jawapan yg tepat...
    Terima kasih admin atas info ni...rasanya teman pun tak perasan tentang pencapaian Perak dlm AFC Cup ni....ingatkan setakat berakhir dlm kumpulan je...
    At least kita tau le Perak ni bukan asing lg sebagai pencabar yg tak boleh dipandang enteng dlm kancah AFC ni....cuma teman harap pihak pengurusan PAFA ambik berat le skit prestasi Perak ni kalau dh ghope itu...kena jaga maruah dan status Perak sebagai pasukan yg digeruni lwn....elakkan lah adegan yoyo seperti yg berlaku skrg ni...utk pemain..anda semua harapan kami...moga sesiapa yg terbaca artikel ni...ingat kembali sejarah....jadikan ianya pedoman utk ke landasan yg sebenar...teman yakin Perak boleh...Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yobscoryob

    dulu
    khalid jamlus dan frank seator...

    sekarang
    khalid jamlus dan carlos caceras...

    agak2 nye mampu atau tidak kita mampu mengulangi pencapaian seperti dulu?...

    apa2 pun sy tetap percaya pd skuad perak
    come on perak...!!!
    bangkit dari kekalahan liga super...!!!
    scor yob scor!!!

    perak tetap dihati.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. webmaster Post author

    Kenapa Toni Netto ditamatkan khidmatnya?

    Persoalan ini cukup subjektif sebenarnya, namun dari maklumat yang kami perolehi ketika itu ialah:

    1) Taktikal yang serupa dan mudah di baca oleh pihak lawan.
    2) Menggunakan tenaga pemain yang serupa setiap kali perlawanan walaupun mempunyai skuad yang besar.

    Pasukan Perak ketika itu hampir terjerumus ke liga perdana dan ini menyebabkan peminat mendesak beliau di pecat walaupun masalah sebenarnya Perak tiada penggempur terbaik ketika itu.

    Selepas kehadiran Frank Seator, jentera serangan Perak menjadi lebih baik apabila beliau bergandingan dengan Kieta Mandjou. Ini telah menyelamatkan kedudukan pasukan Perak dari menghuni liga perdana.

    Cuma sedikit kelebihan beliau ialah mampu untuk menerima pandangan peminat dan sentiasa berani tampil memohon maaf kepada peminat Perak setiap kali pasukan tewas walaupun ada juga peminat yang tidak "bertamadun" memaki hamun beliau di luar stadium.

    Toni Netto dan Karlheinz Weigang adalah antara 2 jurulatih Perak yang boleh menerima kritikan di samping cuba menyelesaikan sebarang perkara dengan cara perundingan bersama peminatnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. najib Post author

    saya nak cadangka dekat sini apa kata masa pemilihan president baru pasukan bola sepak perak pilihlah yg boleh bekerja supaya team kita terus ungul di persada dunia.kalau boleh kopratkan terus persatuan bola sepak perak dan kerajaan negeri membantu mendapatkan penajan baru seronok perjalanan team kita ni hidup yop…

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. sylvershop

    terima kasih admin for your info. karl heinz weigang memang the best..orang yang merevolusikan team perak sekarang..khalid jamlus sampai ke german tapi balik semula ke perak. satu yang merisaukan, perak takde pengganti khalid, sekarang dah umur 30 tahun. harap-harap razali umar belajar sebanyak mungkin dari senior dan improve jadi penggempur terbaik perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Terima kasih admin atas info tadi...

    Ironinya sebagai seorang coach sepatutnyalah seseorang itu menerima pandangan dan kritikan daripada pihak luar khasnya peminat sendiri.....maklumbalas yg tulus seperti memohon maaf dan mendekati peminat secara diplomasi adalah cara yg profesional dlm menangani sebarang isu atau masalah....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. abgcho

    rasenye pade zaman tony netto dulu kite mmmpunyai aset y kuat dimane kite mmpunyai defens dan player tengah y boleh dikire mntap...seme thgh on form ketike itu...contoh pade taun 2002 n 2003 kite betui2 digeruni pade posisi defens dimane hasil gandingan faizal zainal, achoi, chan wing hong,janos krescka dan rmi lg. panurunan skuad yob pade 2004 nmpak nyate dengn kehilangan tonggak2 ini dan mmberi impak y beso hingge kite nk terjerumus ke liga perdane.....selain tu faktor player tgh kite pn leh dikire mntap dengan kehadiran gandingan yusri, aah, asmawi bakiri mmberi kite lebih option untuk bersaing....akan tapi pade taun 2004 gak kite xde aset2 ni kecuali aah y setie.....kahadiran yusri pade taun 2002 ketike itu mmg dinanti bg mggantikan tmpat azrul amri burhan y hilang ntah kemane ketike perak berade dipuncak....dengo cite berkembare ke tnb kelantan...nmpak pade taun lepas game perak nyate baik dengan kehadiran yusri akan tetapi mungkin faktor umur mmbataskan gandingan yusri dan aah untuk menghalang kebangkitan kedah y mula bangkit setelah lame bereksperimen mmbangunkan player mude...

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. seansan00

    x de ke ex ex player perak yg ade sijil kejurulatihan? kot kot bole jd pebantu jurulatih tambahan ke..

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. abgcho

    m.karathu....die rasenye xde masalah kalu nk bimbing perak...dan ternyate pencapaian die tidaklah teruk sgt berbanding ape y kite hadapi selame ni...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. anakperak86

    kalo nengok keadaan skrg, mmg mimpi ler dpt lepaih group stages. teman x harap sgt ler dpt menang aper2 season ni. cer kome bygkan kalo menang piala malaysia atau nk2 lg afc cup ni. makin ingke ler steve darby tu. x sggggpppp. bior ler x menang aper2

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. me 109

    Teman tak harap sgt PERAK bleh lepaih ke suku akhir Piala AFC.Sebabnye team kite ni Yob tahun ni tak brape konsisten dan terdapat lubok2 yang bleh menjatuhkan moral dan semangat juang pasukan.Kdg2 ade game tu tgh rancak PERAK menyerang....tiba2 bolos je gol PERAK dgn mudah.Teman xndak sebut le sape pemain2 yg bleh digelar lubok pasukan kite YOB,tp yg ketara pemain ini senantiasa mendpt tempat kesebelasan utama pasukan PERAK walaupun acap kali buat silap giler punya lubok.Management pasukan wajib sedar mengenai kelemahan ni.Perak tahun bleh dikatakan sebagai sebuah team YANG TAK BOLEH DEFEND A-ONE-GOAL-LEAD.Walauapapun,teman harap PERAK dpt meningkatkan disiplin dan konsentrasi pemain tatkala berada dipadang.Kalu kita ada Ronaldinho dan Maradona bersama pasukan kita ni pun,tak guna juga kalau lubok2 ni masih ade.LUBOK YOB LUBOK.......sungguh menyayatkan hati.

    komen admin: Buat pengetahuan saudara, pihak kami tiada masalah jika saudara ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemain yang saudara maksudkan itu. Sila karangkan serba sedikit siapa pemain tersebut dan apa yang saudara rasa tidak berkenan dengan sikap dan kesilapan yang beliau lakukan.

    Pastikan juga artikel yang saudara buat mengikut "standard" yang pihak kami mahukan seperti di ruangan FAQ. Biar semua pengguna yang melayari halaman seladang.net ini tahu siapa individu yang saudara maksudkan itu. Tidak perlu rasa takut kerana kami di seladang.net mengamalkan sikap "Unbias - free from bias or prejudice".

    Bertindaklah sekarang sebelum terlambat, luahkan apa yang meracuni fikiran anda. Ingatlah bahawa bolasepak Perak adalah untuk semua peminat bolasepak Perak dan bukan untuk sesetengah individu yang berkepentingan.

    Selamat mengarang.

    Terima Kasih
    admin

    Nota: Postkan sahaja artikel tersebut disini dan pihak kami akan menukarkan ianya menjadi satu artikel utama nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. abgcho

    tui tu..awok tui2 setuju..xgune kalu kite leh jaringkan gol banyak tp defens stay bocor..pe y awok pasan kite xde masalah sgt utk mnjaringkan gol xkire le 1 ke 2 ke atau lebih tp ape gune gol tu kalu defens stil xleh nk kekang asakan lawan lalu mmberi gol mudah kepada lawan...sekiranya diperhatikan lagi kemenagnan2 kite pade musim ni byk dipengaruhi oleh luck kite dimana ape y paling ketare pihak lawan xde luck utk mnjaringkan gol walaupun sudah melepasi defens...mengharapkan ketangkasan keeper untuk menepis ataupun mmg bola xmsuk gol...hal ini patut diberi perhatian..xgune gol kalu sng sgt bolos....contoh bile lawan team2 y kuat.....kite berupaye melakukan gol..tp klau da bolos byk.....ape gune..cth kedah,selangor..kite mampu utk mnjaringkan gol....

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. Yashurr Yazurry

    admin, teman rase player y me 109 mksudkan
    pmain prtahanan perak, Saudara xxxxxx..

    agak2 nye la kot.. ;p

    komen admin: Jawapan anda sengaja kami tukarkan kepada xxxxxx kerana kami mahu me 109 sendiri yang memberikan jawapannya. Dari rekod statistik kami sendiri sebenarnya ada 2 pemain yang paling kurang produktif atau lebih kepada "menyumbangkan" mutu permainan Perak sendiri. Kedua-dua pemain ini sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan salah seorang dari mereka adalah dalam jawapan xxxxxx anda sendiri.

    Kenapa pihak kami tidak mahu mendedahkannya? Kerana kami mahu anda sendiri sebagai penyokong yang memberikan jawapan beserta dengan fakta-fakta yang bernas dan bukan sekadar "hear & say".

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. me 109

    Salam semua.Player yang teman highlight semalm ialah defender kita Chan Wing Hong,atas sebab2 berikut:

    i)kalau tak silap teman,beliau sudah menyumbangkan dua gol sendiri tatkala menentang Perlis dan S`gor;
    ii)selalu off position bila pasukan lwn menyerang;
    iii)tidak menunjukan persembahan yg konsisten...kdg2 ok,kdg2 menjadi `villain` pasukan Perak.

    Teman ralat bukan ape,Chan wing Hong satu ketika dulu adalah seorang pemain yg berwibawa dan mantap sebagai wingback pasukan kita.Tapi sekarang ni teman nengok beliau bermain sambil lewa dan terlalu banyak buat kesilapan yang boleh dikatakan kritikal.Mungkin silap SD teman tak tau lah,agaknye beliau tak sesuai atau tak selesa dgn posisi leftback skrng ni.Beliau juga banyak buat kesilapan baca game,sehingga selalu off position bila pasukan lwn buat serang balas.Persefahaman beliau dgn rakan sepasukan pun agak kurang,mungkin tak serasi dgn Mario Estaban

    Cuma nak peringat kat Management PERAK bahawa pemain seperti ni kalau dibiarkan begitu saje akan memudaratkan semangat lwn pasukan kita,lebih2 lagi jika beliau selalu disenaraikan dlm kesebelasan utama pasukan Perak.Kalau perkara ini dipandang remeh management Perak,ia mungkin menjadi satu penyakit,lebih teruk lagi kalau penyakit ini berjangkit kepada pemain lain.

    Sekian,
    terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. pie

    oic mungkin gak kerana ianya dah bosan ngan SD. Main penat2 xde siapa nak puji. Sblm ni ada ke kita puji beliau spt kt puji pemain penyerang? tak de dgr plak mungkin kehadirannya tdk dirasai.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.