In Person | Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib

Tarikh: 26 April 2008
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh

Penulis kali ini cukup bertuah kerana mendapat peluang untuk menemuramah seorang bekas pemain Perak yang pernah mewakili Kuala Lumpur suatu ketika dahulu iaitu saudara Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK).

Dilahirkan di Ipoh dan menjalani alam persekolahan di Teluk Intan, penulis melihat beliau sebagai seorang individu yang mempunyai perwatakan yang tegas namun cukup mudah didekati, berkarisma dan mempunyai wawasan yang tersendiri.

Kelibatnya sewaktu membantu pasukan Kuala Lumpur meraih kejuaraan berganda Piala Malaysia 1988 & 1989 serta kejuaraan Piala FA tahun 1993 dan 1994 tidak mungkin dapat disangkal oleh setiap penyokong skuad wargakota pada waktu itu.

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak untuk memantau dan mengenalpasti bakat-bakat muda dari seluruh pelusuk negeri Perak dan diserapkan ke pasukan utama negeri serta seterusnya meningkatkan mutu bolasepak Perak khasnya.

Raja Azlan Shah Bin Raja So'ib

Biodata
Nama: Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib
Tarikh Lahir: 10 November 1968
Posisi: Pertahanan Kiri
No. Jersi: 2
Memiliki Lesen Kejurulatihan Kelas “A” dari FAM | AFC (2004)

Berikut adalah antara temubual yang dicatatkan oleh penulis:

Penulis: Boleh saudara terangkan apakah fungsi dan tugas-tugas utama saudara sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak?
Raja Azlan: Saya bertanggungjawab untuk memerhati, memantau dan mencari bakat-bakat baru Perak yang berumur sekitar belasan tahun disamping melatih pemain muda sedia ada ketahap lebih baik untuk menjadi pemain pelapis masa hadapan Perak.

Penulis: Apakah respon saudara tentang “cakap-cakap” sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pasukan Perak tidak mempunyai pemain pelapis muda yang baik seperti pasukan Kedah khasnya yang dibimbing Azrai Khor yang cukup menyerlah tahun lalu dan waktu ini?
Raja Azlan: Saya kurang bersetuju dengan kenyataan sebegini kerana kita sebenarnya mempunyai ramai pemain muda yang cukup berbakat untuk diserapkan ke skuad utama. Sebagai rekod, skuad Piala Presiden Perak yang dibimbing oleh saya tahun lalu (2007) telah merangkul kejuaraan buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Perak. Ramai antara pemain-pemain ini sebenarnya cukup layak untuk mengisi slot-slot tersebut.

Penulis: Boleh saudara namakan antara pemain-pemain muda bimbingan saudara tahun lalu yang mempunyai potensi besar untuk diserapkan ke skuad utama?
Raja Azlan: Kita ada penjaring terbanyak skuad Presiden Perak tahun lalu seperti Razali Umar dengan 31 gol serta Sharizan Saad dengan 12 gol. Itu tidak termasuk kapten pasukan Fauzi Ariffin (pertahanan) dan Nazri Kamal (pemain sayap) yang cukup lincah. Namun pemain-pemain ini nampaknya kurang mendapat tempat di dalam skuad utama atau langsung tidak diberi peluang untuk bermain.

Penulis: Pandangan saudara tentang Razali Umar Kandasamy?
Raja Azlan: Beliau adalah antara penyerang muda yang cukup berpotensi untuk mengisi slot penyerang Perak pada masa hadapan. Berikan beliau masa dan peluang secukupnya untuk menjadi penyerang yang digeruni. Saya difahamkan setakat ini Razali Umar telah menjaringkan 5 gol untuk pasukan Perak termasuk 3 gol sewaktu kempen Piala FA.

Penulis: Adakah 5 gol tersebut sudah mampu mengangkat beliau sebagai penyerang yang baik atau berpotensi diwaktu ini?
Raja Azlan: Untuk beliau saya berani mengatakan bahawa itu sudah dikira sebagai baik kerana kita perlu melihat kepada jumlah permainan yang disertainya. Razali Umar lebih banyak diturunkan sebagai “sub striker” untuk pasukan Perak sama seperti yang terjadi kepada Ahmad Fakri Saarani musim lalu.

Penulis: Ada pula “individu” yang berkata pemain-pemain tersebut tidak layak untuk diturunkan kerana tidak cukup matang atau kurang berpengalaman, komen saudara?
Raja Azlan: Setiap pemain terutamanya pemain muda perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar sebaiknya oleh jurulatih bertugas samada dalam aspek taktikal dan sebagainya. Berilah peluang dan masa secukupnya sebelum kita memutuskan sebarang tanggapan. Jika peluang yang diberi cukup terhad atau singkat, bagaimana kita mahu melihat hasilnya?

Penulis: Apakah pendekatan dan taktikal yang saudara gunakan sewaktu memimpin skuad Presiden Perak 2007 menjulang kejuaraan yang pertama dalam sejarah termasuk menjuarai pingat emas pertama SUKMA 2002 di Sabah?
Raja Azlan: Pendekatan yang saya gunakan cukup mudah, saya lebih gemar berbincang dengan pemain tentang kehendak dan kemampuan mereka dalam permainan. Selepas itu saya akan merancang formasi dan taktikal yang bersesuaian mengikut kemampuan setiap pemain yang terlibat.

Memaksa pemain mengikut formasi atau taktikal yang tidak bersesuaian dengan kemampuan mereka boleh merosakkan permainan dan seterusnya pasukan boleh mengalami kekalahan.

Skuad Presiden Perak | Juara 2007

Dijulang para pemain sewaktu menjuarai Piala Presiden 2007 menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir melalui tendangan penalti 4-2 setelah terikat 3-3.

Penulis: Komen saudara tentang formasi 3-5-2?
Raja Azlan: Setiap formasi ada kelebihan yang tersendiri. Kita pernah menjulang Piala Malaysia pada tahun 1998 & 2000 di bawah kendalian Karlheinz Weigang dengan formasi yang serupa. Namun pada waktu itu elemen kecergasan dan ketahanan fizikal cukup kuat ditekankan oleh jurulatih. Setiap pemain mesti mampu untuk bermain 120 minit permainan dan bukan setakat 90 minit sahaja.

Penulis: Ada kata-kata sinis yang saya dengar tentang saudara yang dikatakan tidak mempunyai lesen kelas “A” dari FAM, respon saudara?
Raja Azlan: Saya telah mempunyai lesen kelas “C” sejak dari tahun 1998 lagi, kemudian pada tahun 2000 saya mendapat lesen kelas “B” dan seterusnya memiliki sepenuhnya lesen kelas “A” pada tahun 2004. Antara kenalan lain yang turut mengikuti kursus tersebut ialah jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid dan Khan Hung Meng ( My Team FC).

Penulis: Di antara jawatan yang disandang sekarang atau melatih sebuah pasukan bertaraf Liga Super, manakah pilihan utama saudara, sila huraikan?
Raja Azlan: Bolasepak adalah “periuk nasi” saya. Sejak menjadi pemain bolasepak pada tahun 1985 hingga 2001, inilah mata pencarian saya untuk menyara keluarga. Saya tidak seperti kebanyakan orang yang mempunyai “perkerjaan” lain sebagai sumber kewangan.

Kesinambungan sebagai pemain bolasepak yang pernah menempa kejayaan dengan 2 pasukan yang berbeza saya teruskan dengan kerjaya sebagai jurulatih. Alhamdullilah, saya berjaya membawa beberapa kejayaan khususnya kepada negeri kelahiran saya sendiri yang tidak pernah dicapai oleh individu lain.

Adalah menjadi matlamat dan impian saya untuk pergi lebih jauh dalam bidang kejurulatihan ini dan pasukan Perak adalah pilihan utama saya untuk mencurahkan pengalaman dan bakti sedaya yang boleh.

Penulis: Pandangan saudara tentang masa depan bolasepak Perak?
Raja Azlan: Pasukan Belia dan Presiden Perak sentiasa sahaja mampu melahirkan barisan pemain muda yang berbakat dan menyinar pada masa hadapan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai “jurulatih” untuk menggilap bakat tersebut pada tahap yang terbaik dan berdaya saing.

Namun banyak punca yang menyumbang kepada masa depan yang “gelap” bagi sesuatu negeri atau persatuan tersebut. Salah satu faktor utamanya ialah kegagalan kita sendiri untuk memberi ruang kepada mereka untuk “menyinar”.

Penulis: Terima kasih saudara kerana sudi ditemuramah oleh kami.
Raja Azlan: Sama-sama.

Begitulah serba sedikit perbualan yang dicatatkan oleh penulis bersama beliau. Penulis sebenarnya kagum dengan sikap mesra dan kepetahan beliau menjawab setiap persoalan yang diajukan tanpa rasa gugup atau gementar. Tutur kata yang cukup jelas di samping respon yang pantas membuatkan penulis kehilangan idea untuk bertanya lebih banyak soalan ketika itu.

Penulis bagi pihak pengurusan seladang.net, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas kerjasama yang diberikan dan akhirkata Selamat Maju Jaya sepanjang kerjaya bersama Perak FA.

Terima Kasih

YB Corner

  • Profile

Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib, PPT, PJK.

Pengalaman & Pencapaian Sebagai Pemain Bolasepak:

  • 1985 – 1986 | Pasukan Perak – Piala Emas Raja-Raja
  • 1986 – 1987 | Pasukan Perak
  • 1988 – 1994 | Pasukan Kuala Lumpur
  • 1995 – 2001 | Pasukan Perak

Pasukan MALAYSIA

  • 1987 | LION CITY – Bawah 19 tahun (Singapore)
  • 1990 | KING CUP – Bangkok, Thailand
  • 1991 | KING CUP – Bangkok, Thailand
  • 1991 | AFC CUP – Vietnam
  • 1991 | SEA GAMES – Manila, Philippines

Pasukan KUALA LUMPUR

  • 1988 | Johan – Piala Malaysia
  • 1989 | Johan – Piala Malaysia
  • 1990 | Johan – Piala Sumbangsih
  • 1993 | Johan – Piala FA
  • 1994 | Johan – Piala FA
  • 1994 | Johan – Piala Emas Raja-Raja
  • 1994 | Johan – Piala Agong

Pasukan PERAK

  • 1998 | Johan – Piala Malaysia
  • 1999 | Johan – Piala Sumbangsih
  • 2000 | Johan – Piala Malaysia
  • 2001 | Johan – Piala Sumbangsih
  • 2001 | N. Johan – Piala Malaysia

Pengalaman & Pencapaian Sebagai Jurulatih Bolasepak:

  • 1998 | LESEN “C” – FAM
  • 2000 | LESEN “B” – FAM
  • 2004 | LESEN “A” – FAM/AFC
  • 2002 - 2004 | Penolong Jurulatih Perak (bawah 21 tahun)
  • 2002 – 2004 | Penolong Jurulatih Perak (SUKMA)
  • 2002 - Johan SUKMA 2002 – SABAH
  • 2004 - Penolong Jurulatih
  • Pasukan Malaysia
  • Bawah 14 tahun – AFC CUP – Vietnam
  • 2005 - Ketua Jurulatih
  • Piala Belia, Perak
  • 2005 - Ketua Jurulatih
  • Pasukan Malaysia
  • Bawah 15 tahun – AFC CUP – Cambodia
  • 2005 - Penolong Jurulatih
  • Pasukan Malaysia – Senior
  • Kejohanan IOC, Negara-negara Islam di Arab Saudi
  • 2006 – 2007 | Ketua Jurulatih
  • Pasukan Piala Presiden Perak
  • 2007 - Johan Piala Presiden
  • 2007 - Johan Piala Sempadan
  • Malaysia, Thailand & Indonesia, Kementerian Pelancongan Malaysia
  • 2008 – Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak
Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “In Person | Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib

  1. miez3

    Rupanya ini le dia orang yang bertanggungjawab bwk skuad Piala Presiden juara tahun lepas!!Tahniah dr teman bior pun lambat. Kalau diikutkan pada rekod yg lepas dan kronologi beliau sepanjang karier dlm arena bolasepak memang sepatutnyalah beliau berada dlm kedudukan sekarang ni, hah apa lagi ditunggu? kalau dkt oversea dh lama dh kena sambar jadi pengurus atau coach, takkan nak diam je PAFA, org mcm ni la yg layak utk pimpin pasukan...bukannya si "mat saleh" yg tak reti bahasa tu!! Contohilah pasukan Kedah,Terengganu,Selangor & Pahang, semua deme pakai local coach, siap dpt pegi semi final FA Cup, ate kita ni hapah idak.....

    Tunggu lagi? yg pasti teman tak nak nengok lg muka SD musim depan.....!!

    Skor Yob Skor....adios amigos

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgcho

    bg awok die nk leh la dikatekan lagend..kalu idea die nih + ng m karathu sti berdesup winger kite....ni idak,winger macam xfungsi je..adei.....diharap pafa leh amik tindakan terhadap kekecewaan coach skang dengan mengenengahkan coach tempatan je....sng..deme ni bukan nk belahak duit sgt..skadar cukup untuk melayarii kehidupan dengan selesa udah....ate kalu stip tu hendakke 2 3k je sbulan.......ghentikan le.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anakperak86

    aper lg, dia ni la teman rasa plng sesuai utk jd coach baru kita. lgpun sikap mcm ni la yg kita nk. boleh duduk dan berbincang aper2 jer pasey team kesyangan kita. x mcm si bongkak scousers tu. aper2 pasey team kita pon habuk xnk bgtau. tgk resume pon dh layak utk jd coach baru kita

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. kotoploks

    OOOOOOOOOOO ini ke Raja Azlan....Rase²nye inilah calonye..yang teramat baik ... ummm.. nanti sape pulok nak jd pembantu sdra kita ni....ummmm....terpulang kat Raja lah yang mana penolong yang dia suka..JANJI...misti mau tau bikin KILIJA....
    ok Bro..C.U. IN THE M'SIA CUP FINAL 2008 (KALAU RAJA YANG COACH)...INSYAALLAH......................

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor19

    Kite cube dulu pakai "produk" tempatan nih... Ingat semua "produk" import tu elok benor???

    p.s : YB... try la conduct 1 friendly match antara team Perak senior dengan bekas player Perak... Rindu jugok teman nak nengok balik player2 lame Perak... macam ex player Selangor pun ade buat friendly match dengan ex player Singapore... kalau boleh tarik Azizol untuk sekali dalam team ex player Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. seansan00

    hah.. bagus cadangan meor tuh.. panggil2 la ex import perak yg skrang jd Ketua Jurulatih di Cubic Soccer Schools (Arsenal) Malaysia, Janos Krecsca ke.. syamsol saad ke.. best woo dieorang main..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera pada admin dan teman-teman dalam Seladang.net..Saya tak nak berbicara terlalu panjang mengenai Raja Azlan..Saya rasa semua penyokong Perak sudah pun tahu mengenai beliau..Dalam artikel dahulu saya sudah menyebutkan beliau untuk memimpin Akademi Khas negeri Perak..Saya yakin dengan usaha beliau mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan sebagai pemain berkaliber..Saya juga mencadangkan beliau digandingkan bersama Azizul Abu Hanifah serta Janos Krecsca yang mempunyai sijil kejurulatihan tertinggi UEFA 'A' Licence yang juga merupakan bekas pemain import Perak pada tahun 1997 - 1998..Mereka yang pernah mengegarkan bolasepak negeri Perak suatu masa dulu harus diberi peluang untuk mengetuai pasukan Perak bagi mengatur strategi menjadikan bolasepak Perak digeruni kembali..Tahun 2009 jika 3 Serangkai "AAJ 2009" diberi mandat mengemudi pasukan Perak..Ia mampu merealisasikan impian peminat setia pasukan Perak di Malaysia mahupun diseluruh dunia yang sedang bekerja, belajar atau menetap diperantaun untuk merasai kembali kemashyuran bolasepak negeri Perak yang disayangi..Kepada pengurusan bolasepak Perak..Berubahlah..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor
    Perak tetap No. 1

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam...realistik..bombastik...

    Kalau nak bagi challenging lagi yg skuad senior tu coach dia Steve Darby pastu yg skuad otai bg otai le coachnya..sape lagi kalau bukan sedara kita kt atas..
    Mesti ramai yg dtg nengok kan?Pastu duit tiket terus bayor hutang kt MBI....hhehehe..amacm kome??
    Syabas Meor & Seansan...good idea..cuma kena tunggu green light dr persatuan je la..ada berani ke??

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. sylvershop

    a'kum,
    idea dato' memang bernas. dengan kehadiran 3 watak utama, azlan, azizol dan janos kresca nampak macam ada aura baru dalam bolasepak perak. terus terang, saya jarang tengok bola kat stadium lepas ketiadaan azizol suatu masa dulu sebab bosan dengan taktikal dan seni yang sederhana. mungkin ramai peminat perak( era 90an) yang lain rindu akan kelibat insan-insan ini. kalau ini jadi kenyataan insya-allah boleh menarik ramai penonton ke stadium. sudah tiba masanya kita beri kepercayaan kepada player muda..insan-insan inilah lagenda sepanjang zaman untuk perak!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. seansan00

    haha.. tiket 5 hengget sorg pun.. kalau berkepala-kepala pegi.. mesti penuh kantung pafa.. ehehheeh member sean jual beger pun kayo.. hahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. amirfsl

    salam semue!teman amat setuju dgn cdangan yop dato tu..rekrut raja azlan,azizul ngan janos ke team perak,,kemampuan mereka di dalam padang memang tak dapat disangkalkan lagi dan kami semue juge yakin dengan kemampuan mereka di luar padang!kepincangan perak memang tak bley disembunyikan lagi..kalo tak dapat janos ngan azizul..at least amek raja azlan sbg headcoach baru perak!beliau serbe serbi tau ttg kemampuan bakat2 mude kite!bukan cam si sd tu,dah le outsider,plak tu nak pakai orang2 lame lagi..kite perlukan pembaharuan segere!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Salam semua.....teman suka juga dengan cadangan mike2 terutama Dato psl gandingan AAJ tu...cumanya disini suka juga teman khaborkan psl A yg kedua iaitu bintang midfield termasyur kita Azizol Abu Hanifah...dia memang le bagus bahkan dah jadi lagenda bolasepak Perak tapi kalau dihitung kira dari segi pengalaman mengendalikan team takat ni yg teman tau dia hanyalah Pegawai Sukan & Jurulatih Pasukan kpd Perodua FC di Rawang selepas kes buang daerah yg dikenakan ke atas beliau pada tahun 1994...teman tak nak le bercerita psl "sejarah hitam" dia atau jadikan ianya penghalang kpd beliau utk memimpin pasukan Perak...setiap org yg bersalah tak semestinya kita semua tak boleh maafkan dia..kata omputih "Let's gone be by gone"...lagi satu teman dpt tahu dia ni cuma ada lesen jurulatih kelas C mcm tu la....sayang skali hukuman beliau juga membataskan beliau utk mengembangkan bakat dlm bidang bolasepak ni sejak hukuman di jatuhkan kerana tidak dibenarkan mengambil lesen kelas B mahupun A hingga akhir hayat...secara realistiknya di atas kertas memang ternyatalah beliau seharusnya tidak dpt lagi memberi khidmat kpd pasukan kelahiran beliau....sedih jugak tapi itu le hakikatnya yg sebenar!

    Buat J (Janos)...dia memang le antara player import yg pernah menggegarkan arena bolasepak Perak setelah berlalunya zaman Kwi Lyin,Aung Naing & Jang Jung apabila serasi berganding dgn rakan importnya iaitu Laszlo Repasi dan perjuangan beliau juga tidak terhenti terus di Malaysia apabila menjadi Ketua Jurulatih Cubic Soccer School di sini serta mempunyai lesen kelas A "UEFA"...pehhgg memang hebat kalau digandingkan dgn A yg pertama...lengkap rasanya...takat dua nakhoda ni...rasanya boleh lg kut jgn karam sudah la...hehehe...tapi apa yg teman rasalah....dia ni pun sebenornya atas kertas memang lah gah...dulu Steve Darby pun mcm tu la jgk...aii ate kalau udah jadi komentator kt ESPN hebat le tu....bukan kritik pasukan M'sia tapi EPL...jgn main2...tapi cuba kita lihat dan renung balik apa yg terjadi...mula2 memang le nampak mcm ok...bior pun mula2 tang gaji dah tentu le demand tinggi...pastu ada la peningkatan...biasa le...tapi time tu pun entah player2 pun angin tengah baguih...sekarang ni ha...bila dah dilenjannya budak2 tu abih dh ghope tongkang pecah...maknanya dia dah tak boleh ikut rentak budak2 player ni...dia pulak nak ikut rentak dia...itu yg teman rasa fobia skit dgn jurulatih import ni termasuk le yg lepas2...Weigang,Netto dll... Janos Kreska ni kalau takat nak gamble boleh tapi takut le pulak jadi mcm kes sekarang ni...

    Ok..kita pegi balik pd A yg pertama tak lain tak bukan Raja Azlan Raja So'ib...lihat pada portfolio beliau hebat...cukup hebat...dan yg paling teman banggakan sekarang ni beliau dh berjaya bwk budak2 muda ke pentas utama liga...jadi champ Piala Presiden plak tu...kira le berapa kali dah skuad muda Perak pernah jadi juara Piala Presiden?? Tak penah yob!!!! Sukma pun tak pernah menang sblm ni..Kalau ikut hati teman ni...secara peribadi memang dah pangkah dah dia ni psl dulu masa tahun 90an asal pegi Stadium Perak tgk dia ada dlm team je dh cukup seriau...psl fungsi dia tak nampak sgt...lepas tu tak lama leboh..tak tau mana pegi...nama dia pun tak top mcm Azizol....tapi bila teman tgk biodata & portfolio beliau kt atas mcm teman tulis ari tu le.....tak sangka beliaulah org yg byk bantu cari tenaga muda bolasepak Perak....sampai dah jadi Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak!! Handal le tu....tu la kekadang org yg kita tak suka boleh jadi org yg kita suka suatu hari nanti.....mana le tau nanti dia plak jadi lagenda bwk Perak grab 3 piala mcm Azrai Khor!!

    Sahabat2 semua....teman bukan le tak suka atau bangkang idea2 mike2 semua tapi sekadar mengingatkan....perlukah lagi kita dijajah dgn coach2 import yg kononnya boleh bwk pasukan kita ke arah kegemilangan??Teman rasa cukuplah setakat Steve tu....apa kata kita bagi pada anak tempatan kita sendiri utk lakukan sesuatu....dgn pengalaman dan jawatan yg dipegang sudah semestinyalah dia tahu apa yg perlu dibuat pada pasukan kelahirannya...memang beliau menepati apa yg dicitakan....bayangkan la kalau rumahtangga kita berantakan takkan nak panggil orang luar settlekan silap2 nanti lg teruk jadinya...cuba lihat dan renung skali lagi pd team2 yg berada di atas pasukan Perak dlm saingan liga...sape coach deme??Org putih ke??Takdenya...dr Kedah...Azraii Khor....Negri Sembilan...Wan Jamak...Selangor...Dollah Salleh...Johor FC...Ramlan Rashid...Steve??Dimana....no 5....malu weh...ari tu dah no.2 dah....FA Cup haup dah....Piala M'sia tak tau le....harus haup jugak...

    Kesimpulannya...gandingan yg dicadangkan memang bagus...sepatutnya ada le jgk coach utk pnyerang,coach utk midfield,coach utk defence dan coach utk keeper...siap ada kit manager lg mcm kt oversea....tapi kenapa tidak kita bagi peluang pada org tempatan dulu utk buktikan (sedangkan dh terbukti dah pun!!) agar Perak berada di landasan yg betul...

    Teman sayangkan team Perak...teman juga bangga dgn pencapaian team muda kita atas bimbingan saudara Raja Azlan....alang2 nyeluk pekasam bior sampai ke pangkal lengan...alang2 dh bwk skuad Presiden jadi juara bawak le pulak team senior tu utk pegi jauh..bukan ketinggalan mcm sekarang ni!!

    Maaf panjang pula coretan teman ni....pada sahabat2 Seladang.net pikior2 kan la ckp teman ni...kalau tak betui...betuikan la..yg lain tu LU PIKIR LA SENDIRI...kata Nabil...

    Adios Amigos....Skor Yob Skor !!!
    Perak tetap dihati

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. meor19

    Saat SD bertelingkah dengan fans Perak, saya udah tidak sudi untuk seladang.net berada satu ruangan dengannya... Saya itu punya etika atau punya sifat, sifat jelek kalau coach itu sudah tidak mahu dengar opini fans, saya tidak pernah mengarah menganggap orang itu (SD) orang... Gitu.. Bagi saya niatnya sangat buruk... Sampai bila pun saya harap Seladang.net untuk tidak berada satu ruangan lagi dengan SD... Apa lagi komunikasi...

    Saya itu sejujurnya kalau mahu jujur ni ya bukan hanya coach aja yang perlu ditukar... Player2 senior juga sememangnya udah patut kita tukar... Di sini hanya banyak dengarannya coach saja yang dihukum... Aneh gitu... Padahal semasa bermula 90 minit adalah dari diri player itu sendiri...

    Semahunya saya menulis nama2 player tersebut... tapi saya rasa teman2 seladang.net pun udah tahu siapa mereka... Mungkin juga player itu pun udah tahu2 sendiri...

    Cadangan mahu ngambil saudara Azizol kembali dalam kem Perak itu saya amat setuju. Bagi saya saudara Azizol memang ditakdirkan punya kharisma sebagai sorang tokoh ya. Sebenarnya itu (kharisma) tidak boleh diupayakan... Karena kharisma itu adalah anugerah dari Tuhan... Jadi tidak ada orang yang boleh menjadi sekharisma saudara Azizol bila tidak dianugerahi tuhan... Ya, sampei saat ini, mungkin belom ada yang dapat menyamai kharisma saudara Azizol.

    Di sini bukan untuk menyalahkan sesiapa dan bukan untuk sensasi aja tetapi murni lebih kepada kebaikan team saja... Gitu... Apa yang terjadi, saya lebih suka yang nama nya itu KEJOR YOB KEJOR... Muga2 Perak terus sukses...

    Atas sifat sensitive dan sportmanship teman2 Seladang.net dan khusus buat admin, maka nya saya wajib rasa bangga... gitu... WALLAHUALAM lah...

    komen admin: Pihak kami tidak pernah melarang apatah lagi menghalang jika saudara atau sesiapa pun ingin mengkritik mana-mana pemain yang dirasakan perlu asalkan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan dibahagian FAQ. Nantikan satu artikel menarik mengenai isu pemain dan jurulatih Perak sekitar 7 pagi nanti. Saudara mungkin boleh membuat komen tambahan pada artikel tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. satorare

    munkin kta bleh bagi peluang kt raja azlan shah utk jadi coach perak...
    bagi plak peluang kt org tempatan..
    agaknye perak pn dh lama x guna coach tempatan...
    bg omputih pn x menjadi...
    ngabiskn boreh je...
    apa pn...
    smua terpulang kepada pengurusan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. ka_pk

    A'kum,
    Teman setuju beno kiranya Raja Azlan di beri peluang MENGAMBIL-ALIH skuad utama kita.
    Melihat kpd pencapaian2 beliau selaku jurulatih serta bakat2 muda yg menyerlah dibawah pimpinan beliau,wajar dia di beri kepercayaan melatih skuad utama pula sebagai KESINAMBUNGAN PERKEMBANGAN bakat2 muda ini.

    Melihat kepada pendekatan yg digunakn beliau dlm taktikal ketika SUKMA 2002 serta PIALA PRESIDEN 2007 yg flexsibel dan mampu memaksimumkn kualiti pemain sedia ada mmg SENTUHAN IDEA beliau mampu MELETAKN PASUKAN PERAK TERUS KEKAL DALAM KELOMPOK ELIT.

    Risau saya melihat kepada ruang dan peluang yg diberikan SD kpd bakat2 muda kita.

    JANGAN SIA-SIA KAN BAKAT2 MUDA KITA

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. chuck

    Salam...

    Buat saudara,sifat keihklasan,ketelusan serta berintergriti tinggi perlu ada.Biarla saudara mengadili bakat-bakat baru ini dengan seadanya.janganlah terlalu melayan kerenah birokrasi.

    Pemilihan bakat-bakat baruni diharapkan dapat dibuat secara menyeluruh..Hubungan yang baik antara setiap PPD daerah.Serta kalau boleh,sekolah yang tiada team bolapun saudara kena pergi.Kerana bakat itu terbahagi kepada 2.Samada secara semulajadi mahupun ianya baru diasah.Takut kita terlepas pandang permata yang bernilai tanpa kita mengadilinya..Kerap ianya berlaku.Bukan setakat game bola sepak sahaja,tapi game macam hoki,ragbi,berenang,memanah serta yang lain-lain lagi tidak mampu untuk dipertandingkan bagi setiap daerah mahupun sekolah.Sedangkan bakat-bakat semulajadi ada tersembunyi disitu.

    kalo boleh rekod perpindahan pelajar yang aktif sukan perlulah direkodkan serta take action.Kerap terjadi pada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.Ada diantara mereka ini yang sudahpun mencipta nama disekolah asal.Malangnya disebabkan dorongan mengejar cita-cita,mereka ini bertukar sekolah dan memburukan lagi apabila sekolah baru mereka ini tidak aktif sukan.Hanya mahukan pelajar yang baik akedemik dan sukan.Tapi sukan hanya sebagai syarat sahaja.

    Untuk menuju kesempurnaan,perlu ada kesetiaan,keinsafan serta ketelusan yang tinggi.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.