Dilema Peminat Perak | Skuad Seladang

Saya terpanggil untuk mencoretkan artikel kali ini apabila duduk berseorangan sambil memikirkan kata-kata seorang sahabat kita di sini iaitu Dato yang pernah mengirimkan artikel beliau tentang kemelut bolasepak tempatan khasnya pasukan Perak dan isu pengkorporatan badan itu sendiri.

Pada saya inilah waktu yang sesuai untuk kita merangka sesuatu yang lebih positif berdasarkan input semasa seperti pandangan dari peminat, masalah jurulatih, masalah kewangan dan percampuran antara politik dan persatuan bolasepak amnya.

Pilihanraya yang lalu menyaksikan satu perubahan yg besar dalam dogma politik tempatan tidak terkecuali juga negeri Perak yang mana perubahan tampuk pimpinan juga berlaku secara total. Media massa tempatan juga tertanya-tanya apakah terdapat juga perubahan dalam pengurusan bolasepak antara negeri-negeri di bawah kepimpinan baru termasuk Perak.

Kita lihat dulu dari sudut pentadbiran yang mana kita ketahui amnya PAFA diuruskan secara tidak langsung oleh kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak Perak dan sudah tentunya PAFA terikat dengan agenda-agenda kerajaan negeri serta tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan.

Secara tidak langsung ahli-ahli politik negeri juga terlibat dalam hal ehwal kemajuan bolasepak negeri dan ini sudah pasti mengundang tambahan kerja kepada perjalanan dan kelancaran tugas-tugas mereka yang kita sendiri maklum tugasan utamanya adalah untuk mengurus hal-hal berkaitan masalah rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Untuk itu cuba kita ubah paradigma ini dengan menswastakan atau mengkorporatkan sahaja sukan bolasepak itu sendiri. Dengan adanya pengkorporatan sudah tentu ahli-ahli persatuan akan dipilih berdasarkan pegangan saham yang dimiliki. Pasti akan wujud jawatan CEO dan ahli lembaga pengarah di samping adanya saham syarikat yang boleh diniagakan

Syer-syer pula boleh dibeli oleh orang awam atau peminat bolasepak Perak yang berminat untuk memilikinya di samping boleh terlibat secara langsung di dalam mesyuarat tahunan persatuan atau badan korporat itu sendiri untuk menyuarakan pendapat dan cadangan.

Kita semua sedar bahawa untuk mendapatkan satu pasukan bolasepak yang baik dan kompetitif, pemilihan pemain serta jurulatih yang berkaliber adalah satu elemen  terpenting. Namun faktor utama kegagalan sesuatu persatuan bolasepak itu sering dikaitkan dengan masalah kewangan persatuan itu sendiri.

Ini terjadi kerana dana pasukan atau persatuan itu terikat kepada peruntukan atau geran terhad dari kerajaan negeri di samping beberapa tajaan dari sumber syarikat swasta yang tidak mencukupi untuk menampung kos sukan bolasepak itu sendiri.

Adalah tidak adil jika kerajaan negeri mengambil wang yang diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi dan rakyat semata-mata untuk sukan bolasepak yang kita ketahui tidaklah mendatangkan keuntungan secara langsung kepada kerajaan negeri jika sistem lama itu masih dikekalkan.

Produkkan dan jenamakan sukan bolasepak di bumi Perak, nescaya ianya bakal menjadi satu lagi sumber yang boleh memberi keuntungan kepada semua pihak samada kerajaan negeri, persatuan dan peminat bolasepak Perak.

InsyaAllah suatu hari nanti liga bolasepak tempatan akan menjadi satu lagi kebanggaan negara dan negeri selain mampu mengangkat kembali maruah bolasepak Perak ke landasan sebenar serta memartabatkan bolasepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Terima Kasih

Artikel ini sebenarnya telah dibuat dalam bentuk komen oleh pengguna yang bernama miez3, namun telah diubah oleh pengurusan seladang.net untuk disiarkan sebagai artikel kerana mempunyai nilai yang baik untuk diperhalusi oleh kita semua.

Likes(1)Dislikes(0)

15 thoughts on “Dilema Peminat Perak | Skuad Seladang

  1. amirfsl

    satu pandangan dan komen yang amat bernas!terima kasih kepade admin dan miez23,orang selalu bercakap,,who said money can't buy the championship??ungkapan ini amat sinis tapi inilah hakikat dunie bola sepak sekarang berbanding dahulu,,zaman moden ni semuenye berkaitan dengan wang kerane dengannye,barulah sesuatu pertubuhan atau institusi dapat berdiri teguh dan bersaing dengan pertubuhan2 yang lain,,jika wang adalah antare masalah yang dihadapi pasukan seladang,jadi teman berharap satu langkah atau tindakan yang drastik dapat diambil oleh pihak2 atasan,,bola sepak adalah sukan teras di malaysia,jadi perkataan 'merugikan' sepatutnye tidak berade dalam kotak pemikiran masing2!contohilah pembangunan bola sepak di negare2 asing yang telah jauh meninggalkan kite,,teman percaye bahawa malaysia adalah sebuah negare yang pesat membangun bukan sahaja dalam bidang pembangunan dan ekonomi,malah dalam semua aspek!siapa lagi yang boleh membantu kite selain diri kite sendiri!ayuh malaysia!ayuh perak!lets move on to the next chapter..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mie

    Masalah yang melanda bukan hanya berlaku pada pasukan Perak, malah banyak lagi pasukan dalam Liga Malaysia mempunyai masalah yang sama.Politik dan sukan tidak seharusnya dicampur aduk.

    Saya sokong cadangan diatas. Sistem bola sepak di negara kita perlu berubah. Korperatkan semua kelab yang bertanding untuk berikan lebih komitmen dan saingan kepada kelab-kelab lain.

    Liga super perlu dinaik taraf lagi. Tawarkan jumlah hadiah bagi pemenang lebih tinggi (cth:RM5 juta>) untuk menjadikan kan liga super lebih kompetatif dan berdaya saing baik kepada pemain, pengurusan dan sponser.

    Cuba banyangkan Pasukan Perak dikoperatkan. Kemudian, seorang jutawan ambil alih pengurusan Perak...mesti dia beli player import yang power-power. Silap-silap, ronaldinho pun join perak..hahaha..

    Tapi yang penting, coach kene tukar..Sack SD!!!

    Stadium pun tukar baru macam anfied std.hahah..

    go perak go..!!
    kejor yob kejor..!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera pada teman-teman dalam Seladang.net..Terima kasih pada miez3 kerana prihatin terhadap permasalahan dalam kancah bolasepak dinegara kita khususnya pasukan Perak..Saya telah menghantar email berserta artikel-artikel (1) Akademi Bolasepak (2) Bolasepak Perak Ke Arah Imej Korporat kepada YAB Menteri Besar Perak yang baru untuk dinilai agar ia dapat direalisasikan demi kemajuan bolasepak Perak ke era moden..Terpulang pada kebijaksanaan serta keprihatinan YAB Menteri Besar cara bagaimana untuk merubah struktur didalam Persatuan Bolasepak Perak..Ia mungkin mengambil jangka masa yang panjang kerana untuk menstruktur kembali perlu melalui beberapa peringkat..Kita berdoa agar Persatuan Bolasepak Perak khususnya Pasukan Perak disegani didalam negara serta diluar negara seperti Chelsea, MU, Arsenal, Liverpool, Barcelona, Real Madrid, Urawa Reds suatu masa nanti...Insyaallah

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. slash

    mmg bagus jika bolasepak dikorporatkan
    FAM perlu pikir tentang bende2 mcm ni
    kite ibarat berniaga dlm dunia bola..
    sponsor cari sendiri..mcm2 lg..
    org2 korporat beli saham team mmg bagus..
    mcm abramovic tu..player mane2 dia bole bli..
    mcm2 dia bole usahakan utk team chelsea..
    tapi ada jgk masalah klu dikorporatkan terutamanya kt msia..
    umpamanya..
    tgk saje le kalu team main mcm hampeh..stadium pn kosong je..
    mane duit nk masuk..n then klu korporatkan harge tiket mesti mahal jdnya..org2 kt msia ni mane ndak keluor duit byk2..lebih2 lg bola..kalo bole nk panjat pagor je..
    tp kite mmg perlukan perubahan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    selagi org2 yg tak tahu menahu pasal bola berada di atas, selagi tu laaa bola malaysia tak maju. walaupun dikoperatkan macam MSL sekarang ni, kita masih ditakuk lama... ranking masih 160 ke atas... malu laaa FAM oooiii...

    apa jadi dgn player lepas mereka bersara? teman rasa cuma 1% jer yg jadi coach. yang lain ntah kemana... sebab kebajikkan mereka tidak terjaga... pemain bolasepak bukan sahaja patut diberi latihan dari segi fizikal, tetapi mereka perlu diberi pengajaran dari segi management supaya mereka dapat memimpin persatuan selepas bersara nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. lee_dado

    setiap peminat yg cintakan bola sepak negeri itulah yg dimahukan...maju dlm bola sepak sepertimana kita lihat negara jiran kita serta Asia yg lain...

    negara kita ada sumber ekonomi yg kukuh dan berkembang maju..tetapi revolusi bola sepak negara kita setanding Bangladesh, Palestin, maldives dan negara mundur yg lain...

    dimanakah silapnya..apakah puncanya...bukan sahaja peminat bola sepak negeri Perak sahaja yg inginkan satu perubahan sedemikian...saya peminat Hijau Kuning pun mahu melihat apa yg dicanangkan oleh saudara penulis katakan...

    seperti yg diharapkan kita semua mahukan bola sepak negara kita seperti negara luar yg mana bola sepak itu sendiri dimajukan sebagai satu "perniagaan yg menguntungkan". oleh yg demikian pengkoperatan bola sepak ini amatlah dialu-alukan...adakah ianya amat berisiko...semestinya dlm bidang perniagaan ada risikonya..tetapi itulah jalannya kalau kita mahu lihat satu perubahan yg besar dari segi pengstrukturan semula bola sepak negeri..

    selagi masih dipegang oleh kerajaan negeri, tidak kemana bola sepak kita, dr segi penajaan, gaji pemain, kebajikan, produk bola sepak sebagainya kita masih ditakuk lama sebenarnya....

    bagaimana kita melihat negara asia lain serta eropah.. bola sepak satu yg menguntungkan.. ramai penaja berebut-rebut utk menaja pasukan tersebut, kita pula di sini tercari-cari penaja pasukan malahan ada yg sampai pasukan gulung tikar terutama pasukan kelab... dr segi produk pula kita melihat bola sepak ini dipelbagaikan..penjualan jersey, jenama pasukan, nama pemain, itu adalah satu sumber kewangan alternatif utk pasukan...

    mungkin itu terlalu imaginasi bagi saya kerana ranking pasukan Malaysia terlalu daif utk semua itu, tp itulah yg kita mahukan utk majukan bola sepak kearah masa akan datang...

    adakah akan menguntungkan semua ini kalau ianya dilaksanakan...setiap pemegang saham mahu melihat syarikatnya mengalami kerugian.??? dan bagaimana nak mencari keuntungan..contohilah negara maju bola sepak yg lain...

    nak pandai dan maju org kata kena tiru, tp org lain kata tiru itu adalah jalan mudah nak dapatkan sesuatu, kita tiru yg positif laaa, yg negatif tu abaikan...

    yg penting buat masa skrg bentuklah skuad anak-anak muda utk masa depan bola sepak kita, kerana yg ada skrg tak ke mana, kita perlu mula sebagaimana seperti bayi dilahirkan, disitulah ianya dicorakkan dgn acuan tersendiri yg kita mahukan...

    MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA
    PULUN KEDAH PULUN

    komen admin: Terima kasih buat rakan dari HKC yang memberikan komen bernas di sini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    sudah masanya penyokong perak bersatu hati melakukan perubahan, terutamanya dgn tampuk pimpinan negeri yg baru.

    apa yg teman syorkan, kita buat sessi brainstorming... dalam 5 org... kita rekacipta cara2 utk memajukan bolasepak negeri.. dari umur 5-6 tahun hingga tahap skuad piala presiden. kemudian bila siap, kita sembahkan kepada Tuanku Presiden/MB... jika rakyat boleh tentukan hala tuju sebuah negeri/negara, penyokong juga boleh tentukan hala tuju pasukan bolasepak negeri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yobscoryob

    setelah meneliti apa yang telah diperkatakan oleh saudara miez3 sebenar nya kita sememangnya memerlukan satu perubahan besar dalam kancah bola sepak perak terutamanya..idea pengkorpratan sebagainya yg telah dicanang untuk dilakukan oleh pasukan bola sepak selangor oleh MB nya adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh pasukan perak juga...melihat kepada pengkorpratan ini sebenarnya mampu membawa satu dimensi baru kepada mana2 pasukan bola sepak dimalaysia.melihat saja pada pengurusan sebagai entiti korporat kita sudah tau bahawa matlamat utama adalah untuk memuaskan hati pemegang sahamnya. oleh itu melihat kepada perkara tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh saudara lee_dado mana ada mana2 pemegang saham mahukan kerugian.begitu juga dengan pihak pengurusan dan pihak2 berkepentingan lainnya.mereka juga pastinya akan menjadikan sesebuah syarikat atau entiti itu mdapat keuntungan.namun apa yang perlu diambil perhatian ialah CEO yang dilantik dan individu2 yang mentadbir sesebuah organisasi tersebut perlulah berkualiti sebagaimana pemain2 pasukannya. namun begitu ianya hanya menjadi realiti sekiranya diluluskan.mungkin pada masa tersebut barulah kita ada dapat melihat perubahan dalam kancah bola sepak tempatan mahupun antarabangsa..saya juga mengharapkan perkara tersebut menjadi realiti...

    perak tetap dihati.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. miez3

    Salam & terima kasih pd dato,amirfsl,yobscoryob & sahabat2 seladang.net yg lain...tak lupa juga pada lee_dado dr HKC....sama2lah kita berdoa agar ianya berjaya direalisasikan suatu hari nanti...lambat atau cepat kita tawakal jelah....

    Kpd sahabat2 juga teman berpesan sekiranya masih terdapat ruang2 atau saluran2 yg terdekat dgn kerajaan & agensi2 yg berkaitan bolehlah diutarakan perkara ini kpd mereka...

    Demi bolasepak...Demi PerakFA....Skor Yob Skor...

    Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. sylvershop

    pengkropatan pasukan bolasepak sahaja tidak mencukupi kerana selain dari aspek pengurusan pasukan aspek lain harus diambil kira sebagai contoh pembangunan pemain-pemain muda. kalau di lihat, kita adalah negara dimana akademi bolasepak tidak dititik beratkan. saya ada terbaca mengenai sistem bolasepak di eropah i.e england, di mana daerah sendiri dapat menganjurkan liga bolasepak tempatan (bagi remaja), dan pemain terbaik dipilih mewakili daerah dalam liga bolasepak antara daerah yang dianjurkan oleh persatuan negeri. kemudian semasa musim cuti sekolah, 100 pemain dari liga bolasepak negeri dipanggil untuk menjalani latihan pusat yang dianjurkan persatuan bolasepak negeri. dari situ beberapa pemain yang berpotensi akan di panggil untuk menjadi apperentice di akademi bolasepak kelab2 tempatan. di akademi bolasepak itu nanti, terserah kepada pemain itu sendiri untuk memajukan dirinya dalam bolasepak. standard akademi bolasepak itu sendiri adalah sama, tidak kira sama ada akademi itu dari kelab bolasepak liga perdana inggeris atau liga bolasepak divisyen 1/2/3 dan benchmark adalah tinggi. di akademi bolasepak ini remaja terbabit boleh bersekolah seperti biasa dan hadir ke akademi selepas waktu sekolah untuk berlatih bolasepak. dari sini disiplin pemain dapat dibentuk secara natural.kemudian di peringkat negara, pertandingan liga bolasepak remaja di antara akademi bolasepak akan di adakan. dari situ kelab2 utama akan memilih pemain yang dianggap berpotensi besar untuk diserapkan dalam pasukan reserve. disini mereka dilatih sepenuh masa seakan2 dalam pasukan utama. kadang kala pemain dari senior yang baru pulih dari kecederaan akan bermain dalam liga untuk reserve team. dari situ pemain senior akan memberi tunjuk ajar atau guideline atas dasar pengalaman. coach di akademi adalah dari kalangan profesional dan bukan cikgu.di malaysia kita ada piala president dan liga perdana / MSL. itu bukan satu masalah sebenarnya kerana untuk pasukan piala president sepatutnya persatuan bolasepak negeri/kelab menyediakan team dari kalangan terbaik pada peringkat akar umbi dan selanjutnya mutu bolasepak akan meningkat. malangnya, sesetengah pemain ini dipilih semasa pertandingan antara sekolah dan terus diserapkan ke peringkat negeri. ini bererti satu jurang yang besar telah di pintas dari aspek pembangunan. ini juga bererti siapa2 pun boleh jadi pemain negeri mungkin mengikut motto airasia" now everybody can fly" dan diubah menjadi" now everybody can play". sepatutnya untuk menjadi pemain pasukan bolasepak negeri adalah dari kalangan yang terbaik dan bermutu. pasukan utama merupakan satu prestige dan dapat bermain dalam liga MSL satu prestige dan dapat bermain untuk negara satu prestige. bukannya " now everybody can play"

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. padiltaiping_81

    setuju...PAFA perlu dikopratkan supaya sumber dana tidak hanya bergantung kepada hasil jualan tiket&peruntukan FAM/kerajaan negeri sahaja..jadilah mcm man. united,real madrid&lain2 kelab eropah yang merupakan entiti perniagaan yg menguntungkan selain daripada memajukan sukan bola sepak..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. pie

    Setuju ngan semua fan. Mungkin cara ini dpat memartabatkan bolasepak perak dan malaysia.
    Dlm paper hari ni dah bgtau yang kddukan malaysia jatuh ke tangga 170. makin hari makin bawah nampaknya. sedih2

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. pie

    apalah usaha yang harus diambil lagi pasni? admin bleh cadang x kpd fan apa yang hrus dibuat untuk memulihkan pestasi pasukan YOB.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. m_anip2

    apa jua usaha boleh dilakukan mcm pengkorporatan ni namun mesti ada semangat nk majukn bola sepak dgn bersungguh2 bkn sekadar hangat2 tahi ayam shj...mula2 "ada" then senyap ntah mengapa...hermmm...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.