AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs New Radiant (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kelima kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan New Radiant di Stadium Perak, Ipoh. Perlawanan pertama pada 11 Mac 2008 telah dimenangi oleh Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Carlos Caceres telah berjaya menyumbat 2 gol serta satu gol lagi dari Khalid Jamlus. Cuaca di Stadium Nasional Male ketika itu cukup panas kerana perlawanan diadakan pada sebelah petang dan bukannya malam seperti kebiasaannya.

Berdasarkan kepada rekod lalu, Perak sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan New Radiant kali ini ditempat sendiri. Namun seperkara yang mengejutkan telah berlaku dimana pasukan New Radiant telah berjaya mencatatkan keputusan seri 1 sama ketika bertemu SAFFC di Stadium Jalan Besar, Singapura tempohari.

Secara matematiknya, pasukan Perak perlu menang ketika menentang New Radiant dan sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu SAFFC di tempat lawan. Ini menjadikan Perak memungut 11 mata dan peluang untuk layak ke pusingan suku akhir mungkin sedikit terbuka walaupun masih terpaksa bergantung kepada jumlah pungutan mata dari kumpulan lain juga.

Berkemungkinan kelibat Khalid Jamlus tidak akan kelihatan pada perlawanan ini nanti kerana mengalami kecederaan berulang sewaktu perlawanan menentang pasukan My Team FC tempohari. Malangnya pengganti beliau, Razali Umar turut mengalami kecederaan lutut dan terpaksa dikeluarkan pada babak-babak akhir perlawanan.

Tetapi penulis cukup yakin yang pemain-pemain ini pasti akan dibenarkan turun bermain pada perlawanan itu nanti kerana penulis sudah masak sangat dengan “cara” jurulatih kita yang gemar menggunakan pemain selagi “boleh” tanpa memikirkan risikonya.

Nasihat penulis kepada pemain-pemain Perak ialah, jika anda cedera tidak perlulah beriya-iya sangat meminta untuk diturunkan bermain. Ambilah waktu pelepasan untuk berehat dan jagalah “kaki” anda kerana itu adalah “periuk nasi” anda sendiri. Tidak perlu menjadi “Hero” dan mengorbankan masa depan anda seterusnya.

“Don’t Be A Hero Today But Zero Tomorrow”

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs New Radiant (review)

  1. kenari_245

    kejor yeob Kejor..

    Aku yakin Perak boleh menang ngan team New Radiant..Kita semua mengharapkan kedua2 wakil tunggal Malaysia iaitu Kedah dan Perak berjaya ke peringkat seterusnya..

    Buktikan kepada semua bahawa pasukan kita mampu lakukan demi untuk negara MALAYSIA..Tutupkan segala desas -desus masalah dalaman bola sepak malaysia dengan memperoleh kejayaan di peringkat asia..

    Pulun Kedah Pulun...

    Benci Rasuah!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Teman setuju ckp YB tu...karang tak cukup dgn "bungkus" game kaki player plak ber"bungkus"...pastu baru le nak menyesal...apa salahnya pakai je player2 muda Steve oii...bagi le pendedahan sikit..ari tu bukan main lagi kt TV kata Perak byk player muda berbakat!! baru le bleh jadi from Zero To Hero mcm Razali “Adebayor” Kandasamy!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobscoryob

    btul 2...setuju sgt dgn apa yg dikatakn YB 2...spttnya kita dr dulu lg bg peluang kpd player2 muda kita utk timba pengalaman..jgn asyik paksa player yg cedera main...pe2 pn selamat bjuang utk skuad perak.semoga beroleh kejayaan.begitu juga utk kedah...

    perak ttp dihati...
    scor yob scor...

    p/s:agaknya formasi esok 3-5-2 lg ye.harap2 biar byk scor tp bkn byk bocor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    harapnye jgnle si sd tu buat keje tak dapat diterime akal lagi..ramai lagi pemain dalam skuad perak,bagi le dorg main..kalo die select khalid ngan razali yg tak 100% cergas main,tak tau le nak ckp ape..patut ke para pemain dipersalahkn??ape2 pun,harap team perak dapat mengulangi kejayaan spt di maldives dulu,,cerah peluang ke suku akhir kite ni,lepas ni nak lawan saffc..buat yang terbaik yop!and steve..please be more rational..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.