feed rss2

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 3 - 0 New Radiant

Barisan Perak

Nasril Nourdin

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - S. Subramaniam

Shahrulnizam - Jorge Munoz - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Chan Wing Hoong

Carlos Caceres - Razali Umar


Minit 36: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Jorge Munoz hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol New Radiant.

Minit 38: Entah apa yang berlaku rentetan bentesan pemain New Radiant keatas Shahrulnizam, pemain berjersi 12 telah dilayangkan kad merah. Tidak lama kemudian 2 orang lagi turut dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning kedua. New Radiant bermain 8 orang pemain diwaktu ini.

Tamat separuh masa pertama dengan 3 orang pemain New Radiant dibuang padang. Sabah Ibrahim, Ahmad Mohamad dan Daniel Mbock dilayangkan kad kuning kedua gara-gara kekasaran yang terlampau. Permainan banyak dikuasai oleh pemain Perak dengan deretan peluang terhidang namun tidak berjaya dijelmakan menjadi gol.

Separuh masa kedua bermula dengan permainan hampir 90% dikuasai oleh pemain Perak. Namun sehingga minit ke-50 permainan, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan.

Minit 63: Jorge Munoz sekali lagi menjaringkan gol kedua buat pasukan Perak di dalam kotak penalti setelah keadaan pertahanan lawan kucar kacir.

Minit 75: Hingga ke waktu ini pasukan Perak masih lagi mengasak hebat namun para pemain New Radiant masih mampu bertahan dengan baik.

Minit 85: K. Nanthakumar dikeluarkan untuk Nor Hazrul manakala Khairi Zainuddin digantikan dengan Fauzi Arrifin.

Minit 88: Razali Umar menjaringkan gol ketiga buat pasukan Perak dari luar kotak penalti lawan. Tambahan masa 3 minit.

Tamat permainan.

Keputusan perlawanan lain:

Kitchee SC 0 - 2 SAFFC

24 Responses to “AFC Cup 2008 - Group E | Perak vs New Radiant (result)”

  1. on 30 Apr 2008 at 8:58 pmmiwan tapah

    aiseh…teman tgk line up ni sedih bebenor….awat la munoz tu ade lg….dia mmg seorang yg akan mengkucar kacirkan,tapi bkn team lawan tapi team sendiri…hu.hu…

  2. on 30 Apr 2008 at 9:37 pmmiwan tapah

    hu.hu teman dah salah aggap la…hu.hu….bagus la plak munoz nie…tp still kelam kabut gak..

  3. on 30 Apr 2008 at 9:43 pmseansan00

    perghh… nanta main tgh sey..
    main 8 org? ini mmg x adil…. ( dlm hati senyum lebor…)

  4. on 30 Apr 2008 at 9:44 pmseansan00

    main 8 org? ini mmg x adil…. ( dlm hati senyum lebor…)

  5. on 30 Apr 2008 at 9:46 pmkeanu147

    hrp2 menang la mlm ni…

  6. on 30 Apr 2008 at 9:46 pmmiwan tapah

    perak x menang lg xtau la….8 org beb…

  7. on 30 Apr 2008 at 9:59 pmyobscoryob

    btul 2…8 lwn 11..
    adui jgn ler kalah perak.malu kite kalau kalah…
    tp rasanya ble mng besor nih…

  8. on 30 Apr 2008 at 9:59 pmmiwan tapah

    admin…naper x bt live komentator setiap 5 minit???main kat ipoh jer….br best tau ape jd game tu…..

    jawapan admin: Kami tidak berjanji untuk memberikan live komentetar untuk perlawanan ini. Namun ada maklumbalas ringkas diterima dari rakan-rakan yang berada di stadium buat masa ini. Oleh itu setakat ini sahaja laporan yang mampu kami berikan.

  9. on 30 Apr 2008 at 10:19 pmmiwan tapah

    aikK????bagus la plak munoz malam nie…dh letih kutuk2 br nak form…2 bijik dh….ce hatrik mlm nie,lg bagus…

  10. on 30 Apr 2008 at 10:45 pmyobscoryob

    agaknye time situasi kelam kabut bru si munoz nih ble form.sesuai dgn status die..tul x miwan..kite tgk dpt x sebijik lg si munoz nih

  11. on 30 Apr 2008 at 10:45 pmkeanu147

    hmm…..da 3-0..syukur…

  12. on 30 Apr 2008 at 10:52 pmyobscoryob

    tahniah skuad perak!!
    mungkin kita ptt ucapkn terima kasih pd player new radiant, Sabah Ibrahim, Ahmad Mohamad dan Daniel Mbock sbb keluar pdg mlm nih…

    syukur juga Kitchee kalah…

  13. on 30 Apr 2008 at 11:00 pmmiez3

    Ada harapan nampaknya Perak ke suku akhir yek…apapun tahniah le teman ucapkan…moga terus mara…

  14. on 30 Apr 2008 at 11:02 pmmiwan tapah

    teman rase la,team perak ni ego sikit la..mentang2 piala liga super tu piala tempatan je,lgsg xnk rebut dh…nk yg high level jer,AFC kemain perform baik….xpela,janji ade piala tahun nie udah…idak la pelingkup smua piala………….apepn teman syg balik team teman,dulu dh nyampah sikit dh…kejor yeob kejor….

  15. on 30 Apr 2008 at 11:03 pmwebmaster

    Terima kasih kepada saudara Pakcu yang memberikan laporan dari Stadium Perak untuk perlawanan sebentar tadi.

    Terima Kasih
    admin

  16. on 30 Apr 2008 at 11:27 pmDr Kampung aka Bomoh

    Mak aih… Bior betui si Munoz nih. Heran aku. Aku ingat dia ni kena tempoyak kot, baru perform. Nak menangis aku… Terharu. Dah lama dahagakan kejayaan besar mcm malam ni. Thanks to all of yobs yang bagi komentar.

    “Agi idup, agi ngelaban”(mcm kenai jer)

  17. on 30 Apr 2008 at 11:31 pmDr Kampung aka Bomoh

    Sapa tau result for Kedah?

    jawapan admin:
    Victory 1 - 1 Kedah

  18. on 30 Apr 2008 at 11:35 pmamirfsl

    1st half belum abis tp smpai 3 orang dah kene buang padang??!!ape tujuan sebeno new radiant ni??!!nak men bola ke ragbi??kite dah le ade beberape player yg injured,jgn kome nak tamboh pulok!keji benole kalo ade player2 perak yg mengalami kecederaan serius mlm ni disebabkan tackle2 keras deme..aiseh,,munoz skor due,,baguih le..tapi lebih baguih kalo perak meng ngan saffc nt!tebus balik kekalahan memalukan kat ipoh dulu..ape2 pun,tahniah yop menang!..

  19. on 01 May 2008 at 12:08 ammeor19

    Haaa… Itu la yang saya coba ingatkan buat teman2 Seladang.net… Baca artikel2 yang lepas2… lepas tu buat penilaian…. entah siapa tahu kalau SD bagi rasuah pada pemain2 New Radiant?? Dia kan halalkan judi… Hahaha… Bias ke saya nih???

  20. on 01 May 2008 at 12:24 amsylvershop

    caya la razali ‘adebayor’ peringkat asia dah score…bagus bagus boleh tambah dalam CV. terima kasih kepada ref membenarkan 3 org kad merah.. tapi agak terkilan 11 lawan 8 dpt score 3 bijik jer?? 1 gol mewakili sorang kena buang. anyway tahniah untuk perak harap2 sampai ke final..tgh tunggu komen dato’

  21. on 01 May 2008 at 4:23 amnemophat86

    perghh…xcaya teman dengan horge tu..hop sangat 3 biji chiliies ni trus mara utk dakap 2 piala Malaysia,AFC..teman terkejut bila cek kat seladang.net ni tgk perak mng..

  22. on 01 May 2008 at 5:33 pmmiez3

    Semuanya dah terlambat utk si Munoz tu…itu pun mungkin gol nasib atau dia berada “at the right time at the right place”…lgpun main dgn 8 orang…apapun kalau boleh musim akan datang tak payah le pakai khidmat dia lagi…cukup le tu…kita cuba yg lain pulak…

  23. on 02 May 2008 at 10:30 amdato

    Assalamualaikum admin dan teman-teman Seladang.net..Tahniah pada pasukan Perak kerana berjaya menewaskan pasukan New Radiant..Walaupun kemenangan yang ditunggu-tunggu dalam perlawanan tersebut namun ada sedikit kegusaran yang berlaku dalam permainan iaitu 8 lawan 11..3 gol memang sudah memadai untuk 3 mata dalam kumpulan tetapi dengan 11 pemain pasukan Perak adakah 3 gol sudah cukup membuatkan penyokong pasukan Perak merasa lega..Apa akan berlaku jika pasukan Perak yang bermain 8 orang sahaja..Ini menunjukkan kepincangan berlaku dalam jentera serangan pasukan Perak..Walaupun pasukan New Radiant bermain secara bertahan janganlah kita merasakan 3 gol sudah lengkap untuk melangkah ke suku akhir..Saya tidak menafikan pemain-pemain pasukan Perak..Namun jika diberikan perlawanan ini pada skuad Piala Presiden..Saya rasa mungkin jaringan lebih dari 3 gol..Yang saya ingin perkatakan disini adalah “semangat”..Saya merasakan yang bermain difikiran pemain dan SD adalah “Cukuplah”..Inilah yang seharusnya kita mahu kikiskan..Sama ada pasukan itu lemah atau kuat..Kita perlulah berjuang sehingga minit terakhir untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh..Saya tidaklah kata pemain perlu bermain secara kasar untuk menjaringkan gol lebih dari sepatutnya kerana hendak menjaga dari tercedera..Gunakanlah pemikiran yang terancang..Perkara seperti inilah yang melanda pasukan negeri-negeri dan malaysia..Semangat juang tidak tinggi..Jika sudah layak tidak menggangap pasukan yang dilawani selepas itu tidak penting..Hanya sekadar pemanas badan..Semangat serta Maruah sebagai juara, negara atau sebagainya tidak akan luntur jika pemain serta jurulatih itu sendiri menggangap perlawanan tidak ada titik tamatnya. Walaupun wisel ditiupkan menandakan tamatnya perlawanan..Jika menang, piala akan dijulang dan diarak keserata stadium dan negeri/negara..Tapi perlu diingat..Kejohanan tetap akan diteruskan pada musim yang lain..Oleh itu jangan merasakan kemenangan satu titik tamat dalam kejohanan yang kita lalui..Cuma sekadar kenangan serta kemanisan mengucup piala untuk seketika..Perjalanan pasukan Perak sentiasa jauh bukan sekadar pelengkap menjadi juara tetapi perlu bergelar juara dan juara serta seterusnya juara..Semangat juang perlu diteruskan dan ditunjukkan demi maruah, negara, negeri dan penyokong setia kerana tidak ada titik tamat dalam perjuangan kecuali mati..Fikir-fikirkanlah..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

  24. on 05 May 2008 at 2:28 pmkotoploks

    admin…nk tanya sket..apsal team perak malam tu pakei JC itam…berkabung ke….elok² pakai belang…sempoi ..dah tuko pakai itam lak…apele super dungu…ikut suke bapak dia je nak tuko JC…HOI SD(Super Dungu) … Perak FA belongs to Perakians..not your FATHER…@#$%^&^%$#

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]