AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Kitchee SC (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 2 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ketiga kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak kali ini ialah bertemu pasukan Kitchee SC dari Hong Kong di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan ini mempunyai gelanggang sendiri yang diberi nama Mong Kok Stadium dan mampu memuatkan kira-kira 8500 orang penonton.

Pasukan ini telah dilaporkan tiba di Ipoh tatkala pasukan Perak sedang menentang pasukan Sarawak di Kuching Ahad lalu. Ini membuatkan pasukan seladang seolah-olah sedang bermain pada perlawanan luar kerana terpaksa pula bergegas pulang ke semenanjung untuk bermain sebagai pasukan tuan rumah.

Rekod perlawanan mereka dalam liga domestik Hong Kong agak baik kerana sentiasa sahaja berada dalam situasi empat pasukan terbaik dalam mana-mana kejohanan yang disertainya. Pasukan ini telah memenangi League Champion sebanyak 3 kali, Senior Shield 5 kali dan League Cup sebanyak 2 kali.

Untuk kedudukan semasa liga pula, mereka menduduki tangga ke-7 dari 10 pasukan yang bertanding kini. Prestasi mereka dikhabarkan tidaklah cukup mantap untuk tahun ini berbanding ketika di tahun 2004 atau 2005 di mana mereka pernah mencatatkan sejarah yang cukup manis di peringkat dunia.

Mereka pernah menewaskan pasukan AC Milan (Itali) pada perlawanan persahabatan yang diadakan di Hong Kong pada 31 Mei 2004 serta menumpaskan pasukan Juventus (Itali) melalui sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2 sama pada 4 Jun 2005.

Perak pula dijangka akan mendapatkan semula khidmat Khalid Jamlus yang terpaksa menjalani penggantungan pada perlawanan tempohari dan akan digandingkan bersama Razali Umar dibahagian serangan.

Ramalan penulis berkenaan formasi dan senarai pemain yang akan beraksi kelak:

Formasi 3-5-2

Hamsani Ahmad

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Jorge Munoz

Danial Fadzly – Ahmad Shahrul – Hardi Jaafar – Shahrulnizam

Khalid Jamlus – Razali Umar

 

Sudah pasti harapan semua peminat adalah untuk melihat skuad Perak mencatatkan kemenangan di tempat sendiri walaupun mereka menyedari pemain masih lagi kepenatan selepas mengharungi 9 perlawanan bulan lalu.

Bulan April ini hanya ada 6 perlawanan sahaja untuk pasukan Perak dan pemain bakal mendapat rehat yang agak panjang dari 17 hingga 25 April memandangkan pasukan Perak tidak bermain pada 19 April untuk TM Liga Super.

Kekalahan kepada Selangor tempohari untuk kempen Piala FA seharusnya dilihat dari sudut positif, jika tidak pasukan Perak terpaksa beraksi sehingga 8 perlawanan bulan ini. Itu tidak termasuk jika ada undian awal untuk kempen Piala Malaysia dijalankan.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung ringkas dari krew bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

25 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Kitchee SC (review)

  1. Raul hashim

    Sd tlg turunkan player muda n senior dlm game ni. bg pendedahan awal pd player muda kt. Harap keeper kt no 3 dpt diturunkan. dpt main second half pun jd ler. kalo x smp bila pun xhebat jgk. tu pelapis kt. lg satu cuba ubah posisi danial ltk jd penyerang pulak. dulu kt pernah try indra. mane tau danial menjadi pulak. lg pun org kt jd back up stricker. tlg le sd. teman nk 3 mata esok walau ape pun terjadi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Kejor Yob Kejor
    Cukuplah kita derita bulan lepas, biarlah Mac diganti dgn April yg indah iAllah.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua teman-teman dalam seladang.net..Berbicara pada pertemuan piala AFC malam esok..Saya mencadangkan pasukan Perak perlu menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-4-2..Ini kerana ia memberikan kekuatan seimbang dari setiap sudut..Perubahan perlu dilakukan segera demi kebaikkan pasukan Perak..Pengurusan Bolasepak Perak dan Steve Darby dengarilah rintihan dan keluhan peminat setia pasukan Perak..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor..

    Perak 3 - Kitchee SC 1

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. blackbendi

    ni game yg ke3 untuk AFC Cup , Khalid pun dah ada balik..
    harap2 game ni dapat tutup mulut Shebby yg lantang mengatakan bahawa pasukan dari liga tempatan tak setaraf dengan liga di negara lain..
    ayuh yop tunjukkan yang kita masih mampu untuk bersaing , kami akan sentiasa menyokong..

    skor yop skor
    tapah mali...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Redzuansky

    aih lm benor tmn xonline.. kna lak dgn prestasi Perak FA yg xtntu kblkgn ni. aduhai.. fhm2la. tmn xb'ada d negeri sndr, skg jauh mrantau d selatan..

    apapn, hrp skuad Seladang dpt mnmpukn perhatian pd p'lwnn mnntg Kitchee SC mlm esk. apa y pntg skg ni adlh Perak mmrlukn kmngn moral dlm mmbtk smula skuad y mntp. tmn snts optimis dlm stp game y m/bbtkn pskn ksygn tmn ni..

    Perak pstny mmpu utk mnndkkn Kitchee.. Perak boleh..
    Skor Yob Skor!! kasi deme mangkor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. meor

    perak letih sangat......
    darby,teman cadangkan mad nor ismail tu buat striker bekap pada kj ngan razali......

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. repasi

    ayuh wira2 seladang..bangkitla kembali untuk memahat nama sebagai lagenda..masyhurkan nama negeri n negara..

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. abgcho

    jgn toleh pada march yg perit...april yg gemilang bakal menanti..insyaAllah.....moh kejor kome smpei gol..cheer up wild ox..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. satorare

    wat yg terbaik utk utk game nnt..
    elok bg pendedahan awal kt player muda kita..
    ada la backup nnt bila ada player yg injured..
    en admin, CC x bleh main bape lama?

    jawapan admin: Mungkin seawal bukan Mei nanti beliau sudah boleh bermain semula itu pun jika menjalani pemulihan secara total dari pakar fisioterapi Perak dan yang paling penting, mereka yang terlibat jangan biarkan pemain untuk beraksi kalau tidak cukup cergas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Salam semua....harap team Perak dapat mempergunakan kelebihan bermain di tempat sendiri utk mnggapai kemenangan dan menutup mulut pengkritik2 semua...teman sokong kata2 penulis dgn adanya jurang masa yg agak selesa buat team selepas gagal meneruskan perjuangan dlm FA Cup tempohari ini akan dpt membuat team lebih fokus pada perlawanan yg lain.....diharap malam besok team memulakan langkah kanan pada bulan April ni....
    Diharap juga penyokong2 setia Perak tetap ke stadium malam besok utk beri sokongan padu....teman cuma tunggu dan lihat dari jauh je...maklum le dah keje kt negeri org ni...
    Skor Yob Skor!!

    Perak 4 Kitchee 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. sylvershop

    salam semua, harapan teman agar perak menang game ni dan layak sampai ke perlawanan akhir. buktikan bola sepak malaysia tidak terpinggir...memana player yang berhajat nak main oversea inilah masanya buktikan permainan anda benar2 berkualiti..jangan jadi jaguh kampung atau sekadar samseng kampung sarip dol!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. seansan00

    perlawanan penting ni.. sbb kite main kat ipoh.. hongkong lak.. baru lpas musim sejuk.. dieorang jgak dah biasa dgn cuaca panas.. jd dieorang x de masalah dgn faktor cuaca.. hope perak tingkatkan prestasi..!!! go kalid go!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. yobscoryob

    good luck utk pasukan kesygn sy..
    kejar yob kejar...
    scor yob scor...

    kite pasti boleh "mkn" kitchee!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. seansan00

    sean mendoakan kejayaan pasukan perak dlm game ni.. kite perlukan kemenangan utk bersaing dgn team singapore tuh..
    paperpun.. gud luck perak!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. razlan

    teringin bebeno nak balik ke ipoh mlm esok, tapi kena pegi otstation lak.... teman doakan supaya perak menang... insya-Allah

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. Pakcu

    pakcu jarang sekali utk meragui keupayaan pemain2 Perak tapi bila sampai bab "keletihan".. fitness ni.. pakcu sendiri pun tdk berkeupayaan nak komen.. cuba anda bayangkan.. player2 sampai malam selasa dari Kuching... dan selasanya mereka harus jalani "latihan ringan" dan rabu pulak ada game.. game peringkat antara bangsa lagi.. sedangkan pihak lawan sudah pun sampai dan berada di Ipoh. Sedang lagi beristirehat.. goyang kaki.. urut sana urut sini.. Bimbang juga peristiwa seperti kepulangan mereka dari Maldives dulu tu berulang lagi.

    tak tau lah nanti mungkin dengan kehadiran semula khalid.. Perak boleh berbuat sesuatu.. buat pakcu nak mengharap tinggi2 pada game ni.. tak lah sangat... seri pon kira bertuah (walaupun dalam hati selalu mengharapkan kemenangan)

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. zul4all

    nampaknya tahun ni musim suram....harap perak dapat mara suku akhir....nampak masih realistik.....

    untuk malaysia cup, mungkin dapat semula fakri....harap2 beri tonik baru....yg baru2 tahun ni semuanya x mantap kecuali razali.....xmcm era toni netto

    jawapan admin: Komen anda telah diubah untuk perkara yang tidak dapat dihebahkan di sini, untuk makluman anda perkara tersebut khabarnya telah pun diusahakan, sila tunggu perkembangan terkini dalam masa terdekat ini.

    Harap bersabar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. abgcho

    mm, nk tny adakah kemungkinan kite akn dapat semule khidmat fakri untuk kempen piala msia?? rasenye itupn kalu harimau mude xlayak masuk kn,...agak2 leh x??

    jawapan admin: Hanya ada 18 pasukan dibenarkan untuk kempen TM Piala Malaysia termasuk 2 pasukan dari kelab dan pasukan ATM serta PDRM. Dari perbualan lalu pihak kami dengan beliau, khidmatnya hampir pasti bersama skuad seladang untuk Piala Malaysia nanti kecuali jika ada halangan dari Harimau Muda mahupun pengurusan Perak sendiri yang tidak mahu memanggilnya semula.

    18 pasukan untuk TM Piala Malaysia.

    01. Perlis
    02. Kedah
    03. Pulau Pinang
    04. Perak
    05. Selangor
    06. Kuala Lumpur
    07. Negeri Sembilan
    08. Melaka
    09. Johor
    10. Pahang
    11. Terengganu
    12. Kelantan
    13. Sabah
    14. Sarawak
    15. Johor FC
    16. My Team FC
    17. ATM
    18. PDRM

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. abgcho

    o0o cmtu ghopenye..awok ingt kempen liga msia ni xkonpem g sape y nk join psei ingtkan 4 pasukan teratas dalam liga perdana+ sume team liga super je men....yele, liga perdane kn xabeh lg...manele tau kot2 harimau mude pulun akhir2 dapat plk msuk 4 team terbek.....xpele ghope tu, brite bek utk team perak.insyaAllah kite mampu gegor kempen piale msia nnti k...

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. pie

    oooooooooooooo macam tu ka. Teman pun baru tahu. Teman pun ingat macamana abgcho ingat. Oklah mungkin itu luck untuk pasukan perak. Insyaallah.

    Kejor yob Kejor
    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. miez3

    Mcm tu pulak...ingatkan nanti penhujung musim baru kira team mana dari liga perdana yg layak masuk Piala M'sia...kira dh confirm le tu ye admin??

    jawapan admin: Belum tentu juga kerana FAM yang mempunyai kuasa menentukan segalanya, lagipun 18 pasukan adalah bilangan yang cukup ganjil untuk dibuat secara liga berkumpulan. Berapa pasukan untuk satu kumpulan? Masih lagi misteri...

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. miez3

    Misteri??Asyik diselubungi misteri je...ada agenda tersendiri ke??hehehe....kita tunggu dan lihat je la....thanks admin for your info...nanti time minu2 le citer

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.