AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Kitchee SC (result)

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 2 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 – 1 Kitchee SC

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Mohd Nor Ismail – Razali Umar

 

Minit 1: Perak membuat sepak mula dengan permainan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah. Penonton di Stadium Perak dianggarkan kurang dari 1000 orang.

Minit 10: Perak memperolehi gol yang pertama melalui Hardi Jaafar yang merembat dari kotak penalti hasil dari hantaran ketengah oleh Danial Fadzly.

Minit 40: Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan Kitchee SC mula mengasak hebat ke kubu Perak sebaik sahaja ketinggalan satu gol. Barisan tengah Perak pula lebih banyak dijana oleh Hardi Jaafar dan larian pantas Razali Umar di bahagian serangan yang mengucar-kacirkan kubu pertahanan lawan. Mohd Nor Ismail pula lebih banyak bertindak sebagai pengumpan kepada Razali Umar.

Minit 45: Tamat separuh masa pertama dan menurut laporan yang diterima, pemain Perak beraksi cukup baik dan bersemangat pada perlawanan ini. Pertahanan juga beraksi dengan baik apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan dari pihak lawan. Jika prestasi ini dapat dikekalkan, kemungkinan besar pasukan Perak mampu mencatatkan kemenangan malam ini.

Minit 50: Perak terlepas peluang mendapatkan gol apabila percubaan Razali Umar tersasar manakala serangan balas Kitchee SC juga nyaris membuahkan hasil, namun penyerang mereka agak gopoh dihadapan pintu.

Minit 55: Satu rembatan kencang dari pemain Kitchee SC berjaya ditampan keluar oleh Hamsani Ahmad. Sepakan sudut yang diperolehi tidak berjaya disudahkan dengan baik oleh penyerang Kitchee SC apabila menyepak tinggi bola yang berada kira-kira 5 meter sahaja dihadapan pintu gol Perak ketika Hamsani Ahmad sudah pun tertewas.

Minit 60: Satu rembatan cantik dari Mohd Nor Ismail sedikit sahaja melepasi palang gol dan terkena jaring di atas palang gol lawan. Kitchee SC membuat serangan balas pula namun penyerang dari Cameroon mereka menyepak seperti bola ragbi.

Minit 65: Sekali lagi Kitchee SC mendapat peluang melalui penyerang import mereka namun Hamsani Ahmad cekap menangkap rembatan beliau. Perak memperolehi dua peluang melalui Hardi Jaafar dan Razali Umar namun kedua-dua mereka turut menendang bola tinggi hingga ke bulan.

Minit 70: Perak membuat pertukaran pertama apabila mengeluarkan Danial Fadzly dengan memasukkan Nor Hazrul. Percubaan pantas dari Mohd Nor Ismail turut tersasar melepasi palang gol lawan. Kemasukan Nor Hazrul nyata disambut baik oleh pemain Kitchee SC apabila beliau dikasari dengan keras dan pengadil tidak teragak-agak memberikan kad kuning kepada pemain Kitchee SC.

Minit 72: Kitchee SC berjaya mendapatkan gol penyamaan mereka hasil dari perebutan bola dihadapan gol Perak dan bola tiba-tiba lolos ke dalam gawang.

Minit 80: Kithee SC pula lebih menyerlah ketika ini apabila 2 percubaan mereka nyaris menghasilkan gol namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak. Perak mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti Kitchee SC namun sepakan dari Hardi Jaafar terus kedakapan penjaga gol lawan.

Minit 85: Razali Umar berjaya melepasi pertahanan Kitchee SC namun percubaan beliau ditampan keluar oleh penjaga gol lawan. Rembatan dari ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul sedikit terkeluar ditepi pintu gol Kitchee SC.

Minit 90: Kitchee SC mendapat sepakan percuma dari jarak 20 meter namun percubaan mereka tersasar dan tambahan masa 4 minit.

Minit 90+2: Perak berjaya menjaringkan gol kedua melalui Mario Berrios setelah perebutan dihadapan pintu gol Kitchee SC hasil sepakan sudut yang diambil oleh Ahmad Shahrul.

Tamat

Nota: Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil seladang.net yang berada di Stadium Perak, Ipoh iaitu saudara Pakcu yang sudi memberikan laporan dari masa kesemasa untuk perlawanan hari ini.

Likes(0)Dislikes(0)

54 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Perak vs Kitchee SC (result)

  1. pie

    Rangkuman pun kira oklah admin. Trima Kasih banyak2 admin. Huh dapat gak satu gol. Teruskan kecemerlangan pasukan Perak buatlah yang terbaik. Tapi teman cian gak dgr Fan tak sampai 1000 pun kat stadium. Mungkin sebab fan dah bosan ngan kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh pasukan Perak dan mungkin juga kerana sekarang ni perlawanan di adakan pada hari kerja kalau nak dipikirkan alasan yang baiklah. Tak apalah kepada semua pemain teruskan kecemerlangan untuk menarik kembali sokongan fan2 Perak.

    Kejor yob Kejor
    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgcho

    ya..teruskn kecemerlanganmu...jadikan perlawanan mlm ni titik tolak kebangkitan perak.....mebi y ade distadium je xsmpei 1000 tp awok tau jauh disudut ati deme2 y x pegi masih mengharapkan kemenagan skuad perak...termasuklah keme y berade disini sentiase berade diblkg memberikan sokongan tnpe belah bagi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miwan tapah

    mmg cam citer hindustan la...hero kalah dulu......cayala perak...teman bangger giler nie...sok leh jaja citer perak dh meningkat kt mbr2....ha.ha

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yob_from_japan

    semat la yob..mnang kite mlm ni..truskan kecemerlangan..kami sume pnyokong2 setia akan terus bersorak walau di mane jua kami berada..kejor yob kejor~

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil seladang.net yang berada di Stadium Perak, Ipoh iaitu saudara Pakcu yang sudi memberikan laporan dari masa kesemasa untuk perlawanan hari ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Aiseyman.....betui punya hero hindustan la....ehehehe...jgn tak jaja citer tu Miwan....ok la tu janji menang....amacam Razlan puas hati??Teman dah berdebor dh tadi....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. noelraj

    webmaster apa kah kedudukan terkine tentang khalid jamlus dan caeceras??? adakah mereka akan diturunkan pada perlawanan akan datang??

    jawapan admin: Carlos Caceres perlu berehat sekurang-kurangnya 5 minggu lagi manakala peluang Khalid Jamlus untuk beraksi pada perlawanan sabtu ini menentang Johor FC masih samar-samar lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Terima kasih Pakcu dan pihak admin kerana sudi jgk le buat rangkuman yg panjang lebar....detail le jgk...(sampai ke bulan yobbb)...tak sabor nak tgk berita tgh mlm ni....malam ni boleh tido lena le....

    p/s:Admin...dpt tak kalau pihak admin letak pulak kedudukan Perak dlm carta liga/kumpulan AFC kt site ni?

    jawapan admin:
    Kami akan sediakan sebentar lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. tmgsari

    Alhamdulilah menang jugak team teman,di hrp sd dpt gilapkan lagi gandingan md nor ismail dgn razali umar utk beberapa p'lawanan lagi ,backup bagi khalid dan cc.W'pun game ini gandingan tu x m'jaringkan gol s'kurang2nya satu p'dedahan yg b'guna bagi mereka.

    .........KEJOR YOB KEJOR.......SKOR YOB SKOR..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. razlan

    miez3 kata

    Aiseyman…..betui punya hero hindustan la….ehehehe…jgn tak jaja citer tu Miwan….ok la tu janji menang….amacam Razlan puas hati??Teman dah berdebor dh tadi….

    puas hati ler yob... dah menang... cantik ler...

    ada sesiapa akan ke paroi utk game N9 vs Perak... baru ler semangat nak pegi nih!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. yobscoryob

    tahniah perak!!!
    sy tul2 bangga kite mng gak mlm nih...
    takut gak kite seri mcm lwn swk tempoh...
    tp sememangnye tuah ditgn kite...diwaktu kecederaan pulak 2 kite scor..cayalah!!!

    tahniah skuad seladang!!!
    teruskn kecemerlangan kite dalam AFC

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. saiful

    Alhamdulillah...

    Kedah dan Perak sama-sama menang malam ini sambil diharapkan dapat memberi sedikit sinar harapan buat bolasepak negara.

    Teruskan mendokong maruah negara dengan kejayaan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. razlan

    AFC to probe match-fixing allegations: AFC Cup 2008 - Home United vs Victory SC

    KUALA LUMPUR: AFC will be launching an investigation into allegations that two players of Victory SC of Maldives were approached on Tuesday night to throw away their AFC Cup 2008 Match Day 3 game tonight against Home United of Singapore.

    masih ada lagi kes2 bookie ni.... harap2 perak / kedah tak terlibat. say no to rasuah

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. abgcho

    berdasarkan table ligue y admin bg, Saffc mng gak gan new radient....lubuk tui team tu....saffc da skor 13 n bolos 1..1 tu bolos ngn perak le...haha..tu boleh dianggap kebanggaan x??hahahah

    jawapan admin: SAFFC menang di Maldives menentang New Radiant 3 gol tanpa balas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. active11

    Syukur la menang.
    Dapatla kita ke bulan malam ni hehe.
    Amaran kepada pemain bola sepak Malaysia, jangan terlibat dgn rasuah.
    Kami Anti Rasuah (mcm slogan PDRM la pulak hehehe)

    Apepun, syabas Perak.
    Moral kita boost balik. April bermula dgn indah insyaAllah.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. seansan00

    erm.. alhamdulilah.. td teman kat luar.. sib baik ler ade hp WAP... tgk result.. menang... syukur...

    x pe perak.. x bernasib baik di peringkat negeri.. harap antarabangsa menjadi kebanggaan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. hu$

    teman ingt udah seri tdi sykurle mnng last mnit sybas yobbbbb..........
    yob truskan rntak kmnng spaya pnyokng2 pegi ke stdium

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. sylvershop

    tahniah...10 pemain tempatan di bantu 1 pemain import...kita berjaya menang. macam tu lah berusaha sehingga ke minit2 terakhir. harap pemain tempatan mendapat semangat baru dan tidak terlalu mengharap kepada pemain import...menang dgn club hong kong tu...team malaysia pun kalah dengan hong kong dulu...lepas ni hantar team perak je lah wakil malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. hu$

    kpade pskan prak jgn buat ksilpan nnti lwn johor fc
    dpt no.2 liga jdi la kdah mngkin juara same2 skong utara

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. ayuball

    hai sume syok....nmpk tahniah bt perak cz meng.. xsangka lak blh jd razali dan md nor 2.hehehe. kalu menag ada nk aku api2kan mbe selgr aku. bia lwan samp tiupn wisel terakhir. pemain jgn malas k. hagpa 2 kan keja dok ligan bola jd kejo la elok2...aku bangga hahahahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. amirfsl

    huh!gol last minit rupenye..bagus perak!jangan mengaku kalah!main bukan untuk seri atau kalah,kita perlukan kemenangan!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.