AFC Cup 2008 – Group E | Kitchee SC vs Perak (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 16 April 2008
Mong Kok Stadium
8:00PM

Perlawanan keempat dalam kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Kitchee SC di Mong Kok Stadium, Hong Kong. Pada perlawanan pertama yang lalu pada 2 April 2008, pasukan Perak telah berjaya menumbangkan pasukan Kitchee SC dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di Stadium Perak, Ipoh.

Penyumbang gol pertama Perak ialah Hardi Jaafar seawal minit ke 10 manakala pasukan lawan dapat menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua minit ke 72. Namun Mario Berrios telah menyelamatkan pasukan Perak dengan gol terakhir pada waktu tambahan masa iaitu minit ke 92.

Soalnya, adakah kita mampu untuk menewaskan pasukan Kitchee SC di gelanggang mereka sendiri yang hanya mampu memuatkan kira-kira 8500 orang itu? Penulis sebenarnya hanya berharap pasukan Perak mampu mencatatkan keputusan seri sahaja kerana harapan untuk menang memang agak sukar di tempat lawan.

Sebagai “flashback” kepada peminat semua, barisan Perak ketika menentang Kitchee SC tempohari adalah seperti berikut:

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Mohd Nor Ismail – Razali Umar

Kemudian pada sekitar minit ke 70, Perak hanya membuat satu pertukaran dengan memasukkan Nor Hazrul untuk menggantikan Danial Fadzly. Tentu ramai yang masih ingat pada waktu itu kelibat Khalid Jamlus dan Carlos Caceres tidak kelihatan kerana masalah kecederaan.

Kemudian secara tiba-tiba, mereka muncul pada perlawanan menentang Negeri Sembilan tempohari yang berkesudahan Perak kecundang 3 gol berbalas 1. Tanpa perlu mempunyai sijil jurulatih bolasepak kelas A dari FIFA mahupun Ijazah dari bidang fisioterapi, adakah antara forumer di sini yang mampu berkata bahawa kedua-dua mereka sudah cergas sepenuhnya pada perlawanan itu?

Penulis cukup yakin bahawa jurulatih “kesayangan” kita semua pasti akan “melenjan” lagi gandingan Carlos Caceres dan Khalid Jamlus pada perlawanan itu nanti. Nasib Razali Umar sudah tentu hampir sama dengan Fakri Saarani suatu masa dahulu yang hanya digunakan bila keadaan “sesak” sahaja.

Dan akhirnya bila pasukan tewas “beliau” akan berkata bahawa pasukan Perak musim ini mempunyai bilangan pemain yang terhad untuk mengharungi jadual perlawanan yang padat serta tidak lupa juga ungkapan bahawa Perak ketandusan pemain muda berbakat.

Noktah!

Wahai “Melayu Britons Mudah Lupa”, musim 06/2007 anda mempunyai skuad yang cukup besar selain barisan penyerang yang cukup baik. Namun hanya ada 2 orang sahaja pemain penyerang yang selalu di “lenjan” sampai “tumpor” iaitu Khalid Jamlus dan Kieta Mandjou.

Bila anda sudah “sesak” maka masuklah Fakri Saarani dan R. Surendran pada final Piala Malaysia yang menyaksikan Perak “melingkup” dengan Kedah. Sekarang anda mahu menangisi kehilangan Fakri Saarani dan R. Surendran pada musim ini?

Adakah benar pasukan Perak tidak mempunyai barisan pemain muda pelapis yang baik seperti yang di dakwa oleh “beliau”? Atau yang paling benarnya “beliau” sendiri yang tidak mempunyai “idea” untuk mengguna pakai pemain yang sedia ada?

Menyorot kembali satu ungkapan Seniman Tan Sri P. Ramlee suatu ketika dahulu:

Mak Dara Steve Darby adalah seorang bintang jurulatih yang dapat menggayakan peranannya dengan kesempurnaan kemusnahan yang payah ditiru oleh pelakon jurulatih sebaya dengannya. Untuk menghasilkan seni lakonannya taktikalnya, lima mangkuk lima baldi darah saya peminat sudah dihirupnya.”

Nota: Perlawanan ini akan mendapat liputan ringkas dari krew bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Kitchee SC vs Perak (review)

  1. mim

    kitchee 2 sebenarnye bukan lah lawan yang sukar untuk ditewaskan...jika corak perlawanan semasa di ipoh di "digunapakai" tidak mustahil perak akan tewas.....ape yang teman tengok dalam game itu, player sudah terlalu yakin dengan gol awal hardi jaafar dan menyebabkan player banyak melakukan kesilapan mudah...serta keadaan yang boleh dikatakan "wajib" gol pon gagal di terjemahkan dengan gol....
    teman nengok player mude kite, nazri kot name nyer yang pakai jersi "26"...teman nengok die berpontensi kerana mempunyai larian yang pantas dan mampu mengelecek...
    cume "croosing" n fizikalnya yang bertubuh kecil shj yg agak menampakkan sedikit kelemahan nya.....tetapi ini dapat diatasi sekiranya mereka diberikan pendedahan yang secukupnya....
    arap steve dapat melakukan sesuatu positive disana.....

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    haha,,kritikan pedas tapi relevan dari admin!kalo steve terus dengan perangai 'bagusnye' ni,ape yang perlu ditunggu lagi?singkirkan jek die,,bawak masuk head coach baru!sebab kalo dah sampai tahap 'menghirup darah' peminat,sudah tentu sd dah habis 'melenjan' darah pemain2 beliau!!hua3,,berbalik kepade perlawanan dgn kitchee nanti,buat yang terbaik r yop,seri pun bley lagi sebab kite dah berturut2 kalah dalam liga ni,,dn physio team jgn r benarkan sd tu pakai player2 kite yg injured!bagi r diorg cergas atau fit 100% dulu,,kalo doh tumpor player tu,mule le die mengeluokan kate2 'motivasi' beliau tu!mane boleh..gud luck yop!all the best!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    To Perak FA, we do not want Steve Darby as our coach for next season. Please take necessary action. It would be even better if his position is terminated at the end of the Liga Super season. Lets start Piala Malaysia campaign with a local coach whom we, the fans believed, would be the same quality if not better then the current one. Let the new coach use Piala Malaysia 07/08 as a platform to create a better team for season 08/09.

    From,
    Razlan
    a supporter since 1980.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seansan00

    go perak go.. teman nak ke hongkong idak ler ade duit.. nasi putih sepinggan pun RM8, megi kosong pun RM24, nak tgk bola tatau ler bape hengget lak..

    paper pun jauhnye bape ribu km pun teman arap perak ingat misi dan matlamat asal perak yg hanya berpeluang utk AFC CUP dan piala mesia je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kundang85

    good luck perak team..teman arap bebeno,season xder dh muke mat saleh *$&%^ nak *%&$^# a.k.a berlagak tu..bknyer bgs mner pun.perak wajib tkar coach!!import coach bkn sumnyer bgs!!!sume belagak jer lebh,mentg2 deme org kulit putih igt kite org melayu nie &$*%^ bebeno ker ape..tkar coach !!!!!!tu pun kalo nk perak jd team yg kuat n boleh menang cup bkn jz jd team yg ckupkn corum liga super jer..team atas perak,sume gune local coach,jimat bgs,paham keperluan player local.arap Perak F.A buka mate beso2,kalo xnmpk tmbh power cermin mate tu..fan udah muak bebeno ngok sd tu..To perak FA plz take action..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. jovan90

    SD your time is up....u must go..harap next season perak gune player mude mude lar.....tactic SD x berkesan lawan dh tau rentak perak...harap harap afc cup nie perak boleh pergi jauh lar..kalo dpt semi pun dh cukup bagus.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Dah terang lagi bersuluh....itu le ungkapan yg sepatutnya dilihat oleh pihak pengurusan PAFA terhadap tindak tanduk bangsa penjajah yg kononnya bertamadun serta pintar dlm apa jua bidang dan kegagalan beliau dlm mendominasi rentak pasukan yang bolehlah dikatakan goyah sejak beliau mengambil alih tugas dari Tony Netto tempohari...
    Memang diakui di awal penglibatan SD beliau ada juga mengcungkil bakat2 baru dari skuad belia Piala Presiden..namun setakat diserapkan ke skuad senior dan sekadar jadi pemerhati sahaja lambat laun akan menghakis bakat sediada pemain2 muda tersebut....apa yg paling teman takuti ialah pemikiran pemain2 muda tersebut nanti yg akan mudah terpengaruh dgn pujukan2 dari team lain yg akan sentiasa mencari bakat2 muda utk diserapkan dlm team utama mereka disamping tawaran gaji yg lumayan....
    Jika ini berlaku alamatnya yg tinggal hanyalah kuda2 tua yg tinggal hari saja nak pencen.....
    Pihak pengurusan perlu tegas dlm perkara semacam ini...jika coach gagal mengurus dan merencanakan tugas yg secara jelasnya memang rata2 org pun dah sedia maklum..tolonglah....tukarkan saja beliau....teman setuju kiranya jawatan coach yg baru nanti biarlah org tempatan...selalunya mereka ini lebih kpd pembangunan bolasepak tempatan daripada menghancurkannya demi poket mereka sendiri....
    Apapun utk pertemuan mlm esok sama2lah kita nantikan apa pulak rencana dan rangkaian pemain yg digunakan oleh mat saleh SD ni...kalau nak dilenjan jgk player2 yg tak cergas lg alamatnya besok2 bila time lwn MyTeam silap2 haribulan punah lg kena bantei...
    Diharap moga keputusan yg baik menyebelahi Perak mlm esok...Skor Yob Skor....Bantei deme bior deme tumpor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. active11

    SD, BOLEH BLAH !!!
    Dah lama tak berforum, merajuk tengok Perak musim ni. Liga kali ni kita tak beri saingan langsung, pemain bak bintang2 tp coach mcm $&%(&*, Ops...Bintang....takde akal nak fikir pemain lain. Lenjan pemain, mcm la pemain lain pak tunggul jek. Bagi la pendedahan drp kita meyerlahkan kelemahan, asyik2 pemain sama..agaknya coach dah tumpul akal...

    Contohilah coach HijauKuning yg pandai mengolah tenaga muda (tp yg byk gol ialah bintang import hehe). Semoga kedua-dua wakil kita berjaya.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. m_anip2

    hermmm...SD...blah la lu...bengang gila dh nie...xnmpk kemajuan lngsung apa yg sd buat...dh nk hjung saingan pn nk try ramuan ntah apa2...dh confirm menang xpe jgk ni memanjang klh je...adoiii...xsanggup tgk perak trus down mcm ni...pemain ke12 pn jd lemah...:-(

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yobscoryob

    spjg dlm tempoh nih ingin saja sy bdiam diri...hampir kecewa dgn aksi skuad perak yg semakin merosot.saki baki akhir perlawanan liga super juga membuatkan sy tidak menaruh harapan yg menggunung.sedangkan liga tempatan juga kita terus jatuh.jatuh tnpa kebangkitan.i2 yg membuatkan sy kesal.apa yg lebih dikesalkan ialah sikap SD.mahu saja SD dipecat terus sebaik sahaja perlawanan dgn NS tempoh hari.kekalahan yg memalukan sy rs.sekadar melahirkan rasa kecewa..namun begitu utk esok sy x mgharap sgt.cukup sekadar seri..nasihat sy...wahai player bgn lah dr kekalahan.bangkit apabila jth bukannya jth n trus jth.tunjukkan kpd kami selaku fan perak sekiranya kita tidak dpt kuasai liga tmpatan namun begitu kita masih ada ruang utk kecapi piala AFC.tunjukkan kepada kami KEBANGKITAN SKUAD SELADANG!!! good luck utk perlawanan esok...

    perak ttp dihati

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. pie

    Kritikan yang benar. tapi teman harap pasukan perak tunjukkan keputusan yang baik dlm AFC ni.Sape pemainnya pun teman tak kisah kerana kalau diberikan peluang kpd pemainmuda juga bagus kerana ianya bakal melahirkan pemain lapisan dimusim depan. Bagilah peluang utk diorg ni menempa nama. Khalid dulu pun masa muda dah diberikan kepercayaan oleh jurulatih pada masa itu. tak salah teman tahun 1998 perak menang piala malaysia dgn khalid pemain 1st eleven dan diikuti dgn tahun 2000.

    GOOD LUCK PERAK

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. seansan00

    arap2 krew wat report ade ulasan sikit yerk.. slalu game ober sea ni krew bgtau keputusan then sape jaring gol je.. kot leh wat karangan sikit baru nampak best..
    kalau x de pun x pe.. janji ade result.. tu pun dah syukur..

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. ezadfc

    teman x th nak komen turun naik perak nie..pemain import langsung hampeh...terutama mario dan lagi seorg t2..peh tgk perak main dgn n9 hancur..bgs lagi player n9..arap2 jadi lah pengajaran..kita x akan marah kalu kalah main pun bagus..nie main dgn n9 peh mcm entah x puaz hati teman tengok..depend lgsg xda semangat nak control striker....harap2 depend blaja dr kesilapan.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. putra8878

    TEMAN HARAP JGN JD YG DIKEJOR XDPT YG DIKENDONG KECICIORAN.MSIA CUP DH NK HAMPIR.DGN KEKURANGAN PLAYER NI APE YG PAFA PIKIO KAN?ADEKE HANYA BERSANDOR PADA NASIB SEMATA2..TGK PERLIS PUN DAH MENGATOR LANGKAH,DEME SEDOR PLAYER RAME INJURED,DEME DH BUAT PERANCANGAN PINJAM PLAYER.PAFA?PASEY COUCH NI DH "BERTUNGOR" TEMAN & FAN LAIN YG KOMEN N BG CADANGAN NAMUN MCM NYIMBAH AYOR KE DAUN KELADI JE LE..TUKOR LE COUCH...TOLONG LE..KAMI XNK TGK LG PERAK LAYU.KERING IDEA DI TGH PADANG NU..

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. kenari_245

    Asalamualaikum semua..

    Apa dah x kena nie ngan team Perak? sejak kebelakangan prestasi Perak agak menurun ini kerana prestasi yang ditunjukkan oleh team Perak semasa berkunjung di Paroi hari tu..pemain2 Perak nampak lemah, dan tidak bermaya semasa menetang N.Sembilan...macam tiada semangat langsung untuk bermain..memang teruklah coach Perak..menurunkan pemain2 yang tidak cergas masa game tu..

    Saya harap game dengan Kitchee Fc..Perak boleh menang...dan menurunkan player2 yang cergas dan mampu bermain bersungguh2 untuk pasukan...saya sebagai penyokong hijau kuning nak tengok ke2 team Perak dan Kedah melayakkan diri sekurang2kurangnya suku akhir AFC cup..kelab2 kita mampu lakukan!!saya Yakin dengan kesungguhan pemain2 Kedah dan Perak sekarang..

    Skor yeob Skor!!!
    Pulun Kedah Pulun!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. sylvershop

    kemenangan dengan kitchee akan mencerahkan peluang pasukan perak ke suku akhir. harap player tak terbawa bawa dengan kekecewaan lawan negeri sembilan tempoh hari. di saat seperti ini kapten pasukan adalah orang harapan terpenting dalam pasukan. harap-harap ahmad sharul azhar dapat satukan team perak dan fokus pada objektif game. apa taktik sd nak pakai terserah padanya kerana dia lebih arif dan sila ikut game plan (kalau ada le). seorang kapten yang baik should lead by example..semoga perak maju jaya kejor yob kejor skor yob skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. satorare

    selagi SD ada....
    perak x bleh nk p jauh...
    apa lg la nk simpan SD ni...
    buang je la
    perak mng….
    cam x caya…

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.