TM Liga Super - Perak Vs My Team FC (result)
April 26th, 2008 by webmaster

Sabtu 26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 2 - 1 My Team FC
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Nor Hazrul
Khalid Jamlus - Carlos Caceres
Minit 5: Penalti untuk My Team FC berjaya ditampan keluar oleh Hamsani Ahmad.
Minit 10: Chan Wing Hoong mendapat peluang menjaringkan gol hasil sepakan percuma diambil oleh Mario Berrios namun ditepis oleh penjaga gol Syed Adney.
Minit 15: Perak menerima asakan dari My Team FC. Dua peluang gol My Team FC hasil dari percubaan Sasa Branezac. Mario Berrios membuat kesilapan yang hampir menjadikan gol untuk lawan.
Minit 20: Penalti untuk pasukan Perak, apabila Khalid Jamlus dijatuhkan. Beliau mengambil sendiri sepakan tersebut namun berjaya ditampan oleh Syed Adney.
Minit 25: Khalid sekali lagi membuat rembatan kencang diselamatkan Syed Adney.
Minit 30: Khalid tercedera dan digantikan oleh Razali Umar. Khairi Zainuddin mendapat kad kuning kerana mengasari pemain My Team FC.
Minit 35: My Team FC sentiasa membuat serangan merbahaya namun berjaya diselamatkan oleh Hamsani Ahmad.
Minit 40: Syed Adney cemerlang menjaga gawang yang menerima asakan penyerang-penyerang Perak. Persembahan Perak tidak menarik, selalu terlepas peluang dengan hantaran-hantaran yang tidak kemas.
Minit 45: Gerakan oleh Ahmad Shahrul dan Razali Umar tidak disempurnakan oleh Carlos Caceres walaupun di depan pintu gol My Team FC. Hardi Jaafar dan Razali Umar masing-masing juga mendapat peluang menjaringkan gol namun Syed Adney lebih tangkas.
Tambahan masa: 2 minit
Separuh Masa Kedua
Minit 50: Perak membuat beberapa serangan namun tidak berhasil.
Minit 55: My Team FC membuat beberapa serangan namun berjaya dihalang. Cubaan terus Ahmad Shahrul diselamatkan oleh Syed Adney.
Minit 60: Gerakan Perak sentiasa dapat di halang oleh pertahanan My Team FC.
Minit 65: Cubaan penyerang My Team FC dapat diselamatkan oleh Hamsani Ahmad.
Minit 70: My Team FC telah membuat beberapa gerakan bahaya namun berjaya dihalang oleh pertahanan Perak.
Minit 75: Gol dari Shahrulnizam yang membuat larian solo dari kawasan pertahanan menewaskan 4 pemain pertahanan My Team FC dan merembat leret menewaskan Syed Adney.
Minit 80: Gol penyamaan oleh My Team FC dari keadaan kelam kabut di depan pintu gol Perak dijaringkan oleh Sasa Branezac.
Minit 85: Razali Umar dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan diganti oleh Danial Fadzly
Minit 86: Gol kedua pasukan Perak hasil dari sepakan kencang dari jarak 35 meter oleh Shahrulnizam.
Minit 90: Perak dan My Team FC saling berbalas serangan. Keadaan tegang ditengah padang, Shahrul Nizam dilayang kad kuning kerana bercakaran dengan Buyamin Omar.
Tambahan masa: 3 minit
Keputusan perlawanan lain:
Kedah 1 - 0 Pahang
Pulau Pinang 0 - 1 PDRM
Sarawak 2 - 4 Terengganu
Johor FC 3 - 2 Selangor
Negeri Sembilan 3 - 2 DPMM FC
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - My Team Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs P. Pinang (result)
- TM Liga Super - Perak Vs DPMM FC (result)
- TM Liga Super - Negeri Sembilan Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Johor FC (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Liga Super - Perak Vs My Team FC (result)





hmmm…mcmana ni Perak…dgn My Team pun tak boleh beat lg ni….adoiii..
Syabas Sharulnizam ‘ronaldo’ Mustapha….hardworking anda selama ini menjadi….jadikan teladan pada yg lain…jgn jadi penumpang dlm pasukan lagi!!!
mmm….walaupn teman dh mcm maleh nk amik kisah pasal team perak ujung2 saingan nie tp apepn TAHNIAH…k babai…
syabas pasukan perak..anda mampu lakukan
ape result team2 len??
kn bgus klu seladang.net buat mcm fantasy.premierleague.com (tak tahu nk sebut game ape dlm 2)
pas ni,msti rmai pengunjung website nih..
Syabas..ujung2 musim ni..teruskan sisa2 perjuangan…mantapkan usaha hingga ke akhirnya.
Tahniah PERAK.. walau pun PERAK menang tp minta BPR siasat player player PERAK untuk membebaskan player2 PERAK drpd rasuah. Jgn jual game kerana duit…
nak wat mcm fantasy football kene ade script game tuh.. kalau x de.. kene laa secara manual.. kuikui.. paper pun seladang.net dah cukup best dah…
suatu persoalan je…adakah kemenangan kite mlm ni disebabkan faktor luck lg???
bagus perak,teruskan usahe..berape lame khalid injured??main le elok2 pasni,singkirkan steve darby!!
elok sangat la tu
tahniah perak…walaupun peminat berjauhan namun di sudut hati mereka tetap sygkan perak…perak forever…peminat merajuk hanya sebentar demi menyedarkan “mereka2″ yg berkenaan agar sedar bahawa peminat terlalu sygkn perak…come on…1 game je lg…ubatilah hati peminat dgn kemenangan…
aku bg cdgn jer seansan00..klu leh wat cm2 kan best..mmg skg pun da best…tp sllu nye di penghujung saingan cm ni,da npak ade yg da boring…emm…chaiyok perak….truskn usaha…kjor yob kjor….
caya le perak
sabo aje la keanu147… hope masa akan dtg ade warga mesia wat game tuh.. kalau sean tau lama dah wat.. nasib buta it je yg bantutkan keinginan tuh.. kuikuikui
huhu…tgh sabo ler ni…kepingin nak men version msia lak..hehehe…
i love u steve darby!