Keputusan TM Piala FA 07/2008 - 22 April 2008
April 22nd, 2008 by webmaster

TM Piala FA 2007/2008 pusingan suku akhir timbal balik kedua telah berakhir sebentar tadi dengan juara bertahan musim 06/2007, Kedah menepati ramalan awal apabila membaham Melaka dengan jaringan 6 gol berbalas 2 di tempat sendiri. Ini menjadikan pasukan mereka meraih keseluruhan aggregat terbesar iaitu 10 gol berbalas 3.
Pasukan Selangor pula kembali dari kekalahan tipis kepada Kuala Muda tempohari apabila berjaya menewaskan wakil kelab dari Kedah tersebut dengan keputusan 4 gol berbalas 1. Mereka turut melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan aggregat 4-2.
Keputusan perlawanan yang berlangsung tadi:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan
Felda United FC (1) 1 - 1 (3) Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Selangor (0) 4 - 1 (1) Kuala Muda
Stadium Shah Alam, Selangor
Sabah (1) 0 - 1 (3) Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Kedah (4) 6 - 2 (1) Melaka
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Pasukan berhuruf merah layak ke peringkat separuh akhir TM Piala FA 07/2008 yang bakal dilangsungkan pada 11 Jun 2008.
Kedah vs Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 22 April 2008
- TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 2 (result)
- Perlawanan TM Piala FA 07/2008 - 27 Mac 2008
- TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 1 - 14 Jun 2008
- Keputusan TM Piala FA 07/2008 - 23 Mac 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Keputusan TM Piala FA 07/2008 - 22 April 2008





betul jugak ramalan saya tadi, cuma ramalan Selangor dgn KM Naza saja di luar jangkaan saya…
Selangor bermati-matian mlm ni..menjaringkan gol seawal minit pertama lagi oleh Frank Seator… tahniah Selangor..anda lebih berpengalaman dr KM Naza…gol tunggal KM NAza dijaringkan oleh Liew Kit Kong tidak cukup utk menidakkan hasrat Selangor utk ke pentas Separuh Akhir
Kedah pula mlm ni menang tanpa dijangka dgn jaringan yg besar sebab jangkaan saya hanya sekitar 2 gol shaja sebab bermain tanpa tekanan , Marlon score 4 biji…2 biji lagi dari Hasmawi & Khairil…dan akhir perlawanan pemain Melaka mendapat kad merah dan memudahkan tugas pemain Kedah utk mengasak mereka…dan V.Thirumurugan pula terlepas peluang menambah gol ke 7 Kedah selepas gagal menjaringkan gol melalui sepakan penalti…
Pahang & Terengganu pun menepati ramalan utk ke separuh akhir…rehat panjang selepas tamat kempen LIga Super ini byk beri peluang kpd Terengganu, Pahang & Selangor kerana Kedah terlibat dgn AFC Cup…
apa pun satu pertarungan Separuh Akhir yg adil dapat kita saksikan nanti…..tahniah kpd team yg berjaya..
PULUN KEDAH PULUN
semua team dr liga super.. dan 1 nye dr utara tanah air.. itu yg pntg
takde kejutan beso,,semue team dari liga super layak..dan sekarang ni memang nampok yang selangor ngan kedah favorite masuk final,,tapi kemampuan pahang ngan tganu jugok tak bley di pandang sinis..takpe le,tak sabo nak tgk kesudahan piala fa tahun ni,,