MOU | Seladang.Net & Altra Et Cetera
April 12th, 2008 by webmaster
Semalam bertempat di sebuah hotel di Shah Alam telah berlangsung satu majlis ringkas memorandum kerjasama antara pihak pengurusan seladang.net dengan syarikat pembekal & penjual baju jersi tulen secara online, Altra Et Cetera.
Mewakili pihak pengurusan seladang.net ialah pengasasnya Encik Ahmad Nahar Mohamed Amir atau lebih dikenali dengan nama pena, YB manakala bagi syarikat Altra Et Cetera pula diwakili oleh pengurusnya Encik Ahmad Feisal Hj Ahmad Rosli.

Antara yang terkandung di dalam memorandum tersebut ialah akujanji pembekalan jersi tulen keluaran Joma dari pihak Altra Et Cetera untuk pengguna di seladang.net pada harga yang paling kompetitif.
Disamping itu kerjasama ini tidak terhad kepada penjualan baju jersi Joma sahaja malah menurut Encik Ahmad Feisal sendiri, mereka berminat untuk membekalkan baju “T” rasmi pemain Perak jika ada pengguna yang ingin membelinya.
Ujar Encik Ahmad Feisal lagi, “Kami di Altra Et Cetera sangat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama bersama pihak pengurusan seladang.net untuk penjualan baju jersi tersebut serta berharap kerjasama ini akan memberikan faedah yang baik kepada semua pihak terutama pengguna halaman seladang.net.
Mengulas kepada memorandum ini, pengasas seladang.net Encik Ahmad Nahar berkata ” Walaupun syarikat Altra Et Cetera baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, pihak kami merasa kagum dengan kesungguhan serta komitmen yang mereka berikan sepanjang perbincangan awal MOU tersebut di samping keupayaan kewangan mereka yang cukup baik.”
“Ini dibuktikan apabila mereka masih lagi menyimpan puluhan koleksi jersi “away” hitam keluaran Joma yang digunakan oleh pasukan Perak walaupun ketika ini jersi tersebut sudah habis di pasaran.”

Menjawab kepada ulasan tersebut, Encik Ahmad Feisal berkata “Kami di Altra Et Cetera sudah pun membelanjakan belasan ribu ringgit semata-mata untuk menyimpan stok koleksi baju jersi tulen Joma termasuk jersi-jersi pasukan lain yang bertanding di TM Liga Malaysia.”
“Perkara utama yang membataskan kami ketika ini ialah kelewatan pengeluar asal jenama tersebut untuk membekalkan jersi dan secara tidak langsung membuatkan pelanggan kami tertunggu-tunggu pesanan mereka”
Tambahnya lagi, “Altra Et Cetera hanya membekalkan jersi tulen “Original Merchandise” pasukan-pasukan yang bertanding di TM Liga Malaysia dan tidak sekali-kali ingin menjual jersi tiruan “Counterfeit” sebagai alternatif kepada pelanggan”
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan jersi pasukan Perak terutamanya jersi AFC Cup 2008 pada harga yang istimewa, pihak pengurusan seladang.net akan mengumumkan perkara ini dalam masa terdekat.
Untuk pengguna atau penyokong pasukan lain pula, anda semua dijemput melawat sendiri halaman Altra Et Cetera untuk membeli jersi tulen pasukan kegemaran anda secara online tanpa ragu-ragu.
Nota: Gambar-gambar majlis ringkas menandatangani MOU tersebut akan menyusul di ruangan Gallery tidak lama lagi.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jualan & Tempahan Joma Apparel | Perak FA
- Ulangtahun Pertama | seladang.net
- seladang.net | Penafian Sebarang Kutipan Derma
- Info | 9 Rules at seladang.net
- Majlis Berbuka Puasa | seladang.net
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: MOU | Seladang.Net & Altra Et Cetera






mm..elok benor le tu…awok ni mmg jenis suke paka tshirt..xbape bekenan ngn jersi ni…hangat…..kalu leh tshirt berkola…baru smart…..
Salam Abgcho…teman ade tgk & belek2 jersi Joma yg original satu ketika dulu….kain dia baguih punya…tak panas….tapi bila tgk time harga…aisey….tersekat le hasrat nak beli…tak tau le seladang.net & altra jual brape duit?Kita tggu le pengumuman admin….kalau murah laju le teman beli hehehehe…
berminat gak..
hehe…mksud awok hangat tu bukan paneh semate2..sekali arge le tu…awok jd le pkei tshirt joma design jersey kite musim lepeh..xdele paneh sgt…hope byk koleksi joma y agak murah pasei xsume org berkemampuan nk beli baju semate2 dengan arge dekat rm50..tui x???jadile macam nokia disamping mengejo teknologi terkini dalam indsri hp tp stil ade hp terkini y arge 100>…penyokong perak bukannye sume org berade…ye idak??..hanye sekado cadangan…
tapi kalo kualiti bagus,takkan harge nak murah jugok kut..bese le,orang niage semue nak untung..tapi harap2 jersi ni takde mahal beno..mampu kite semue belinye nanti..
xdele, untuk merendahkan kos semestinye kualiti dikurangkan semate2 untuk memberi pilihan kepade sume penyokong……penyokong bukannye sume same tarap ye idak?? tu jele..sng mntakle aku altra ni mmbuat tshirt y established utk fan perak ni…xpn interrelate ng Joma utk memasarkan pkaian y lebih customer frenly for de each level of fan…boleh punye..tu le gune engineer in that company. they have to do something that relevent to fulfill all customer requirements…..