Posted in AFC Cup 2008 on April 30th, 2008 24 Comments »

Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 3 - 0 New Radiant
Barisan Perak
Nasril Nourdin
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - S. Subramaniam
Shahrulnizam - Jorge Munoz - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Chan Wing Hoong
Carlos Caceres - Razali Umar
Minit 36: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Jorge Munoz hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol New Radiant.
Minit 38: Entah apa yang berlaku rentetan bentesan pemain New Radiant keatas Shahrulnizam, pemain berjersi 12 telah dilayangkan kad merah. Tidak lama kemudian 2 orang lagi turut dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning kedua. New Radiant bermain 8 orang pemain diwaktu ini.
Tamat separuh masa pertama dengan 3 orang pemain New Radiant dibuang padang. Sabah Ibrahim, Ahmad Mohamad… Continue reading
Posted in Umum on April 30th, 2008 11 Comments »
Di waktu ini majoriti peminat bolasepak Perak rata-rata memperkatakan tentang kerenah dan gelagat beliau yang semakin memualkan. Dari satu isu ke satu isu lain, beliau sering mencetus kontroversi yang menyinggung perasaan ramai orang terutamanya peminat bolasepak Perak.
Dari kontroversi mengeluarkan kata-kata kesat kepada peminat sehinggalah menyentuh isu sensitif berkenaan perjudian “halal” bolasepak, apa lagi yang bakal beliau ucapkan tidak lama lagi. Jelas di sini beliau seakan sengaja ingin mencari pusbiliti murahan untuk tujuan yang kita semua tidak pasti.
Penulis sebenarnya sudah muak untuk bercerita tentang masalah jurulatih Perak ini. Namun kali ini penulis ingin menjelaskan tentang beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang setiap kali bercakap tentang prestasi pasukan bolasepak Perak.
Ada orang berkata bahawa kekalahan pasukan Perak tidak harus diletakkan ke bahu jurulatih sahaja. Kekalahan sepatutnya turut ditanggung oleh pemain yang diamanahkan… Continue reading
Posted in Umum on April 29th, 2008 7 Comments »
Semalam jurulatih Perak ada mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak akhbar berkenaan masalah rasuah yang kini telah melanda semula Liga Malaysia. Dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut, beliau menyarankan supaya pihak yang berwajib memberikan lesen kepada perjudian bolasepak untuk mengekang masalah pemain menerima rasuah.
Beliau memberi contoh negara jiran Singapura yang turut membenarkan perjudian bolasepak dapat menghindarkan rasuah. Persoalannya disini adakah liga domestik di Singapura sudah bebas dari rasuah?
Adakah beliau terlupa atau pun nyanyuk tentang masalah rasuah yang melanda Singapura sekarang? Berapa banyak kes yang sedang berlaku termasuk bekas jurulatih Kuala Lumpur, Chow Kwai Lam yang turut dicekup tempohari? Dapatkah pemberian lesen perjudian ini mengurangkan masalah rasuah?
Atau kemungkinan besar masalah rasuah akan menjadi lebih teruk seperti mana yang pernah berlaku dulu? Apa yang penulis boleh tekankan disini ialah sikap serta mentaliti Steve Darby… Continue reading
Posted in AFC Cup 2008 on April 29th, 2008 5 Comments »

Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perlawanan kelima kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan New Radiant di Stadium Perak, Ipoh. Perlawanan pertama pada 11 Mac 2008 telah dimenangi oleh Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 1.
Carlos Caceres telah berjaya menyumbat 2 gol serta satu gol lagi dari Khalid Jamlus. Cuaca di Stadium Nasional Male ketika itu cukup panas kerana perlawanan diadakan pada sebelah petang dan bukannya malam seperti kebiasaannya.
Berdasarkan kepada rekod lalu, Perak sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan New Radiant kali ini ditempat sendiri. Namun seperkara yang mengejutkan telah berlaku dimana pasukan New Radiant telah berjaya mencatatkan keputusan seri 1 sama ketika bertemu SAFFC di Stadium Jalan Besar, Singapura tempohari.
Secara matematiknya, pasukan… Continue reading

Kuala Muda semakin menghampiri kejuaraan TM Liga Premier 07/2008 malam tadi apabila menewaskan pasukan Johor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.
Sementara itu Plus FC turut mencatat kemenangan keatas pasukan Kuala Lumpur di tempat lawan dengan 2 gol berbalas 1. Skuad Harimau Muda pula tumpas mengejut kepada pasukan Melaka di tempat sendiri dengan jaringan 4-2 pada perlawanan terakhir mereka tadi.
Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 28 April 2008:
Sabah 1 - 2 Shahzan Muda
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Harimau Muda 2 - 4 Melaka
Stadium Nasional Bukit Jalil
ATM 3 - 3 Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Proton FC 2 - 0 PKNS FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Lumpur 1 - 2 Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Johor 0 - 2 Kuala… Continue reading
Posted in In Person on April 28th, 2008 17 Comments »
Tarikh: 26 April 2008
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Penulis kali ini cukup bertuah kerana mendapat peluang untuk menemuramah seorang bekas pemain Perak yang pernah mewakili Kuala Lumpur suatu ketika dahulu iaitu saudara Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK).
Dilahirkan di Ipoh dan menjalani alam persekolahan di Teluk Intan, penulis melihat beliau sebagai seorang individu yang mempunyai perwatakan yang tegas namun cukup mudah didekati, berkarisma dan mempunyai wawasan yang tersendiri.
Kelibatnya sewaktu membantu pasukan Kuala Lumpur meraih kejuaraan berganda Piala Malaysia 1988 & 1989 serta kejuaraan Piala FA tahun 1993 dan 1994 tidak mungkin dapat disangkal oleh setiap penyokong skuad wargakota pada waktu itu.
Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak untuk memantau dan mengenalpasti bakat-bakat muda dari seluruh pelusuk negeri Perak dan diserapkan ke pasukan utama negeri serta seterusnya meningkatkan mutu bolasepak… Continue reading
Posted in TM Liga Premier 07/2008 on April 28th, 2008 Comments Off

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti menyaksikan skuad Harimau Muda akan melayan kunjungan Melaka di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala pendahulu liga premier Kuala Muda akan berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos menentang pasukan Johor.
Seandainya mereka tewas, peluang untuk pasukan Plus FC merampas kedudukan pertama liga premier agak cerah berdasarkan lawan yang bakal mereka hadapi nanti iaitu pasukan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Jadual Perlawanan TM Liga Premier 28 April 2008:
Sabah vs Shahzan Muda
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Harimau Muda vs Melaka
Stadium Nasional Bukit Jalil
ATM vs Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Proton FC vs PKNS FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Lumpur vs Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Johor vs Kuala Muda
Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos
Nota: Semua perlawanan berlangsung pada… Continue reading
Posted in Media on April 27th, 2008 Comments Off

TM Liga Super 07/2008
26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 My Team FC
Rangkuman jaringan perlawanan tersebut hanya boleh dilayari Ahli Berdaftar sahaja dibahagian MEDIA. Kepada yang belum berdaftar, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk menonton video tersebut.
Terima Kasih
admin… Continue reading

Sabtu 26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 2 - 1 My Team FC
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Nor Hazrul
Khalid Jamlus - Carlos Caceres
Minit 5: Penalti untuk My Team FC berjaya ditampan keluar oleh Hamsani Ahmad.
Minit 10: Chan Wing Hoong mendapat peluang menjaringkan gol hasil sepakan percuma diambil oleh Mario Berrios namun ditepis oleh penjaga gol Syed Adney.
Minit 15: Perak menerima asakan dari My Team FC. Dua peluang gol My Team FC hasil dari percubaan Sasa Branezac. Mario Berrios membuat kesilapan yang hampir menjadikan gol untuk lawan.
Minit 20: Penalti untuk pasukan Perak, apabila Khalid Jamlus Continue reading