TM Piala FA – Selangor Vs Perak (review)

TM Piala FA
Khamis 27 Mac 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2007/2008 pusingan 2 timbal balik kedua sememangnya dinantikan oleh para peminat pasukan seladang apabila kita akan bertemu semula dengan pasukan penuh bersejarah iaitu Selangor.

Pada perlawanan lalu di Stadium Perak, Selangor yang berjaya mendahului dengan jaringan 4 gol berbalas 1, tiba-tiba dikejutkan oleh “amukan” Razali Umar yang meledakkan 3 gol dalam tempoh 6 minit sekaligus memaksa keputusan seri dicatatkan ketika itu.

Derita kekalahan besar 5-1 kepada pasukan Kedah dalam kempen TM Liga Super sebelum ini seharusnya dilupakan dan hanya kejayaan pada perlawanan ini yang akan memberikan keyakinan semula kepada para penyokong skuad seladang.

Berdasarkan rekod-rekod lalu, perlawanan yang menyaksikan pasukan Perak beraksi di Stadium Shah Alam tidaklah menghampakan. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 69 ribu penonton ini sudah seakan menjadi stadium kedua buat penyokong seladang yang bermastautin di Selangor.

Namun rekod di atas kertas itu tidaklah boleh dimegahkan sangat kerana Selangor kini adalah pasukan yang cukup berlainan. Dengan dibarisi para pemain yang cukup berpengalaman seperti Frank Seator, Safee Sali, Indra Putra, Elie Aiboy, Shukur Adan dan Akmal Rizal, mereka sebenarnya adalah calon utama untuk memenangi perlawanan ini.

Mereka hanya perlu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan atau mana-mana jumlah yang tidak melebihi 4 gol untuk layak ke peringkat seterusnya kerana jaringan gol di tempat lawan menjadi perkiraan dalam kempen Piala FA ini.

Penulis sebenarnya tidak mahu membuat sebarang ramalan berkenaan perlawanan ini kerana secara umumnya semua mengetahui bahawa sistem 3-5-2 ini sudah tidak berkesan terutama bila berhadapan dengan pasukan seperti Selangor.

Penulis ingin memohon jasa baik kepada semua pemain untuk mengambil inisiatif sendiri apabila tiba perlawanan kelak. Penulis percaya peminat bolasepak Perak yang melayari halaman ini turut bersetuju dengan penulis bahawa pasukan Perak akan lebih menyerlah jika digilap dengan taktikal yang lebih efektif.

Walaupun setiap pasukan mempunyai jurulatih dan taktikalnya yang tersendiri, namun itu tidak bermaksud anda semua perlu menelannya bulat-bulat. Gunakan akal dan kebijaksanaan sendiri untuk mencorakkan permainan sesama rakan kerana pada akhirnya “keputusan perlawanan” yang akan menjadi juri.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas. Pada kesempatan ini juga penulis ingin bertemu dengan rakan-rakan lain di Stadium Shah Alam untuk “berkongsi cerita” sesama kita kerana bukan semua perkara boleh dilayarkan di sini.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

33 thoughts on “TM Piala FA – Selangor Vs Perak (review)

  1. miwan tapah

    teman sokong sgt2 ngn penulis.....harap player lebih matured dan fahami situasi perlawanan ngn lawan yg akan ditentang...jgn amik mudah perlawanan yg mcm nie...kalu agak2 SD nyer formation x sesuai time tgh game nnt, pandai2 la player terutama kapten utk bg arahan yg dipikirkan sesuai utk memantapkan game dan mematahkan setiap serangan team lawan....
    ni teman nk tya admin ni, ape perkembangn CC,khalid,shahrul nizam utk hari nie (26 hb)?????still teruk sgt2 lg ke?????agak2 sempat x sembuh utk game esok????teman hope sgt2 diorg dpt turun......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    entah le penulis xtau nk ckp ape lg. tp hrpn nk menang msh ade lg cuma risau perak trauma lg bla kena belasah dgn kdh dulu. harap player bangkit untk membuktikan sesuatu kpd penyokong perak nt. Sd tlg guna akal yg waras dlm bt taktikal. team lain dh dpt bc strategi kt. knp xltk nantha jd pemain tgh. kan lg bgs. munoz tu hntr pulang le cr player lain. xguna nk simpan dh. lg st guna 4 pemain pertahanan untuk kekang eliey tu. kalo 3 senang bolos le. lg st prestasi boted xmcm dulu lg. dh xpower. ada sehari lg sd untuk cr strategi yg berkesan. ape2 pun kami sokong perak smp mati.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. mika

    mika amat mengharapkan AA selaku kapten dpt mencorakkan permainan perak pd mlm tu nanti, agar lebih bertenaga..... mika nampak pengaruh AA amat kuat dlm merencanakan kemenangan team perak.... so pd mlm tu nanti kita lupakan seketika kekalahan yg perit utk ditelan itu, jadikan mlm khamis ni yg terbaik...

    utk AA selaku kapten mungkin anda tak sehebat azizol abu hanifah sewaktu ketika dahulu tp anda bole melakukan setiap perlawanan itu nanti dgn lebih menarik sehebat lagenda kite itu. Pokoknye perlu tenang......... Anda adalah yg terbaik TEAM PERAK..

    ape2 pun yob.... KEJOR YOB KEJOR..................

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. abgcho

    ape2 pn awok arapkan smgt kite len bile berdepan ngn selangor ni..even sekuat mane pn dorg awok ykin ng kemampuan kite sekiranya taktik, usaha menapati sasaran...buktikan sesuatu tuk mase depan perak....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kenari_245

    a..kum semua!! erm..bila saya tengok game kedah vs perak baru2 nie..saya dapati banyak kekurangan pada team..lebih-lebih lagi pada defend..corak 3-5-2 senang untuk dibocori oleh pihak lawan..terutamanya pemain lawan yang mempunyai larian pantas di bahagian sayap..gerenti bocor punya...lagi satu, kita bermain berpasukan tidak boleh mengharapkan individu2 tertentu saja untuk melakukan sesuatu(jaringan)...dalam pasukan kita kena bersatu...semua pemain kena memainkan peranan sendiri..
    Untuk game Perak seterusnya akan bertemu Selangor..Perak terlalu mengharapkan Khalid Jamlus, Rozali, Shahrul Nizam dan Carlos Caceres..mana perginya pemain2 simpanan yang lain..pemain2 ini sudah dikenali sangat oleh pihak lawan..oleh itu pihak lawan sudah dapat membaca skil dan corak permainan mereka...Saya dapat tahu 3 daripada 4 orang pemain di atas mengalami kecederaan..Camana nak kekalkan momentum pasukan yang kuat sekiranya pendedahan tidak diberikan kepada pemain2 simpanan sekiranya pemain2 tersebut tidak dapat bermain..fikirkanlah..
    Saya nak bg contoh sedikit..kedah tewas di tangan PKNS Selangor 2-0 di stadium darulaman pada piala fa hari tu.. ini kerana jurulatih kedah ingin mencuba player2 simpanan..sambil mencuba strategi baru..di samping dapat merehatkan pemain2 utama..saya dikhabarkan hampir separuh pemain utama direhatkan..
    Oleh itu,saya ingin membuat kesimpulan dan mengharapkan kita sebagai satu pasukan tidak boleh bergantung pada pemain2 ternama sahaja..gunalah kesemua pemain anda untuk bermain..
    Ampun jika terkasar bahasa..sekian terima kasih..

    Pulun kedah Pulun!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. depapaemmo

    semua komen best2 belaka bagus betul anda semua..pada pihak pengurusan bertindaklah..buatlah sesuatu..kami semua mahukan yang terbaik buat skuad yob..
    kepada apiq sg siput teruskan menyokong yob..sama2 lah kite ke stadium ngan ex5 turbo kite..hahahaha..tu all perak fan penuhkan lah stadium..berilah sokongan tak berbelah bagi pada skuad kite..jangan hangat2 tahi ayam je menyokongnye..kalau ada sebab xpe la..moga2 tak hujan bila ada game..kalau tak lenjun la teman ngan sahabat2 teman..heheheh
    adios amigos teman berambus dulu..
    assalamualaikum...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. putra8878

    Teman harap team kite berjuanglah lah sehabis2nye mlm esok.insyaallah teman&ank2 perak di kl dan sgor ni akn turun bg sokongan pada anda mlm esok..lg 1 harap2 mlm esak team kite pakai jersey warna itam la plak..jersey masa menang dgn sgor kat s.alam aritu...mana tau kot2 ada tuah&rezeki jersey itam tu..lawan lah berhabis-habisan.Buktikan piala fa kite punya thn ni..buktikan sgor mng kerana nasib je kat ipoh aritu(liga).Harap SD gunakan lah taktik lain.4-3-3. paling sesuai.Andai rezeki xmenyebelahi kite xpe..tp jgn sampai kite dibelasah dan digelar team belasahan plak..cukup la derita yg lalu..bangkit yob bangkit.mike suma bleh buat upset pnye..biorkan sgor over konfident deme...lg 1 skrg ni dah terbukti lah kegusaran fan perak dulu masa krisis dgn sd.ketiadaan striker!cc,kj injured.so mcm mane beb???alangkah baiknye kalu kite cepat sambor saravanan aritu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. pie

    Teman nak ucapkan selamat berjaya kepada pemain PERAK.
    Semoga berjaya mengalahkan Selangor walaupun dengan satu gol kosong.

    Kejor yob kejor
    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. abgcho

    untuk kenari_245...sememangnye mmg kesalahan pihak pengurusan kami kurg mmberi pendedahan kepada skuad simpanan..mmg mmberi masalah kpd skuad kami bile byk player injed @ kene gntung...ape y lebih memedihkn sekiranye masalah berlaku di posisi serangan yang mana kami hanya mmpunyai 3 sahaje pure streka...sekiranye berlaku ape2 macam skrang ni mmg susah untuk kami telan keputusan yg bakal kami tempuhi nnti. hnya mengharapkan semangat dan keajaiban berlaku...tp alhamdullihah kami dapat mengutip mate semaksima mungkin apabila bertandang dengan tim lawan y agak kurang menyerlah...akan tetapi untuk situasi sekarang, tim perak mmg begitu tertekan dalam suasane yang memakse kami utk berlawan dengan tim yang boleh dikatakan liat utk kami kalahkan. sebagai contoh untuk saingan pertama piala fa.kami terpksa berdepan ngn johorfc yg mmg ltidak pernah kami tewaskan sblum ini. adakah azrai khor sekiranya duduk di tmpat stip darby berani untuk melatakkan banyak player mude dalam saingan kalah mati???/ untuk kedah mungkin bernasib baik berdepan ngn team yg kurang menyerlah dan ini mmberi satu advantage to put all the young manplayer as an exposure. tp kami mmg lain..selepas dapat mngharungi 1st round, kmi bertemu dengan selangor plk..selangor bukan calang2 tim skaang...so ape pilihan y kami ade selain dari mengerah keringat aset yg kami ade walaupun sedikit???

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. malaysian86

    admin boleh tlg updatekan line-up perak untuk game esok?Macamana keadaan cacares-khalid-shahrulnizam...bagaimana update terbaru tentang kecederaan mereka?

    jawapan admin: Ketiga-tiga mereka dikhabarkan tidak dapat diturunkan oleh kerana masalah kecederaan. Apapun untuk lineup seterusnya hanya Steve Darby yang lebih mengetahui.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kenari_245

    to abgcho..

    betul tu apa yang diungkapkan oleh abngcho..saya faham dengan situasi yang melanda team Perak...itu sebab pemain2 simpanan atau pemain2 muda patut diketengahkan dari awal lagi..bukan tunggu player injured / digantung perlawanan...kita sepatutnya mencuba keserasian di antara pemain2 baru ngan player berpengalaman...keserasian itu penting...

    ketahuan...ramai palyer2 piala presiden perak semuanya bagus2...tetapi tidak diserapkan dan dicuba untuk bermain bersama pasukan perak...titik tolaknya Pengurusan Perak sepatutnya memikirkan ini dari awal lagi..

    Berdasarkan perlawanan Perak dan Selangor esok..saya harap Steve Darby dapat mencongak idea dan strategi yang boleh mengekang asakan Selangor...Semoga Perak Berjaya!! Pulun Perak Pulun!!hehehe..

    Perak 2 - Selangor 1

    Kedah Tetap Juara..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Salam semua....kpd penulis,teman sokong kata mike...memang sepatutnya perkara2 seperti ketiadaan striker yg mengcukupi atau berkaliber difikirkan sejak awal musim lg...masakan tidak...tidakkah terfikir oleh pihak pengurusan tentang jadual perlawanan yg bakal diharungi oleh pasukan Perak musim ini yg mana 4 kejohanan sperti Piala FA,Piala AFC,Piala Malaysia tak lupa juga Liga Super.....
    Memang diakui pd awal musim penyerang muda seperti Fakri telah disambar FAM tapi takkanlah tiada pengganti dari skuad pelapis...dulu bukan main lg SD kata nk bentuk pelapis manakala pihak pengurusan pula beria2 mengikat kontrak SD kononnya coach ini boleh mengcungkil bakat2 muda bg team Perak...tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya...bukan player yg dicari tapi cuba membentuk player2 sediada dgn player2 import baru yg masih cuba mencari keserasian dlm team serta mempergunakan mereka dlm bentuk taktikal cthnya 3-5-2 utk setiap permainan yg ketika ini ternyata tak berbaloi buat kemampuan pasukan...

    Teman ni tak le berapa pandai sgt dlm sukan bola ni tapi sebab sayangkan pasukan yg teman sokong ni sejak zaman Azizol Abu Hanifah,Kyi Lwin,Aung Naing dan Jang Jung lg dh teman turun ke stadium...siap naik motor takde lesen ke Stadium Perak nun...dari era tu sampai skrg Perak tak pernah tergelincir dari Top 10 pasukan Liga Malaysia yakni dari Semi Pro ke liga Super tak pernah lg masuk ke Divisyen 2 hatta ke Liga Perdana...begitu juga dgn Piala M'sia..tak pernah lg tercicir utk turut serta sehingga ke Suku Akhir...musim ini bagi teman adalah pencapaian yg terburuk dlm byk rekod pertemuan Perak bilamana di belasah teruk berkali2....teman bukan marah apa..itu adat le bila bersukan tapi rasanya kalau seseorang jurulatih atau pengurus tu dah kekeringan idea ataupun beliau sendiri tidak ada kuasa upaya utk membentuk gandingan mantap dl team...rasanya elok benor le berundur...

    "so Steve i hope u understand what we feel now....we try to relief our pain all this while but seems that the more u penetrate through your system the more or the worst it goes.....may be this is your final destination in Perak FA....anyway good luck for tomorrow"

    Utk penyokong2,die hard fans,ybs & yongs....perjuangan kita je yg belum berakhir...oleh itu walau siapa yg tinggal dlm team...walau siapa yg main besok....kita perlu bersama dgn mereka....tanpa kita mungkin semangat mereka sedikit terencat....apalagi yg ditunggu..bior hujan bior ribut besok kita gegor Stadium Shah Alam...Kejor Yob Kejor!!Skor Yob Skor!!!

    P/s:Siapa nak ikut besok sama2 semayang Maghrib kt hentian RnR Elmina Sg.Buloh...teman solat kt situ dulu pastu terus ke stadium....buat penulis....besok set masa jumpa kt mana??Teman tunggu.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. abgcho

    huhu..nk wat cane knari_245....da lmbat da..da injed sume da..bg awok hal ini mungkin ade kaitannye ngn pengurusan kite yg meletakkan bulat2 pade datuk mahyuddin...awok xmengatekan datuk tidak bagus malah beliau adalah antara org y awok tabik y mane dapat mengurus manegement perak walaupn kerusi pengurusan byk y kosong. beliau bukannya robot sume posisi nk dibuat.sekurang2nya sekiranya pengurusan kite adalah kukuh dimana kesemua kerusi pengurusann telah diisi dengan org y berkaliber, berkemungkinan struktur pendedahan serta penyungkilan bakat mude ke arena ini mungkin dapat dilakukan dengn berkesan. kite lihat sbg contoh dulu semasa sume kerusi pengurusi diisi maka sume kerja dari akar umbi mudah dijalankan dan bayk bakat2 mude kite y menyerlah.. kite boleh dikatekan kilang player suatu mase dahulu..ye idak?? setidak2 nye khusus untuk situasi perak skang, sekiranya ade suatu kuasa pengurusan y kuat sudah tentu stip akan diberi amaran dan semestinya taktikal akan diberi nafas baru..ini tidak, taktikal masih ditakuk lame..kite hanya mengharapkan kepade kebolehan player y kite ade semate2..ni mane kene yob....awok sygkan perak ni smapei kalu kalah mmg xleh tido..dan awok percaye ramai lg y camtu......tak kesian ke mike2 y berkenaan ngk keme ghope ni???? ate xkn lg byk match lg byk mlm keme xleh nk ngoloh.....??huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. YB Post author

    Yob miez3,

    Penulis bersama jurugambar biasanya akan berada di sudut padang untuk membuat lintas langsung perlawanan. Tetapi jika cuaca tidak mengizinkan, mungkin penulis beralih ke bilik wartawan.

    Biasanya selepas perlawanan penulis bersama jurugambar akan ke restoran mamak yang berhampiran untuk berbual dan mengemaskini apa yang patut dihalaman web masing-masing.

    Jika berminat untuk menyertai penulis selepas perlawanan nanti boleh tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi nanti di ruangan komen di bawah. (tidak didedahkan kepada umum) Dijemput semua yang melayari halaman seladang.net untuk bersama-sama bertemu nanti. Banyak perkara yang boleh kita bincangkan nanti terutama sesuatu yang tiada di sini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. ripo

    teman skong ape yg abg cho kaborkan..kedah bermula dari liga premier dan mungkin krn itu mereka dpt memberi pendedahan yg secukupnye kpd player2 muda mereka dan amat betuah dgn hasil yg mereka dpati..lwn pun team2 liga premier dolu2..no offense k..ahak..pemain mude kite yg hendak digilap diculik pula olh fam..ahaha..ohohoh nasib2..dgn peraturan fam yg ditetapkan sudah semestinye player ini akan menjadi 1st eleven perak..masalah skang mayb dr segi taktikal..hope taktikal yg lebey kuat dpt digunakn..kalo la takyah bayo 120k plus plus kat pahang pasti saravanan join perak..kite bkn liga epl yg byk duit nak buang bli buang bli tuh..sian tgk sara yg bgs tu tak dpt men..haih..kejor yob kejor..skor sampe deme tumpo!
    papehal perak tetap dihati!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. abgcho

    huhu..bg awok pasi si fakri n saravanan tu biyole deme dengan haluan skang..skirenye ade rezki deme ng tim kite ni lagi adele sok..untuk saravanan beliau makin ari makin tue,,..mungkin rezkinye nnti di perak setelah puas merantau di pahang..mungkin die akan menjadi m.karathu 2....hehe..ok la fokus untuk game selangor ni, awk rase semangat pemain kite akan lain dan insyaAllah kemenangan akan berpihak pade kite....tp ape y merisokan awok gak kite bukan sahaje berenti penyiksaan setakat game sok je...malah ahad ini kite akan bertandang ke srawak n rabu minggu depan kite akan men utk AFC cup....dan sabtu melawan Johorfc plk.....mmg getir jadual kali ini..dengor cite caceras xleh men dalam 6minggu lg....adakah nasibnye akan dianto pulang ke chile trus...bg awok kalu dah urgent sgt, cr je ganti utk munoz tu terus....cr y leh men striker n midfield....lg elok negro..susah nk injed..ade kite dengor keita injed lame???rasenye die adlah player y pling lame berade di padang..

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. hijaukuning

    apa sudah jadi yob semua..jgn ditangisi kekalahan lalu fokuskn utk lwn s'gor kt shah alam pulak..pulun perak pulun..saya terkejut dgn prestasi perak hr tu..mmg saya penyokong kedah tp semangat keutaraan menebal dalam diri..bermula dgn penang yg bakal turun divisyen,kemudian perlis..xkan perak nk ikut sama kot?contohilah pasukan kedah yg menaruh keprcayaan sepenuhnya kepada tenaga muda anak negeri kerana mereka ini bermain dgn penuh semangat dan disiplin selain mengejar kemasyhuran untuk negeri kelahiran..saya terkejut sebenarnya dgn keadaan perak sekarang..knp masih menampilkn plyer yg sama setiap perlawanan?bukankah suatu ketika dahulu perak antara pembekal player muda kpd m'sia?dgn lahirnya azizol abu hanifah,nidzam adha,indra putra dan ramai lagi..kemana perginya anak muda perak?juara piala presiden tp xdiserapkn kedalam pasukan utama masih mengharap tenaga lama..fikirkanlah utk kebaikan bersama..

    KEDAH TETAP JUARA
    KEDAH KEKAL DIHATI

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. satorare

    kepada hijaukuning n kenari_245..
    trima kasih atas keprihatinan anda smua..
    mmg skang ni perak tengah truk..
    prestasi x menentu.. tambah lg ramai palyer yg cedera..
    x tau nk habaq cane dh..
    mmg sedih masa kalah gn kdah aritu..
    x tau la plak game gn selangor ni...
    sy setuju gn abgcho..
    elok kita ambik import negro..
    deme ni keras ckit..
    xde la lembik sgt..
    tman mmg frust masa perak drop seator..
    pastu kieta mandjou dg aye pn kena drop..
    import dh bagus p drop..
    kalo diorng ni nk gaji up ckit ok la..
    bukannye main x bagus..
    ni ambik chile.. CC je yg jadi..
    lg 2 hancur.. elok lg player tempatan main..
    dimana mandjou n aye..
    kami perlukn anda..

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. active11

    Wah..canggih betulla forum ni. Team Kedah pun menempel sama n bagi smgt. Bagus betul.

    Saya setuju dgn pendapat semua, musim ni Perak byk dugaan.
    Tapi harap pemain n penyokong terus bersama2 menaikkan Perak. Tak hairanlah kalau Perak merupakan penyokong paling sporting di Malaysia..biar kalah team pun, terus berikan dorongan n sedikit cacian hehehe...

    Malam ni kita ramai-ramai pakai baju Putih / Hitam. Biar berbeza sikit dgn Merah Kuning Selangor. Kita sorak ramai2, biar gegar kali ni team Selangor n Shah Alam.

    Buat Penyokong Kedah di Lembah Kelang, kalian dijemput sama memeriahkan suasana (pakai baju Putih/Hitam jugak heheh).

    Selangor (1) vs Perak (2) insyaAllah.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. miez3

    Salam YB....kalau area2 kedai mamak kt Seksyen 13 tu (area Stadium Shah Alam) boleh...tak de masalah....kt Rafi ke...kt Kg.Pandan ke...ok je....al-maklum le...dh keroje kt sini...utk makluman teman keroje di "local authority" terhangat di Shah Alam (ingat kes Hanif Basree....??)..

    Tadi on the way ke office dh nampak dah bas Sri Maju skuad kt hentian Elmina....selalunya deme akan nginap dan berehat di hotel sebelah office teman pastu terus training kt padang sebelah...ate kalau yob YB ada bersama dgn skuad atau team Perak tepon le....ate kalau ofis kt sebelah je boley le pi minum2 ye tak??Adios amigos...wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. Yashurr Yazurry

    Salam semua...!!!
    MALAM INI...
    adalah malam y penuh debaran buat teman...
    Niat d'hati smemangnya utk b'tandang ke Shah Alam mlm ni..
    namun apa kan daya teman shif malam arinie..

    Teman mengharapkan agar pasukan kita berusaha
    sekuat2 y mungkin...
    berjuang b'mati-matian..

    resah jugak teman sbb malam ni perak turun tanpa KJ...

    harap Jali buleh lakukan seperti mana perlawanan pertama
    di perak mgu lepas..

    Ayuh Perak..!!!
    Kerahkan Keringat Pulihkan Semangat!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. ipoh limau bali

    tq..tq pd fans kedah yg byk memberi komen bernas kepada perak..harap menjadi kwan dan bukan lawan..semangat keutaraan...skor yob skor...pulun kedah pulun..

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. slash

    menurut hijaukuning..

    perak dahulu antara pembekal player muda kpd msia..
    iye betul..
    coach dlu2 mmg tau ape nk buat ngn player junior ni..
    cth mcm weigang..
    nantha
    khalid
    indra n ramai lg player junior dia bwk naik..
    teamtalk weigang rasenye plg bkesan..
    klu 1st half perak main mcm hampeh
    2nd half tu perak mesti power pnye..

    oh weigang tolong la kembali ke pangkuan perak..

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. kundang85

    game mlm nie ibarat telo ujung tanduk.selangor mmg team yg solid lebih kurg ngan kedah gak ngan player2 yg mmg tiptop ditmbh lak dgn coach yg bgs n straight cm dollah.harapan perak nk mng game ni even 1-0 40-60..dtmbh dgn keadaan team yg ibarat kapal pecah yg ilang nahkoda.
    season pun dh nk smpi ke ujung,ape lg yg leh dibuat.perjuangan mst diteruskan.ape kekuatan yg ada wlpn xberape kuat perlu digunakan kerana itu saja yg ada.kepada SD,teman arap season depan xder dh muke die dibumi perak.harap PFA,cri la coach yg lebh berkaliber,bkn hanye becakap jer pndi,jelas SD tidak bmembawa aper2 kejayaan yg boleh dibanggakn.dibawah SD perak hanya sesuai dilabel sebagai team 'pencabar/penganggu' saja.nk mng 1 cup pun xder harapan.taktikal SD mmg sgt mudah dibace.3-5-2,fav SD ckp mudah untk diatasi.ditambh dgn defend yg main yg 'berat'spt mario,chan.ckup mudah openent nk lepas ngan defend2 cmni yg mnjdi kesayangan SD.sikap suke mggunakan pemain2 tertentu saja smpi tumpo menyebabkn player perak yg lain xboleh mengembgkn keyakinan ketika bermain sbb pusig2 yg main muke yg sama.
    game mlm nie,arap team perak main bersungguh2.main sehingga titisan peluh yg terakhir.mng klh ikut nsb tp main biarla bermaruah,jgn la diayam2kn.klh biarla bermaruah wlpn xde gunenyer kerana klh tetap klh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. abgcho

    kite xkn kalah insyaAllah..awok beryakinan tinggi ng selangor ni..kite lebih sng mengecapi kejayaaan dengan status underdog...percayale....

    Likes(0)Dislikes(0)
  26. malaysian86

    Dengar cerita dari forum lain,khalid dapat main malam nie,ini berita baik ,betul ka admin?

    jawapan admin: masih samar-samar lagi, kemungkinan besar tidak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. active11

    Yeah Teman nak gerak dah nih.
    Malam nnt harap Perak tak mudah putus asa. Ramai juga org Ipoh nak turun wehh!!!!

    Kepada sahabat negeri Utara, jomla kita berasak2 ke Stadium Shah Alam (please jangan panjat2 pagar stadium, kang marah org Selangor hehehe)

    Selamat pergi dan pulang insyaAllah.
    Selamat pergi n MENANG heheh

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  28. webmaster

    Semua peminat skuad seladang di minta untuk datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam ini untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Perak.

    Kedatangan anda semua akan menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Steve Darby yang akan menentang pasukan pilihan iaitu Selangor.

    Banyak kejutan yang bakal disaksikan pada malam ini dan pihak kami difahamkan pemain-pemain yang diberikan amanah berjanji akan menunjukkan aksi terbaik mereka malam ini.

    Semoga kita berjaya!

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  29. yatty_sg

    teman harap sgt dpt kesana tapi apakan daya, atas masaalah tugasan, terpaksa dibatalkan niat ni.
    walau teman jauh dok di kota singa, sokongan teman akan tetap bersama perak ..
    moga kemenagan akan berpihak pd kita ...

    all de best yob!

    Likes(0)Dislikes(0)
  30. amirfsl

    terime kasih kepade fan2 kedah atas komen2 bernas dan jitu..teman harapkan yang terbaik daripade team perak lepas ni!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.