TM Piala FA – Selangor Vs Perak (result)

TM Piala FA
Khamis 27 Mac 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor 2 - 1 Perak

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Jorge Munoz

Shahrulnizam – Hardi Jaafar – Ahmad Shahrul – Nor Hazrul

Khalid Jamlus – Razali Umar

 

Separuh Masa Pertama

Minit 1: Permainan dimulakan dengan Selangor membuat sepak mula dan satu serangan pantas dari hantaran Elie Aiboy hasil kesilapan Mario Berrios nyaris menghasilkan gol apabila sepakan Frank Seator yang hanya berhadapan dengan Hamsani terkena kaki penjaga gol Perak tersebut.

Minit 5: Selangor ketika ini lebih banyak menyerang namun berjaya diserap dengan baik oleh pertahanan Perak.

Minit 10: Perak mempunyai peluang terbaiknya apabila hantaran Hardi Jaafar cantik kepada Razali Umar yang seterusnya melorongkan bola tersebut kepada Khalid Jamlus diluar kotak penalti Selangor namun bola tersebut agak laju untuk dikejar.

Minit 15: Selangor mendapat sepakan sudut yang pertama namun tendangan Amri Yahya keluar melintasi palang gol Perak. Hardi Jaafar membuat satu hantaran cantik kepada Khalid Jamlus namun telah pun offside.

Minit 20: Razali Umar mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol apabila berjaya memperdayakan pertahanan Selangor namun tiada rakan yang hadir untuk menerima hantaran beliau.

Minit 25: Perak mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti Selangor setelah Razali Umar dijatuhkan dan sepakan tersebut diambil oleh Hardi Jaafar namun terkena benteng. Razali Umar sekali lagi mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol apabila tendangan beliau terkena penjaga gol Selangor walaupun hanya berhadapan satu lawan satu.

Minit 30: Pasukan Perak lebih banyak membuat serangan balas ketika ini dengan hantaran banyak dihalakan terus dari pertahanan untuk mencari Razali Umar namun masih berjaya diimbangi oleh pertahanan Selangor.

Minit 35: Khalid Jamlus terpaksa dikeluarkan kerana masalah kecederaan dan digantikan oleh Danial Fadzly. Perak mendapat sepakan sudut namun tiada penyudahan yang baik dari para pemain lain.

Minit 40: Safee Sali melakukan satu sepakan dari jarak 35 meter namun melambung tinggi. Frank Seator diberi amaran oleh pengadil kerana mengasari Chan Wing Hoong di dalam kotak penalti Perak dan ini menimbulkan perbalahan antara beliau dan Hamsani Ahmad yang merasa tidak puas hati dengan tindakan Frank Seator.

Minit 45: Barisan serangan Perak ketika ini diterajui oleh Razali Umar dan Danial Fadzly dan nampak sedikit peningkatan dari segi kepantasan menyerang namun masih lagi buntu mencari jaringan. Selangor pula meletakkan Amri Yahya selaku pertahanan menyerang yang kerap kali merantai pergerakan Razali Umar.

Minit 45+2: Gol pertama Perak dijaringkan oleh Mario Berrios setelah mendapat satu tendangan percuma yang cantik dari jarak 40 meter dan meluru deras ke gawang Selangor.

Tambahan masa: 2 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Permainan dimulakan dengan Perak membuat sepak mula dengan Nor Hazrul menerima kad kuning pertama hasil terjahan keras ke atas P. Gunalan. Selangor nampaknya menggunakan taktikal hantaran jauh dari bawah dengan dua orang sahaja pemain tengah ketika ini.

Minit 55: Perak mendapat sepakan percuma dari jarak 25 meter setelah Razali Umar dikasari namun sepakan yang diambil oleh Hardi Jaafar sedikit melewati palang sebelah kanan pintu gol Selangor.

Minit 60: Selangor seharusnya telah mendapat gol penyamaan mereka apabila tandukan Safee Sali berjaya menewaskan Hamsani Ahmad namun Shahrulnizam berjaya mengeluarkan bola tersebut dengan tandukannya.

Minit 65: Gol penyamaan Selangor dijaringkan oleh Frank Seator hasil perebutan di depan pintu gol Perak

Minit 70: Perak membuat pertukaran kedua apabila memasukkan Carlos Caceres dengan mengeluarkan Jorge Munoz.

Minit 75: Satu rembatan voley kencang dari Indra Putra berjaya ditampan oleh Hamsani Ahmad.

Minit 80: Perak meletakkan 3 orang pemain dihadapan ketika ini dengan Ahmad Shahrul, Razali Umar dan Carlos Caceres namun masih lagi tidak mampu menghasilkan sebarang jaringan setakat ini. Penjaga gol Selangor, Suffian Abdul Rahman dilayangkan kad kuning kerana melambat-lambatkan permainan.

Minit 85: Perak membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Nor Hazrul dan memasukkan Wan Abu Yazid. Sepakan Safee Sali terkena tiang walaupun hanya berada kira-kira 5 meter dari pintu gol Perak.

Minit 86: Safee Sali menjaringkan gol kedua Selangor hasil dari bola lambung yang melepasi Hamsani Ahmad.

Minit 90: Selangor mula memperlahankan permainan ketika ini. Pasukan Perak agak tertekan dengan lebih banyak bertahan.

Minit 90+3: Carlos Caceres gagal menjaringkan walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol Selangor apabila beliau kelihatan terhincut-hincut ketika hendak menyepak bola tersebut. Hardi Jaafar dilayangkan kad kuning kerana mengasari Shukur Adan.

Tambahan masa: 3 minit

Tamat

Keputusan perlawanan lain:

Keputusan terdahulu di dalam kotak kurungan

N.Sembilan (0) 1 vs 4 (1) Terengganu
Felda United FC (5) 0 vs 1 (2) Kuala Lumpur
Melaka (2) 4 vs 1 (3) Proton FC
Sarawak (0) 0 vs 2 (3) Kedah
Plus FC (0) 0 vs 2 (0) Pahang
Sabah (1) 3 vs 1 (2) PDRM
Kuala Muda (0) 2 vs 0 (1) Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “TM Piala FA – Selangor Vs Perak (result)

  1. webmaster Post author

    Komen akan di buka sebelum perlawanan bermula dan sewaktu rehat separuh masa pertama nanti.

    Gunakan waktu yang terluang ini sebaiknya.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Alhamdulillah berjaya juga menjaringkan gol. teruskan permainan dgn tenang. mainlah bersungguh2 supaya mencapai kemenangan malam ini dan janganlah bolos.
    AMMMMMMMMMMMMMMMMMMin

    kejor yob kejor
    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgcho

    alhamdullilah..bersyukur kite dikurniakan 1 gol bermakne...perjalanan masih jauh....buktikan kemampuan kite....skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seansan00

    salam.. kecewa teman malam ni.. dah liding.. seken half bole bocor lak 2 bijik.. tp itulah bola sepak.. paper pun kredit pada perak krn berjaya ketahap ni.. laluan kite lebih sukar berbanding team lain.. so walaupun x layak ke peringkat seterusnya.. harap kome yg kat luar tuh jgn la x pegi stadium lak lpas ni... harap pengurusan perak perlu lebih peka terhadap posisi penyerang kerana ape yg kite ada bukan lah terhad tapi pendedahan tu yg membataskan perjuangan apabila penyerang utama cedera... uwaaaaaaaaaaa

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kenari_245

    a.kum..dan selamat malam..

    Pulun sudah Pulun...tapi rezeki x memihak pada team Perak..nak buat macam mana..saya penyokong Hijau Kuning rasa kecewa dan sedih atas kekalahan Perak malam ini..

    xpa..jangan putus asa..ada lagi 3 piala..liga super, AFC dan Piala Malaysia..harap team dan fan2 Perak jangan terlalu sedih..benda sudah lepas jangan difikirkan lagi..Kuatkan semangat untuk menempuh perlawanan2 yang akan datang..baiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada..

    Belajar dari kesilapan...Semoga Berjaya!!

    Kedah layak ke suku akhir...juara tetap juara..:)

    Good nite..a'kum

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    dengan ramai pemain yang cedera, kita perlu ambil iktibar dan kepada fan semua jangan pula kecewa dengan pemain kita kerana mereka sudah mencuba yang terbaik. boleh la rehat sikit selepas ni x payah main piala FA. tumpulah plak pada Piala Malaysia, AFC dan Liga Super

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    tak puas hati teman mlm nih... harap player2 dapat rehat secukupnya setelah tak perlu lagi main dlm Piala FA

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. hijaukuning

    apa nk buat,nasib xmenyebelahi..sepanjang perlawanan td sy mengikuti perkembangan perak..sy terkejut jg melihatkn line up player yg diberikan admin..knp dh kalah teruk dgn kedah maih lg gunakn formai yg sama?sy juz bg pndapat ja bkn nk bz body..sy hapy team kedah mara tp berasa kecewa apabila perak gagal mgikut jejak kedah..anyway perbetoikn mana yg xbetoi n kite jumpak final TM Piala M'sia..hehe..kedah menang lg..walaupun selangor nmpak mantap tp sy x respect,pasainya player diorg bkn terdiri dr anak tempatan mcm team perak n kedah..menang pi la semua piala tetapi manisnya xsama mcm guna anak kelahiran negeri sendiri..ayuh perak bangkit kembali dr tidoqmu..kami pasukan kedah menanti kebangkitan anda untuk merancakkan lg persaingan memburu kejuaraan..

    KEDAH TETAP JUARA..
    KEDAH KEKAL DIHATI..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. abgcho

    huhu..ntah apele jadi ng caceras tu,..rasenye mkin injed le mamat tu ye idak.......?? udah smpei nk nyepak pn tak buleh ate mane ghopenye nk men bola..awok rase dalam mase y ade ni bek kite mantapkan tim untuk piale m'sia....liga super kalu leh bile lawan tim ayam skit bgla peluang kat player mude kite..awok sebenornye tingin nk ngk player mude kite men..tp rasenye xde y bgus n handei bawak bola..sume bese2 je....huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yatty_sg

    takde rezeki, tulah kesimpulannye ..

    nak dikenang pon takde gunanye pon, benda dah jadi/lepas. so lepas ni, focus la kat saingan yg lain ye ..
    moga kekalahan ni akan jadi batu loncatan utk kejayaan akan dtg.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. hijaukuning

    salam semua...
    setelah kegagalan pasukan perak melangkah ke pusingan seterusnya dlm kempen piala fa,elok rasanya pihak pengurusan menampilkan pemain dari skuad piala presiden untuk mengimbangi semula jadual perlawanan yg terlalu padat dan secara xlangsung memberi rehat kpd pemain utama pasukan..dgn baki perlawanan yg xseberapa usaha untuk mngejar kedah mgkin terlalu sukar tp bkn mustahil..semoga coach anda lbh berani mencuba pemain baru..contohilah kedah yg mngetengahkn pemain muda dan skrg pun dlm usaha menggilap bakat pemain dr skuad piala presiden iaitu fadly baharom yg nmpk menjadi setelah kali pertama beraksi ketika menewaskn perak..2 golnya mlm td melengkapkn kemaraan bergaya pasukan kedah ke pusingan seterusnya..anda punyai masa untuk mencabar kami untuk saingan piala m'sia pula..tetapi hati tetap mengatakan kedah tetap juara..hehe..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Yashurr Yazurry

    Salam...
    teman agak kecewa dgn kputusan..
    namun teman redha...
    takde rezeki buat perak kali ini....
    mudah-mudahan pasukan kita akn menumpukan
    sepenuh perhatian pada liga super jgk AFC cup..
    seterusnya Piala Malaysia...

    Sudah masanya skarang untuk ' brubah angin '...
    teman harap sgt squad kita nanti d'kendalikan oleh jrulatih
    tempatan y b'kaliber...

    jangan bazirkan duit untuk jurulatih luar y xmampu
    berbuat apa2...

    ayuh seladang!!!
    andai jatuh, bangkit segera....!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. arulznsara

    X payah ler kome semua marah sgt dengan keputusan malam semalam...Perak main ok...cuma nampak kepenatan dan masalah kecederaan sesetengah pemain...Khalid ng Caceres tu contohnya...nak lari pon x boleh...nak sepak bola pon x boleh...masing2x dok jaga kaki yang masih injured...Steve sampai terpaksa masukkan jugak Caceres walaupun nampak sgt mamat tu x boleh main...Khalid sampai merayu-rayu mintak dikeluarkan...so, apa nak dikata...jadual padat...mmg akan ada masalah2x macam ni kalau asyik harapkan player yg sama...Apa-apa pon, Munoz tu anto je la balik...mmg main teruk pada setiap perlawanan....bila Munoz dah keluar baru game Perak improve..itupon kalo Steve x nampak lagi x tau laaa...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. miez3

    Pedih dan sedih....itu le yg teman rasakan tatkala keluar dr pintu Stadium Shah Alam semalam....Pedih kerana terpaksa menerima hakikat yg Perak kalah lagi buat kali yang ke 3 dlm tempoh terdekat....sedih sebab segala usaha yang dijalankan oleh anak2 buah SD masih tidak berupaya menidakkan ego S'gor...
    Teman tak berapa nak salahkan player sbb dr pemerhatian teman semasa game berlangsung deme betui2 memberikan kudrat sepenuhnya walaupun ada player yg tak berapa fit sepenuhnya...antara player yg teman respek dan juga mengundang kejutan apabila sebelum ini dikhabarkan injured dan tak dapat diturunkan ialah Sharulnizam Mustapha....aii kata injured tetiba muncul pulak....tapi teman tgk dia rajin betui semlm....apapun Yob mike dh usaha dh...sabor je la..

    Bagi CC dan KJ...khidmat anda berdua memang ditagih peminat...walaupun injured tapi masih cuba membantu...cuma teman nak tegur skit...masa dh leading 1-0 nape la tak kekalkan rentak dgn bertahan dan sesekali menyerang....dlm game semlm terdapat 2 jeneral di atas padang....itu sudah pasti dpt membantu Perak dlm merencanakan permainan ke atas pihak lawan...jadi nape tidak gunakan peluang player yg keluar apabila tidak dpt meneruskan permainan spt KJ cthnya dgn memasukkan Azlan & Subra....selalu main 3-5-2 tukar le pulak pada 4-4-2 atau 5-4-1....bior Razali dok kt depan sorang2...dia laju...pump je bola kat dia...

    Hmmm....and this is my final touch about this comment...of course without bias & prejudice..... should go directly to u Steve Darby...
    "You were still not learn from your mistake last night!!"
    I hope u understand what we feel...we are not as genius as u are in football but please make your decision wisely....we've giving u a lot of chance and oppurtunity for u to show the best in Perak's team management but still until now...what can i say hopeless..sorry to say that Steve....well i think this season will be your final one....good bye to u...may you rest in peace or go back to your own portfolio such as being a good commentator in ESPN or STAR channel like the good old days....your speech and word will be priceless and will be remembered...so long Steve...
    Adios Amigos...Gracias..

    Utk fans...yobs & yongs...sabar lah...perjuangan belum berakhir....andai kata Piala Liga tak dapt digapai cuba le pulak Piala M'sia....kpd Hijau Kuning Forumnist...terima kasih atas teguran dan nasihat kalian....pakatan utara tinggal satu team je kt next episode FA Cup...harap pasukan anda je yg dapat meranapkan impian S'ngor bg menebus kekalahan Perak....United We Stand....Pulun Kedah Pulun namun Yob Tetap Kejor Dan Skor (cuba lg le...)

    p/s:Jgn lupa turun stadium lg...moral support tetap diperlukan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. pachenko

    Malam td aku ada di stadium Shah Alam. Suasana mmg meriah la mcm biasa. Aku terlambat datang sebab baru balik keje terus pg stadium. Lepas beli tiket aku pun nak masuk la ke stadium, aku ingatkan Fan Perak x ramai datang sebab team x konsisten skrg nie, rupa2 nya semangat Fan Perak patut dipuji. Walaupun team tengah mengalami prestasi yg teruk tp itu x menghalang dari Fan Perak untuk datang ke stadium Shah Alam.
    Kira2 hampir 6000 penyokong Perak hadir malam tadi. Mmg semangat itu yang patut dicontohi oleh Fan2 negeri lain. Penyokong adalah player ke-12 di padang. Walaupun aku kecewa tp permainan malam td tidak lah seburuk mana. Perak sepatutnya boleh menang dgn jaringan yang sama semasa perlawanan liga Super di Shah Alam, tp penyerang hanya mepersia2 kan peluang yg diperolehi.
    Selangor x boleh berbangga malam tadi kerana 2 gol kontrovesi yang mereka perolehi malam td yang sepatutnya offside.
    Apa2 pun Fan Perak di Kuala Lumpur tetap dibelakangmu memberi sokongan padu x kira apa pun yang berlaku. Glory Glory PERAK. Seladang the best.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. mie

    KECEWA DENGAN SD!!!
    kedudukan SD skrg perlu dipertikaikan..
    yang nyata, die tidak mampu menguruskan pasukan perak.. HanCUR dibuatnye..!!!

    SD, u're fired!!!

    Masih degil...
    kenape masih mahu menurunkan player yang belum fit sepenuhnye..(khalid, Ceceres, Shahrul nIZAM, A'A)

    a'A dan Sharul Nizam memang bagi komitmen yang tinggi malam tadi walaupun tak perform sangat.

    kesilapan kawalan individu banyak sangat (minit pertama Berios dah wat silap, hampir2 gol..)

    On air sangat lemah, aku tgk hampir 90% bola di udara dapat pada selangor.. ape nak jadi??

    Perak dah la main hantaran jauh dan tinggi.. tanduk tak kene pun.. hantaran banyak yang sia2..

    Perak seharus nya lebih banyak mengamalkan ball posession dan mengawal permainan untuk mengelakkan selangor mengawal sepenuhnya permainan. akibatnya pemain lebih cepat letih kerana bola sentiasa dikaki pemain selangor.

    Razali patut diberi pujian kerana semangatnya pada malam tadi walaupun gagal menjaringkan gol..

    Bahagian tengah perak tampak kurang menyerlah malam tadi..

    pertahanan perak bermain baik, tetapi tidak konsisten terutamanya pada 20 min terakhir..

    boted best malam tadi..sempoi je..!!

    Kesimpulannya, SD gagal. Die tak boleh bawa Perak jauh..

    PAFA sila nilai semula kedudukan jurulatih dan bawa kembali kegemilangan bola sepak perak yang digeruni dahulu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Tiap hari saya saya tengok laman web seladang.net..Nak komen rasanya dah ramai teman-teman kite yang komen dengan bernas..Tapi hari ni terasa nak komen pasal game Selangor ngan Perak mlm tadi..Saya dengar live melalui radio 3 shah alam..Dari apa yang saya dengari faktor stamina..taktikal..penyudah..inilah 3 serangkai yang menyebabkan pasukan Perak tewas..Saya tidak menyalahkan pada pemain tetapi pada pihak pengurusan dan juga jurulatih..Pengurusan haruslah mengambil iktibar dari kekalahan yang lepas-lepas dimana pasukan Perak dibolosi dengan jaringan yang banyak..Ketiadaan pemain yang benar-benar berkaliber dan berkualiti setaraf profesional..Saya bukan kata pemain pasukan Perak tidak berkualiti langsung..Cuma ada kualiti tapi tidak profesional..Seharusnya pemain yang berkualiti dan profesional tahu keupayaannya..Pihak pengurusan seharusnya melihat semua ini dari skala yang besar..Jangan menuding jari pada kelemahan pemain..Semua pemain yang diambil adalah dari persetujuan pengurusan dan jurulatih..Jurulatih pula melatih pemain tidak secara profesional..Apa yang dilihat latihan hanya pada aspek tertentu..Tidak pula dilatih aspek yang lebih penting..Taktikal khususnya..Ketika pasukan dibawah tekanan..Seharusnya jurulatih perlu mengubah taktikal untuk mengelirukan pihak lawan..Latihan hantaran jauh..Tendangan sambil berlari nampaknya terlalu banyak dipersia-siakan..Banyak lagi yang perlu dititikberatkan dalam era bolasepak moden..Contohilah dan pelajarilah dari Akademi Bolasepak di Eropah dan Amerika Latin..Semuanya menekan aspek untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti dan profesional..Saya menyokong pendapat miez3 yang mana steve darby elok jadi commentator tetap di ESPN atau STAR sport..Semua ini hanyalah pendapat peribadi saya..Terpulanglah pada pihak pengurusan pasukan Perak untuk melihat komen ini sebagai sampah atau panduan..Saya tetap setia pada Pasukan Perak walau jatuh dan bangun..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.