TM Piala FA – Perak Vs Selangor (review)

TM Piala FA
Jumaat 21 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2007/2008 kali ini menemukan pasukan Perak dengan musuh tradisinya Selangor. Kali terakhir Perak menentang pasukan Selangor adalah pada 12 Februari di Stadium Perak untuk kempen liga super.

Pada perlawanan itu Perak tumpas kepada Selangor dengan jaringan 4 gol berbalas 1, walaupun pada perlawanan pusingan pertama liga super di Stadium Shah Alam telah dimenangi oleh skuad seladang dengan keputusan 4-2.
Dengan luka kekalahan besar 1-6 kepada pasukan SAFFC dalam kempen AFC Cup 2008 belum lagi terubat, apakah strategi selanjutnya dari Steve Darby untuk mendapatkan semula keyakinan para penyokong skuad seladang yang pastinya cukup kecewa dengan keputusan malam tadi?

Pada penulis kekalahan tersebut tidaklah perlu difikirkan kerana pertemuan dengan Selangor malam esok jauh lebih penting kerana ia melibatkan peluang untuk ke final TM Piala FA 2007/2008.

Sebagaimana yang umum ketahui, hanya juara TM Liga Super dan juara TM Piala FA sahaja yang akan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam kempen AFC Cup. Juara liga super seakan hampir pasti dimiliki oleh pasukan Kedah manakala laluan Piala FA untuk pasukan Perak pula cukup memeritkan.

Penulis ingin mencadangkan supaya Steve Darby dan pengurusan Perak lebih memberikan tumpuan kepada liga domestik yang ada kini. Dengan harapan untuk menjadi juara liga super seakan pudar, kita masih tidak terlambat untuk melakukan sesuatu dalam persaingan Piala FA dan Piala Malaysia yang akan berlangsung kelak.

Jadual padat, pemain cedera serta kepenatan adalah antara faktor utama kepincangan di dalam skuad seladang di tambah dengan bilangan pemain yang cukup terhad di dalam skuad Perak itu sendiri.

Ibarat kata pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran” mungkin akan terjadi jika Steve Darby dan pengurusan Perak tersilap langkah dalam menentukan hala tuju pasukan Perak musim ini.

 

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Selangor (review)

  1. satorare

    Encik admin, cane gn CC n Sharul?
    Bleh main x game gn selangor

    jawapan admin: Harapan kedua-dua pemain tersebut untuk beraksi masih samar lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. apiq

    harap2 pasukan perak mng dgn selangor.lupakn kekalahan kepada tentera singapura.marilah bangkit wahai seladang mengamuklah engkau kepada gergasi merah kuning.marilah turun ramai2 ke stadium esok.skor yop skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Teman pun sian kt pemain dan jurulatih mana idaknya kena kutuk ngan mamat2 FAM kata pasukan teman buat memalukan negara kerana kalah walaupun ada pemain import. depa ingat pasukan kawan ni lemah ke? diorang penat la seminggu sampai 3 kali lawan. Pikir la, janagn duk salahkan pemain plak. dah kalah kena kutuk lagi bknnya nak bagi perangsang lagi. pada teman teman tetap percaya pada pasukan teman. teruskan usahamu semua semoga dapat menangkis kata2 pengkritik yang hanya pandai mengkritik.

    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Pakcu

    Dalam situasi seperti ini (masaalah kecederaan, keletihan.. dsbgnya) yang melanda team Perak hari ini benar2 membuat hati pakcu terasa amat berat utk mengharapkan sesuatu.. walau bagaimana pun diharap semangat juang yg ada di dlm diri player2 Perak tidak akan mudah luntur...

    Utk player2 Perak... jgn se-kali2 mengalah tanpa berjuang!!!.. kalah tidak berarti kita akan kalah seterusnya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. active11

    Lupakan kekalahan perit dibedil Tentera Singapura. Pahit untuk melihat Perak dibambu seluruh warga bola sepak Malaysia atas kekalahan tersebut. Strategi SD nampak kurang berkesan, Perak harus perkenalkan semula penggiliran pemain agar tiap pemain punya cukup stamina n kemampuan bila-bila masa diturunkan.

    Apepun, saya berharap Perak akan mendapat rentak semula bila berdepan Selangor. Jangan terbawa-bawa dengan pahit, paling penting semangat juang dan terus melawan. Buktikan Perak mampu berdiri lebih tinggi drpd 'Gergasi Merah'.

    Jentera tengah perlu bekerja lebih keras. Jangan bagi muka langsung dgn lawan kali ini. Cuba bawa bekalan ampuh utk pusingan kedua nnt.

    Ipoh mari takde sombong,
    Menggamit hadir sang Gergasi,
    Perak beraksi dgn tangan tangan kosong,
    Selangor ditakdir tersungkur dikaki.

    Kali ni bukan sekadar berserah takdir jek, kena usaha keras juga untuk menang.
    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yatty_sg

    yes, put de defeat behind n now, time 2 focus utk menentang selangor.. moga kita akan peroleh kemenangan.

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. musyopkl

    Selangor ada advantage sebab rehat yang panjang.
    Tetapi, bila lawan Selangor, penat akan hilang sebab
    bersemangat nak kalahkan Selangor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. seraimerah

    apa la kome.. lets forget AFC for a while... now let us be prepare to face another challenge for Perak..

    selangor mempunyai kelebihan dalam situasi sekarang kerana bukan saja mendapat rehat yang cukup malah tidak di bebani dengan masalah kecederaan pemain.

    walau dari atas kertas Pasukan Perak mempunyai kekuatan yang kukuh sama ada dibahagian serangan, tengah ataupun pertahanan berbanding Selangor namun dalam situasi sekarang.. Perak sedang melalui waktu2 sukar.

    Apa yang diperlukan oleh Perak ialah meningkatkan mental.. dengan mental yang mantap akan secara tak langsung membantu meningkatkan prestasi pasukan.

    kepada Pemain Perak berusaha lah bersungguh2 dan kami tetap setia dibalakang anda menyokong agar tidak rebah di medan pertempuran.

    Kejor Yeop Kejor .. jangan sampei tumpor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. abgcho

    ya..jgm dipikiyo lg game y lpas n game y aka dtg..kalu dipikiyo akn mndownkn mantel pasei byk beno mnde kene wat so yang akan digendong pn keciciran..hopefully kite dpat bayk bekalan gol utk ke s.alam. namun ape y lebey pntig, bile kat tmpat sendiri nni, jgn skali2 bg team away goal....bahaye yob....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Raul hashim

    harap sd guna 4 pemain pertahanan untuk mengekang asakan selangor n diharapakan nasril direhatkan. perak xperlu mng besar dlm situasi skrg. hnya dpt mng 2-0 pun dh bebaloi nk bw bekalan g shah alam nt. hrp hardi n rkn lbh fokus dibhgian tgh nt untuk mengelak shukor menghntr bola kpd safee n seator. jika ini berjaya diatasi maka peluang perak mng lbh cerah. harap kj n ruk mampu menghasilkan gol n mat noor harus bersedia memainkan peranan sbg penyerang nt. bg teman seri 0-0 memadai n jgn bg selangor bt gol di tmpt kt. itu klbnh mereka nt untuk dibw g shah alam. hrp juga fan trs menyokong team kt nt walaupun ketinggalan. skrg team kt perlukan sokongan moral drpd fan. jgn kutuk team kt. ini blh melemahkan lg semangat mereka untuk menang. team berdoa perak bolweh menang mlm nt. insyaallah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. yatty_sg

    saya agree dgn pandangan Raul, menggunakan 4 pemain di defence adalah idea yg baik memandangkan selangor berpotensi utk mengasak ber tubi2 ..
    jgn dikenang lagi perkara yg dah berlalu kerana ia tak akan boleh diubah so look forward perak! be positiv & yakin boleh ye .. hanya kalian sepasukan yg dpt mengubah nasib perak .. insya Allah jika berbekalkan semangan juang yg kental, selaras dgn ketahanan mental & kecergasan fizikal, saya yakin perak boleh!

    yg paling penting jgn kasi selangor dpt goal kat ipoh ni, bahaya ni away goal ..

    all de best!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. yobscoryob

    walaupun dibebani dgn kecederaan dan rehat yang kurang..agak sukar utk perak mlm nih..tapi sy yakin kite mmpu setidak2 nye mengekang dari selangor membolosi gol kite.cukup sekadar 0-0..apa2 pun sy tetap sokong perak..
    skor yob skor...tunjukkan pada 'gergasi merah' kite mampu lakukan sesuatu dlm situasi skrg...good luck perak!!!
    khalid da best!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. kenari_245

    a'kum semua...sorry mengganggu...aku harap malam nie perak dapat menewaskan selangor..x kisahlah berapa jaringan pun...yang penting perak menang!!...aku harap PERAK dapat membalas dendam atas kekalahan dahulu..semoga PERAK BERJAYA !!

    PULUN KEDAH PULUN....supporter kedah..hehehe

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.