TM Piala FA – Perak Vs Selangor (result)

TM Piala FA
Jumaat 21 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 4 - 4 Selangor

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Jorge Munoz

Danial Fadzly – Hardi Jaafar – Ahmad Shahrul – Nor Hazrul

Khalid Jamlus – Razali Umar

 

Separuh Masa Pertama

Minit 5: Permainan bermula dengan Selangor cuba mengasak awal melalui Safee Sali namun tidak berjaya. Perak mulai menggempur kubu Selangor melalui Khalid Jamlus namun telah pun offside.

Minit 10: Satu hantaran cantik dari Hardi Jaafar kepada Khalid Jamlus sia-sia apabila Khalid Jamlus gagal membaca hantaran itu dengan baik.

Minit 12: Safee Sali menjaringkan gol pertama hasil hantaran Elie Aiboy.

Minit 15: Elie Aiboy menjadi duri dalam daging pasukan Perak apabila larian pantas beliau kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Perak.

Minit 20: Selangor dilihat cuba memperlahankan tempo permainan dengan pasukan Perak ketika ini masih lagi buntu mencari jaringan.

Minit 25: Hardi Jaafar sekali lagi berjaya menghantar bola dengan baik kepada Razali Umar namun beliau telah pun offside. Percubaan balas Selangor melalui tandukan Frank Seator berjaya ditangkap kemas Hamsani Ahmad.

Minit 30: Rembatan kencang Hardi Jaafar dari luar kotak penalti Selangor menggegar palang dan melantun keluar.

Minit 32: Elie Aiboy menjaringkan gol kedua Selangor hasil hantaran satu dua bersama Indra Putra.

Minit 35: Hantaran Khalid Jamlus kepada Razali Umar dalam keadaan pintu gol terbuka gagal dimanafaatkan dengan baik apabila tendangan beliau meliar. Jorge Munoz dikeluarkan dengan Azlan Zainal masuk menguatkan barisan serangan Perak.

Minit 40: Sepakan percuma dari jarak 25 meter oleh Indra Putra melambung tinggi dari pintu gol Perak. Tendangan dari Ahmad Shahrul lemah dan berjaya ditangkap baik oleh penjaga gol Selangor.

Minit 45: Kedua-dua pasukan seakan memperlahankan permainan dengan Perak sedikit lebih bersemangat untuk menyerang manakala Selangor lebih kepada kawalan bola sahaja.

Tambahan masa: 2 minit


Separuh Masa Kedua

Minit 50: Ahmad Shahrul berjaya melepasi perangkap offiside dan seterusnya menewaskan penjaga gol Selangor untuk gol pertama Perak.

Minit 55: S. Subramaniam masuk menggantikan Danial Fadzly. Razali Umar sekali lagi melepaskan peluang menjaringkan apabila beliau telah pun offside walaupun berpeluang cerah untuk menghasilkan gol.

Minit 57: Gol ketiga pasukan Selangor dihasilkan oleh kerana salah faham diantara Hamsani Ahmad dan Mario Berrios.

Minit 58: Gol keempat dijaringkan oleh Safee Sale hasil umpanan Frank Seator.

Minit 60: Razali Umar menjaringkan gol kedua pasukan Perak hasil hantaran Khalid Jamlus.

Minit 64: Razali Umar menyumbat gol ketiga hasil hantaran Danial Fadzly.

Minit 66: Razali Umar mencipta hattrik dan menyamakan kedudukan dengan 4 sama ketika ini.

Minit 70: Mohd Razman dilayangkan kad kuning kerana mengasari Hardi Jaafar. Selangor bermain dalam keadaan sangat tertekan ketika ini dengan hampir kesemua pemain mereka berada di dalam kawasan sendiri. Shukur Adan dilayangkan kad kuning kerana mengasari Khalid Jamlus.

Minit 75: Khalid Jamlus dilayangkan kad kuning kerana sengaja menendang bola kearah pemain Selangor walaupun pengadil telah memberhentikan permainan. Kad merah dilayangkan kepada Nasriq Baharom kerana mengutip kad kuning kedua.

Minit 80: Hantaran cantik Chan Wing Hoong berjaya dipintas oleh Evan manakala larian pantas Razali Umar berjaya dikekang oleh pertahanan Selangor.

Minit 85: Frank Seator dilayangkan kad kuning kerana mengasari K. Nanthakumar. Amirul Hadi masuk menggantikan Elie Aiboy.

Minit 90+2: Satu kuisan dari Razali Umar nyaris menghasilkan gol manakala satu tolakan dari Hardi Jaafar sedikit melewati palang gol Selangor. Rembatan Khalid Jamlus berjaya ditampan oleh penjaga gol Selangor.

Tambahan masa: 2 minit

Tamat

Keputusan perlawanan lain:

Terengganu 1 – 0 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur 2 – 5 Felda United FC
Proton FC 3 – 2 Melaka
Kedah 3 – 0 Sarawak
Pahang 0 – 0 Plus FC
PDRM 2 – 1 Sabah

TM Liga Premier
Kelantan 2 – 0 PKNS FC

Likes(0)Dislikes(0)

31 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Selangor (result)

  1. webmaster Post author

    Dikeluarkan lineup lebih awal dan ahli berdaftar boleh membuat komen sebelum ianya ditutup sewaktu perlawanan berlangsung kelak.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pachenko

    Tahniah player2 & die hard fan PERAK yg turun ke stadium malam nie... Kita akan pastikan Stadium Shah Alam akan menyaksikan kemenangan sekali lagi untuk pasukan PERAK. Moh kita beramai-ramai ke Stadium Shah Alam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ibrahim

    teman rase kite boleh menang kat shah alam nanti,tahniah le smua pemain dan coach kerana dpt bangkit dari ketinggalan 3 gol....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Syabas dan tahniah buat pasukan kita kerana boleh dikatakan berjaya dlm percaturan malam ini....teman baca kt sini je la psl kt Shah Alam ni....mggu depan dpt le ke Stadium Shah Alam bg sokongan.....
    Kalau ada kengkawan yg berada di stadium mlm ni boleh le berkongsi cerita lg tentang apa yg sebenarnya berlaku di Stadium Perak...
    Apapun....perrgghh mlm ni nampaknya ada peningkatan dr pasukan Perak bila bertemu pasukan S'ngor....dpt elakkan badi kekalahan yg lalu pd S'ngor walaupun peluang utk membalas dendam hampir tertutup ataupun tewas sekali lg...debaran pada 1st half cukup terasa bila pihak lawan mendahului dgn 2 gol...teman rasa habis le Perak kali ni...camane nk bwk bekal ke Shah Alam besok ni....tp berkat sabor menunggu dpn komputer ni sambil2 doa agar keputusan cepat berubah ternyata berbaloi...
    Mlm ni juga membuktikan sesuatu bila pemain yg selalu direhatkan & hanya bermain pd 2nd half iaitu Razali Umar Kandasamy berjaya melakukan hatrik seterusnya membuktikan bahawa diri beliau bukan calang2 pemain dan mudah2an inilah dia pelapis muda pasukan yg dicari bg mengisi ruang pemain import...tahniah & terima kasih kpd beliau...ada juga peluang wajib gol yg terlepas tp berilah beliau peluang utk terus maju...mungkin kegugupan jd penghalang..
    Tahniah semua!Teman bangga mlm ni....jumpa di Shah Alam...Arios amigos...Perak Buleh...Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Admin...ada apa2 berita dak kut2 game mlm ni ditayangkan kt RTM ke??Terima Kasih atas lintas langsung tadi...

    Jawapan admin: Dari krew yang bertugas disana, tiada wakil RTM untuk sebarang siaran tertunda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. redsfire8

    tahniah utk perak......
    wlpn caceras tkde,razali did a good job....
    tkpe la,kite pn ade rekod bgs kt s.alam.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ilorian

    Tahniah buat semua. Semangat kental yg sebegitu yg kita perlukan..terus berusaha walau telah ketinggalan..teruskan...jom kita serbu shah alam pd 2nd round nanti,dan pastikan kita mng di shah alam. Thank admin...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. satorare

    tahniah utk pasukan perak..
    walaupn seri je, tp teman dh pueh ati..
    bayangkn la perak mggu ni, jadual padat gn pemain cedera lg.. tp masih bleh fight gn s'gor..
    razali bermain gn cemerlang.. mmg hebat..
    hatrik mlm ni..
    paling dramatik, perak bangkit dr ketinggalan 4-1..
    x sia-sia la penyokong dtg mlm ni..
    jgn riso, Shah Alam nnt kita punya..
    Kejor Yop Kejor..
    Skali lg tahniah utk pasukan perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. me 109

    ok le tu,seri......janji tak kalah.But a lot have got to be said about perak`S DEFENCE.Bolos 4 gol.Bad record.Strikers OK.Score 4.Defense hampeh.Not sure about the game in Shah Alam nanti.Kejor Yob....jangan tak terkejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. razlan

    masih ada 90 minit d std shah alam. ini peluang utk menebus kekalahan 1-4 utk game liga super di tanah air sendiri dahulu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. seansan00

    perghh... x sia-sia g stadium last minute td.. ingatkan ujan..
    sampai2 je teman nampak bebudak bawak bendera.. teman duduk la situ.. memula dah syok dah..
    tapi lpas 4-1 ketinggalan.. yob2 sebelah teman dah blah..
    dengan berkat kesabaran dan ingatkan tiket 10hengget.. teman sabo la duduk tgk..

    perghh.. mmg dramatik.. razali umar jd hero filem hindustan la pulak..
    paper pun tahniah pada pasukan perak krn x putus asa..

    p/s- FRU mencacatkan pemandangan teman..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. active11

    Cayalah Perak. Kebangkitan dramatik yang memahat kenangan. Semangat juang tinggi, sekalung tahniah buat semua.

    Tahniah buat Razali, anda mula keluarkan ciri-ciri pemain hebat. Tiga gol tembus Gergasi, satu pencapaian hebat. Teringat pulak time Fakri hatrik hehehe.

    Pastikan Shah Alam dilanda tsunami Kuning!!!!

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. slash

    mesti horror kt stdm tu..
    cemas tk henti2..
    ape2 pn tahniah 2nd leg kite main elok2..
    harap hanto balik jela munoz tu panggil Dolah balik..

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. webmaster Post author

    Oleh kerana ada yang bertanyakan soalan berkenaan perlawanan antara pasukan Perak menentang Kedah pada Isnin 24 Mac 2008 nanti di Stadium Darul Aman, pihak kami telah mendapatkan pengesahan bahawa:

    1) Masuk adalah percuma kepada kedua-dua penyokong.
    2) Tiket perlu diambil pada pagi Isnin di kaunter tiket stadium.
    3) Skrin projektor besar juga akan disediakan untuk mereka yang tidak dapat masuk ke stadium jika tiket kehabisan.

    Info dari Saiful HKC.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. zul4all

    hamsani = ok jer....2-3 gol boleh dikatekan kesilapn beliau atau defend perak
    A'a = nampak kepenatan dan x bermaya....selepas menjaringkan gol....baru menunjukkan peranan penting dan
    betapa bernilainya dirinya di dalam skuad......

    munoz= fikirkan status die ni....patut dah kene buang....mmg teruk

    razali- mom game ni la....klu die betui perform......6 bijik pun boleh msuk

    tmn mmg syok betui...mula2 dah moral down.....tp 2nd half mmg menjadi

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. abgcho

    waa...pree gak ek..adei..sbenornye awok penin le..yele time2 pk nk rival selangor blk kat shah alam ttber ade plk game ahad ni lawan kedah.mmg penin gak le stip..lg letey player....hope razaly will perform as tonite..best performing ever in malaysia league in this moment...graciyas..syukran.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. amirfsl

    walaupun seri,tapi okay!ketinggalan 1-4 bley skor 3 dalam 6 minit!hebat tu..cam liverpoll lwn ac milan dulu..syabas perak!teruskan rentak kecemerlangan lawan kedah nanti!kejor yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. satorare

    Encik admin, bape bas penyokong perak p kdah nnt?

    jawapan admin: Maaf, pihak kami tidak pasti tentang hal tersebut

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. Pakcu

    Pakcu nak info skit tentang game malam tadi...
    First half... minit2 awal Perak banyak membuat serangan tapi setelah itu memang keliatan Perak seperti hilang arah.. manakala Selangor asyik menyerang dua gol pertama mereka boleh dikatakan kesilapan bersama antara Hamsani dgn defence. Pada separuh masa kedua.. bermula dari awal Perak banyak mengatur serangan.. larian solo kapten berjaya menghasilkan gol meskipun dia cuba dihalang oleh dua pemain lawan. Serang menyerang terus terjadi... tapi pd pengamatan pakcu Perak lebih banyak menembusi benteng lawan.. malangnya cubaan2 yg dibuat tidak menepati sasaran. Tambahan dua gol selangor pd pendapat pakcu adalah dari kelekaan benteng Perak sendiri. Pada minit ke60... 61 dan 66 barulah terserlah kehebatan Mohd Razali Umar. Dia telah mempergunakan kebolehan yg ada pada dirinya iaitu larian deras.. Pada pendapat pakcu lagi... RUK ini tidak gugup tapi dia agak gelojoh.. Alhamdulillah malam tadi dari kegelojohan yang dimaksudkan itu dia telah menghasilkan hatrik yg menarik. 2 tendangan serta satu heading yg tepat menewaskan penjaga gol selangor.
    Seharusnya malam tadi Perak dapat menjaringkan lebih dari 4 gol. Tapi hanya 4 telah direzekikan. Jika "2 gol Perak diambil kira" keputusan bukan 4 sama tapi Enam Perak... Empat Selangor. Peningkatan semangat pemain Perak pd separuh masa kedua sehingga dapat men-serikan kedudukan benar2 telah menceriakan kem Perak terutama Steve Darby serta Dato' Muhiyudin... Ini terbukti dimana Pakcu sempat berbual dgn mereka berdua di bilik persalinan pemain di akhir perlawanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. kia_dgreat

    alhamdulillah.........berjayer juger kiter untuk 1st leg ni.cuma defence kener banyk skit wat kejer....razali..perfom ok gak...nampak gayer nyer....khalid kener kuat mental skit...kener lebih relax.....bler nak try...
    pe2 pn..kat shaalam nant kiter allout klo bleh....riso juge sebab penat...game...direct ngan team tought.tapi teman pecaya kat team kiter....never givup......kiter tumporkan gergazi kat s.alam nanti..tara papa la....kiter bleh.....
    kejor yop kejor..............insyaalah berjaya lam game lwan selangor ngan kedah nanti walau xder impot.

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. zul4all

    mmg betui amirfsl, tmn pun nak ucapkan time kasih kt web master, sbb laman web ni byk berikan info yg updated dan laporan penuh.....klu ade video gerakan serangan dan jaringan setiap game lagi menarik.........

    kite ade tiga laman utama ....semuanya ada kelebihan tersendiri...kene bukak sume......

    razali masih muda, tp klu die betui -betui kerja keras nak jd player yg baguih, die mmg ade potensi......cuma secara taktikal
    dan teknik mmg masih kurang.....kene belajar dari abg khalid, mcm mane nak score.....tp khalid kene blaja dari razali macam mane nak lari mcm lipas kudung......hehehe....

    perak perlu guna subra sbg 1st eleven.....tmn agak pelik ngan darby....yg suka line up munoz, nantha lebih baik bermain di bahagian tgh......beri peluang pada azlan, subra.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. active11

    Wah, asal ada game dgn Selangor jek sure ramai yg dtg stadium n komen2 smgt. Cayalah..

    Perkembangan yg bagus utk bola sepak Perak n Malaysia. Hrp2 minggu depan dapat balik KL hehe. Bole serbu Shah Alam dgn jersi Perak.
    Admin, bole tak tanya team Perak pakai baju color apa masa lawan Selangor? Kalau boleh nak sama dgn team. Kalau pakai Kuning, macam sama pulak dgn team Selangor.

    Razali, kasi hentam sama itu gergasi!!!
    Cheet Up Yobs!!!

    jawapan admin: Kemungkinan besar pasukan Perak menggunakan jersi kedua iaitu warna putih apabila menentang pasukan Selangor kelak yang pastinya berbaju Merah Kuning.

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. Axlrose037

    teman rase perak kene letak 4 org defend ble lwn team kuat2 sebab team lawan ni diorg byk pki winger la bile buat serangan.
    ape2 pn tahniah pd pasukan perak.
    kat shah alam nnt confirm menang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. yatty_sg

    tahniah seladang.net .. website yg sentiasa padat dgn latest updates. bila layari web ni, rasa dekat je dgn team perak walau teman ni jauh di kota singa.

    draw 4-4 dgn selangor, fuh! mesti game ni rancak abes ni .. tapi tgk dari live updates kat web ni, rasanya perak had done well dlm match ni .. ketinggalan tapi berjaya bangkit utk mengikat selangor ..

    apepon, saya doa' yg terbaik utk perak ... moga kemenangan sentiasa disisi pasukan kesayangan teman ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. Yashurr Yazurry

    Alhamdulillah..
    agak bedebor jgk,malam smlam,udah la bj ujan teman kena kebas kat stadium, agaknya time ujan nie 'bj ujan' mmg laris..

    p/s: penyokong2 y dok kat area gendang (trutama y kutok razali umar,KJ & CC) patut btrima ksih la kat dia, teman y dok kat situ dgr mcm2 dari mulot dorg, ada baur pkauman pn ada..
    harap fans prk lebih matang & bsabar, buang tabiat maki2 player perak nie.. kna sentia igt y kome dok maki2 dia, sedangkan dia jgk la y slmt kan team kita.. saper saje leh jadi hero, tmasuk la player perak y kome maki tu..

    syabas perak...!! harap peroleh kemenangan di shah alam nanti.. InsyaAllah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  26. Axlrose037

    betul 2....teman sokong aae yg yashurr kata, kite xbleh melemahkn smgt pemain sendiri. kite kene bg smgt, bukan time menang je...time kalah pn. sokong la pasukan kite. kejor yeop kejor :)

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. depapaemmo

    yob best...
    tahniah..walaupun ketinggalan perak tetap dapat mengejar dengan bergaya..tahniah untuk razali yang dapat sumbat hatrik dan kepada semua ahli pasukan yang bertungkus lumus bekerja keras untuk seri dan bawa bekal ke shah alam khamis ni.chan juga tak kurang hebat..leh juga jadi wing yang bagus..cuma jgn teragak2 untuk cuba bila ada peluang.insyaallah kite akan berjaya di shah alam..pasti kite menang 2-1..
    harap2 kecederaan cc dan arul segera sembuh dan dapat merealisasikan impian mara ke akhir seterusnya menjuarai fa musim ini..
    kepada apiq dari sungai siput wa saya sama lu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  28. apiq

    kepada depapaemmo jom kite prgi stdm perak nnti kite bg support kt perak.jgn nk duduk cc je.semoga perak mng ngan kedah 3-o.skor yob skor.chelsea mng ngan arsenal 3-1.

    Likes(0)Dislikes(0)
  29. MyD

    Tahniah kpd pasukan Perak.Walopun seri tapi dramatik sungguh game mlm tuuu....Pada mulanya teman pun udah seghoyor nak tengok bila Perak dah kena 4 biji....sedangkan kita baru 1....Ada juga yg dah bangkit meninggalkan std....Teman pun udah ghaser frust juga masa tuuu tetap stay...Alhamdulillah berbalas juga gol2 Selangor tuuu....
    Moga lwn di Shah Alam nnt,Perak menang.Selamat berjuang pasukan Yob's.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.