TM Piala FA – Perak Vs Johor FC (result)

TM Piala FA
Selasa 4 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak (0) 3 - 0 (2) Johor FC

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Danial Fadzly – Hardi Jaafar – Ahmad Shahrul – Wan Abu Yazid

Razali Umar

Khalid Jamlus – Carlos Caceres

 

Minit 5: Perak membuat serangan awal melalui Khalid Jamlus namun hantaran beliau sedikit lambat kepada Ahmad Shahrul Azhar. Johor FC membuat serangan balas pantas namun Nasril Nourdin berjaya menangkap bola percubaan pemain Johor FC dengan baik.

Minit 10: Mario Berrios membuat rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditampan baik oleh penjaga gol Johor FC. Perak menggandakan asakan ketika ini dengan Johor FC lebih banyak bertahan.

Minit 15: K. Nanthakumar membuat hantaran baik kepada Carlos Caceres namun beliau telah pun dikawal ketat oleh dua orang pemain Johor FC.

Minit 20: Hantaran baik dari Razali Umar kepada Carlos Caceres namun tandukan beliau sedikit tersasar dari pintu gol.

Minit 25: Johor FC membuat serangan balas pantas melalui Eddy Helmi namun percubaannya sedikit terkeluar walaupun Nasril Nourdin sudah tertewas. Perak mendapat sepakan percuma di depan pintu gol Johor FC namun sepakan Ahmad Shahrul melambung tinggi.

Minit 30: Nampaknya pemain Johor FC mulai memperlahankan permainan dengan melengah-lengahkan sepakan gol dan lontaran kedalam yang diperolehi. Umpanan lintang Razali Umar cantik namun berjaya dipintas penjaga gol lawan.

Minit 35: Eddy Helmi menerima kad kuning apabila mengasari Ahmad Shahrul. Beberapa insiden pemain rebah tanpa sebab berlaku ketika ini kepada pemain Johor FC.

Minit 40: Sepakan sudut Perak diambil oleh Ahmad Shahrul namun berjaya ditanduk keluar oleh pertahanan Johor FC seramai 10 orang ketika ini. Eddy Helmi sentiasa cuba untuk merembat dari jarak jauh untuk menguji Nasril Nourdin.

Minit 45: Gol pertama Perak dijaringkan oleh Ahmad Shahrul hasil sepakan sudut Danial Fadzly. Daudsu Jamaludin dilayangkan kad merah kerana mengasari Wan Abu Yazid di luar kotak penalti Johor FC. Rembatan kencang Razali Umar berjaya ditampan oleh panjaga gol Johor FC.

Tambahan masa: 2 minit

Tamat

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Shahrulnizam masuk menggantikan Razali Umar untuk separuh masa kedua ini. Sepakan terus dari Danial Fadzly terus kepada penjaga gol Johor FC. Permainan terhenti kerana penjaga gol Johor FC mengalami kecederaan setelah berlaga dengan Khalid Jamlus diluar kotak penalti.

Minit 55: Tidak kurang dari dua insiden pemain Johor FC rebah tanpa sebab sepanjang separuh masa kedua ini dan memaksa pegawai perubatan masuk memberikan rawatan. Hardi Jaafar menerima kad kuning kerana bertindak agak kasar kepada pemain Johor FC.

Minit 60: Penjaga gol Johor FC sekali lagi rebah apabila bertembung dengan Carlos Caceres dan memaksa permainan terhenti lagi. Perak lebih banyak mengasak ketika ini dengan Johor FC lebih banyak bertahan. Perak membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Wan Abu Yazid dan memasukkan Mohd Hafiszuan Salehuddin.

Minit 62: Gol kedua Perak dijaringkan oleh Shahrulnizam melalui satu tendangan cantik dari jarak 10 meter.

Minit 65: Pemain Johor FC mulai cergas ketika ini dengan mengasak bertalu-talu kearah pintu gol Perak.

Minit 70: Perak mendapat tendangan percuma diluar kotak penalti Johor FC setelah Carlos Caceres dikasari namun Hardi Jaafar menyepak tinggi melepasi palang gol.

Minit 75: Carlos Caceres terlepas peluang untuk menjaringkan gol walaupun menerima hantaran cantik dari Hardi Jaafar. Permainan terhenti sementara kerana salah seorang pemain Johor FC rebah secara tiba-tiba di dalam kotak penalti mereka. Khalid Jamlus mensia-siakan peluang apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol Johor FC. Permainan terhenti lagi apabila penjaga gol Johor FC cedera.

Minit 80: Azlan Zainal masuk menggantikan Chan Wing Hoong. Rembatan jarak jauh Mohd Hafiszuan Salehuddin berjaya ditepis oleh penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron dan permainan terhenti lagi kerana beliau tercedera.

Minit 85: Khalid Jamlus menyepak liar di depan pintu gol Johor FC walaupun menerima hantaran cantik dari Danial Fadzly. Pemain Johor FC lebih gemar melambat-lambatkan permainan ketika ini.

Minit 90: Percubaan kencang Hardi Jaafar berjaya ditepis oleh penjaga gol Johor FC dan pecubaan susulan Khalid Jamlus pula meliar. Carlos Caceres terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila percubaannya terkena kaki Mohd Anis Faron.

Minit 90+3: Khalid Jamlus menjaringkan gol setelah mendapat hantaran dari Carlos Caceres

Tambahan masa: 4 Minit

Tamat

Keputusan perlawanan lain:

Nota: Keputusan perlawanan terdahulu di dalam kotak kurungan

Proton FC (1) 1 vs 1 (0) Harimau Muda
ATM (2) 0 vs 3 (3) Pahang
Johor (0) 1 vs 1 (0) N.Sembilan
DPMM FC (1) 2 vs 2 (5) Selangor
My Team FC (0) 0 vs 0 (2) Pulau Pinang
Melaka (3) 0 vs 0 (0) MP Muar
T.Team (0) 1 vs 3 (6) Sarawak
Kedah (5) 0 vs 2 (2) PKNS
Plus FC (2) 3 vs 0 (2) Perlis
Kelantan (1) 4 vs 2 (3) Kuala Muda
KSK Tambun Tulang (0) 1 vs 1 (3) Felda United FC
PDRM (5) 6 vs 0 (1) KOR RAMD
Shahzan Muda (0) 0 vs 1 (3) Kuala Lumpur

Pasukan yang berwarna merah layak kepusingan kedua Piala FA 07/2008.

Kembali ke Halaman Utama

Likes(0)Dislikes(0)

35 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Johor FC (result)

  1. mika

    tahniah yoooobbb..... sungguh dramatik... hingga nak menitis air mate... kite berjaya... tahniah yg amat sgt pada team perak ..... kejor..yob.. kejorrrrr...........

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Kejor yop Kejor...
    menang jugak mlm ni..
    walau J.FC main taktik keji..
    kta mng gak..
    ini yg kita mahu..
    hidup perak..
    Game pasni perak lwn sapa ek?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    fuh... mcm perlawanan akhir la pulak.. berdebar toi.. 10 minit terakhir tuh byk peluang.. gol nye idak dtg dtg.. ish ish..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Pakcu Post author

    Terimakasih banyak kepada webmaster seladang dot net kerna telah berusaha keras memberi lapuran lengkap mengenai game malam ini....
    akan tetapi agak 'malang' kerana
    Lapuran ini sudah dikesan 'dicopy n paste' ke laman web yang lain.. Tindakan seperti ini amatlah tidak profesional...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Terima kasih untuk maklumat yang diberi oleh saudara Pakcu kepada pihak kami. Buat masa ini belum ada lagi tindakan yang mahu diambil oleh pihak kami berhubung perkara tersebut.

    Apapun lambat laun semua peminat pasti akan tahu dari mana datangnya sumber tersebut dan sekaligus perkara ini bakal memberikan satu impak buruk kepada laman terbabit.

    seladang.net adalah satu-satunya laman web yang menyediakan berita terkini dan muktahir kepada perkembangan perlawanan bolasepak Perak Darul Ridzuan.

    Terima kasih juga kepada semua krew yang terlibat dibelakang tabir bagi menjayakan ulasan lintas langsung ini. Malangnya kami tidak mampu memberikan nama mereka disini atas faktor privacy yang perlu dijaga.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    sebak...terharu teman dgn kemng nih...teman yakin beno kite mampu mng lwn jfc nih..mekasih kj,arul & kapitan yang skor malam ni...kome mmg best...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    salam semua yobs & yongs.....alhamdulillah makbul juga doa mike semua....nampak gayanya SD udah terima cabaran kita semua dgn membuat percaturan yang kekadang jgk le dia gunakan dlm team Perak ni bilamana utk kesekian kalinya menggunakan formation 3-4-3....akhirnya dalam waktu yg terdesak ni jgk le kita menang bergaya dgn Johor FC....terimakasih pd pihak admin & krew krn buat lintas langsung dr kami yg tak dpt ke stadium....ayat2 power ulasan korang betui2 buat kami berdebar2...ingtkan td 1st half dh haub dh....nasib baik le dpt gak 3 gol walaupun last2 minute...teman dh standby nk berjaga lg psl ingtkan kena masuk masa tambahan....anyway thanks to all the players & Perak FA team especially to SD,CC,KJ,A'a,Arul.....you all rocks the stadium tonight!Lepas ni kalau boleh 1st game score byk sikit supaya boleh buat bekalan utk 2nd game....pastikan tahun ni piala FA kita punya!......Kejor Yob Kejor...Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. asraf

    yob mie...teman cam mike gak..berdebo2 tgu result..bile baca jfc slowkan game...keeper asik injured manjang...teman udah hempuk2 meja kat cni...geram betoi dgn deme ni..tapi gol last kj xtra time 4minit tu mmg dramatik abih..teman tak sedo ngalir ayor mate....arghhhhhhh...lega beno rasenya ati nih..pueh dendam terbalas....skor yob skor...sampe deme tumporrrrr..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yobmeru

    perak mmg sinonim dgn gelaran hero hindustan...ttp mampu kejar wlaupn ketinggalan 2 defisit gol...cayalah khalid sbb score gol paling berharga...go yob go

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. gibauk

    Setiap kali games melibatkan Perak.. setiap kali itulah 'seladang.net' ni jadi buruan teman.. hehehe.. t.kasih webmaster..!

    Apapun debaran teman sepanjang mlm ni berakhir sudah dengan keputusan yang menggembirakan ni.. bersyukur sangat2! Bukan mudah utk memadam defisit 2 gol tu disamping karenah pihak lawan yang dengor nya sengaja melambatkan2 perlawanan.. Tuhan Maha Adil kan.. Maha Tahu.. Dah terbentang mlm ni REZEKI Perak buat mcmana pun tak boleh nak ROMBAK takdirNya. Mcm tu jgkla bila ditakdirkan jika Perak esok2 mengalami nasib yg sama- kena REDHA je la. Janji USAHA @ IKHTIAR dah buat..

    TAHNIAH buat team kesayangan teman ni.. semoga games yg seterusnya kita terus BANGKIT dan dapatkan balik kejuaraan FA yang pernah kita sandang edisi sulung dulu... Rindu pada sorakan dan 'gelombang kuning' di stadium!

    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. pie

    Askum semua Fan2 perak dan semua yang membaca web ni. Teman sangat berbangga dgn pencapaian malam ni. Teman dah kata sebelum ni, jatuh bangunnya pasukan kita ni semuanya kita kena bagi sokongan. tengok sekarang ni alhamdulillah dah makin konsisten perlawanan2 yang dihadapi oleh pasukan perak walaupun tidak mendapat pesta gol seperti yang pasukan lain lakukan. apa2 pun terima kasih kepada web master ni kerana menyampaikan berita2 terkini dimana teman dapat tengok dan mengetahui keputusan dengan pantas setamat perlawanan. Teman tak pergi makan malam ni duk tunggu keputusan alamaklum di sini 2jam setengah lewat waktu malaysia. kul 8mlm dah tercongak dpn komputer nak tahu result and dapat tahu keputusan perak leading 1-0 separuh masa pertama. lega rasanya walaupun waktu kecederaan. mungkin ini semua usaha gigih pemain, jurulatih dan semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung yang tidak kenal jemu dan putus asa. teman pun jarang dah nak hantar komen apabila teman tengok perak semakin konsisten. Apa2 pun teman bersyukur kerana perak kembali ke landasan sebenar. teruskan usahamu pemain2 pasukan perak dan jangan pandang belakang dan beri fokus kepada piala AFC plak lepas ni pada 11 mei. Masih ada 7 hari untuk bertemu pasukan new radiant. teman berharap agar piala AFC juga menjadi milik perak. Insyaallah. SKOR YOP SKOR
    ALL THE BEST

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. azwanali

    YEs macam ni ler teman nak. Walaupun teman tak sangka perak bole bangkit. Selama ni teman peratikan game perak yg asyik yoyo je. Tapi malam ni mmg puah ati sesangat.
    Score yob score!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. amirfsl

    huh...seliat-liat perlis kalah gak deme ngan perak,,alhamdulillah!!syukur2..teruskan rentak kecemerlangan..jgn t0leh belakang dah yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. me 109

    Alhamdulillah,menang jugak YOB mlm ni.Lebih2 lagi bila lwn ngan bogey team kite tahun ni,yg bermain dgn sistem 1-9-0-1.Itu le bak kata org,where there`s a will,there`s a way.
    Tahniah YOB,cemerlang mlm ni.Teman tidor lena mlm ni.....Kejor Yob Skor.Hidup PERAK!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. anakperak86

    tahniah ler pada pasukan kesayangan kita sbb menang game ni. mmg btl2 dramatik ler. last minit skor. teman pun harap jumpa team liga perdana. xder la deme rasa sesak sgt

    teman pun nk ucap byk2 terima kasih kat krew seladang.net sbb bertungkus- lumus buat text live ni yg bg teman yg pertama kat malaysia. kalo liga luor mmg dh biasa text live ni.

    semenjak teman follow text live seladang.net ni, teman pun terpikior plak mcm mana krew seladang.net buat. kalo boleh harap krew seladang.net dpt kongsi skit

    KEJOR YOB KEJOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. seansan00

    makasih pada krew-krew semua.. td epi sgt.. sampai nak beterima kasih pun x ingt dah.. huhuhu...
    bagus la korang ni.. krew krew seladang.net ni.. sini bg gambaran secara live! tot tet tot tet esok lusa kuar lak video siaran rakaman.. mcm mana nak berterima kasih kat korg2 ni.. nak salam x kenai.. melalui msg ni pun harap korg sambut baik la salam teman ni ek..

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. webmaster Post author

    Ulasan lintas langsung ini menggunakan beberapa tenaga kerja dari krew seladang.net untuk dijayakan. Bagaimana kami melakukannya tidaklah penting untuk diketahui umum namun yang paling utama, anda sebagai peminat dapat mengikuti perkembangan perlawanan yang membabitkan pasukan Perak walaupun tidak berkesempatan untuk ke stadium.

    Jika tiada aral melintang perlawanan AFC Cup 2008 juga akan cuba kami bawakan rangkuman ringkas secara langsung dari Stadium National Male, Maldives.

    Pada kesempatan ini juga kami ingin memaklumkan kepada semua tentang perlawanan tertunda antara pasukan Perak Vs Johor FC akan ditayangkan di TV1 pada hari Rabu 5 Mac 2008 pukul 12 tengah malam.

    Tertakluk kepada perubahan RTM.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. meor19

    cayalahh... ni tak sabo2 nak beli jersi AFC Perak lepaih nih... Untuk miez3 >> bile nak main futsal lagi??? Election ni balik ke idak???

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. active11

    Cewah, bangga betul penyokong Perak hari ni. Muka semua berseri-seri. Tp yang paling penting, syukur paNya yang bagi nikmat kemenangan buat Perak. Moral yang penting pada perlawanan dgn JFC (bukan KFC hehe), kita kena bersatu semarakkan para pemain. Maybe jugak diorg dah tgk komen2 kita dkt seladang.net, itu yang terbakar n bersemangat.

    Badi dgn JFC dah berakhir dkt Ipoh, harap2 lepas ni konsisten insyaAllah. Stadium slm tak penuh, harap lepas ni kasi gegar lebih lagi..boleh kita nyanyi lagu team Perak ramai2. Apepun, tahniah untuk seladang.net yang begitu gigih menyampaikan info. Ingat kita boleh bagi anugerah dekan la dkt seladang.net hehe. Syabas semua

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. abgcho

    awok rasele webmater ni sti ade kaitan ngn rtm..yele sume deme tau..xpenahnye salah...ekekekek...papepun tahniah..ekceli awok nk kongsi mende yg wat all fan perak ni bngge bile fan team len heran ngk awok laju je tau result xcam deme terkie2 nk tau result smpei nelipon adek kat umah..bile awok btau rahsienye...terpegun deme ngk....1 jawapn je awok btau " we are de best fan supporter... so...phm2 jele..jgn deme ingt kite support xtentu arah je..sume ade....sumenye untuk peminat bola perak...komited dalam mengendalikan sume mnde..tu pasei xmalu nk pkei baju perak berbnding team2 len y kkdang fan pn sgn nk pakei......idop yob.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. dato

    Alhamdulillah..Pasukan Perak berjaya menewaskan pasukan JFC dengan bergaya sekali..Ini semua berkat hasil usaha dari Persatuan Bolasepak Perak termasuk penyokong setia pasukan Perak..Mungkin kritikan yang pedas didalam laman web seladang.net oleh peminat setia telah dilihat oleh pengurusan pasukan Perak serta SD yang inginkan perubahan mengenai corak serta pemain dalam pasukan Perak..Inilah yang dikatakan kritikan untuk meningkatkan semangat serta prestasi pasukan Perak..Diharap kita semua bekerjasama dalam satu pasukan (Penyokong dan Persatuan Bolasepak Perak) agar pasukan Perak disegani buat selama-lamanya..Terima kasih pada semua Yob dan Yong yang setia pada pasukan Perak yang disayangi..

    Kejor Yob Kejor..
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. webmaster Post author

    Kepada semua pengguna berdaftar, rangkuman jaringan gol perlawanan antara Perak Vs Johor FC akan cuba disediakan oleh pihak kami sekitar pukul 2 hingga 3ptg ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. miez3

    1stly utk Yob & Yong semua teman seronok makin ramai yg bg komen & ulasan yg bernas dlm blog komuniti seladang.net ni....terima kasih sekali lagi pd semua krew & admin yg bertungkus lumus menyediakan laporan tentang Perak dari semasa ke semasa (rajin betul korang!)...especially masa game Johor FC ari tu....rasanya itu antara yg terbaik lintas langsung dr korang.....rasanya masa akan datang mungkin boleh upgrade lg sistem...mana le tau kut2 boleh buat ala2 game "Football Manager"...siap dgn grafik skali walaupun sekadar 2D aje...itu pun dh memadai....
    Lg satu...teman rasa le (admin sure setuju punya) kalau nak upgrade ruang komuniti ni sure kena byk belanjanya kan?So..last time pihak admin pun dh try jual DVD previous match antara game2 terhebat Perak..tapi nampak gayanya kureng skit sambutannya...apa kata kalau pihak admin buat sesuatu mcm jual merchandise "Seladang.Net" pulak....teman tgk ahli2 kolum ni makin ramai...boleh le kita buat meeting sesekali...buat acara2 main futsal ke..(meor19 ...dh pernah join teman main futsal...)..anyway thanks again..harap2 suatu hari kita semua dpt berjumpa...ikhlas dr teman utk admin..Skor Yob Skor!
    p/s:Meor19...teman balik election ni tapi nk main futsal korum tak cukup..minum teh bleh le hehehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. padiltaiping_81

    Tahniah buat skaud perak yg telah berjaya melakukan kebangkitan yg dramatik..sebelum ni pun perak mmg dah banyak melakukan kebangkitan yg mcm ni pun sebelum ni...

    teman setuju gak ngan kata yobmeru, perak ni mmg sinonim ngan hero hindustan..kena pukul dulu teruk2,last2 minit bleh bangkit dan menang plak.haha...

    apapun,teman akan terus memberikan sokongan sama ada time menang atau kalah..skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. Dr Kampung aka Bomoh

    Teman pun nak ucap mekasih kepada webmaster ni. Tanpa teman, saper ler kome. Hahaha. Baguih betul la kome buat live text mcm ni. Setiap 5 minit teman dapat je result, teman terus msg member lain. Ate, teman pun buat live sms. Hehe.. Bukan ape, bior msg ni sampe pada fan yang lain.. Deme pun tekejut jugak.. Setiap kali deme tanya mana teman dapat result, teman ckp teman bela jin.. Hahaha... Anyway, pada abgcho, teman setuju dengan ngko. Pada webmaster, kalo beduit, leh ler antor result tru sms plak. Panjang ler sikit info. Tak pun, teman bayor 50sen utk setiap info. Insya Allah. Webmaster, I wish u best of luck....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.