TM Liga Super – Sarawak Vs Perak (result)

TM Liga Super

Ahad 30 Mac 2008
Stadium Sarawak
Kuching
8:15mlm

Sarawak 1 – 1 Perak

Separuh Masa Pertama -


Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Noor Hazrul – Ahmad Shahrul – Mohd Nor Ismail – Hardi Jaafar – Shahrulnizam

Danial Fadzly

Razali Umar

Formasi 3-5-1-1

Hari ini tiada lintas langsung dari stadium cuma rangkuman dan butiran ringkas perlawanan termasuk keputusan semasa.

Perak pada malam ini meletakkan Danial Fadzly sebagai “backup striker” kepada Razali Umar setelah ketiadaan Khalid Jamlus dan Carlos Caceres. Dengan meletakkan 5 pemain dibahagian tengah dapat dilihat percaturan kali ini lebih kepada permainan secara bertahan sambil membuat serangan balas pantas melalui Razali Umar.

Minit 8: Perak menghasilkan gol pertama melalui kapten pasukan Ahmad Shahrul Azhar dengan satu rembatan cantik dari dalam kotak penalti Sarawak.

Minit 15: Pasukan Sarawak lebih banyak menguasai permainan dengan serangan bertali arus namun masih buntu mencari jaringan.

Minit 23: Permainan terhenti kerana penjaga gol Sarawak tercedera akibat terlanggar tiang gol selepas cuba menyelamatkan percubaan dari Danial Fadzly.

Minit 32: Penjaga gol Sarawak telah dikeluarkan rentetan dari kecederaan yang berulang. Permainan ketika ini lebih seimbang dengan satu percubaan dari pemain Sarawak berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani Ahmad.

Minit 35: Permainan terhenti seketika kerana kecederaan yang melibatkan Hardi Jaafar dan salah seorang pemain Sarawak yang bertembung di dalam kotak penalti Perak.

Minit 45+5: Permainan separuh masa pertama telah pun tamat dengan Mohd. Nor Ismail kelihatan mengalami kecederaan sewaktu masuk ke bilik persalinan. Perak banyak menyerang dengan cara hantaran jauh terus kepada Razali Umar namun pertahanan Sarawak kental bertahan. Sarawak pula menyerang dengan lebih teratur namun banyak percubaan mereka tidak menepati sasaran oleh kerana pertahanan Perak yang beraksi baik terutamanya Mario Berrios.

Minit 50: Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan penyerang tunggal Perak, Razali Umar kelihatan sedikit terhincut-hincut manakala Shahrulnizam yang tidak cergas sepenuhnya dikeluarkan untuk digantikan oleh Jorge Munoz. Satu peluang keemasan gagal disempurnakan oleh pemain Perak walaupun penjaga gol Sarawak telah pun tertewas.

Minit 55: Sarawak memperolehi sepakan sudut pertama mereka untuk separuh masa kedua ini namun berjaya didakap kemas oleh Hamsani Ahmad manakala rembatan deras Razali Umar tersasar sedikit mengenai jaring pintu gol Sarawak.

Minit 58: Sarawak berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti apabila bola terkena tangan Mario Berrios di dalam kotak penalti Perak.

Minit 61: S. Subramaniam masuk untuk menggantikan Mohd. Nor Ismail yang seakan mengalami kecederaan. Sarawak semakin rancak menyerang ketika ini dengan Perak lebih banyak bertahan.

Minit 70: Kedua-dua pasukan berbalas serangan dengan percubaan dari pemain Sarawak melambung tinggi melepasi pintu gol Perak.

Minit 75: Perak memperolehi sepakan percuma dari luar kotak penalti Perak namun sepakan Hardi Jaafar sedikit sahaja terkeluar dari pintu gol Sarawak. Sarawak dilihat lebih bernafsu menyerang ketika ini dengan pasukan Perak sedikit tertekan.

Minit 85: Permainan dilaporkan sedikit tegang dengan pemain Sarawak bermain agak kasar sehingga menyebabkan pemainnya dilayangkan kad kuning namun permainan banyak dikuasai oleh pasukan Sarawak ketika ini.

Minit 90+4: Pengadil memberikan tambahan masa selama 4 minit dengan pasukan Sarawak masih lagi menyerang bertubi-tubi kearah pintu gol Perak namun hampa dan keputusan seri berjaya dicatatkan pasukan Perak hari ini digelanggang lawan.

Tamat

Keputusan semasa perlawanan lain:

Terengganu 1 – 2 Pahang
Perlis 0 – 2 Selangor
Kedah 4 – 1 DPMM FC
P.Pinang 2 – 4 My Team FC
Johor FC 2 – 4 N.Sembilan

Nota: Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil seladang.net yang berada di Stadium Sarawak, Kuching iaitu saudara Pakcu yang sudi memberikan laporan dari masa kesemasa untuk perlawanan hari ini.

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “TM Liga Super – Sarawak Vs Perak (result)

  1. pie

    Pakcu web laman web lama untuk penyokong pasukan perak yang pakcu selalu hantar video yang pakcu buat tu dah tak de ye. Pakcu xbuat plak video macamtu dalam laman web ni plak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam....hmm...tak nak komen apa2 sgt....3 jugak pangkalnya ye....3-5-1-1....tak tinggal jgk 3 dia tu...SD...SD...ngape..tiru teman ke??Nak jgk no 3 dlm tu yek??...apapun syukur la seri...janji tak kalah...takpe...cuba lg...teman tau anda player2 semua masih belum reda lg dari episod2 duka yg lalu....tabahkan hati....semoga kemenangan akan berpihak jgk akhirnya...
    Skor Yob Skor!!

    Opps..lupa…kpd Pakcu…terima kasih byk2 bg info….jauh tu dr Kuching!!Kitak nang bagus gilak…kelak iboh lupa videonya ok….

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. webmaster Post author

    Memang benar Pakcu sepatutnya hanya dibenarkan keluar dari Hospital Selayang pada hari Isnin nanti, namun kerana semangat dan sokongan kuat yang mahu diberikan kepada pasukan Perak, beliau sanggup untuk "terbang" ke Sarawak menonton sendiri perlawanan tersebut walaupun dalam keadaan bertongkat.

    Inilah semangat penyokong yang cukup sukar diperolehi dan pihak pengurusan seladang.net sangat berterima kasih kepada bantuan dan informasi yang beliau berikan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. abgcho

    time kasih admin utk informasi itu,..n rasenye macam tingin beno nk bertentang mate ng pakcu..awok xsangke kite mmpnyai fan y snggup mmberi kerjasama y bigitu tinggi demi mmberikan info y terkini kepada kami di semenanjung..diharap semnagt beliau dapat dicontohi oleh generasi mude skrang..mebi pade awainye awok meneke mungkin ni pakcu yg lain..rghopenye same....lg skali tq pakcu....n diharap ape jua komitmen y diberikan diberkati oleh Allah..insyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    satu mata pun satu mata lahhh... apa nak buat... team perak cam dah takde semangat jer nak teruskan perjuangan... kalu tidah, pasti leh menang beso lawan sarawak... ntah ler

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Raul hashim

    cedey mmg sedih. tp pemain kt dh letih sgt. xblh slh player tp salah SD dgn pengurusan perak. bila nk ade pengerusi tetap perak. Minta dato jamal kembali urus perak yg blh di ibaratkan tenat sekarang. buang semua player import. pgl keita n dole. mahal pun xpe jji ade hasil. lg satu bg le player simpanan main pulak. si khairi tu punya ke bgs tp xbg main

    jawapan admin: Beliau masih tidak pulih sepenuhnya dari pembedahan kecil di kakinya tempohari, harap maklum

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    terima kasih pakcu, perak memang perlukan fan seperti anda. semangat yg baik.

    saya memang tak letak harapan tinggi dlm game ni, 1 mata pon jadilah kan dr takde terus.

    all de best nx game la ye yob utk AFC..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. pie

    Ok saya pun nak ucapkan terima kasih pada pakcu. Maafkan saya saya sebenarnya tak tahu yang pakcu dalam hospital. Apa2 pun trima kasih admin.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.