TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

TM Liga Super
Sabtu 01 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 – 0 Perlis

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar – Jorge Munoz

Danial Fadzly – Ahmad Shahrul – Mohd Nor Hazrul

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 

Minit 5: Sepak mula permainan dilakukan oleh pasukan Perak. Perlis agak menekan seawal permainan dengan serangan melalui Phillimon Chepita namun berjaya dihalang baik oleh pertahanan Perak. Carlos Caceres berjaya menjaringkan gol namun telah pun offside.

Minit 10: Perak membuat pertukaran pertama apabila Nor Hazrul mengalami kecederaan yang agak serius dan digantikan oleh Wan Abu Yazid. Ahmad Shahrul gagal menyudahkan hantaran Danial Fadzly walaupun penjaga gol Perlis telah pun tertewas.

Minit 15: Sepakan percuma Hardi Jaafar sedikit keluar dari pintu gol Perlis setelah Khalid Jamlus dijatuhkan di luar kotak penalti.

Minit 20: Khalid Jamlus sentiasa dikawal ketat oleh pemain Perlis dan tidak bebas untuk bergerak berbanding Carlos Caceres. Pertahanan Perlis bermain agak keras malam ini dengan banyak terjahan-terjahan kepada pemain serangan Perak.

Minit 25: Perlis lebih banyak mengasak ketika ini dengan percubaan Azi Shahril meliar melewati palang gol yang dikawal oleh Nasril Nourdin.

Minit 27: Carlos Caceres menjaringkan gol pertama Perak hasil hantaran Hardi Jaafar.

Minit 30: K. Nanthakumar berjaya menyelamatkan gol di depan pintu gol Perak setelah Nasril Nourdin sudah pun tertewas hasil percubaan Phillimon Chepita.

Minit 35: Perak membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Jorge Munoz dan digantikan oleh S. Subramaniam. Carlos Caceres sekali lagi nyaris menjaringkan gol apabila tandukan beliau berjaya ditangkap oleh penjaga gol Perlis Yusof Ishak yang beraksi cukup baik malam ini.

Minit 40: Percubaan Phillimon Chepita berjaya di pintas oleh K. Nanthakumar yang boleh menghasilkan gol. Perlis mengasak ketika ini dengan pemain Perak dilihat memperlahankan permainan.

Minit 45: Perlis nyaris berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila Phillimon Chepita merembat kencang dipenjuru pintu gol Perak namun Nasril Nourdin berjaya menolak bola keluar.

Tambahan masa: 3 minit


Separuh Masa Kedua

Minit 50: Sepak mula separuh masa kedua dilakukan oleh pasukan Perlis. Perak mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti Perlis diambil oleh Carlos Caceres namun melambung tinggi. Rembatan Hardi Jaafar berjaya ditepis keluar oleh Yusof Ishak, penjaga gol Perlis.

Minit 55: Wan Abu Yazid dilayangkan kad kuning kerana mengasari Fauzi Nan. K. Nanthakumar sekali lagi berjaya menanduk keluar bola di depan pintu gol Perak setelah Nasril Nourdin tertewas percubaan Phillimon Chepita.

Minit 60: Mohd Reithaudin dilayangkan kad kuning oleh pengadil apabila mengasari Hardi Jaafar yang sentiasa menjadi sasaran terjahan keras pemain-pemain Perlis.

Minit 65: Perlis membuat pertukaran dengan mengeluarkan Mohd Reithaudin dan digantikan oleh Rudie Ramli. Percubaan pertama Rudie Ramli berjaya ditangkap kemas oleh Nasril Nourdin. Rembatan Carlos Caceres berjaya ditangkap kemas oleh Yusof Ishak.

Minit 67: Khalid Jamlus menambah gol kedua Perak hasil hantaran Danial Fadzly.

Minit 75: Perak membuat pertukaran terakhir apabila memasukkan Razali Umar dengan mengeluarkan Carlos Caceres.

Minit 80: Larian pantas Razali Umar berjaya melepasi pemain pertahanan Perlis namun cubaan beliau tersasar melewati palang gol. Rembatan Rudie Ramli meliar di depan pintu gol Perak.

Minit 85: Hardi Jaafar dilayangkan kad kuning kerana mengasari Fauzi Nan. Rudie Ramli sekali lagi mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun tendangannya melambung tinggi melepasi palang gol Perak.

Minit 90: Sepakan sudut dari Ahmad Shahrul tinggi mencari Danial Fadzly dan rembatannya terkena palang gol Perlis. Percubaan Hardi Jaafar tinggi melepasi palang gol Perlis. S. Subramaniam dilayangkan kad kuning kerana terjahan lewat keatas pemain Perlis.

Tambahan masa: 2 Minit

Keputusan Perlawanan Lain

Negeri Sembilan 1 – 1 Kedah
My Team FC 0 – 2 Pahang
DPMM FC 2 – 2 PDRM
Selangor 0 – 0 Terengganu
Johor FC 4 – 0 Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

  1. webmaster Post author

    Ranking terkini Liga Super di Perak FA wiki hanya akan dikemaskini selepas perlawanan Selangor vs Terengganu yang tertunda kerana masalah lampu limpah berakhir sekitar pukul 11.50mlm ini.

    Ranking terkini senarai penjaring pasukan Perak telah pun dikemaskini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    syukur,mng juga kita...nmpnye dah dok 2nd skang,tp beza mate jauh lagi..takpe..lawan je sape2 pun..janji menang udah..peduli deme..mkasih kj dan cc yg skor tadi..skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. gibauk

    tahniah... harap terus- terusan menari rentak 'kemenangan' dengan paluan gendang 'semangat' FAN yang tak putus-putus mendoakan kejayaan...

    "sayang peghok sampe bila2.."

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    alhamdulillah syukur menang lagi.....teruskan usaha untuk himpit Kedah dan tinggalkan Selangor jauh2.....dpt no dua dlm liga pun dh kira ok dah tahun ni....yg penting lepas ni kena pastikan Perak dpt masuk ke pusingan seterusnya Piala FA....bila lagi...rasanya dah lama piala tu tak kita dakap....harap2 menang le lawan Johor FC nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kundang85

    tahniah perak.menang lg..tp perak mmg ptt menang pun game ngan perlis sbb perlis tgh tempang la ni.kalo xmng gak amat2 merugikan..dh duk no2,kire bgsla.mantain jer momentum nie,main jer every game dgn semangt nk mng,biarkn kedah dgn kehebatannyer,pedulikan diorg..jnji game perak kite menang.kalo ada rezeki potong kedah,tu satu bonus,myb game ngan kedah nnt jd penentu..
    score yeob score!..score bior smpi deme tumpo..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. kia_dgreat

    tahniah perak...hope ble...lipat..team2 yang lain pas ni....bg dema kena penangan kite......especially kedah...plak...bru dema tau
    tapi..ape2 pn....main kner konsisten n cantik...klo..smua kemeh..main..AFCpnyer cup pn kiter bawak balik ipoh..confim nyer....lagi satu...hope perak dapat tumporkan johor fc...time FA nanti...dah 3x kena...2 biji...pastu selangor plak aim kiter...huhhu
    impian setinggi bintang........

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. active11

    Cantikla.
    Syukur kita terus menang. Yang penting, FA Cup Selasa depan, biar kita ajar pulak JohorFC. Tak pernah menang dengan mereka, so harap SD n pemain2 dapat buat sesuatu untuk tundukkan keangkuhan JohorFC.

    Cheer up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    tahniah ..!

    perjalanan masih panjang, bukan setakat league aje, tapi FA & AFC cup pon sedang menanti, moga rentak kemenangan perak akan berkekalan..

    all de best

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. satorare

    udah teman kabo kn..
    perak musti mng nye..
    berbalas la..
    tp kalo x mng game gn perlis mmg rugi...
    pasni game gn johor fc..
    kena fokus balik..
    insyallah, bleh 2..
    chayoook.. chayoook..
    Kejor Yop Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.