TM Liga Super – Perak Vs P. Pinang (review)

TM Liga Super
Sabtu 15 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas berjaya menang bergaya menewaskan pasukan New Radiant di gelanggang lawan dengan jaringan 3 gol berbalas 1 pada kempen AFC Cup 2008 selasa lalu, skuad seladang akan berdepan pula pasukan Pulau Pinang di Stadium Perak kelak.

Pertemuan pertama menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada 5 Januari lalu dimenangi oleh skuad Perak dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Gol disumbangkan oleh Khalid Jamlus serta Carlos Caceres menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Namun kemenangan yang lalu tidak boleh dijadikan panduan untuk meraih 3 lagi mata mudah di gelanggang sendiri kerana skuad Pulau Pinang sekarang telah pun berubah wajah apabila menerima suntikan tenaga import yang baru.

Dengan menggunakan 2 orang penyerang import iaitu Scott Wadell (Jamaica) dan Pedro Gonzalez (Argentina) serta dibantu oleh pemain tengah dari Uruguay, Alex Cabrera pasukan Pulau Pinang pasti mampu membuat kejutan jika pertahanan Perak tidak berwaspada.

Penulis menjangkakan pemain skuad Perak pasti sedikit keletihan kerana terpaksa melalui satu perjalanan penerbangan yang jauh dari Maldives dan terpaksa pula berhadapan dengan Pulau Pinang sabtu ini untuk kempen liga super.

Gandingan Khalid Jamlus – Carlos Caceres juga semakin menunjukkan peningkatan kebelakangan ini apabila mampu menghasilkan gol hampir setiap perlawanan yang diharungi walaupun rasanya belum cukup berbisa jika hendak dibandingkan dengan gandingan Kieta Mandjou – Khalid Jamlus pada musim lalu.

Apapun kita harus memandang perkara yang positif ini dengan hati yang terbuka walaupun impian untuk mengejar mahkota liga super yang pertama buat pasukan Perak hampir malap berdasarkan pungutan mata dan baki perlawanan yang ada.

Penulis cuma ingin mengingatkan kepada semua pemain dan peminat pasukan Perak untuk terus fokus kepada setiap perlawanan yang dilalui tanpa mengira apapun keputusan yang berlaku kepada pasukan lain ketika ini.

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh crew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs P. Pinang (review)

  1. active11

    Pertemuan lalu tidak boleh dijadikan penanda aras kemampuan sesebuah pasukan. Perak harus belajar daripada kesilapan Perak vs Selangor. Bilamana pertemuan kedua yang memberi keduakaan buat pemain&peminat Perak. Kita tak boleh memandang enteng pasukan lain lebih-lebih lagi tiap pasukan memburu tempat terbaik mengelakkan keciciran ke liga bawahan.

    Masa paling sesuai untuk Perak ketika ini adalah memaksimakan peranan setiap pemain agar masing-masing berada dalam siap sedia yang terbaik menghadapi perlawanan yang kerap lagi memenatkan. Idea untuk merehatkan beberapa pemain utama boleh dipertimbangkan bagi perlawanan dgn Penang untuk membentuk pelapis berwibawa pada masa hadapan. Diharapkan para pemain untuk terus berlatih gigih merealisasikan impian Perak merangkul setiap kejuaraan yang kita sertai.

    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Redzuansky

    Seladang semestinya mampu untuk menumbangkan Harimau Kumbang. Impian memburu mahkota Liga Super masih ada sinar harapan. Apa yang penting adalah sekarang adalah Perak perlu mencatatkan kemenangan tanpa mengambil-kira keputusan lain-lain pasukan. Apa yang penting sekarang ini adalah percaturan dari Steve Darby dan disiplin pemain ketika perlawanan berlangsung. Beraksi di tempat sendiri yang keramat, di samping sokongan padu dari peminat yang kian membanjiri stadium, Perak semestinya mampu mengalahkan Pulau Pinang dan mengintai tempat yang lebih baik dalam carta Liga Super Malaysia. Ayuh Seladang, mengamuklah di Ipoh..

    Seladang pantas menanduk, Harimau Kumbang tersungkur duduk..

    Skor Yob Skor!! Kasi deme tumpo..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yashurr Yazurry

    Harap Pasukan kita mempamerkan aksi y manthop!!
    ayuh!!! kita doakan kejayaan pasukan kesayangan kita..
    doa kalian kekuatan utama pasukan perak...

    p/s: tak dapat dtg ke stadium sbb ade kenduri la plak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. asraf

    kalu ikut rekod dulu sure perak mng,tapi usah over confident nnt mkn diri plak...deme skang ada 3 import tak cam dulu masa kita mng kat bt.kwn...takut kes selangor berulang blk...dah sedap balun 4-2 last2 kena balun balik 4-1 kat tmp sendiri...itu yg tak bestnye.
    teman setuju ckp penulis & member2 lain kite kena focus pd game yg ada...usah peduli apa jd team lain..kalu konsisten teman caye at least tmp ke-3 dlm tgn...kalau kedah/s'gor klh /draw game lelain pasni peluang kita nak jadi champion tak mustahil.
    kena tgk sudut positif...usah pikior sgt benda lain skang ni..cc ngan kj pun nmp mcm dah okay skit skang ni,hardi makin mantap & nasril pun cemerlang jugak lepaih boted takde...yg plg penting focus & terus focus every single game

    skor yob skor..sampe deme tumpor

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. apiq

    kepada pskn perak teruskan kmngn bg mngjr sang kenari yg lama terbang tinggi.kepada semua pnyokg mrlh kite turun ramei2 ke stdm perak sbtu ini.teman sabtu ni akan ke stdm mnaiki motor kapcai teman dr sungai siput memakan ms 1jam jg yob.walaupun hujan atau ribut teman akn tempuh walau udoh x terkire berape kali teman lenjon bile tibe d stdm.ade ke org kg teman kat ruangan ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    Penat pasukan teman ni, baru sampai hari ni dah kena standby lawan hari sabtu ni. Apa2 pun insyaallah Perak tetap akan mendapat kemenangan. Marilah semua penyokong dtg ke stadium untuk memberi sokongan kpd pasukan kesayangan kita.
    KEJOR YOB KEJOR, SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    yeah betol tu, jgn kenal erti putus asa, selagi ade peluang, make full use of it ..

    perak tetap de best di hati yatty .. :-)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.