TM Liga Super – Perak Vs P. Pinang (result)

TM Liga Super
Sabtu 15 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 3 – 1 P. Pinang

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Jorge Munoz – Chan Wing Hoong

Danial Fadzly – Ahmad Shahrul – Mohd Nor Hazrul – Shahrulnizam

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

 

 

Minit 5: Perak memulakan permainan, Gol pertama tandukan Carlos Caceres hasil hantaran lambung oleh Shahrulnizam dari sebelah kiri gol P.Pinang pada minit ke-4.

Minit 10: Pulau Pinang banyak membuat serangan balas namun dapat dihalang oleh pertahanan Perak. Perak mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti tetapi sepakan Carlos Caceres terkena benteng.

Minit 15: Tiada serangan bahaya dari kedua-dua pasukan, bola hanya berlegar-legar di tengah padang.

Minit 20: Scott Lawson dilayangkan kad kuning setelah mengasari Nanthakumar. Perak mendapat peluang untuk menambah gol apabila Shahrulnizam menghantar bola ke depan pintu gol P.Pinang tetapi tiada pemain untuk menolak masuk. Khalid mendapat peluang apabila hanya berdepan penjaga gol tetapi sepakannya melambung tinggi.

Minit 25: Perak mendapat satu peluang lagi apabila Danial Fadzly menghantar bola dari sebelah kanan ditanduk oleh Mario Berrios namun bola mengena palang.

Minit 30: Sesekali P.Pinang melakukan serangan namun dapat dihalang oleh pemain pertahanan Perak.

Minit 33: Gol kedua oleh Carlos Carlos hasil hantaran Khalid Jamlus dengan hanya melambung melepasi jangkauan penjaga gol P.Pinang.

Minit 35: Tiada serangan yang bahaya oleh kedua-dua pasukan, Perak banyak bertahan dari membuat serangan.

Minit 40: Perak dan P.Pinang berbalas serangan namun tiada gerakan yang bahaya di lakukan.

Minit 45: Gol ketiga dan haktrik oleh Carlos Caceres apabila mendapat lorongan Danial Fadzly dari tengah padang.

Tambahan masa: 2 minit


Separuh Masa Kedua

Minit 50:Pertukaran pemain dilakukan iaitu Azlan Zainal menggantikan Nanthakumar dan Wan Abu Yazid menggantikan Nor Hazrul. Sementara Danial Fadzly membuat satu percubaan tetapi sedikit keluar ke kanan pintu gol.

Minit 55: Perak dan P.Pinang berbalas serangan namun tiada gerakan yang mungkin menghasilkan gol.

Minit 60: P.Pinang membuat serangan melalui Alex Gonzales namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak. Ahmad Shahrul dikeluarkan digantikan Razali Umar.

Minit 65: Gandingan Razali Umar , Carlos Caceres dan Khalid mengucar-kacirkan pertahanan P.Pinang tetapi belum mengasilkan sesuatu.

Minit 70: Pergerakan kedua-dua pasukan hanya separuh jalan tidak terus melakukan percubaan.

Minit 75: Scott Lawson mengalami kecederaan menyebabkan P.Pinang bermain 10 orang seketika. P.Pinang mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti dan mendapat gol pertama yang dijaringkan oleh Prakash.

Minit 80: P.Pinang menggandakan usaha untuk mendapatkan gol namun belum berhasil.

Minit 85: P.Pinang Sering membuat serangan balas namun berjaya dihalang oleh pertahanan Perak.

Minit 90: Permainan yang bercorak berbalas-balas serangan sehingga tamat perlawanan.

Tambahan masa: 2 minit

Keputusan Perlawanan Lain

My Team FC 0 – 2 Kedah
DPMM FC 0 – 0 Perlis
Selangor 4 – 3 Pahang
Terengganu 2 – 0 PDRM
N.Sembilan 4 – 0 Sarawak

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs P. Pinang (result)

  1. miez3

    Tahniah Perak atas kemenangan tadi....permainan yang baik...kemas dan tidak terlalu aggresif...mungkin tindakan dari anak2 buah SD itu bagi meredakan tekanan dan stamina bg menghadapi perlawanan seterusnya...walaupun S'ngor menang tipis dan masih berada di atas Perak tak bermakna perjuangan Perak telah berakhir utk mengejar....perlawanan akan dtg belum tentu memihak pada mereka.....Perak pula perlu lebih fokus pada setiap perlawanan dan mengekalkan rentak kemenangan dlm saingan Liga Super...mara ke suku akhir Piala AFC satu bonus....mara ke pusingan seterusnya Piala FA satu matlamat yg perlu dicapai bagi meraih sekurang2nya satu Piala sebelum ke agenda Piala M'sia...walauapapun dlm mengharungi saat2 yg getir kerana terpaksa melalui jadual perlawanan yg padat...pasukan Perak perlu lebih fokus...itu sahaja pesan teman...dari segi aspek permainan makin serasi...penyerang2 makin "pedas"...touch skit je lagi insyaALLAH boleh pegi jauh....bravo Perak...Skor Yob Skor...teruskan perjuangan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    tahniah kepada semua pemain yang berjaya mengekalkan kemenangan ke empat berturut2 dlm liga super setelah kali terakhir seri dengan terengganu dan penyokong dan admin yang tidak jemu2 memberi perangsang kepada pemain dan jurulatih dan memberi banyak pendapat yang meningkatkan mutu permainan pasukan perak. Walaupun selangor juga mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas pahang dan kedah mencatatkan kemenangan 2-0 keatas UPB. Kita masih kekal ditangga ketiga. Teruskan perjuangan yang belum selesai dan perak masih mempunyai baki perlawanan 6 dalam liga super. perak masih boleh menjadi juara jika kedah kalah 3 perlawanan termasuk ngan perlawanan menentang perak pada 23mac nanti(HEHEHE) dan selangor mengalami satu kekalahan dan perak memenangi kesemua baki perlawanan. Tiada yang mustahil dalam bolasepak kerana pa2 boleh terjadi. So teruskan usahamu PERAK

    KEJOR YOB KEJOR
    SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seraimerah

    Tahniah Perak .. main simpan kaki .. maklum le nak tempoh minggu sukar dengan AFC, Piala FA dan MSL.. moga Perak dapat menempuhi semuanya dengan kejayaan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amir_azri

    tahniah perak. teman sgt2 bbgga w'pun xberubah dlm carta. teman hrap kita xperlu pkirkan result yg bakal lwn kita peroleh nnti tp yg paling penting perak mesti menang dlm baki game nnti. tahniah perak...

    all 4 perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. active11

    Cayalah (jgn lupa Syukur pada Allah) Perak.
    Kali ni main sume 'save' je. Permainan separuh masa kedua agak sambil lewa, bahaya kalau diamalkan. Tp yg paling penting rentak kemenangan diteruskan. Usah pandang team lain, kalau kita menang league bonus, jika menang tempat kedua pun dah besar rahmat dah.

    Akhir kata, tahniah untuk Perak & fans.
    Cheer Up Yobs!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yobmeru

    akhirnya kakeras menjaringkan hatrik.lame dh mike tgu...terhasil gak mlm nie.kejor gol si marlon 2 klu bleh...sambung kesinambungan kasut emas selepas keita.br ble jd legend!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yatty_sg

    tahniah perak! ia adalah 1 morale-boosting nye kemenangan sebelom menentang SAF selasa ni.. saya setuju dgn pendapat yg gandingan KJ & CC yg makin bertambah elok & mantap.
    teruskan usaha yg baik ini, insya Allah keputusan yg baik jugalah akan kita peroleh.
    moga CC & KJ akan terus hot dan berbisa di depan gawang ..

    perak all de way .. :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    gembire teman nengok carlos skor hatrik 1st half??!!main relax2 jek,man united pun main cam tu kadang2,simpan tenage,2nd half takde rush over..tapi jangan carried away dah le,jauh lagi perjalanan!hambat kedah!!kejor yop kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. satorare

    kepada yop apiq dr sg siput..
    x sia2 la mike dtg dari jauh sana..
    berbaloi la perjalanan dr sg siput 2
    perak mng kome...
    tman pueh ati..
    admin, smpikn alm teman kt yop apiq..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. ilorian

    tahniah...
    gandingan yang semakin mengancam
    teruskan momentum kemenangan tersebut..
    tahniah kepada
    pemain & pegawai pasukan
    penyokong
    dan tak lupe kpd admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. apiq

    kpd satorare tmn mgucpkn waalaikummussalam.smlm pun hjn lbt kat tmpt teman tp tmn redah je.kpd pskn perak hrp mng selasa ni ngan askar singapore tu.mari trn ke stdm perak.skor yob skor.chelsea boleh.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.